Dalam dok sibuk org dok main ayiaq bah, MB Kedah Datuk Azizan yg terkenal dgn sifat selamba dgn senang hatinya menyalahkan Projek Berkembar Kereta Api sebagai puncanya. Dasyat sungguh penangan projek BN pusat sampai boleh sebabkan Selatan Thailand & juga Perlis bah besaq sampai macam tu sekali. Punya la teruk projek tu sampaikan sampaikan melimpah ayiaq bah sampai ke Kelantan.. Hehheheh.. Kadang2 cek kesian pada MB KEdah sbb dok dapat nasihat bangang mcm ni. Sampaikn buat kenyataan pun tak masuk dek akai. Rasanya budak2 sekolah pun tau sbb apa banjir sampai mcm ni..
Kalaula cek jadi org2 dekat MB maka dah pecat dah kot S/U Akhbar sbb bagi nasihat yg bangang sampaikan sebabkn MB pun buat kenyataan bangang.
Kalaulah cek ni org BN totok mesti cek dah cakap yg Kerajaan Kedah PAS kena bala. Ya-lah. Kan ka waktu banjir di Johor org2 PAS kata itu bala.. Takkan tak ingat kot.. tgkla disini, kat sini & sini (siap dalam harakah pun cakap bala). Kalau nak cari dalam internet byk lagi kenyataan sedemikian bila bercakap soal bajir di Johor bbrp tahun yg lepas. Lepaih ni cek nak tgk apa komen-komen yg pandai sgt bila berckp soal bala ni. Tapi seperti yg dijangka mesti depa kata ujian Allah. Apa2 pun cek maleh nak ckp itula sifat org politik.

Cukup-cukupla, cek maleh nak perli org2 yg byk alasan & ulasan. Apa2 pun, meh kita sama2 menderma utk Tabung Bencana NSTP & Media Prima. Bukan apa kalau bagi ke PAS Kedah takut tak sampai. Almaklum la takat duit Kohilal pun abis.. Inikan duit derma utk banjir. Cek tak yakinlah.. (jgn marahla penyokong2 PAS ni pendapat ja). Yg pasti check balik betuikan no. account yg diberi. Jgn percaya. Kang silap bagi masuk personnal account.
Tabung bencana patut disokong. Kita ni org Malaysia amat pemurah bila bab tabung-tabung ni. Tapi kita selalu bila bab tabung kat Malaysia ada kedekut sikit. Tapi bila bencana menimpa jiran2 tetangga negara cukup rajin menderma. Maka kali ini kita mehla menderma kepada mangsa2 banjir di Negara kita sendiri.. Jgnlah kita jadi mcm tahun 2009 bila banjir melanda Johor tabung bencana yg dilancarkan kurang mendapat sambutan.
p/s: Kepada Tabung NSTP & lain2 tabung sila tunjukkn kemana duit tu pergi bila dah habis pakai sok.. Transparent la sikit nooo



