Showing posts with label Art of War. Show all posts
Showing posts with label Art of War. Show all posts

Dec 16, 2009

Kerajaan BN Nyaris Tumbang!

Mungkin ramai yg tidak tahu bahawa beberapa hari yg lepas Kerajaan BN nyaris tumbang akibat daripada nyaris hilang undi majoriti utk meluluskan Bajet 2010. Mungkin juga ramai yg tidak tahu 'significant' @ pentingnya hasil undian tersebut yg berlaku lewat malam dua hari lepas. Mengikut amalan demokrasi jika kerajaan tidak berupaya meluluskan bajet tahunan kerajaan maka dgn sendirinya ia seolah-olah berlakunya undi tidak percaya terhadap Kerajaan BN.

Sedangkan pihak pembangkang & DSAI tahu mengenai percaturan ini sehinggakan DSAI yg jarang2 sekali berada di Parlimen hingga lewat malam sanggup berada disitu sehingga undi dijalankan. Percaturan kali ini yg dimainkan oleh DSAI adalah amat licik sekali. Disini kita lihat bahawa DSAI masih berbisa dalam membuat percaturan politik samaada secara 'halal' @ tidak.

Peringatan kepada ahli Parlimen yg mewakili rakyat terutama dr BN. Jangan difikirkan mudah tentang kehadiran kita di Parlimen. Kadang-kadang kita dapat melihat kehadiran wakil rakyat adalah seperti main-main. Ramai yg hilang & ramai yg tidak hadir. Mungkin byk yg mempunyai urusan masing-masing. Tetapi lihatlah & peka-lah kepada keadaan sekitar persidangan. Lihatlah rang undang-undang apa dalam perbincangan & akan diluluskan.

Mengikut kejadian dihari tersebut, BN hanya menang undian 64 berbalas 63. Iaitu kelebihan satu undi. SATU UNDI! Hanya satu undi yg menyelamatkan BN itulah hakikatnya. Apa yg berlaku amatlah mengecewakan. Kalaulah diikutkan hati mahu semahu mahunya saya listkan siapa yg tidak hadir pada hari tersebut. Tapi utk tidak mahu menjadikannya satu isu saya cuma akan listkan bbrp 'big figure' yg penting tidak hadir pada hari tersebut.

Mereka-mereka adalah :-
~ Khairy Jamaluddin
~ Rafidah Aziz
~ Mukhriz Mahathir
~ Syed Hamid
~ Husni (Menteri Kewangan)
~ Abdullah Ahmad Badawi (Bekas PM Kita)
~ Tengku Razali *Ku Li
~ Azalina
~ Razali Ibrahim
~ PuadZarkashi
~ Shabery Chik
~ Noh Omar

Nasihat kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak @ Ketua whip BN. Mintak @ buat surat tunjuk sebab kepada mereka2 yg tidak hadir. Dgn ketidakhadiran merekalah Kerajaan BN nyaris tumbang.

TERIMA KASIH kepada BNBBC & mereka yg hadir daripada pihak BN. Terima Kasih juga kepada PR kerana memberi kesedaran kepada org2 BN yg tak sedar2 ttg tanggungjawab mereka di Dewan RAKYAT.

Keadaan ini lebih kurang sama yg apa berlaku di Kedah apabila seorg ADUN tidak datang sidang selama 2 kali berturut-turut.

Berita Lanjut & senarai mereka yg hadir & tidak hadir di Agenda Daily. Mereka-mereka yg big figure yg selalu cakap pong pang ni patut malu atas apa yg berlaku.

p/s: Alhamdulillah MP Langkawi hadir. Nasibla takdak MP dr BN yg belot undi mengundi tidak meluluskan Budget. Kalau tidak mmg haru-biru. comments

Sep 29, 2009

MIC, Makkal Sakthi, Kimma & IPF mana satu Pilihan Anda?


Sejak seminggu dua ni kita tertumpu kepada isu politik kaum India. Bermula dgn kedegilan MIC utk berubah bercampur dgn isu selipar & akhir-akhir ini isu 2-3 parti yg berpusu-pusu nak jadi jadi komponen parti BN. Kira masih berbisala jugak BN kerana disebalik kononnya kata-kata PR yg mengatakan BN hilang sokongan terdapat dua parti yg masih setia memohon utk menjadi parti komponen BN iaitu Kimma & IPF.

Saya nak ulas Kimma & IPF. Kedua-dua parti ini telah lama meminta untuk memasuki BN. Tetapi dek kerana kuatnya MIC 'dulu' maka BN merasakan tidak perlu ada satu lagi parti mewakili kaum India utk 'join' BN. Tetapi keadaan telah berubah. Disebalik nasihat PM Najib dalam perhimpunan Agong MIC agar MIC berubah tetapi tiada perubahan berlaku dalam pucuk pimpinan MIC.

Najib perlu cerdik utk menangani isu sokongan kaum India. Kaum India bukan tidak suka MIC yg byk berjasa tetapi 'menyampah' melihat Presiden Sammy yg terlalu lama memegang tampuk MIC. Ini yg menyebabkan byk sokongan telah lari dr BN ke PR. Sekarang jika dilihat byk masyarakat India telah merasakan tertipu oleh janji pembangkang. Maka bukaklah 'pintu' untuk parti yg ikhlas menganggotai BN setelah sekian lama seperti 'IPF' & Kimma. Tidak ada ruginya jika bertambahnya komponen BN jika ini strategi utk menarik kembali sokongan pengundi India. Soal perihal kerusi yg bakal diagihkan utk pertandingan mungkin tak jadi masalah. Ini boleh difikirkan kemudian hari.

Jika kita bandingkan IPF & Kimma masih menyokong BN walaupun BN tidak sepopular dulu. Bukan seperti parti PPP, Gerakan & SAPP Sabah yg bertindak sebaliknya bila BN tidak kuat. PPP & Gerakan bercakap cukup lantang mengugut utk keluar parti & SAPP pula menjadi bebas dek kerana BN kurang menyengat. Jadi adalah satu tindakan bijak jika SAPP Sabah digantikan dengan Parti yang setia seperti Kimma & IPF meskipun MIC akan 'terasa hati'. Pembersihan parti yg setia & tak setia perlu dilakukan utk menunjukkan yg BN tidak terdesak jika terdapat lagi parti yg berhasrat utk menjadi bebas kononnya @ beralih arah.

Masakan BN mahu melihat Kimma yg mempunyai lebih kurang 80,000 ahli menyertai PR @pun IPF yg juga mempunyai berpuluh ribu ahli. Bayangkn jika ahli2 tersebut yg kebanyakannya atas pagar menyokong BN.

Masa utk melihat is over. Sudah tiba masanya utk bertindak. Other Perspektif menyokong penyertaan Kimma & IPF ke dalam BN & mendesak agar Sammy Velu meletakkan jawatan. Cukuplah MIC bermimpi disiang hari tentang 'rebrandingnya'.
comments

Sep 16, 2009

Strategi pecah & perintah oleh PR


PERNAH dengar istilah strategi pecah dan perintah? Dalam ilmu politik dan sosiologi, pecah dan perintah (atau dalam bahasa Inggeris divide and rule; istilah asalnya dari bahasa Latin divide et impera) ialah satu strategi yang menggabungkan tiga elemen iaitu politik, ketenteraan dan ekonomi.

Ketiga-tiga elemen itu bergabung bagi menguasai dan memelihara kuasa yang ada dengan memecahkan pengaruh dan kuasa yang besar kepada kecil-kecilan. Ini akan mengakibatkan kuasa kumpulan yang berpengaruh atau berkuasa itu berkurangan, berbanding pihak yang melaksanakan strategi itu.

Secara praktisnya, strategi ini digunakan untuk mengelakkan kumpulan kecil ini bergabung dan membentuk kuasa yang besar (atau sebaliknya).
Strategi ini pernah dilakukan oleh pihak British ke atas Tanah Melayu. Memecahkan kaum-kaum dan negeri-negeri yang ada dengan meletakkannya dalam koloni dan sistem pemerintahan yang berasingan bagi memudahkan pihak Inggeris memerintah pada waktu itu.

Kemudian parti Perikatan, yang mengambil alih kekuasaan negara ini mengamalkan strategi itu apabila parti-parti yang mewakili kaum-kaum terbesar digabungkan - dengan mengetepikan parti-parti lawan yang enggan bersama mereka.
Perikatan kemudiannya ditukar menjadi Barisan Nasional (BN) dan strategi itu kekal berjaya sehingga hari ini, selama 52 tahun.

Ia bertahan kerana orang Melayu yang merupakan majoriti rakyat negara ini menguasai kuasa politik dan ketenteraan tanah air. Orang Melayu bergabung dengan kaum-kaum lain (Cina dan India) bagi membentuk satu kuasa yang kuat. Ia dibuat atas dasar hormat-menghormati dan percaya-mempercayai yang telah dimeterai atas ikatan Perlembagaan Persekutuan termasuk beberapa dasar yang dibentuk kemudiannya.

Walaupun ada sedikit masalah pertelingkahan kaum di pertengahan jalan, namun ia berjaya diselesaikan. Masing-masing lupa dengan perbezaan masing-masing dan semua pihak dalam pakatan itu berjaya menjana negara ini sehingga Malaysia di anggap negara yang makmur dan mewah.
Namun, apakah strategi 52 tahun itu masih mampu bertahan? Secara akademik ia sudah mulai lemah.

Strategi pecah dan perintah itu mulai gagal setelah kuasa politik yang dipegang oleh orang Melayu itu mulai berpecah. Melayu tidak sepadu dulu lagi. Mereka sudah berpecah kepada beberapa kumpulan. (Baca Cuit: Melayu bukan UMNO lagi, Melayu sudah minoriti (25 Mac 2009), ia mengandaikan Melayu sudah berpecah enam.
Pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan satu petunjuk, yang tidak pernah terlintas di fikiran selama ini, yang orang Cina boleh menguasai kuasa politik di negara ini.
Ia hanya boleh berlaku jika orang Melayu berpecah. Orang Melayu yang marah, keliru, sakit hati secara protes tidak memberi undi kepada parti pemerintah, yang bangsa mereka sendiri menguasainya.

Protes itu secara tidak sengaja telah memberi petunjuk, yang parti berasaskan Cina seperti DAP pun boleh menguasai negara ini. Negeri-negeri yang dikuasai DAP pada pilihan raya umum lalu ialah Pulau Pinang, Perak, Selangor dan sebahagian besar Wilayah Persekutuan. Negeri Sembilan hampir-hampir dikuasai mereka. Jika Melaka dan Johor pun jatuh ke tangan DAP - maka sebahagian besar Pantai Barat 'emas' Semenanjung Malaysia akan dikuasai DAP.

Jika ia berlaku maka empayar DAP itu akhirnya akan menemui titik pertemuannya dengan abang mereka PAP dari Singapura. Apa seterusnya berlaku, belum terlintas lagi di fikiran, namun teorinya mungkin sudah boleh di agak.
Secara akademik, ia tidak mustahil berlaku. Melihatkan perkembangan semasa ia memang boleh berlaku. Jika perkembangan itu membawa kepada pilihan raya umum ke-13 kelak, maka Melayu sudah boleh menjangka nasib mereka. Hasil strategi tidak putus asa pembangkang, mereka telah berjaya mewujudkan beberapa puak yang bertelagah di kalangan orang Melayu.

Orang Melayu pula dalam masa yang sama terlalu ego dengan pegangan dan fahaman masing-masing. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR dan segelintir Melayu DAP terlalu taksub dengan ideologi kemelayuan, keislaman dan keadilan mereka.
Orang Melayu tidak sedar yang mereka sedang diperkotak-katikkan untuk membenci antara satu sama lain dan antara sekutu-sekutu yang dulunya bersama mereka.

Tiba-tiba orang Melayu bermusuh dengan orang Cina dan orang India. Sama ada ia disengajakan atau tidak atau wujud permainan dalaman atau luaran itu tidak pasti, tapi usaha-usaha untuk mewujudkan kebencian antara Melayu dan kaum-kaum lain semakin nyata sekarang.
Strategi pecah dan perintah serta pecah dan tawan (divide and conquer) kini berada dalam tangan pihak pembangkang. Mereka sedang bermain dengan strategi itu. Mereka sedang menguasai keadaan dengan sebaik mungkin. Orang Melayu yang tidak sedar dengan permainan itu turut serta dalam percaturan itu. Mereka gagal melihat muslihat di sebaliknya.

Strategi yang sama pernah dimainkan oleh sebuah pihak luar dan ia berjaya. Pihak yang dominan berpihak dengan satu kumpulan minoriti untuk mengetepikan satu lagi puak yang majoriti sedikit daripada puak minoriti itu. Kedudukan tinggi diberikan kepada puak minoriti itu dengan alasan puak majoriti tidak berupaya memegangnya. Sedikit demi sedikit puak yang ditekan itu terpaksa beralah. Akhirnya sehingga hari ini puak majoriti itu terpaksa melukut di tepi gantang. Ia adalah satu model strategi pecah dan perintah yang cukup licik untuk meminggirkan satu-satu puak.

Orang Melayu kini sedang mengalami proses tersebut. Kita sedang bermusuh dengan orang Cina yang pernah bersahabat baik dengan kita. Kita sedang bermusuh dengan orang India yang pernah bersahabat karib dengan kita. Tiba-tiba semua ini berlaku secara serentak. Orang Melayu sedang bermusuh dengan semua orang.

Ditambah lagi, ada pula pihak-pihak bermain dengan perang psikologi dengan sengaja menuduh orang Melayu adalah kaum yang rasis dan perlu dilawan habis-habisan. Golongan ini tahu apa yang mereka sedang mainkan. Suasana baik itu perlu dipecahkan kerana selagi perikatan itu kuat, pakatan tidak boleh berbuat apa-apa.
Di masa pengundi-pengundi Cina (dalam pilihan raya kecil) lari dari kerajaan pemerintah kerana melihatkan mereka ada advantage ekoran pilihan raya umum ke-12 lalu, orang India pula cuba dilaga-lagakan dengan Melayu.
Sama ada ini kebetulan atau tidak, kita tidak tahu. Tapi jika betul dan akhirnya orang India juga lari dari Melayu, maka pada masa itu gabungan peratusan undi Cina dan India akan menjadi penentu kepada kuasa politik tempatan. Orang Cina dan India akan bergabung untuk mengetepikan Melayu.

Tanpa disedari, para strategis ini (dalaman atau luaran) sedang mengatur strategi baru. Setelah melihat permusuhan Melayu-Cina-India sudah berjaya diwujudkan, mereka kini menuju kepada kumpulan yang lain pula. Mangsa seterusnya ialah anak-anak negeri dan etnik pribumi - Orang Asli, pribumi Sabah dan Sarawak.

Jika itu juga berjaya dan apabila kumpulan itu pula mula membenci orang Melayu atau orang Melayu juga membenci mereka, maka ia adalah penamat bagi segala-galanya. Orang Melayu pada masa itu akan turut melukut di tepi gantang.

Strategi pecah, perintah dan tawan oleh pembangkang nampaknya sedang berlangsung dengan sempurna. Ia adalah permainan taktikal dan akal. Yang alpa akan tewas.

Anaklangkawi :-

Samaada kita sedar @ tidak strategi ini sedang berlangsung. Inilah bahana bila umat islam tidak bersatu padu. Secara langsung @ tidak kita diperkotak katikkan dr kedua2 pihak & saya melihat trend tersebut tidak akan berakhir dalam jangka masa terdekat.

Melihat keadaan PAS yg menolak tuntutan Al-quran & Hadis utk bersatu adalah amat mendukacitakan. Juga melihat kepada keadaan komponen parti MIC, MCA & PPP seolah-olah menunjukkan mereka seperti sengaja tidak mahu berubah ke arah yg lebih elok justeru akan menyebabkan sokongan bukan Melayu berkurangan terhadap BN. Apa susah elok @ tidak tempat pasti diberi kepada mereka.

Kita tunggulah akibatnya di masa akan datang utk anak & cucu kita. Satu sahaja taktif utk menyekat strategi pecah & perintah ini. Iaitu pastikan Kerusi UMNO akan hanya dilawan oleh PAS & kerusi PAS hanya dilawan oleh Kerusi UMNO. Maka ini akan menyebabkan mereka akan sukar utk melaksanakan strategi tersebut kerana mereka tahu jika sesuatu yg tidak dijangka berlaku insyallah kedua2 Parti tersebut akan bersatu seperti 1969.

Insyallah. Saya doakan terdapat pihak dari kedua2 parti mengetahui & take note ttg strategi ini. Jgn kelak kita menumpang di Negara sendiri.
comments