Jun 30, 2009

UMNO Usah Layan Debat ~ Tetapi tuntutlah Muzakarah


Terkejut dgn kenyataan TGNA tentang idea Debat. Sejak bila dalam Islam kita digalakkan berdebat ? Debat ni lebih kepada cuba menegakkan idea masing2. Selalunya tiada perkara yg elok bila habisnya debat. Cuma mungkin akan menambah @ melebarkan jurang perselisihan paham.

Kita sudah melihat akhir kepada debat DSAI vs Shabery, Lim Guan Eng vs Tsu Koon, dll. Apa hasilnya dr debat2 tersebut? Haprak pun takdak. CUma yg nampak dlm blog2 sapa lebih hebat & sapa lebih bagus disampin mengutuk personaliti pendebat (air liur dll). Ia seperti bentuk hiburan pada kedua2 belah penyokong masing2 untuk menunjukkan sapa lebih hebat bercakap! Adakah taraf ahli politik di Malaysia sudah sampai taraf sebagai penghibur?

Setuju dgn kenyataan Tun Dr Mahathir & Tun Abdullah tentang isu debat ini. UMNO tidak perlu melayan debat tetapi minta kepada mereka Muzakarah. Ini adalah usaha terakhir PAS utk 'menempel calar' yg terhasil akibat menolak perbincangan bersama UMNO minggu lepas. Meja Muzakarah ditendang debat diminta? Pelik bukan.. Tak habis2 bermain politik...!

Masih teringat waktu saya menghadiri debat di UKM pada 1999 diwaktu krisis politik DSAI dibuang UMNO. Dimana yg berdebat Mustapha Kamal ayob vs Mahfuz (x silap) vs Noh Omar. Tiada hasil yg menarik setelah perdebatan tapi hanyalah menambahkan ketengangan antara penyokong bila debat berakhir (nyaris pelajar2 UKM bergaduh sesama sendiri diluar dewan). Itulah hakikatnya..

Org Melayu & Islam asyik berdebat, asyik bergaduh, asyik ckp sendiri bagus tetapi menolak usaha penyatuan Ummah yg dituntut oleh Islam.

KEPADA TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT.

~ Ingatlah apa pegangan kamu & ingatlah Hadis & Al-Quran. Apa yg dinyatakan & dituntut. Bukannya debat yg akan mengundang perpecahan tetapi perdamaian sesama Muslim yg dituntut oleh Islam. Penyatuan Ummah itu yg penting & Wajib...

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah (agama) & janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menpersatukan hatimu, lalu menjadikan kamu kerana nikmat Allah org2 yg bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk" ~~ Ali Imran : 103

P/s: Masih menaruh harapan penyatuan Ummah PAS~UMNO.. Kepada UMNO & Pemimpin, tolaklah debat tetapi tuntutlah Muzakarah.. Insyallah moga2 akan terbuka hati mereka2 didalam PAS... TAKBIR!!
comments

Jun 23, 2009

Kami Tentang Penyatuan Ummah/ Islam - PAS (Parti Islam Se-Malaya)

Assalamualaikum... Tidak boleh digambarkan perasaan berkecamuknya kebanyakan org2 Melayu & Islam am-nya bila pada pagi ini membuka surat khabar. Begitu juga saya.

Adakah PAS telah tunduk kepada desakan DAP & PKR? Ya Jawapan! PAS telah tunduk kepada desakan DAP & PKR dengan ideanya sendiri bagi menyatukan ummah seperti yg disyariatkan didalam Al-quran & Hadis.

Satu soalan berlegar di kepala saya. PAS mengatakan berjuang berlandaskan al-Quran & Hadis. Tetapi tidak dgn cadangan sendiri mengenai penyatuan ummah. Tetapi jelas sekali PAS sekarang amat berbeza dgn PAS dahulu.

Secara ringkasnya PAS seolah2 berbunyi begini :-

- Kami tolak perpaduan Ummah & Islam.

- Kami rela berdakapan dgn DAP yg 'menentang' idea Negara Islam & memperjuangkan Malaysian Malaysia drpd bersalaman dgn UMNO yg nyata saudara se-Islam dgn PAS.

- Kami lebih suka berpelukan dgn PKR & Dato Seri Anwar Ibrahim yg memperjuangkan Chin Peng (bekas ketua Parti Komunis Malaya) kembali ke Malaysia dr buangan.

- Kami lebih suka ikut 'Demokrasi Moden' acuan PKR & DAP drpd mengikut tuntutan agama.

- Kami tolak ketepi Al-Quran & Sunnah yg menyeru ummat Islam bersatu & melupakan sengketa.

- Kami tolak pandangan Ulama, Mufti, NGO-Islam dll.. Kami lebih suka mendengar pendapat ulama DAP.

- Kami tolak tuntutan agama & mengangkat tinggi ketabsuban kepartian.

- Kami rela bermusuhan sesama Islam drpd hilang rakan2 kami yg bukan islam/ kafir.

- Kami .....

- Kami .....

Terlalu panjang sekali kalau nak dilistkan. Tetapi ingatlah PAS & pendokong2 PAS. Telah nyata & terang PAS telah 'cross the line'. Tidak lagi memperjuangkan apa yg dituntut & apa yg dinyatakan secara terang dalam Al-Quran & Sunnah. Tidak malukah nama PAS & perlembagaan PAS yg mengatakan berpaksikan & mengikut al-Quran & sunnah. Tetapi terlalu nampak sgt sekarang PAS tidak berpegang lagi kepada yg nyata. Jgn lagi selepas ni berckp sbg pejuang Islam sedangkn tunduk kepada PKR & DAP.

Meminjam kata2 Dato Seri Najib. Adalah menampakkan kebodohon & kelakar bilamana PR cuba memutar belit mengatakan idea Kerajaan Perpaduan adalah idea utk merosakkan PR. Inilah ciri2 org 'Munafik'.

Cuba tanya balik.. Drpd siapa idea tu ?? Oleh disbbkn memikirkan penyatuan Ummah UMNO & BN menyambut usaha ttp nampaknya usaha yg dilempar hanya sia2 kerana mereka telah campak kedalam longkang. Ingatlah hidup kita didunia hanyalah sementara, akhirat jua tempatnya.

p/s: Aku berpegang kepada Al-Quran & Sunnah. Islam agamaku, rakan2 islam saudaraku, al-quran & sunnah ikutan ku..
comments

Jun 22, 2009

Kerajaan Perpaduan ~ Jalan Perdamainan Penuh Berliku? - Dr Asri

Saya dapat membayangkan betapa terguris perasaan beberapa tokoh politik yang dikecam oleh rakan sendiri disebabkan kerana hasrat ingin mencari perdamaian dalam kalangan kaum muslimin.

Keadaan begini menjadikan kita lebih faham mengapa Allah menyebut: (maksudnya) “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku ialah dalam kalangan muslimin!” Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik; maka (engkau akan dapati) orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar (dari kebahagiaan dunia dan akhirat).” (Surah Fussilat ayat 33-35).

Allah mengajar dalam ayat di atas agar kita menyeru kepada Allah, iaitu ajaran-Nya bukan kepada kepentingan diri, parti atau apa sahaja, serta menyatakan kita dalam kalangan kaum muslimin. Maka muslim atau Islam itulah identiti kita merentasi segala identiti dan ideologi perkauman, politik dan fanatik kelompok dan puak. Kemudian Allah mengajar agar dalam dakwah kita berusaha menolak kejahatan dengan kebaikan. Tidak perlu menyimpan dendam dan amarah yang tidak sudah.
Dengan tidak menggadaikan prinsip dan berhati-hati, dalam masa yang sama al-Quran memberitahu kita tindakan menunjukkan kebaikan dalam menghadapi kejahatan boleh menatijahkan musuh menjadi rakan setia. Namun Allah juga memberitahu untuk melaksanakan hal ini amatlah berat dan tidak akan sanggup dipikul melainkan mereka yang sabar dan mendapat kurniaan besar daripada Allah.

Saya tahu ramai orang politik baca ayat ini. Mereka juga tahu Allah menyebut dalam firman-Nya yang lain (maksudnya) “Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara): Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujurat: ayat 9-10).

Juga sabda Nabi saw: “Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat ? Jawab para sahabat: Bahkan. Sabda baginda: “Mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama).” (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Amat dukacita jika ada dalam kalangan orang Islam melenting dengan idea perdamaian antara kelompok-kelompok Islam yang berbalahan. Mungkin kerana dia kurang jelas maksudnya, atau beberapa andaian politik yang menakutkan. Apa pun, perdamaian bukan semestinya menghapuskan identiti, tetapi untuk kembali memahami antara satu sama lain atas asas ukhuwah islamiah.

Bak firman Allah: (maksudnya) “Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” (Surah al-Nisa’: ayat 114).

Jika kita tidak melenting dengan cadangan agar penjenayah Chin Peng dimaafkan dan dibawa pulang, mengapa pula begitu marah untuk sesama muslim cuba duduk semeja, bermaaf-maafan dan berunding untuk kebaikan umat dan rakyat.

Hari ini, hasrat itu dinyatakan sendiri oleh org politik. Saya amat bersyukur. Namun nampaknya ia tidak semudah itu. Rintangan & halangan amat besar & sukar. Dendam, prejudis, hasutan & sejarah silam membaluti isu ini. Nampaknya lebih mudah utk kelompok2 politik muslim ini duduk dgn 'org lain' dibandingkn dgn saudara semuslim sendiri.

~~~~~
Anaklangkawi :- Diharap lebih ramai lagi tokoh2 Agama & ulama membuat kenyataan menyokong agenda yg digagaskan oleh TGHA.. Ini yg terbaik & dituntut oleh Islam..
comments

Jun 18, 2009

Kenyataan Bodoh Khairy Jamaluddin


Merujuk kepada Nasharudin dipelawa sertai UMNO (KJ) Utusan 18/6/09

Salam.. Maaf kepada KJ kerana buat pertama kalinya saya membuat kenyataan terbuka terhadap beliau.. Apa yg dikatakan bodoh? Ia adalah kerana KJ telah menyatakan pendapat bodoh beliau utk mempelawa Nasharuddin masuk UMNO.

Usul @ perbincangan baru hendak dilaksanakan diantara UMNO & PAS @ PR & BN. Ini disuarakan dgn kenyataan positif Najib & kenyataan balas positif Nasharuddin atas idea yg dilontarkan Presiden PAS Haji Hadi Awang.

Melontarkan pendapat sedemikian cuma hanya merencatkan perbincangan & menunjukkan yg KJ terlalu jumut. Dan hanya melihat kepada cuba mencari political mileage utk menonjolkn kredibiliti beliau. Sepatutnya taktik menghentam PAS perlu di'slowkan' bagi merialisasikan agenda Kerajaan Perpaduan yg akan menguntungkan org Melayu & rakyat khasnya.

Secara tidak langsung ia memberi ruang kepada sebahagian dalam PAS utk menghentam Nasharuddin & juga TGHA yg jelas tidak menguntungkan sesiapa. Cukuplah bermain politik KJ. Kata demi merealisasikan perpaduan rakyat jadi berhati2lah bila menyatakan pendapat.

KERAJAAN PERPADUAN PERLU DITERJEMAHKAN OLEH MEREKA2 YG IKHLAS .. BUKAN MEREKA YG CUBA MENGAMBIL KESEMPATAN TERHADAP SATU SAMA LAIN..

UMNO perlu meletakkan @ mengarahkan semua pemimpin utk tidak mengulas isu ini sehingga perbincangan diadakan diantara UMNO & PAS.. Setakat ini restrain yourself.. Especially U KJ..

~~~
P/s : Terasa seolah2 KJ saja membuat kenyataan sedemikian kerana tidak mahu merealisasikan hasrat perpaduan UMMAH yg ditunggu2 oleh masyarakat Melayu & Islam negara.. macam nak sabotaj pulak..
comments

Jun 15, 2009

Kerajaan perpaduan : Niatkan kerana Allah, bukan kerana parti

Minda Dr.Maza - Kerajaan Perpaduan : Niat Kerana Allah, Bukan Kerana Parti.

Istilah ‘kerajaan-perpaduan’ menjadi panas. Saya sendiri tidak pasti apakah maksudnya. Mungkinkah ia seperti ‘Islam Hadhari’ yang muncul istilah dahulu, maksudnya dicari kemudian. Apapun bagi saya, sebagai seorang Muslim saya amat gembira dan bahagia jika sesama Muslim dapat berdamai dan mencari jalan ke arah kemaslahatan umat. Orang yang enggan melihat sesama Muslim cuba berdamai ialah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat yang tidak habis-habis atau fanatik yang bukan-bukan, atau buruk sangka yang tiada tepinya. Melainkan jika dia dapat buktikan bahawa perbalahan sesama Muslim itu lebih besar kebaikan daripada perdamaian.

Allah menyebut: (maksudnya) “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).

Jika dahulu perkataan ‘asabiyyah’ itu diwakili oleh ketaksuban kepada kaum atau kabilah sehingga berlaku perbalahan dan peperangan, namun hari ini ‘asabiyyah’ itu menjelma dalam bentuk parti, kumpulan, jamaah dan berbagai lagi bentuk perkumpulan manusia. Lalu manusia berbalah kerananya.

Nabi s.a.w bersabda: "…Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (riwayat Muslim). Dalam riwayat yang lemah sanadnya (tetapi dikuatkan dengan hadis tadi) dikatakan Nabi bersabda: “Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada ‘asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas ‘asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas ‘asabiyyah” (Riwayat Abu Daud).

Penyakit ‘asabiyyah' bukan sahaja dalam bentuk perkauman arab, atau parsi atau melayu tetapi juga dalam parti-parti yang dibentuk dibawah nama ‘demokrasi’ hari ini. Segala prinsip dan kewarasan hilang hanya disebabkan ketaksuban kepada parti atau kebencian kepada ‘pesaing parti’. Sehingga yang kononnya berjuang untuk arab atau melayu boleh berpakat dengan bukan orang lain untuk menindas kaumnya. Demikian yang kononnya berjuang untuk Islam boleh berpakat dengan bukan Islam untuk bermusuhan dengan orang Islam. Bahkan ada yang kuat ‘kebangsaannya’ boleh menghina bangsanya hanya kerana berbeza parti. Bagitu yang kononnya kuat Islam bukan berkawan dengan sosialis, kapitalis, bahkan anti-negara Islam, tetapi berang jika diajak berdamai dengan orang Islam. Parti telah membentuk ‘asabiyyah yang menakutkan dan mencerai-beraikan orang Islam.

Saya amat berharap umat Islam dalam negara ini keluar dari kemaslahatan parti kepada kemaslahatan umat yang lebih besar daripada parti. Nabi s.a.w memuji al-Hasan bin ‘Ali disebabkan beliau telah melakukan tindakan yang menyebabkan perbalahan antara penyokong Mu‘awiyah r.a. dan penyokong ‘Ali r.a dapat diredakan.

Abu Bakrah r.a menyebut: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di atas mimbar sementara al-Hasan bin ‘Ali berada di sebelahnya. Baginda menghadap ke arah orang ramai dan kemudian kepada al-Hasan, lalu bersabda: “Sesungguhnya anakku ini adalah seorang tuan, mudah-mudahan Allah mendamaikan dengannya dua puak yang besar daripada orang-orang Islam” (Riwayat al-Bukhari).

Hadis ini menjadi kenyataan apabila Saiyyidina Hasan telah mengundur diri dari kerusi pemerintahan dan menyerahkannya kepada Mu‘awiyah selepas kewafatan ayahnya Saiyyidina ‘Ali. Mu‘awiyah dengan itu menguasai pemerintahan sepenuhnya dan tahun tersebut dinamakan oleh orang Islam iaitu “tahun perpaduan” (Ibn Kathir, Al-Ba‘ith al-Hathith, m.s. 177, Beirut: Dar al-Fikr). Di samping itu, Mu‘awiyah sendiri mempunyai hasrat perpaduan di mana beliau berkata:“Siapa yang akan menjamin orang Islam (sekiranya dibunuh ayah-ayah mereka)" (Riwayat al-Bukhari).

Ibn Taimiyyah dalam ulasannya menyebut: “Nabi s.a.w. memuji al-Hasan kerana perdamaian yang dilakukannya dan menamakannya sebagai sayyid iaitu ‘tuan’. Ini kerana, Allah dan RasulNya suka dan redha terhadap apa yang al-Hasan lakukan. Andainya peperangan yang berlaku antara orang Islam itu diperintah oleh Allah dan RasulNya, tentu Rasulullah tidak akan memuji langkah perdamaian yang diambil oleh al-Hasan. Kalau peperangan itu suatu yang disuruh oleh Allah dan RasulNya, bererti al-Hasan telah meninggalkan suatu kewajipan atau perkara yang disukai Allah. Hadis ini adalah dalil yang jelas bahawa apa yang dibuat oleh al-Hasan adalah sesuatu yang terpuji.”(Ibn Taimiyyah, Al-Khilafah wa al-Mulk, m.s. 84).

Di Malaysia, kita tidak pun tidak mengharapkan parti-parti umat Islam ini menyerah kuasa antara satu sama lain. Ya, kita perlukan imbangan kuasa antara kerajaan dan pembangkang. Apa yang kita harapkan mereka dapat duduk semeja membincangkan tentang maslahat umat ini terutama yang membabit isu-isu khusus umat Islam. Apakah langsung tidak persamaan pendirian atau sikap antara UMNO dan Pas dalam isu-isu khusus? Kita boleh berbeza atau berselisih sekalipun, tetapi kena ada titik-titik persamaan mengenai kemaslahatan umat dan rakyat. Berfikirlah atas landasan nas dan ukhuwwah islamiyyah melebihi sikap ‘tegar’ yang hanya mengikat diri dengan belenggu kepartian semata-mata. Islam itu bukan sekadar politik, Islam juga akidah, akhlak, ekonomi, pendidikan dan berbagai lagi.

Apakah dalam keadaan gentir ini tiada langsung nafas untuk memikirkan kemaslahatan umat dalam masalah-masalah khusus kita? Jika UMNO dan Pas boleh duduk bermesra dan bermanis dengan mereka yang berbeza prinsip dan perjuangan, apakah langsung tiada ruang sesama mereka. Marilah kita bimbangi apa yang Nabi s.a.w sebut: “Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebab itu ketika saya bersembang panjang dengan Tun Abdullah di London dua minggu lepas, saya mencadangkan agar duduklah UMNO dan Pas berbincang dalam perkara-perkara di luar isu politik. Belajar faham memahami antara satu sama lain. Niatkan kerana Allah, bukan kerana parti.

Jika pun mereka pernah ada rekod buruk perdamaian sebelum ini, namun zaman dan masa sudah berbeza. Semalam sudah tidak sama dengan hari ini. Hari ini manusia lebih matang dan keadaan lebih getir. Jangan lagi berbincang bermula dari titik tolak kuasa, tetapi berbincang dari titik kemaslahatan umat. Jika benar ada keikhlasan, keberkatan akan datang. Jika niat ikhlas inginkan perdamaian, Allah akan membuka jalan kebaikan. Kalau kuffar musuh Islam ingin berdamai, kita disuruh sahut perdamaian. Inikan pula sesama Muslim.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Anfal, ayat 61).

Ada pihak yang berkata perdamaian antara parti-parti orang Islam akan memangsakan orang ‘lain’. Saya hairan, apakah setiap kali jika dua golongan berunding maka pihak lain pasti menjadi mangsa?. Saya fikir jika Muslim yang berbicara demikian, dia seorang yang sama dengan pengikut Abdullah bin Saba yang mencetuskan peperangan antara ‘Ali dan ‘Aishah. Mereka itu apabila melihat ‘Ali berdamai dengan ‘Aishah r.ha, mereka mencetuskan serangan mengejut sehingga mengheret umat Islam bertempur sesama sendiri. Menurut Ibn Kathir (meninggal 774H), apabila mendengar keputusan ‘Ali untuk berdamai, mereka yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan ‘Uthman iaitu para pemberontak yang ada di dalam tentera ‘Ali menjadi takut. Mereka berbincang sesama sendiri dan berkata: “Mereka telah berdamai atas darah-darah kita”.

Maksud mereka perdamaian ini bererti senjata akan dihalakan pula ke arah mereka.. mereka terus berbincang, akhirnya ‘Abd Allah bin Saba’ mencadangkan agar mereka memulakan api peperangan agar peperangan tetap tercetus..sebelum menjelangnya waktu subuh mereka telah melancarkan serangan terhadap tentera-tentera ‘Aisyah dan ‘Ali secara serentak menyebabkan kedua-dua pihak menyangka bahawa pihak yang satu lagi telah mungkir janji. Tentera ‘Aisyah telah menyatakan: “Tentera ‘Ali telah menyerang kita”. Sementera tentera ‘Ali pula menyatakan: Tentera ‘Aisyah telah menyerang kita”. Maka tercetuslah peperangan Jamal yang menyebabkan kematian yang begitu banyak...(al-Bidayah wa al-Nihayah 7/249, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Kata Winston Churchill: “History repeats itself because no one was listening the first time.”
----

Anaklangkawi :- Kembalilah kepada al-Quran & Hadis bila terdapat keraguan & perlukan petunjuk Allah. Nescaya ia adalah sebaik2nya.. Saya menyeru saudara se-Islam baik dr PAS @pun UMNO .. Bersatulah.. Demi Agama Khasnya & seperti yg dinyatakan dlm kalam Allah & demi bangsa & Negara.. Cukuplah kita dipermainkan!! TAKBIR!!
comments

Jun 12, 2009

Muktamar PAS 55 & Kerajaan Perpaduan

Masjid Kampung Pelambayan, Brunei

Alhamdulillah.

Satu perkataan yg keluar secara sponton bila mengetahui golongan aliran Ulama masih menguasai PAS. Kemenangan ini sebenarnya tidak dijangka melihatkan trend pengundi muda & juga segolongan pimpinan PAS yg ghairah utk mengejar kuasa dari melihat daripada bercakap tentang perpaduan Ummah.

Sejajar dengan itu, idea Kerajaan Perpaduan bergema kembali. Saya amat menyokong matlamat tersebut atas kepentingan Ummah, Bangsa & Negara amnya. Kenapa perlu disekat perpaduan yg membolehkan umat Islam di negara ini bersatu & bergerak atas satu pasukan. @ sekurang2nya bila perkara tersebut direalisasikan maka kita mungkin bertuah kerana mempunyai pemimpin dari dua aliran BN & PR yang berjuang atas kepentingan rakyat cuma mungkin cara sahaja yg berbeza.

Saya percaya majoriti umat Islam dinegara ini menyokong idea ini demi kepentingan umat Islam & Melayu am-nya. PAS tidak perlu memasuki BN cuma PAS perlu memberi pendekatan yg berbeza bila berhadapan dgn BN. Mungkin pada masa hadapan PAS menjadi rakan dalam BN seperti 1969 iaitu pabila keadaan meruncing.

Sebenarnya PAS berada dalam keadaan dilema. Dalam pada PAS hendak menjadi parti yg DOMINAN dalam PR & pada waktu yg sama mahu bekerjasama dgn UMNO jika keadaan Umat Islam & Melayu berada di ambang kehilangan kuasa politik. Jadi sebenarnya saya melihat PAS cuma memberi hint kepada PKR & DAP khasnya juga kepada MCA, MIC dll yang PAS akan bersatu senada jika kuasa politik melayu amat teruk.

Kenapa PAS membuka ruang utk perbincangan dgn BN/UMNO? Terdapat bbrp sebab & akan diulas pada masa yg akan datang.

Jika dilihat secara hakikatnya. Samada dari pihak komponen PR (DAP,PKR) @pun BN (MIC, MCA, Gerakan) mereka tidak menyokong idea ini kerana pada mereka ini akan melemahkan mereka (bukan bumi) & keadaan skrg adalah ideal kerana mereka boleh meminta & melaksanakan dalam pelbagai arah. Why? Kerana pada parti2 ini matlamat adalah sama cuma cara yg berbeza. Jadi jika terealisasinya hasrat Kerajaan Perpaduan ini bakal meranapkan agenda mereka baik dr dalam @ luar kerajaan.
Kepada UMNO Parti terbesar org Melayu. SATU DIMINTA!! .. Tangan Dihulur perlu disambut.. Perpaduan UMMAH telah dicanang! Perlu disahut.. Demi Agama ISLAM, BAngsa & NEgara.. Jika tidak disambut jgn disalahkn rakyat bila PAS dihati rakyat !!!!.. Jgn lagi tunduk pada mereka yg meminta2 dari dalam & pada hakikatnya sama dgn diluar sana.. Kerana kepada mereka adalah sama satu agenda satu matlamat!!

Wallahwaklam....
comments

Jun 7, 2009

Daulat Tuanku.. Sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong 2009

DAULAT TUANKU!!

Merafak Sembah & Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah.
Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku!!

SERI PADUKA BAGINDA YG DI-PERTUAN AGONG,
AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

Sedikit Info Ringkas Tuanku Mizan

@ Diputerakan pada 22 Januari 1962 di Istana Al-Muktafi di Kuala Terengganu, Terengganu.
@ Ditabalkan sebagai Putera Mahkota Terengganu pada 6 Nov 1979 & sbg Pemangku Sultan dr 20 Oct hingga 8 Nov 1990.
@ Ditabalkn sbg Sultan Terengganu pada 15 Mei 1998.
@ Dilantik sbg Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 26 April 1999.
@ Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dlm Hubungan Antarabangsa di U.S International University Europe, London 1988.
@ Menamatkn latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, England 1983.
@ Berkahwin dgn Raja Permaisuri Nur Zahirah pada 28 Mac 1996 di Kuala Terengganu.
@ Mempunyai empat cahaya mata iaitu Tengku Nadirah Zahrah (13) Tenku Muhammad Ismail (11) Tengku Muhammad Mua'az (9) & Tengku Fatimatuz Zahra (7)
DAULAT TUANKU.. Moga Institusi Beraja, Islam & Bangsa Lebih Kuat Dibawah Naungan Tuanku Sultan...
comments

Jun 2, 2009

Penanti 'Aftermatch' - Biggest Casualty

THE RESULTS - PRK Penanti

PKR (Dr Mansor) - 6,052
Independent (Aminah) - 392
Independent (Nai) - 494
Independent (Kamarul) - 56
Majoriti - 5,558

2008 Election

PKR (Fairus) - 7,346
BN (Dato' Abdul Jalil) - 5,127
Majority - 2,219

As i said earlier i'm not a surprise that PKR wins big in this Bi-election. Its a just a bi-election created by PKR to lure BN. But it's a surprise when the turnout was very bad. Less than half the voters turn-up on Sunday. Whatever PKR said does not make any sense anymore. The fact is PKR need to swallow that the voters in PENANTI trying to show something. Probably only the 'hardcore' PR people cast their vote that day. The rest of the voters either going out vacation or just relaxing like any other weekend.

Anyway, let me conclude something for both side :-

PKR & PR

- This bi-election actually a shameful winning for PKR. And i think deep in the hearth the PKR candidate feels something. (i will if i was him)
- Losing 1200++ vote from previous bi-election shows that DSAI tactics was terrible. Whatever the reason is they still cannot convince the voters to turn up.
- PKR tactics actually effects their friends in PR which is PAS & DAP

BN

- For the 1st time seems that BN make a right decision. They actually lost the battle but gain moral battle looking at the result of the battle. Retreat is an exceptional strategy.
- Morals are high & this will boost the spirit for next bi-election in Kelantan.

- Eventhough BN did not contest in this bi-election its crucial for BN to make a post mortem on what had happen & learn the trend of the voters.
- I wonder where is the post mortem that Vice President of UMNO talking about when he announce after winning the post.

Anyway, its the 1st time in this 2 years that bi-election runs smoothly without much attention by press or media. One might hardly know that there's a bi-election going on. :)

Actually nobody wins this election. We can call it as the Loser that Wins. Kudos PKR ! Kudos BN !

comments