Showing posts with label Politik Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Politik Sarawak. Show all posts

Apr 24, 2011

Menilai Pola Pengundi Cina - Pasca PRU Sarawak

Tahniah kepada BN yg telah berjaya memperolehi sekali lagi mandat utk mengurus tadbir Sarawak. Sarawak merupakan tempat utk mengujinya kekuatan BN & sejauh mana BN kembali mendapat sokongan masyarakat setelah terkena tsunami politik 2008. Seperti yg dijangka BN telah kehilangan hampir kesemua DUN majoriti Cina. Ini merupakan satu tamparan hebat kepada parti komponen Cina BN. Baik di semenanjung mahupun di Sabah & Sarawak. Satu yg amat menarik berlaku sekarang adalah gesaan oleh MCA & Gerakan kepada SUPP utk tidak mengambil apa-apa jawatan dalam Kabinet Kerajaan Negeri Sarawak. Ini sebagai menghormati aspirasi pengundi masyarakat Cina yg tidak mahukan 'representative'/ wakil dari kaum Cina berada dalam kerajaan.

Gesaan ini amat wajar & perlu diperluaskan & diperjelaskan kepada rakyat. Kerana sudah terang-terang itu  yg dimahukan oleh pengundi Cina. Sudah segala macam taktik & usaha digunakan oleh BN, UMNO, MCA etc2 utk memenangi hati masyarakat Cina yg majoritinya kaum Tionghua namun segalanya sia-sia. Kenapa? Kerana kepada mereka sepertimana yg dinyatakan oleh DAP sesiapa saja yg menang BN tetap akan meletakkan wakil Cina dalam Kabinet. Maka disebabkan itulah apa bezanya berikan kemenangan kepada komponen BN seperti MCA, SUPP & Gerakan berbanding DAP?

Malahan lagi baik menangkan DAP sebab sekurang-kurangnya jawatan kabinet masih ada & juga menambah satu lagi suara DAP dalam Parlimen @ DUN. Atau nama lainnya kedua-dua dapat. Malah kadang-kadang siap dapat lagi satu 'post' Menteri @ Timbalan dek kerana UMNO mahu mengambil hati kaum Cina (taktik bodoh betul). Jadi ada baik undi DAP sekurang-kurangnya akan ada 2 'post' dalam DUN & kerajaan. Ketakutan utk kehilangan suara @ wakil tidak ada lagi maka ada baiknya taktik yug memenangi hati pengundi diubah.

BN perlu kurang memberikan perhatian kepada kaum Cina. Jangan asyik memberi & memberi. Kerana akhirnya madu dibalas tuba. Mana tidaknya, DAP telah memomokkan hasutan yg jika SUPP kalah sekalipun 'post' tersebut telah menjadi jaminan kepada masyarakat Cina Sarawak. Samaada kalah @ menang. Inilah kali pertama gesaan MCA & Gerakan 'make sense' & bakal jadikan masyarakat Cina berfikir dua kali utk tidak mengundi parti komponen BN yg mewakili kaum Cina. Kekalahan mereka bakal menyebabkan hilangnya suara kaum tersebut dalam kabinet.

Syabas MCA kerana amat lantang dalam hal ini walaupun sebenarnya tak diketahui ikhlas @ tidak dalam percakapannya. Mungkin MCA telah sedar utk menjadi Cauvinis seperti DAP adalah taktik yg tidak tepat kerana DAP akan senantiasa lebih racist @ cauvinins dari mereka. Sbb MCA, Gerakan & SUPP terikat dgn ikatan tolenransi BN. Malah pendekatan Cauvinis jika diikut mereka, akan merugikan parti-parti komponen ini kerana akan mencetuskan perbalahan berpanjangan terhadap dalam parti Bumiputera & lain-lain Parti.

Kepada UMNO & Barisan Nasional ingatlah & sedarlah yg kelansungan urus tadbir Negara & Negeri adalah bergantung kepada kelansungan & sokongan masyarakat Melayu & bumiputera & juga masyarakat India. Undi merekalah yg akan menentukan samaada BN berdiri memerintah Negara Malaysia. Maka jagalah mereka sebaiknya. Taktik perlu diubah. Jawatan & peruntukan mestilah berdasarkan merit & majoriti kerusi. Berilah perhatian kepada mereka-mereka yg tak meminta-minta tetapi sentiasa berdiri teguh dibelakang Barisan Nasional.

P/s :- Sia-sia Kerajaan Sarawak bagi tanah sampai 2000 hektar kepada Sekolah Cina sedangkan undi haprak tak dapat.. Tak pernah sekolah Agama @ lain2 dapat peruntukan sebanyak itu...sekolah lain dapat ke? comments

Feb 25, 2009

DUN Batang Ai - PRK Sarawak


Yang pasti, akan ada 3 PRK berlaku pada bulan April apabila negara dikejutkan sekali lagi apabila ADUN Batang Ai Sarawak Datuk Dublin Unting Ingkot meninggal dunia.
Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah di Kuching pada jam 1.25 pagi semalam akibat serangan angin ahmar yang dialaminya pada 22 Mei lalu.

Takziah diucapkan kepada keluarga beliau & seluruh rakyat Sarawak amnya atas pemergian seorg pemimpin yg dihormati. Beliau merupakan seorang wakil rakyat yang berdedikasi dan komited untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat Sarawak, terutama dari kawasannya.

Apa-apapun PRK yg bakal berlaku di N29 merupakan titik pertama yg bakal menarik perhatian pemerhati politik. Ini merupakan medan pertama bagi PKR utk menunjukkan belang di Sarawak. Dengan meletakkan 'ahli baru' iaitu Nicholas Bawin Anggat yg baru menganggotai PKR sekaligus menjadi Naib Pengerusi parti tersebut bagi PKR Sarawak.

P/S: PRS & BN Sarawak perlu bekerja keras utk mempertahankan kerusi tersebut memandangkan majoriti hanya 806 pada Pilihanraya tahun 2006.
comments