Apr 30, 2013

Agama Islam dijulang! Martabat Islam ditingkatkan.. Manifesto UMNO/ BNKedah!!

Sambungan kepada siri manifesto BN Kedah bukan sekadar Akujanji. Agama Islam menjadi teras kepada Umno & BN sejajar dengan peruntukan perlembagaan. Ini dibuktikan lagi dengan semakin ramai majlis ILMU dipihak UMNO & pendekatan UMNO yang mesra kepada golongan Ulama.

Sehinggakan NGO mendekati Kerajaan sejajar dgn Hadis mentaati pemerintah. Apa-apapun cek suka tengok makin ramai org berilmu mendekati UMNO. Dan disokong lagi & dikukuhkan lagi dengan pencalonan ADUN & Parlimen beberapa ilmuan seperti USTAZ Fadlul Bari & sokongan penuh drpd ulama-ulama Malaysia.

Untuk Kedah. Kita bagi UMNO peluang untuk memartabatkan Islam diKedah. Antaranya adalah :-
- Memperkasakan institusi Masjid & Surau
- Memartabatkab pusat pengajian pondok & tahfiz.
YANG TERPENTING!! Mengasingkan hasil pendapatan yg mematuhi Syariah dengan yang tidak!!!

P/s:- Madrasah diroboh waktu PAS.



comments

Apr 29, 2013

Berkat doa Tuan Guru Nik Aziz. Lagi sudah ubah.. Hangpa bila lagi?

Tudia. Bukan cerita tapi fakta. Makin ramai yang insaf & meninggalkan jalan pakatan. Jalan yang bengkang bengkok penuh dengan janji manismu Aishah. Ramai telah lari dari Pakatan yang rapuh. Yang tiada hala tuju. Yang tak bersatu. Yang matlamat untuk jatuhkan pemerintah bukan untuk memajukan negara.

Biar gambar bercerita. Undilah mereka yang berwibawa. Bukan yang bergaduh demi kuasa.









comments

Akujanji Belia, Sukan & Bola Kedah BN

Antara yg menarik dlm akujanji BN Kedah adalah memartabatkan, meningkatkan kegemilangan Sukan Kedah terutama bolasepak. Membina mini stadium di tempat strategik.

Antara yg lain untuk belia adalah memberi latihan dalam bidang perniagaan & memberikan bantuan jika perlu.

Dan banyak lagi akuJanji yg spesifik kepada belia. Berita baik buat belia sooo jangan lepaskan peluang ini..

Kita kembalikan kegemilangan Bola Sepak kedah!!! Hijau kuning kembali semula!!

comments

Apr 28, 2013

Pengundi Pos Luar Negara 6,360 pengundi di 103 Negara mengundi hari INI

Harini merupakan hari mengundi bagi 6,360 pengundi berdaftar di 103 negara. Ini merupakan pertama kali rakyat Malaysia dibawah SPR yg baru dibolehkan memberikan undi.

Nasihat cek. Buatlah keputusan yang bijak. Bukan berdasarkan apa yg hanya ada di internet. Tetapi tanyalah adalah calon & parti yg dipilih sesuai untuk masyarakat setempat. Sebab kita jauh, adalah tidak adil pilih parti semata-maa tanpa difikirkan khitmat yang bakal diterima oleh masyarakat setempat.

SELAMAT MENGUNDI!!

comments

Akujanji BN KEDAH.. Siri 1.

Cek malas politik kutuk mengutuk. Walaupun kadangkala terbabas jugak kutuk. Tapi post kali ni cek taknak cerita banyak pasal PR. Tapi nak cerita pasai Akujanji BN Kedah.

Meh baca !!

1. Tranformasi Bandaraya Alor Setaq.
- Penubuhan Universiti Penyelidikan R&D.
- Baik pulih sistem tembatan banjir, naik taraf, aliran sungai & lain2.
- Tapak warisan seperti Terusan wan mat saman diindahkan dinilai & lain2.

2. Tranformasi sosial
- Penubuhan prima, karisma, kedai rakyat dll
- Projek perumahan rakyat
- Dewan sebaguna dibaik pulih..

Tu dia. Ni baru sikit byk lagi oo.. Kerajaan PAS dah diberi 5 tahun. Maka bagi la pulak BN 5 tahun.. Kalau tak best kita tukaq balik!!









comments

Apr 25, 2013

Macaman PAS nak tegakkan ISlam???? Kerusi ditandingi Parlimen cuma 73?

Tu dia.. Ni cek maleh nak start tapi nak kena start jugak la..
PAS kata nak tegakkan Islam.. Tapi CUma bertanding 73 kerusi daripada 222 kerusi..
Abis tu macamana nak tegakkan polisi Islam? Macamana nak tegakkan syiar Islam PAS. Hangpa serius ke idak nak tegakkan apa yg hangpa cakap. Ka sembang ja deraih.

Jumlah Parlimen 222 Kerusi. Untuk tukar Perlembagaan memerlukan 2/3 iaitu 148 Vote @ Kerusi. Jadi macaman nak ubah? Oh Ya.. Depa kata PKR banyak MP Islam kalau menang.. Tapi Anwar kata NO HUDUD if Pakatan Wins.. Macamana pulak tu?

Apa-apa pun cek nak mintak PAS hentikan sandiwara Negara Islam la Negara Hudud la sedangkan hangpa sendiri tak serius dengan cuma bertanding di 73 kerusi daripada 222 Kerusi..

Apabila agama diperkuda..

Terbaik pakcik.. Bangga org DAP


Track record proven
comments

Apr 23, 2013

Ahli PAS, DAP & PKR keluar Parti @ pro-BN.. Hangpa bila lagi?

Memang kemelut dalaman Parti Pr makin parah. Ahli demi ahli keluar parti @ bertindak pro-BN yg boleh dikatakan antara insiden & keadaan yg amat menakutkan bagi PR.

DAP dengan isu sisihkan ahli Keturunan India. PAS dengan isu kalimah & madag perjuangan Islam. Dan PKR tak habis dengan isu yang pelik-pelik.

Apa-apapun banyak yang dah insaf & berjuang bersama BN. Demi masa depan negara. Hangpa bila lagi??





















comments

Apr 20, 2013

Pas vs UMNO - Manifesto Islam

Pas sekali lagi tenggelam. Tenggelam sebagai juara agama. Tenggelam sebagai suara islam. Tenggelam sebagai kepimpinan ummah. Dan tenggelam dari sudut ulama' & umara.

Dari segi calon pulak PAS boleh berbangga dgn penghijrahan artis beramai-ramai ke dalam PAS. Manakala UMNO pulak di dekati oleh kumpulan ulama', para guru sekolah pondok & para ahli ilmu agama. PAS berbangga dgn julung2 kalinya bolh tampilkan Calon Artis berbanding UMNO yg memberikan peluang utk Ulama utk menyinar. Ustaz Fadlul Bari diberi peluang untuk menyinar Islam dari dalam UMNO.

Apa yg pasti manifesto ISLAM & kepimpinan ulama telah tenggelam dek pakatan rakyat. Apa yang di'offer' oleh Pakatan dalam Manifesto yg bukan janji macam 'melepaskan batuk di tangga'. Penelitian tidak dibuat sedangkan kononnya merekalah pejuang.

Cuba bandingkan apa yg mereka janji dgn apa yg BN telah buat & AkuJanji baru. Dari situ kita dapat menilai siapa sebenarnya yg bersungguh dalam meletakkan Islam di tempat yg sepatutnya & siapa yg tidak.. Wallahwaqlam















comments

Apr 18, 2013

1,000 Pemandu Teksi Dapat Lesen Individu

Alhamdulillah. Itu yang cek boleh cakap bila Kerajaan menunaikan satu lagi Janji dalam majlis 'Janji Ditepati'.

Janji itu termaktub dlm Manifesto BN mahupun Pakatan. Cuma Pakatan janji nak hapus terus.

Apa-apa pun inilah yg dinamakan pertandingan sihat yang akhirnya akan untungkan rakyat.







comments

Apr 16, 2013

Lagi tinggalkan PR, hangpa bila lagi?

Rentitan dari post terdahulu sini. Makin lama makin ramai yang insaf. Dalam yang insaf ada pulak yg katanya tersedar. Cek maleh nk komen tapi ini adalah hakikat. Mungkin depa kata tu sikit ja. Takpa, depa ni yang terang berubah hati. Yang diam-diam jangan perkecikkan depa noo.









comments

Apr 15, 2013

Sasaran 2/3. Realiti @ mimpi?

Satu ulasan yang menarik oleh Tan Sri Zainuddin Maidin. Beliau memberikan beberapa sebab kenapa BN berkemungkinan merampas kembali 2/3 kerusi parlimen.

1- Tun Mahathir kembali sokong UMNO yg membawa sekali berjuta penyokong yg 'merajuk' di era KJ & Paklah.

2- Media BN sekata berbanding dlm PRU12. Tiada berita perpecahan dlm BN.

3- Kemunculan berpuluh NGO, yg pro-BN. Kewujudan mereka tidak boleh diperkecilkan.

4- Saluran kepada rakyat secara terus & bukan lagi melalui ketua Bahagian @ JKKP boleh elakkan ketirisan. BRIM DLL.

5- Blog & Media online yg jelas dikuasai oleh pro-BN berbanding Pru-12 dimana media online dikuasai oleh PR. Semakin byk cyber troopers dimedia maya yg wujud pro-BN disusuli dgn berita bersasarkan fakta bukan auta.

6-Pas telah hilang identiti agama bila bukan juara bab agama. Apabila DAP lebih 'superior'

7-Apabila PR mempermain isu negara seperti kes Lahad Datu..

Ini antara hujah Zainudin Maidin. Tapi perlu ingat terdapat lebih kurang 2 juta lebih pengundi baru. Diharap dgn pendekatan DaTo Najib yang mesra kepada Gen Y dpt memberikan mandat tambahan untuk menyambung khitmat.

Antara faktor@ 'sign' kecenderungan pengundi baru:-

1- Pilihanraya kampus sejak dua ke tiga tahun menunjukkan parti Pro-kerajaan mendapat tempat dalam undi.

2- BR1M banyak golongan sasaran pengundi muda. Menyamakan penerima seperti ayam & lembu seperti menghina penerima.

3- Follower twitter & FB Perdana Mentertii DSN adalah yang terbanyak.

4- Setiap program golongan belia diikuti@ disertai ribuan belia.

5- Pelatih PLKN lebih berjiwa negarawan & cenderung hasil menjiwai semangat kenegaraan.

---
Meskipun begitu, cek masih 'skeptical' tentang 2/3. Taknak meletakkan harapan yang tinggi jadi kita katakan sasaran untuk merampas kembali kerusi yang pernah dimenangi oleh BN.

Kekuatan terletak pada calon & jentera parti. Kalau silap letak calon pun tak guna. Tunggu & lihat esok!



comments

Apr 11, 2013

Isu Agama. PAS di depan?

PAS bergerak atas nama Islam. Bahkan Pas dalam ceramahnya selalu bercakap seolah-olah mereka lah juara bab agama. Tapi semenjal akhir-akhir benda dah jadi sebaliknya. Mereka terkebelakang dalam isu akidah & beberapa isu terpilih.

Antara isu yang hangat adalah :-
1- Isu kalimah Allah
2- Isu kafir mengkafir
3- Isu amanat hadi
4- Isu menggadaikn agama demi politik
5- Isu murtad
6- Isu LGBT
7- Isu Syiah

Apa-apa pun. Pada Pas matlamat dah halalkan cara maka putrajaya dinanti punya pasal!!












comments