Showing posts with label Greetings / Ucapan Selamat. Show all posts
Showing posts with label Greetings / Ucapan Selamat. Show all posts

Nov 17, 2010

Salam Aid Mubarak

Salam Aidil Adha kepada Semua Umat Islam..

Mari kita menghayati erti korban yg sebenar dalam mendapat keredaan Illahi.

Jgn kita lupa kesusahan saudara-saudara kita di utara & hulurkan bantuan sepatutnya..

Wassalam..
comments

Sep 10, 2010

Salam Aidilfitri & Selamat Merdeka Negaraku (belated)


Di kesempatan ini cek nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin kepada semua blogger & pengunjung Other Perspektif.

Amat jarang-jarang kita menyambut bulan kemerdekaan dekat dgn bulan kemenangan iaitu 1 syawal. Disambut pula dgn hari 16 September iaitu bulan terbentuknya Negara tercinta ini.



Jangan ditanya apa jasa negara tercinta ini terhadap kita tapi apa yg jasa kita pada Negara.



Renung-renungkanlah..



Cek mintak maaf kalau ada artikel & penulisan yg telah dibuat selama lebih kurang setahun dua ni menyentuh jiwa @ hati mana2 pihak.. Moga cek akan lebih kritis & bersuara demi membela Negara tercinta yg berteraskan PERLEMBAGAAN Negara.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

~~
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YG KE 53

&

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA..



comments

Aug 13, 2010

Ramadan Al-Mubarak


Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak Kepada Semua .. Kita doa-doakan Ramadan kita kali ini diberkati Allah..


comments

Feb 26, 2010

Salam Maulidul Rasul 1431H

Hari ini merupakan antara hari yg amat tenang bagi semua. Disamping umat Islam di Malaysia berarak, mengingati & membuat ibadat sempena hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, di Negara bertuah ini rakyat Malaysia berbilang kaum diberi cuti umum tak kira kerajaan atau swasta.

Diharap hari ini tidak dicemarkan oleh berita2 politik yg memualkan umat islam & rakyat Malaysia amnya.

Insyallah, sama2 kita tingkatkan ibadat2 & mendoakan kesejahteraan terhadap junjungan Nabi Muhammad S.A.W bersyukur kita dilahirkan sebagai org Islam (amnya).

Salam Maulidul Rasul..
comments

Feb 16, 2010

Gong Xi Fa Cai.. Selamat Tahun Baru Cina..


Wishing All Friends & Fellow Bloggers GONG XI FA CAI !

Tiger year.. Hm.. Very exciting year indeed..
comments

Jan 24, 2010

Al-Fatihah ~ Mangkatnya AlMarhum Sultan Johor

Al-fatihah atas mangkatnya Sultan Johor. Sama2 lah kita bertafakur & mensedekahkan Al-fatihah kepada al-marhum..

Jgnlah kita berckp yg cacat cela pada si mati. Ia ditegah oleh Islam.. Yg pergi takkan kembali.

Al-fatihah. Juga tak lupa kita sedekah al-fatihah kepada Negarawan Negara Ghazali Shafie. comments

Dec 31, 2009

Selamat Tahun Baru.. 2010

Disini.. Cek nak ucapkan salam tahun baru kepada semua. Tahun 2009 meninggalkan kita dgn seribu kenangan manakala 2010 dinantikan dgn seribu harapan.

Insyallah.. Kita doakan yg terbaik utk umat Islam, perkukuhkan persaudaraan kita. Rapatkan saf kita & jadikan 2010 tahun penyatuan Ummah..

Assalamualaikum..
comments

Sep 22, 2009

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Other Perspektif mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada Semua Rakan-rakan bloggers & para Pelawat..

Moga Hari Raya & Kedatangan Syawal yg diberkati menjadikn titik permulaan kerahmatan umat Islam di Malaysia.

Saya mendoakan kita dipertemukan atas dasar Ummah Islam & bersatu padu dlm menjadikan Negara kita aman Sejahtera Hendaknya.. Juga mendoakan kita disatukan akhirnya atas dasar Islam & perpaduan Ummah.. Insyallah

Salam Aidilfitri dr Other Perspektif kepada semua.. comments

Sep 1, 2009

Merdeka ! Merdeka ! Selamat Ulangtahun Kemerdekaan ke-52


Sedangkan Nelayan mengibarkan bendera. Kita bagaimana?

Tahun ini genap 52 tahun kemerdekaan Negara. Pada julung kalinya ia diadakan di Parlimen iaitu di tempat yg jarang2 diadakan. Cepat, marak & penuh dgn mesej yg jelas. Tanpa perpaduan kaum apalah kita. Rasa-rasanya sejak akhir2 ini kita telah merasakan yg keharmonian diantara kita kian terjejas.

Seperti mana yg diucap oleh PM kita iaitu Dato Seri Najib. Sepatutnya semakin lama semakin erat hubungan kita, tapi entah kenapa sejak bbrp tahun yg lepas keadaan seperti terbalik. Diburukkan lagi bila bbrp manusia yg gila kuasa mendapat mandat rakyat utk menjadi barisan pembangkang yg paling berkuasa dalam sejarah. Kita merasakan ketidak tentuan negara lebih teruk sejak habisnya PRU-12.

Kita sibuk bercakap tentang perbezaan kita. Baik dr segi pegangan politik, kaum @pun agama. Pada hakikatnya kita sama. Jika terhiris jari tiada warna lain darah yg keluar kecuali merah. Semua bangsa kita berjuang atas satu iaitu mendapat kemerdekaan negara. Maka marilah kita sama2 mencari titik pertemuan kita baik dr segi asal negeri kita, makanan kegemaran kita, sukan kegemaran kita (EPL), hobi kita & juga byk persamaan kita.

Barulah kita dapat menghayati semangat Kemerdekaan Negara & semangat Jiwa Merdeka..

Salam Kemerdekaan Kepada Semua.. 1Malaysia..
comments

Aug 21, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadan & Selamat Berpuasa

Assalamualaikum..

Menjelang Bulan mulia ini Anaklangkawi ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan & Selamat Berpuasa.. 1430H
comments

Jun 7, 2009

Daulat Tuanku.. Sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong 2009

DAULAT TUANKU!!

Merafak Sembah & Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah.
Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku!!

SERI PADUKA BAGINDA YG DI-PERTUAN AGONG,
AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

Sedikit Info Ringkas Tuanku Mizan

@ Diputerakan pada 22 Januari 1962 di Istana Al-Muktafi di Kuala Terengganu, Terengganu.
@ Ditabalkan sebagai Putera Mahkota Terengganu pada 6 Nov 1979 & sbg Pemangku Sultan dr 20 Oct hingga 8 Nov 1990.
@ Ditabalkn sbg Sultan Terengganu pada 15 Mei 1998.
@ Dilantik sbg Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 26 April 1999.
@ Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dlm Hubungan Antarabangsa di U.S International University Europe, London 1988.
@ Menamatkn latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, England 1983.
@ Berkahwin dgn Raja Permaisuri Nur Zahirah pada 28 Mac 1996 di Kuala Terengganu.
@ Mempunyai empat cahaya mata iaitu Tengku Nadirah Zahrah (13) Tenku Muhammad Ismail (11) Tengku Muhammad Mua'az (9) & Tengku Fatimatuz Zahra (7)
DAULAT TUANKU.. Moga Institusi Beraja, Islam & Bangsa Lebih Kuat Dibawah Naungan Tuanku Sultan...
comments

Jan 26, 2009

GONG XI FA CHAI & Selamat Tahun Baru

Other Perspektif would like to take this opportunity to wish all Chinese GONG XI FA CHAI & Happy New Year. Moga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.
comments

Dec 31, 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H

Kepada Muslimim & Muslimat Sekalian. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H. Semoga berbekalkan azam di tahun baru kita dibekalkan semangat utk terus mendekati Allah S.w.T & Sunnah Rasulnya..

Doa Tahun Baru :

"Segala puji tertentu bg Allah, Tuhan semesta alam. Solawat & Salam ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W, ahli keluarga & sahabat-sahabat baginda & kesejahteraan ke atas mereka."

"Ya Allah, Engkaulah Yang kekal abadi, Yang Qadim, Yang Awal & di atas kelebihan-Mu yg besar & kemurahan-Mu yg melimpah & ini adalah tahun baru yg telah muncul di hadapan tahun ini drpd syaitan yg direjam & pembantu-pembantunya serta tentera-tenteranya. Kami juga memohon pertolongan-Mu drpd nafsu yg byk mendorong kpd kejahatan & kami memohon kpd-Mu utk melakukan usaha yg mendekatkan kami kpd-Mu, wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran & Kemuliaan, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang. "

% Picture sponsored by Hadi Adli.
comments

Al-Fatihah & Sembah Takziah YG Dipertuan Besar N9


Al-Fatihah kepada di atas Kemangkatan Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman.

Semoga Allah S.W.T Mencucuri Rahmat Ke Atas Roh Al-Marhum Dan Dihimpunkan Bersama Orang2 Yang Soleh.

Sembah Takziah Dr Other-Perspektif kepada Tuanku Najihah Bt Al-Marhum Tunku Besar Burhanuddin.

Salam Sembah & Daulat Tuanku kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir atas masyurkan tuanku sbg Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Yang Baru..
comments

Dec 14, 2008

Salam Aidil Adha & Negeri Kedah.

Salam aidil adha. Sama2 lah kita doakan kepulangan umat Islam ke tanahair.

Setelah sekian lama berada dirantauan maka pulanglah anak negeri berdondong-dondong ke negeri Kedah. Kesempatan juga diambil oleh cek utk pulang berhari raya melawat kampung halaman (langkawi) & ibu negeri kedah (undangan kawin rakan).

Amat sedih & hiba melihat suasana muram Aloq Setaq. Kelihatan amat tidak terurus & sampah sarap merata-rata. Hati kecil ini membuat kesimpulan mungkin hanya kerana musim cuti. Tekaan melarat bila sekali lagi cek turun ke Aloq Setaq sekali lagi atas urusan menunaikan zakat.

Atas dasar rakyat kedah yg sayangkan negeri teguran mesti dibuat. Maka inilah antara yg nak disimpulkan.

1- Jeti Kuala Kedah & Sekitar.
** Apa nak jadi ni. Sampah sarap di kawasan sekitar jeti tidak dikutip. Malahan di kawasan perumahan rakyat miskin PPRT kuala kedah sampah menimbun melebihi had. Tandas di Jeti? takyah komen lah. Pi tgk sendirilah.

2- Jubli Emas Sultan Kedah
** Kalaulah cek yang jadi sultan. Rasanya mmg kecik hati sungguh. Amat dingin melihat sambutan, banner & poster. Tapi mungkin sbb sudah sampai ke penghujung tahun?

3- Taman Rimba (bersebelahan dgn pusat pentadbiran)
** Kawasan ini menjadi antara kawasan jogging waktu zaman bersekolah di KSAH dulu. Amat teruk sekali keadaan kawasan tersebut. Tidak dapat digambarkan keadaan kawasan tersebut jika dibandingkan dgn dahulu. Penyelenggaraan amat buruk & teruk ttp tidak dapat mematahkan semangat anak negeri kedah utk sama-sama beriadah. Yg sedihnya lokasi taman yg berdekatan dgn pusat pentadbiran tidak memberi kesan kepada faktor penyelengaraan yg baik.

4- Pekan Rabu & Sekitar.
** Menjadi tempat persinggahan yg wajib bila ke Aloq Setaq. Pekasam & kain pelikat antara kewajipan pembeli. Jambatan merintangi jalan masih dihuni pengemis. Dimana silapnya negeri Kebajikan? adakah mereka ini tidak mendapat pembelaan? Harapan agar ini tidak berlarutan sbb akan mencacatkn lagi pemandangan ibu negeri yg ternyata telah cacat. Bab sampah sarap pun dah malas nak ulas.

Kesimpulannya keseluruhan kawasan yg dikunjungi oleh cek berada dalam keadaan dibawah 'par'. Tindakan susulan perlu dilakukan segera demi negeri tercinta. Majlis Bandaraya & Kerajaan Negeri perlu melaksanakan tanggungjawab yg diamanahkan rakyat. Tiada alasan & menuding jadi diperlukan. Hanya tindakan sahaja yg diperlukan. Ini antara secebis kepincangan & teguran atas dasar sayangkan negeri.

Akhir kata, berdasarkan kenyataan YB Ust Azizan mengenai kawasan tadahan hujan di kedah.
cek nak ingatkan kembali manifesto kerajaan negeri yg berikrar utk menjaga kawasan tadahan hujan & hutan dalam manifesto PRU-12. Ini merupakan janji PAS & PR. Jadi jgnlah memungkiri janji.

Ini bukan caranya utk dapat kan duit utk negeri. Sepatutnya cubalah mencari lebih pelaburan asing ke kawasan Kulim Hi-tech misalnya. Sekaligus akan mewujudkan peluang pekerjaan pada anak negeri kedah. Amat kesal mendengar Dato' Syukri dipaksa letak jawatan hanya kerana berbeza ideologi dari kerajaan negeri. Rakyat kedah seperti inilah patut dijaga dek kerana kapasiti beliau yg berjaya menarik byk pelaburan ke daerah Kulim.

Cek hanya mahukan yg terbaik utk negeri tercinta.

Salam Aidil Adha pada semua Umat ISlam terutamanya rakan-rakan senegeri!! comments

Oct 27, 2008

Happy Deepavali..


Bloggers & friends.


Wishing u all happy Deepavali. OR some say festival of lights..
Hope this coming festival will bring u joys & wealth for upcoming future..
Other Perspektif


comments

Sep 29, 2008

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin..


Well.. Its nearly end of Ramadan. Quite sad really.

Don't you feel it. During this fasting month less of quarrel between parties, less issues, less havoc & i must say oklah. Very interesting month.


Maybe because of all the "devil" been held up to seduce the people.

Having to said that. We don't know what's up next month. We don't even have to imagine how the political bickering will end.


As i urge before. Let us stop the non-sense & start to work people. United states is in the process of economy melt down. If our country don't do something our country will definitely feel the pain when US economy collapse. This is what happen when US Peg this money to something that does not exist (dollar/ paper money).


I'm off the track like always. Anyway.. Want to take this opportunity to wish all of u ..



SELAMAT HARI RAYA...

MAAF ZAHIR & BATIN..


comments