Showing posts with label Konspirasi Teori. Show all posts
Showing posts with label Konspirasi Teori. Show all posts

Jul 27, 2009

Kisah Benar Teoh Beng Hock? ~ Fakta & Alibi

Berikut merupakan email yg diterima & boleh difikirkan bersama.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Latar Belakang

1. YB Ean Yong Hian Wah adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram.

2. Teoh Beng Hock pula adalah Setiausaha Politik kepada YB Ean Yong Hian Wah.

3. YB Ean Yong Hian Wah adalah antara Exco dan ADUN yang disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri Selangor.

4. YB Wee Choo Keong (MP Wangsa Maju) telah menyatakan bahawa pejabat salah seorang ahli EXCO kerajaan negeri Selangor digunakan untuk tujuan perniagaan ahli-ahli kongsi gelap.

5. Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng pula menyeru SPRM agar berhenti menindas ahli-ahli politik PR terutama sekali ahli-ahli DAP kerana usaha ini berbau politik dan tidak menegakkan keadilan mau pun membenteras korupsi.

6. Pemimpin-pemimpin PR medesak agar segala siasatan SPRM selanjutnya perlu ditemani wakil guaman dan tidak perlu bertempat dipejabat SPRM.

Persoalan

Jika andaian bahawa Teoh Beng Hock dibunuh adalah benar, siapa dan pihak manakah yang akan beroleh faedah dengan kematian beliau?

i. Kerajaan BN dan SPRM
ii. Kerajaan Negeri Selangor dan DAP
iii. Kumpulan Kongsi Gelap

Jawapan

i) Kerajaan BN dan SPRM
Kedua-dua pihak ini tidak mempunyai sebab untuk membunuh Teoh kecuali:·
  • Ianya dilakukan sebagai sabotaj terhadap Kerajaan BN dan SPRM·

  • Berlaku tindakan jenayah oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.
Jelas kedua-dua kemungkinan ini tidak membabit Kerajaan BN atau SPRM. Insiden seperti ini memberi kesan buruk kepada reputasi Kerajaan BN dan SPRM yang baru ditubuh. Untuk membuat tuduhan bahawa ianya dirancang adalah tidak logik.

Anggota SPRM yang terlibat boleh diandaikan beragama Islam. Adakah masuk akal bahawa mereka sanggup membunuh dalam menyoal-siasat kes tuduhan rasuah? Adakah mereka langsung tidak beriman? Jika benar mereka membunuh, maka neraka jahanamlah tempat mereka. Tiada boleh belas kesian.

ii) Kerajaan negeri Selangor dan DAP
Segala siasatan oleh SPRM terhadap ahli-ahli kerajaan negeri Selangor terjejas dan tergendala akibat apa yang berlaku. Apa-apa rahsia yang ada pada Teoh terkubur bersama beliau.Akibat insiden ini juga, sentimen dan kebencian rakyat terhadap apa yang dilaungkan sebagai Kerajaan BN yang zalim akan bertambah.

Ini merupakan modal besar yang boleh digunakan sehingga PRU ke13. Untuk kaum Cina pula, ini satu lagi contoh penindasan terhadap mereka. Apatah lagi apabila yang mati itu anak pemandu teksi yang miskin.


iii) Kumpulan Kongsi Gelap.
Hubungan antara ahli politik PR dan ahli kongsi gelap yang disyaki selama ini jelas ujud.

Kumpulan triad saperti four heavenly kings amat berpengaruh dan perkasa didalam pelbagai bidang perniagaan. Demi untuk menutup rahsia dan memberi amaran kepada sesiapa yang ingin membocorkan maklumat, kumpulan kongsi gelap tidak keberatan untuk membunuh.

Rumusan

Disebalik segala tomahan dan tuduhan, Kerajaan BN dan SPRM merupakan pihak yang paling tidak menginginkan sesuatu insiden saperti kematian Teoh Beng Hock ini. Oleh itu jelas bahawa kita tidak boleh sangkal yang kematian Teoh berpunca dari kegiatan kongsi gelap yang mempunyai pertalian dengan pemimpin politik dan kematian beliau secara kejam ini memberi political mileage yang tidak terhingga.

Dari satu keadaan yang akan membawa padah kepada kumpulan kegiatan gelap, ianya telah berubah dimana Kerajaan BN dan SPRM dipertanggong jawapkan keatas kematian Teoh. Yang paling seronok adalah DAP dan sekutu-sekutu mereka, sentiment anti-BN sekarang semakin meluak.

Bagi yang beragama Islam, haruslah bersabar sebab yang dari SPRM itu juga saudara. Syak itu lebih buruk dari membunuh dan sebelum maklumat sepenuhnya diperolehi tak perlulah membabi buta membuat tuduhan.

~~~
Anaklangkawi :
Kita ada akal fikiran yg dikurniakan oleh Tuhan.. Maka lu pikirlah sendiri..

Ulasan Yg lebih tidak kurang menarik oleh KijangMAS disini..
comments

May 4, 2009

Penanti 'Art of War' - BN tak Usah Layan!

Gambar.
Terpanggil utk memberi komen. Dgr cerita pada hari ini BN akan memutuskan utk bertanding @ tidak di Penanti. BN sekarang didlm dilema kerana :-

Mahu @ tidak menari bersama2 PKR?
-Jawapan : Jgn jadi Bodoh BN

Mungkinkah BN akan menang jika PAS turut sama bertanding?
- Jawapan : PAS tidak akan bertanding. Jika betul PAS bertanding maka undilah PAS.

Atau ia hanya umpan utk menyuruh BN bertanding?
-Jawapan : Sah @ tidak. Mmg ia umpan. Jgn termakan umpan kerana ia tidak berkesudahan. Jika BN bertanding skrg maka BN perlu bertanding lagi pada masa hadapan kerana alasan utk tidak bertanding tidak boleh diterima pakai lagi kerana bertanding skrg. Rakyat tidak akan menerima alasan yg ada lagi pada masa hadapan jika sekarang bertanding.. Maka bertambah parahnya BN.

DSAI adalah seorg manusia yg amat licik. Dan kelicikan ini tidak boleh dinafikan bermula sejak dulu lagi. Semenjak beliau berada di dalam UMNO. Bagaimana dia menggunakan aset kerajaan utk melebarkan pengaruhnya seperti penubuhan Institusi Kajian Dasar (nama sebenar disusup).

Samalah juga dgn apa yg berlaku sekarang. Apa yg dimahukan oleh DSAI adalah gelombang yg diciptakan bertali arus sehingga PRU-13. Inilah liciknya DSAI utk mencipta gelombang rakyat hasil dr iktibar gelombang Reformasi yg mati sekerat jalan pada tahun 1999 (itupun kerana kehebatan Tun). Umpan demi umpan dilakukan supaya BN meletakkan calon.

Bermula dgn pengumuman Bekas Ketua Wanita PKR yg menawarkan diri sbg bebas & juga kononnya PAS Penanti yg berhasrat utk menduduki kerusi tersebut. Pada hemat saya ini merupakan umpan yg paling licik. Moga2 BN tidak terlalu bodoh utk jatuh ke perangkap PKR.

Mahu dinyatakan disini, permainan politik DSAI tidak akan berakhir. Jika BN terperangkap dgn rentak yg dimainkan nescaya buruk padahnya. Saya menjangkakan terdapat beberapa kerusi lagi yg sengaja disimpan utk meneruskan agenda gelombang licik Anwar ini. (dijangka ADUN Bukit Lanjan, Kota Alam & beberapa lagi kerusi panas yg disimpan menjelang PRU-13)

BUkan Soal Maruah lagi.. Tetapi Soal 'Art of War' dalam politik. Jika BN meneruskan hasrat utk bertanding bermakna BN berada dalam 'losing Battle'. Maka Anwar akan menang the whole war menjelang PRU-13 nanti jika BN menari bersama rentak gelombang berterusan.

Mahu saya nyatakan disini, samada PAS bertanding @ tidak, adalah tidak bermakna. Kerana yg kalah tetap BN. Jadi jgnlah membuang masa utk bertanding. Kita biarkan rakyat fed-up dgn taktik kotor ini & berharap rakyat sedar betapa liciknya sesetengah pihak demi mendapat kuasa.

Satu yg pasti DSAI mempunyai think tank Art of War lebih hebat dr UmNO.. Nampaknya UMNO must start recruiting org2 yg berkaliber utk menjadi think Tank UMNO. (yg lama dok nasihat tu patut buang ja).
comments

Feb 3, 2009

Pakatan Rakyat Perak & Konspirasi Teori PKR


Terpanggil untuk memberikan pendapat mengenai apa yg berlaku di Perak. Kekalutan yg timbul sejak hujung bulan Januari telah berlanjutan dgn berita gempar 2 ADUN Perak PKR mungkin menjadi ADUN Bebas.

Tetapi berita & jln cerita yg menjadi persoalan. Kenapa yg mengishtiharkan keluar parti merupakan Speaker DUN Perak & bukan 2 ADUN tersebut? Surat yg ditandatangani Mac tahun lepas digunakan utk meletakkan jawatan mereka sebagai DUN secara rasmi.

Konspirasi Teori - PKR

Terdapat pendapat mengatakan bahawa tindakan 2 ADUN ini hanyalah menurut perintah dalaman PKR. Kedua-dua mereka telah sedia maklum mempunyai masalah berhadapan dgn ’conviction’ SPRM dgn tuduhan mengambil rasuah melibatkan project perumahan bernilai RM 180 Juta. Dan kemungkinan tuduhan yg dihadapi mereka akan selesai dgn hakim meletakkan mereka sebagai bersalah lebih2 lagi rakan mereka yg penuh dgn kontravesi ’sedekah seks’ telahpun mengaku bersalah (secara tak langsung). Telah sedia maklum juga jika mereka didapati bersalah, kemungkinan kerusi yg diwakili mereka secara undang-undang akan diistiharkan kosong & PRK akan berlaku lambat laun. Jadi perancangan awal utk mengosongkan kawasan tersebut dibuat dgn lebih awal & teliti oleh PKR bg menjamin kerusi tersebut.

Dato Seri Anwar Ibrahim amat licik dlm membuat perhitungan & perancangan. Ini tidak dinafikan. Masih teringat insiden bilamana DSAI bersembunyai di Kedutaan Turki atas alasan (tidak masuk akal) kerana risaukan keselamatan beliau. Mungkin ini adalah salah satu lagi perancangan beliau dgn membuat konspirasi yg amat berbahaya & licik. Kemungkinan kedua-dua ADUN tersebut memang menghilangkn diri tetapi dlm pada itu hilang dalam perancangan dgn ketua PKR mengenai konspirasi ini & selepas itu berjumpa dgn pimpinan UMNO utk memancing ’kepercayaan’ mereka. Perancangan yg amat licik ’serampang dua mata’ yg bertujuan utk membuat sedikit kecoh dgn menyalahkan UMNO atas apa yg bakal berlaku (cerita mereka ini hendak letak jawatan).

Pimpinan Pakatan Rakyat Perak yg tidak mengetahui perancangan teliti ini akan terbawa-bawa dgn permainan perancangan DSAI & inilah yg dimahukan dalam perancangan ini. Kenapa? Kerana dgn menggambarkn 2 ADUN ini dibeli oleh UMNO akan memberikan info tersirat kepada rakyat bahawa BN telah merasuah 2 ADUN ini & dengan mudah mereka akan memenangi pilihanraya kecil yg bakal berlaku.

Permainan ini dihangatkan lagi dengan lakonan kononya di Kedah ADUN PKR ditawarkan duit & diugut oleh BN. Mengapa sekarang cerita ini timbul? Fikir-fikirkanlah.

Juga tidak lupa ’cerita’ & akuan bertulis (surat RM2.00) ketua bahagian PKR IPOH Barat. Kelakar bukan sbb Dato Seri Najib tawarkan beliau RM50 Juta utk memujuk. Kalau difikitkan sejenak kenapa perlu DSN tawarkan kepada beliau duit tu? Baik telefon terus kepada 2 ADUN PKR tersebut & tawarkan duit tersebut. Yang peliknya mengapa drpd RM 50 juta turun kepada RM 5 juta seorg termasuk pengadu? Jadi jumlahnya RM 15 Juta? Mana lagi RM 35 juta? & kenapa baru sekarang beliau dedahkan perkara ini? Kelakar bukan. Adalah disarankan En. Fauzi buat sumpah laknat dlm perkara ini! Oh ya sedangkan ketuanya tidak berbuat demikian masakan En. Fauzi mahu.

Termasuk jugak dgn lakonan ADUN DAP di Perak yg hanya perlu berlakon selama bbrp jam utk meyakinkan BN & mengelisahkan rakyat. Hakikatnya beliau sendiri tidak pernah didatangi oleh MCA Negeri @ pusat. Masakan YB hendak lompat parti sedang beliau telah lama didalam parti & telah 2 penggal menjadi YB.

Permainan mereka mestilah amat serius & berkesan sehingga membolehkan mereka berdua ini mendekati pemimpin UMNO dlm menyatakan ’hasrat’ mereka utk menyertai UMNO. Hakikatnya adalah tidak! Mereka hanya berlakon demi DSAI.

Jadi PKR bolehlah meletakkan calon lain dgn harapan rakyat benci kepada usaha pembelian oleh UMNO & BN. Serentak dgn itu mereka akan menutup kelemahan PKR tersebut dgn tuduhan rasuah sekaligus melemparkan fitnah terhadap UMNO atas cerita rasuah & pembelian ADUN tersebut.

Tak mustahil jika PRK ini berlaku mereka berdua ini akan berada di pentas PKR juga atas kapasiti mengatakan UMNO menawarkan itu & ini (lepaskan dr tuduhan rasuah). Juga tak mustahil mereka ini berada di atas pentas UMNO atas kapasiti PKR itu & ini yg akan menjatuhkan UMNO secara tak langsung.

Konspirasi ini dikuatkan dgn kenyataan demi kenyataan yg keluar dr PKR sendiri & DSAI sendiri yg tidak melemparkan apa2 kenyataan yg bersifat menyinggung perasaan 2 ADUN tersebut. Begitu juga jika kita lihat kenyataan oleh 2 ADUN yg berkata ”tidak timbul kami keluar PKR’. Persepsi rakyat di dua kawasan DUN berkenaan inilah yg ingin dimenangi oleh PKR.

UMNO & BN tidak seharusnya terpedaya dgn konspirasi licik ini. UMNO juga patutnya tidak seharusnya terlalu melayan kerenah cerita lompat si katak lompat. Tetapi patutnya tertumpu kepada usaha memperbetulkan dalaman parti sendiri. UMNO harus berpegang kepada prinsip tidak menerima ADUN yg melompat parti yg mempunyai 'masalah' seperti mereka ini.

Hakikatnya semua ini hanyalah rancangan & dirancang dgn teliti oleh pihak-pihak tertentu demi survival politik PR di Perak. Kita tunggu & lihat adakah benar apa yg berlaku sekarang @ sekadar konspirasi politik semata-mata.
comments