Showing posts with label PAS Kelantan. Show all posts
Showing posts with label PAS Kelantan. Show all posts

Nov 2, 2010

PRK Galas & Batu Sapi ~ Petunjuk Awal


4hb Nov 2010 adalah segalanya. Penentu kepada segala persoalan yg bermain di pihak tertinggi pembangkang mahupun Barisan Nasional. Penentu yg memberikan 'indication' sentimen rakyat malah percaturan PRK, ini akan memberikan signal bila Parlimen akan dibubarkan. Semua melihat & menanti dgn debar. Perjuang di dua tempat yg rata2 amat senonim dgn majoriti penduduk Bumiputera @ Melayu. Disini kita mungkin dapat lihat adakah sentimen yg hadir pada Perhimpunan Agong UMNO baru2 membuahkan hasil @ tidak.

Adakah ada 'effect' hasil dr ketegasan UMNO utk mempertahankan perlembagaan mengusik hati kecil pengundi. Atau adakah janji syurga oleh PAS lebih menyentuh jiwa pengundi. Satu yg pasti jentera BN tampak lebih lengkap tetapi adakah ia boleh diterjemahkan ke peti undi.

Cerita-cerita di GALAS

- Rasuah @ derma RM 250. (Biasala kalo UMNO bagi kata rasuah kalo depa lain katanya)
- Ini bukan rasuah ka?
- Projek ladang rakyat yg mengkayakan org tertentu ttp menyisihkan org asli.
- Tanah @ Projek Rakyat katanya.

Terlalu banyak sebenarnya cerita di Galas terutama sekali kes Org Asli. Tetapi yg byk menerima tempias kerana cerita org Asli adalah kerajaan negeri. Almaklumlah, ia melibatkan tanah & adalah dibawah kuasa kerajaan negeri. Disamping tu antara menjadi isu sensitif bagi PAS adalah byk sepanduk yg tiada 'owner' yg seolah-olah meletakkan PAS dibawah DAP. Rupa-rupanya PAS masih sensitif pada DAP.

Cerita-cerita di Batu Sapi

Tak banyak cerita menarik di Batu Sapi kecuali cerita calon PKR yg jatuh dua kali ke dalam laut. Tidak diketahui kenapa, mungkin sbb berat badan yg bertambah, 'clumpsy' @ mmg kayu tu dah reput. Apa2 pun yg paling menarik isu dibawa di Sabah adalah Isu Sabah utk org Sabah. Mmglah. Kepada sapa mereka letakkan isu tersebut pun tidak diketahui. Tapi agak2nya kata-kata Calon SAPP merujuk kepada PKR. Malahan penghinaan yg lebih teruk pada calon PKR adalah bilamana Calon SAPP bercakap x dak standard nak debat dgn calon PKR.

Kalau dah sama-sama pembangkang dah bergadoh rentikanlah nak perintah Sabah. Nampak sgt pada PRU nanti takkan ada situasi menang-menang antara pembangkang. Yg nyata akan ada perlawanan 3 penjuru.

.........
Kesimpulan yg dapat dilihat skrg adalah byk sentimen lebih mengarah kemenangan BN di GALAS. Projek segera walaupun dipertikai banyak memberikan kesan @ respon kepada penduduk yg inginkan pembangunan di kawasan mereka. Melihat kepada jentera PAS yg berkeseorangan pula menunjukkan hilangnya taring mereka di situ. Ditambah pulak beban utk menjawab persoalan calon yg berdepan dgn tuduhan khalwat. PKR dgn terang2 seolah-olah tidak mahu terlibat dgn PRK ini. Dgn hanya majoriti 500+ adalah amat sukar bagi PAS utk mempertahankan kawasan tersebut.

DAn seperti biasa utk alasan 'standby' maka cakap-cakap pasal pengundi hantu telah mula diperkatakan. Tapi biaqpi la.. kita hanya senyum.

Di Batu Sapi pulak situasi agak berbeza. Melihat kepada komposisi Kaum Cina sehingga 37.2% adalah amat menakutkan BN. Sebab sudah sedia maklum undi popular kaum cina adalah lebih kearah pembangkang. Dan kerana itulah SAPP berani bertanding disitu dgn harapan mendapat undi 'solid' kaum Cina sekurang2 nya 2/3 drpd undi Kaum Tersebut.

Dalam pada itu calon PKR berharap dapat 2/3 daripada undi Islam Bumiputera di Batu Sapi. Secara tak langsung memecahkan undi Islam Bumi di kawasan tersebut. Merbahaya kalau dilihat secara langsung oleh BN tetapi secara tak langsung memungkinkan kemenangan BN lebih mudah kerana undi kepada Parti Pembangkang terpecah dua. Undi BN masih solid tidak pecah cuma memerlukan perhatian Undi atas pagar yg dimana kira kalaulah dilihat maka kemungkinan juga 50-50. Memungkin BN menang dgn majoriti tipis.

Apa-apapun BN amat susah hati utk undi di Batu Sapi berbanding di Galas. Mungkinkah hasil PRK Sibu berulang ?
Apa-apapun hasil keputusan DUN Galas & Parlimen Batu Sapi akan dijadikan rujukan awal oleh semua parti politik Malaysia utk PRU ke 13. Batu Sapi akan dinilai samaada simpanan tetap BN masih kukuh di Sabah & DUN Galas akan memberikan petunjuk jika UMNO berpeluang merampas kembali kawasan2 majoriti Melayu di seluruh Malaysia.

Kita tunggu & lihat keputusan 4hb nanti. comments

Dec 3, 2009

Pijak Kepala "Labu Labi" & Demo

Amat menarik bilamana hari ini saya membaca kenyataan MP Kulim yg menyamakan perbuatan DAP seperti cerita Labu Labi - P. Ramlee. Sekurang-kurangnya ada juga suara-suara drpd PR sendiri yg berani menegur rakan seangkatan dengan mereka. Seperti biasalah suara yg keras dtgnya daripada Zulkifli Nordin bukan drpd PAS yg dulunya amat pantang benda-benda ini diketengahkan.

Dimana suara PAS yg dahulunya amat lantang bercakap tetapi bacul bila benda-benda ini ketengahkan. Memang betullah apa yg dikatakan byk penganalisis politik bahawa PAS semakin lemah/ lunak dek kerana berpakat dgn DAP. Amat pelik bila DAP yg dinamakan "Democratic Action Party" (click sini utk mengetahui dasar DAP) tidak demokratik bila berdepan dgn isu lompat parti (bukan lompat parti pun kes Perak tu - ADUN tu jadi bebasla). Walaupun DAP Perak telah meminta maaf secara umum kepada semua rakyat Malaysia namun tindakan ini seperti "Nasi sudah menjadi bubur".

Perlakuan kebudak-budakan ini akan terpalit selamanya dalam carta politik DAP & akan digunakan sehabis-habisnya oleh BN bila tiba PRU-13.

Kita bercakap pula soal DEMO. Demo sekarang telah menjadi trend @ budaya yg tidak sihat dikalangan masyarakat. Pelopor demo di Negara kita adalah tidak lain tidak bukan DSAI & PR. Tahniah! PR menjadi pejuang demonstrasi demi mencapai matlamat politik masing-masing. Menghalalkan demo atas nama demokrasi menjadi satu daripada alasan utk mereka melakukan demo. Maka dgn spontan dgn kaedah demo yg diperkenalkn oleh PR, bbrp hari yg lepas dua demo dijalankan iaitu satu di Penang & satu di Kelantan.

~~
Saya perlu petik kenyataan K Shan (NGO hak asasi manusia, Amnesty International Malaysia) yg amat pedas terhadap PR.

PAS dan PKR juga tidak sepatutnya membuat laporan polis, sedangkan kedua-duanya telah menyatakan pendirian menyokong kebebasan hak asasi rakyat berdemonstrasi. "Mereka bersama-sama kita sebelum ini dalam Gabungan Mansuhkan Isa (GMI) mengutuk tindakan kekerasan dan penangkapan polis ke atas orang yang terlibat dalam demonstrasi," kata Shan lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Ini menunjukkan parti-parti politik ini tidak serius dan tidak konsisten dengan apa yang mereka uar-uarkan. Tindakan mereka ini tidak banyak berbeza dengan parti-parti BN yang lebih cenderung untuk menyekat kebebasan untuk berhimpun," katanya lagi. "Sepatutnya mereka pertahankan hak ini, walaupun kali ini mereka sendiri yang terkena kerana menjadi pemerintah," tegasnya.

~~~
Kenyataan Ketua dewan Pemuda PAS Kelantan Nasrudin Hassan :

"Kemudian terpulanglah kepada pihak polis sama ada untuk halang perhimpunan atau tidak. Saya pun tidak setuju kalau polis buat tangkapan kalau mereka berhimpun secara aman."Kita tidak mahu sekiranya berlaku rusuhan, kerosakan harta awam ataupun ancaman keselamatan kepada menteri besar dan pegawai-pegawai kerajaan," tambahnya.

~~~
Di Penang :-
Sidang DUN Pulau Pinang hari ini meluluskan usul tergempar mengutuk sekeras-kerasnya demonstrasi semalam.

Wakil rakyat DAP RSN Rayer (Seri Delima) mengusulkan usul tersebut pagi ini bagi mengecam bantahan selama 45 minit itu di luar pagar bangunan dewan tersebut.

~~
Yg kelakarnya, kedua-dua demo tersebut dikutuk oleh para pendokong demokrasi PR. Pada mereka demo mereka sahaja buat yg halal. Jika demo tersebut berlaku oleh org lain drpd kaltus mereka maka hukumnya Haram & salah. Pelik tapi benar.. Tapi itulah sebenarnya sifat @ politik labu labi org2 politik negara kita.

Other Perspektif :- tidak pulak kedengaran ayat-ayat seperti ini berkumandang bila PAS berdemo utk PPSMI di ibu kota bbrp bulan yg lepas. Haha.. comments