Showing posts with label Manifesto BN. Show all posts
Showing posts with label Manifesto BN. Show all posts

Apr 18, 2013

1,000 Pemandu Teksi Dapat Lesen Individu

Alhamdulillah. Itu yang cek boleh cakap bila Kerajaan menunaikan satu lagi Janji dalam majlis 'Janji Ditepati'.

Janji itu termaktub dlm Manifesto BN mahupun Pakatan. Cuma Pakatan janji nak hapus terus.

Apa-apa pun inilah yg dinamakan pertandingan sihat yang akhirnya akan untungkan rakyat.







comments

Apr 15, 2013

Sasaran 2/3. Realiti @ mimpi?

Satu ulasan yang menarik oleh Tan Sri Zainuddin Maidin. Beliau memberikan beberapa sebab kenapa BN berkemungkinan merampas kembali 2/3 kerusi parlimen.

1- Tun Mahathir kembali sokong UMNO yg membawa sekali berjuta penyokong yg 'merajuk' di era KJ & Paklah.

2- Media BN sekata berbanding dlm PRU12. Tiada berita perpecahan dlm BN.

3- Kemunculan berpuluh NGO, yg pro-BN. Kewujudan mereka tidak boleh diperkecilkan.

4- Saluran kepada rakyat secara terus & bukan lagi melalui ketua Bahagian @ JKKP boleh elakkan ketirisan. BRIM DLL.

5- Blog & Media online yg jelas dikuasai oleh pro-BN berbanding Pru-12 dimana media online dikuasai oleh PR. Semakin byk cyber troopers dimedia maya yg wujud pro-BN disusuli dgn berita bersasarkan fakta bukan auta.

6-Pas telah hilang identiti agama bila bukan juara bab agama. Apabila DAP lebih 'superior'

7-Apabila PR mempermain isu negara seperti kes Lahad Datu..

Ini antara hujah Zainudin Maidin. Tapi perlu ingat terdapat lebih kurang 2 juta lebih pengundi baru. Diharap dgn pendekatan DaTo Najib yang mesra kepada Gen Y dpt memberikan mandat tambahan untuk menyambung khitmat.

Antara faktor@ 'sign' kecenderungan pengundi baru:-

1- Pilihanraya kampus sejak dua ke tiga tahun menunjukkan parti Pro-kerajaan mendapat tempat dalam undi.

2- BR1M banyak golongan sasaran pengundi muda. Menyamakan penerima seperti ayam & lembu seperti menghina penerima.

3- Follower twitter & FB Perdana Mentertii DSN adalah yang terbanyak.

4- Setiap program golongan belia diikuti@ disertai ribuan belia.

5- Pelatih PLKN lebih berjiwa negarawan & cenderung hasil menjiwai semangat kenegaraan.

---
Meskipun begitu, cek masih 'skeptical' tentang 2/3. Taknak meletakkan harapan yang tinggi jadi kita katakan sasaran untuk merampas kembali kerusi yang pernah dimenangi oleh BN.

Kekuatan terletak pada calon & jentera parti. Kalau silap letak calon pun tak guna. Tunggu & lihat esok!



comments

Apr 7, 2013

Manifesto Vs AkuJanji. Apa pilihan Anda?

Dekat terkucil pembangkang bila tengok AkuJanji BN malam tadi. Mau idaknya sebab pada depa panggil manifesto pada BN adalah AkuJanji dimana ia merupakan janji BN bila dapat memerintah semula.

Pada yang cerdik Pandai. Maka tahulah sapa nak pilih. Pada yang taksub buta. Ikut suka hangpalah. Hehehhe..

P/s:- Janji ditepati, bukan Rakyat Dicapati!!


comments

Apr 4, 2013

Mana Pilihan Anda? Janji ditepati @ Manifesto Saja?

Memandangkan PARLIMEN dah bubar, kena la start kempen yer. Pada yang lebih concern pada result & hasil prestasi.

Pilihlah mereka @ calon @ parti yg menepati janji. Bukan cakap kosong, bukan janji bulan & bintang.





comments