Showing posts with label Institusi Raja-Raja. Show all posts
Showing posts with label Institusi Raja-Raja. Show all posts

Jun 7, 2009

Daulat Tuanku.. Sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong 2009

DAULAT TUANKU!!

Merafak Sembah & Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah.
Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku!!

SERI PADUKA BAGINDA YG DI-PERTUAN AGONG,
AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

Sedikit Info Ringkas Tuanku Mizan

@ Diputerakan pada 22 Januari 1962 di Istana Al-Muktafi di Kuala Terengganu, Terengganu.
@ Ditabalkan sebagai Putera Mahkota Terengganu pada 6 Nov 1979 & sbg Pemangku Sultan dr 20 Oct hingga 8 Nov 1990.
@ Ditabalkn sbg Sultan Terengganu pada 15 Mei 1998.
@ Dilantik sbg Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 26 April 1999.
@ Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dlm Hubungan Antarabangsa di U.S International University Europe, London 1988.
@ Menamatkn latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, England 1983.
@ Berkahwin dgn Raja Permaisuri Nur Zahirah pada 28 Mac 1996 di Kuala Terengganu.
@ Mempunyai empat cahaya mata iaitu Tengku Nadirah Zahrah (13) Tenku Muhammad Ismail (11) Tengku Muhammad Mua'az (9) & Tengku Fatimatuz Zahra (7)
DAULAT TUANKU.. Moga Institusi Beraja, Islam & Bangsa Lebih Kuat Dibawah Naungan Tuanku Sultan...
comments

May 13, 2009

Penyelesaian Kemelut di Perak -"Kerajaan Perpaduan BN & PR"

Kemelut di Perak tidak akan berkesudahan. Hari demi hari rakyat menunggu dgn penuh sabar apa titik penyelesaian kemelut kepimpinan di Perak. Hari demi hari akhbar2 girang menanti 'breaking news' yg bakal melonjakkn penjualan akhbar & menambahkn kepeningan suasana politik di Malaysia. Ditambah juga dgn berita2 di Selangor, Terengganu & bbrp berita politik yg memualkan.

Mereka2 ini ingat rakyat ni apa? Semua berckp demi rakyat, kehendak rakyat, kepentingan rakyat & bermcm2 lagi perkataan utk menghalalkn perbuatan mereka. Tak payahlah berckp soal2 tersebut bila ternyata rakyat mahukan kerajaan negeri yg berfungsi utk sama2 menyelesaikan kemelut rakyat.

Yang satu (BN) mahu menjadi MB kerana mahu berjasa walaupun jelas taktik yg digunakan mengundang seribu satu macam persoalan. Cerdik tapi bodo! Yg satu lagi (PR) gila kuasa & tak boleh terima yg depa dah hilang majoriti. Mereka mahu mengadakan PRK di seluruh DUN Perak yg jelas membazirkan wang rakyat.

Bayangkan jika RM 5-10juta dihabiskan pada satu pilihanraya kecil DUN. Jika 59 DUN hendak diadakan PRK, maka berapa juta yg bakal dihabiskan. Cuba kita kira @ congak2 bodo. 59 x RM 5 juta (min) = RM 295 juta. WOW! berapa byk duit yg akan habis jika PRK diadakan di Negeri Perak. Lantaran itu saya beranggapan disebabkan itulah Sultan Perak tidak perkenan PRK diadakan utk memenuhi kehendak politik rakus tamak masing-masing.

Hanya satu jalan penyelesaian yg mungkin boleh dilaksanakan. "Kerajaan Perpaduan". Kemelut di Perak memungkinkn permulaan kerajaan perpaduan utk menyelesaikan kemelut di Perak. Apa salahnya bukan? Jika kedua2 pihak (BN @ PR) sering bercakap demi rakyat, utk rakyat & lain2. Lupakanlah sengketa sesama sendiri & duduk semeja. Bincang & buat persetujuan. Biarlah formula Kerajaan Perpaduan dimulakan di Perak & mana mustahil ia berhasil.

Daripada mengheret penyokong & rakyat utk bingung memikirkan kemelut yg tidak berakhir. Yang dimana Kerajaan Perak sekarang tidak lagi berfungsi dgn berkesan. Biar kita menyeru kepada Sultan Perak utk memanggil kedua2 pihak yg bertelagah utk duduk semeja berbincang bagi merealisasikan hasrat "Kerajaan Perpaduan" demi rakyat & demi menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Saya tidak nampak cara lain utk selesaikn masalah ini selain dr perlaksanaan "Kerajaan Perpaduan" di Perak. Yg dianggotai oleh semua parti politik termasuk bebas. Senang!

DAULAT TUANKU BERibu2 AMPUN.. Mintak cadangan di Perkenan @pun difikirkan..

"Ingatkan mereka akan sejarah bangsanya yg bernegara berlandaskan adat rakyat bersultan, negeri beraja". DYTM Raja Nazrin Shah (maka bimbinglah kami & berikan penyelesaian kepada kemelut politik ini)

KEpada Parti Politik PR & BN.. Harapan Rakyat utk melihat kemelut politik berakhir secepat mungkin! Bersatulah utk 3-4 tahun ini sebelum menunggu PRU-13.. Demi Rakyat & Demi Negara Tercinta.

Mari Kita Seru Beramai2 Utk "KERAJAAN PERPADUAN" di Perak..
comments

Feb 22, 2009

Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak & Kewajipan Mentaati Pemimpin


Saya terpanggil utk memaparkan 'scan copy' berkenaan dgn Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Perak yg byk dipertikaikan oleh pihak PR. Bukan utk saya melanjutkan 'drama' apa yg berlaku di Perak. Tetapi sekadar utk menunjukkan yg Sultan telah bertindak menitah & memperkenankan kerajaan baru berlandaskan Undang2 yg telah termaktub.

Justifikasi utk mengajak rakyat utk mengikut titah sultan tidak bersandar Hadis & nas Al-Quran Islam semata (walaupun sebenarnya justifikasi hadis & quran sudah cukup utk kita mengikut titah sultan). Tetapi juga berlandaskan Undang2 Negeri Perak.

PR telah berkali2 mempertikai peruntukan mana Sultan menggunakan utk melucutkan jawatan MB. Didalam Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Perak terdapat satu rangkap iaitu..

XVI
If the MB cease to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then unless at his Request of the Royal highness dissolves the Regislative Assembly, he SHALL tender the resignation of the Executive council.


Update 23/2/09
Perkataan shall bermaksud "MB wajib meletakkan jawatan bilamana beliau tidak mempunyai sokongan majoriti". Sultan telah 'confirmkan' MB Nizar tidak mempunyai majoriti dgn mendengar sendiri pengakuan 28 ADUN + 3 ADUN Bebas.

Kewajipan Mentaati Pemimpin

Jika dilihat dari segi Islam pula terdapat banyak Hadis & Petikan Al-Quran yg bercakap perihal

Hukum Memberontak Kepada Penguasa Muslim Menurut Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah karya Asy Syaikh Fawaz bin Yahya Al Ghuslan

Wallahwaqlam..
comments

Feb 14, 2009

Kenyataan SULTAN SELANGOR Terhadap Pergolakan Politik Perak & Petikan Hadis/ Al-Quran

Rasullullah SAW Bersabda (Riwayat Muslim) :-

"Barang siapa melepaskan ketaatan (drpd pemerintah), nescaya akan menemui Allah tanpa memiliki hujah (alasan). Dan barang siapa meninggal dunia tanpa ikatan taat setia, maka kematiannya (seperti) kematian jahiliah."
-------------------------------------------------------------


Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta. Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.
Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.

Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.


(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)SULTAN SELANGOR13 Februari 2009


------------------

Other Perspektif :-

DAULAT TUANKU.. Saudara & saudari sekalian. Berikut adalah petikan al-quran & hadis ttg tanggungjawab seorg muslim utk mentaati pemerintah sejajar dgn apa yg Mufti Perak katakan sebelum ini. Wallahwaqlam.

Riwayat Bukhari & Muslim :-

"Seseorg Muslim wajib memperkenankan (menerima) & taat berkaitan apa sahaja (yg diperintahkan oleh ulil amri), suka @ tidak suka. Tetapi apabila ia (org Muslim) diperintahkan berbuat maksiat, maka ketika itu tidak boleh diperkenankan (diterima) arahan itu & juga tidak boleh taat".

Surah An-Nisa ayat 59 :-

"Wahai org2 yg beriman, taatlah kepada Allah & taatilah Rasul-Nya serta Ulul Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kamu kepada Al-Quran & Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah & Hari Kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) & lebih baik akibatnya."

Rasulullah SAW bersabda (Riwayat Bukhari) :-

"Barang siapa taat kepadaku, sesungguhnya dia taat kepada Allah. Barang siapa bermaksiat (melakukan kesalahan di sisi agama) kepadaku, sesungguhnya dia telah bermaksiat kepada Allah. Barang siapa taat kepada Amir (penguasa), sesungguhnya dia taat kepadaku. Dan barang siapa yg bermaksiat kepada Amir, sesungguhnya dia bermaksiat kepadaku."


Rasulullah SAW pernah ditanya apakah harus kita memerangi mereka (pemerintah) yg melakukan perkara yg tidak disenangi oleh rakyat dgn pedang @ kekerasan. Nabi bersabda (Riwayat Muslim) :-

"Tidak, selama ia menegakkan (menunaikan) solat dgn kamu. Ketahuilah, org yg dikuasai oleh seorg pemerintah & melihatnya mengerjakan maksiat kepada Allah, hendaklah ia membenci maksiat kpd Allah itu tetapi tetap tidak melepaskan ketaatan kepada pemerintah tersebut".

From Other Perspektif
comments

Feb 7, 2009

Menyatakan Sokongan Kepada Sultan Perak

Daulat Tuanku!!
Other-Perspektif Menghormati keputusan Tuanku (Isu Perak) yg merupakan Ketua Agama Islam negeri Perak & menghormati Institusi Beraja Negara seperti yg termaktub dlm Perlembagaan Malaysia.
Tuanku merupakan tonggak & perpaduan org melayu. Tuanku jugalah yg telah melantik Ir Nizar atas budi bicara tuanku & skrg melantik Dr Zambry sbg pengganti beliau.
Kami Berdiri Teguh Bersama Tuanku & Menerima apa-apa Keputusan Yang Tuanku Fikir Adalah Terbaik Demi Rakyat...
DAULAT TUANKU..
Saya menyeru org2 Melayu & rakyat Malaysia nyatakan sokongan kepada Sultan Perak
comments

Feb 6, 2009

Redha & Akurlah Dgn Keputusan Sultan Perak.

Keputusan Tuanku Sultan tidaklah mengejutkan. Malahan telah dijangka perkembangan ini dilihat drpd apa yg berlaku di Perak.

Pakatan Rakyat

Sepatutnya PR perlu redha dgn apa yg berlaku & akur dgn keputusan Sultan Perak. Akur bukan bererti kalah. Akur bermakna kita menghormati Institusi Raja-Raja yg merupakan benteng & pegangan org melayu. Apa yg berlaku amat memeranjatkan. Pimpinan Pakatan Rakyat telah sama sekali 'Derhaka' kepada Tuanku Sultan dgn mempertikaikan titah baginda. Yang memeranjatkan kali ini PKR & PAS bersekongkol menderhaka kepada Sultan. Apa beza PAS, PKR & DAP skrg?

Ini mengingatkan kembali 'Penderhakaan' DAP kepada Sultan bila Ir. Nizar dilantik & bukannya calon DAP Perak. Sedar @ tidak situasi sekarang merupakan pertaruhan adalah amat besar kepada Institusi Diraja. Secara tidak langsung PR telah menyemai benih-benih kebencian kepada Institusi Diraja & bakal meresap ke jiwa rakyat & org melayu amnya.

Pendekatan yg 'gentleman' harus dilaksanakan oleh PR. Janganlah menyalahkan BN atas apa yg berlaku. Mereka harus redha dgn apa yg berlaku & membuat muhasabah diri mengapa ini berlaku. Mereka perlu mengikut cara BN bila kalah di 4 DUN dgn mengosongkan kerusi tanpa ragu & bantahan. Tidak perlu dipertikai lagi keputusan @ mencabar di mahkamah kerana mengikut sejarah kes mahkamah di Kelantan (PAS) 1977, PBS 1994 & Sawarak kesemua keputusan mahkamah berpihak ADUN yg keluar Parti atas alasan surat yg dikemukakan merupakan paksaan & bukan rela hati.

Mungkin kesempatan ini boleh digunakan oleh Dato' Seri Anwar. Kerana seperti angan-angannya kerajaan 16 September 08, apa yg berlaku skrg amat tidak dijangkakan. Tidak perlulah menuduh BN @ UMNO kerana perkara lompat parti sendiri telah dimainkan oleh DSAI sendiri. Malahan bermacam-macam fatwa & kenyataan pimpinan PR dlm menghalalkan kemungkinan jika terdapatnya calon BN lompat parti. Hakikatnya adalah terbalik.

"Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Org Dia Yg Lebih"..

PR patut menyalahkan dirinya kerana apa yg berlaku. Kenapa pilih calon sedemikian? Kenapa tidak menjaga hati Sultan? Kes tanah 999 tahun? Kenapa mereka dulu memainkan cerita lompat parti 16 Sept? Kenapa mereka menyokong bila ADUN BOTA melompat parti memasuki PKR? Permainan skrg telah berbalik kepada 1-1. Mungkinkah permainan baru saja bermula & bukan dipenghujung seperti yg dijangka.

Saya menyeru pihak PR terutama sekali PAS. Redhalah dgn ketentuan Allah. Terimalah seadanya & biarkan ia berlalu. Cukuplah perpecahan org Melayu di Bumi Bertuah ini. Apa ada sangat pada Pangkat & Kuasa di Perak. Biarlah! Masih ada PRU-13 menanti.

Takbir & Daulat Tuanku!!
comments

Feb 5, 2009

Kekalutan Politik Perak & kata putus Sultan Azlan Shah

Daulat Tuanku! Sembah patik harap diampun.

Pakatan Rakyat (Pakatan Rapuh)

Diatas merupakan antara kata-kata pemula bilamana pimpinan Pakatan Rakyat Ir Nizar mengadap semalam. MB Perak mengadap dgn menyatakan satu hasrat iaitu pembubaran DUN Perak bagi meminta perkenan kebawah duli utk dilaksanakan pilihanraya diseluruh DUN Perak.

Kenapa PR meminta diadakan pilihanraya demikian.

1- Kehilangan 3 kerusi PR kepada calon bebas & 1 kerusi akibat ADUN Bota kembali ke UMNO.

2- Merasakan mandat akan terus diberikan @ mungkin bertambah kepada PR jika pilihanraya diadakan.

3- Mengelakkan BN memerintah & mengadap kebawah duli utk perkenan Kerajaan Baru

Barisan Nasional

Apa yg berlaku semalam merupakan kejutan malahan kepada pimpinan BN & rakyat sendiri. Mereka tidak menyangka berlakunya keadaan demikian. Malah lagi terkejut bila ADUN BOTA kembali kepada UMNO. Terdapat ramai yg mengutuk tindakan 3 ADUN yg memberikan sokongan kepada BN.

Tetapi persoalannya adalah ini. 3 ADUN ini tidak melompat parti. Mereka hanya sekadar mengisytihar diri sbg calon bebas. Tidak terikat kepada mana-mana parti politik & cuma sokongan dinyatakan kepada BN.

Apa-apapun, harini merupakan sejarah baru samaada Sultan memperkenankan penubuhan kerajaan baru @ tidak apabila Dato Seri Najib akan mengadap Kebawah Duli. BN akan 'mencadangkan' penubuhan kerajaan baru & berharap Sultan memperkenankan hasrat BN.

PR patut mencontohi BN dlm perjalanan prosedur diatas.

Kemungkinan Kata Putus Sultan Perak

Sultan berhadapan dgn cabaran yg amat besar dlm memberi keputusan terhadap apa yg berlaku di Perak. Tetapi terdapat bbrp faktor yg mungkin menjadi penentu pemberat kepada Sultan Perak utk tidak membubarkan DUN atas sebab2 dibawah

1- MB Nizar telah membuat kesilapan yg besar apabila beliau telah membelakangkan Sultan dgn mengistiharkan Pembubaran DUN sebelum mendapat perkenan DYMM Sultan Perak.

2- Baginda Sultan telah menyatakan kekecewaan isu tanah 999 tahun. Malah baginda bertitah menyatakan kekecewaan baru-baru ini dimana Kg Baru merupakan cara tanah melayu dirampas secara halus.

3- Baginda Sultan kecewa dgn tindakan DAP yg dahulunya memboikot keputusan Sultan & menyatakan bantahan kepada perlantikan Ir Nizar

4- Duit Rakyat yg bakal digunakan bilamana pilihanraya baru diadakan.

Apa-apa pun, keputusan akan dibuat oleh baginda Sultan hari ini samaada memperkenankan pembubaran DUN @ penubuhan kerajaan baru BN.

DAULAT TUANKU ! Diharap apa2 keputusan Tuanku mesti disambut dgn reda oleh kedua2 pimpinan PR & BN malahan juga rakyat. comments

Dec 31, 2008

Al-Fatihah & Sembah Takziah YG Dipertuan Besar N9


Al-Fatihah kepada di atas Kemangkatan Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman.

Semoga Allah S.W.T Mencucuri Rahmat Ke Atas Roh Al-Marhum Dan Dihimpunkan Bersama Orang2 Yang Soleh.

Sembah Takziah Dr Other-Perspektif kepada Tuanku Najihah Bt Al-Marhum Tunku Besar Burhanuddin.

Salam Sembah & Daulat Tuanku kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir atas masyurkan tuanku sbg Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Yang Baru..
comments

Dec 19, 2008

Persetiaan dengan Sultan Kedah, 1791

Berikut merupakan terjemahan (BI ke BM) perjanjian Persetiaan dgn Sultan Kedah pd tahun 1791.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada 16 hari bulan Syaaban tahun Hijriah 1205, hari Ahad.

Bahawasanya, pada hari ini tulisan ini menunjukkan bahawa Gabenor Pulau Pinang, wakil Syarikat Inggeris, telah mengikat perjanjian keamanan & persahabatan dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang di-Pertuan Kedah, dan semua Orang-orang Besar Baginda dan rakyat kedua-dua negeri, untuk hidup aman damai di laut & di darat, supaya berkekalan selagi matahari & bulan bercahaya : Perkara-perkara Perjanjian adalah seperti berikut :-

Perkara I
Syarikat Inggeris akan memberi Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang di-Pertuan Kedah enam ribu Dolar Sepanyol setiap tahun, selagi Inggeris kekal memiliki Pulau Pinang.

Perkara II
Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang di-Pertua bersetuju bahawa segala jenis bekalan yg diperlukan utk Pulau Pinang, kapal perang, & kapal Syarikat, boleh dibeli di Kedah tanpa halangan @ dikenakan apa2 cukai.

Perkara III
Semua hamba yg lari dr Kedah ke Pulau Pinang, @ dr Pulau Pinang ke Kedah, hendaklah dikembalikan kepada pemunya mereka.

Perkara IV
Semua org berhutang yg lari drpd pemiutang mereka, dr Kedah ke Pulau Pinang, @ dr Pulau Pinang ke Kedah, jika kerana tidak membayar hutang mereka itu, hendaklah diserahan kepada pemiutang mereka.

Perkara V
Baginda Yang di-Pertuan tidak akan membenarkan org Eropah dr mana-mana negara lain tinggal di mana-mana bahagian negeri Baginda.

Perkara VI
Syarikat tidak akan menerima (melindungi) mana2 org yg melakukan penderhakaan besar @ pemberontakan terhadap Baginda Yang di-Pertuan.

Perkara VII
Semua org yg melakukan pembunuhan, yg lari dr Kedah ke Pulau Pinang, @ dr Pulau Pinang ke Kedah, akan ditangkap & dipulangkan berbelenggu.

Perkara VIII
Semua org yg mencuri cap meterai (pemalsuan) akan diserah balik sedemikian juga.

Perkara IX
Baginda Yang di-Pertuan tidak akan membekalkan apa2 bekalan kepada semua orang yg menjadi musuh kepada Syarikat Inggeris.

Kesembilan2 Perkara ini telah diselesaikan & diikat, & keamanan diwujudkan antara Baginda Yang di-Pertuan dgn Syarikat Inggeris; Kedah & Pulau Pinang akan menjadi sebuah Negeri.

Persetiaan ini dibuat & disempurnakan oleh Tunku Shariff Mohamad, Tunku Alang Ibrahim, dan Dato Penggawa Talibon, wakil2 bg pihak Baginda Yang di-Pertua, & diberikan kepada Gabenor Pulau Pinang, wakil bagi Syarikat Inggeris. Dalam Perjanjian ini, mana2 pihak yg menyimpang drpd apa2 yg tertulis dlm Perjanjian ini, Tuhan akan menghukum & memusnahkannya; tidak akan ada padanya kesejahteraan & kesihatan.

Meterai Shariff Mohamad & Tunku Alang Ibrahim, & Dato Penggawa Talibon, diperturunkan pada Perjanjian ini, dgn tandatangan masing-masing.

Ditranskripsikan oleh Hakim Bunder, Pulau Pinang.

Di tandatangan, dimeterai dan disempurnakan di Kota Cornwallis, Pulau Pinang pada 1 hari bulan Mei tahun Masihi 1791.
(tandatangan) F.LIGHT

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Other Perspektif :-
"Persetiaan ini menunjukkan & memperbetulkan tanggapan umum bahawa Pulau Pinang diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur pada tahun 1786. Sebelum Persetiaan tahun 1791 ini ditandatangani org Inggeris menduduki Pulau Pinang secara paksa. Persetiaan ini merupakan kebenaran rasmi terawal pendudukan org Inggeris di Negeri-negeri Melayu & diikuti petempatan British di Singapura." <--Perspektif Sejarah

Mengapa saya ulas @ paparkan kembali sejarah perjanjian ini.

1. Antara sbb adalah utk rakan2 negeri & rakyat malaysia betapa kita sering lupa akan kepentingan sejarah dlm kita membuat keputusan. Terutamanya sekali oleh pihak kerajaan (PR or BN). Jika dilihat dr konteks persetiaan ini, dpt lihat seolah2 kerana $$, kuasa & pengaruh maka tanah Pulau Pinang dijual secara halus kepada Inggeris.

2. Mungkinkah sejarah seperti ini akan berulang ? YA! jawapannya. Tetapi dari konteks yang berlainan. Sedar @ tidak, sejarah telahpun berulang bilamana pada tahun 1965 Singapura mendapat kemerdekaan dr Malaysia (satu lagi tanah melayu jatuh ke tangan asing). Dan berulang kembali bila Pulau Batu Puteh jatuh ke tangan Singapura pada awal 2008.

3. Mungkin kita tidak sedar ttp telah terdapat tanda2 awal @ kemungkinan sejarah akan berulang dr sudut berlainan. Apakah ia?

Ia adalah "Terlepasnya Hak Tanah Melayu secara total bilamana Perlembagaan berjaya dirombak kerana wujudnya org2 Melayu yg liberal & penentang2 sejarah"

Persoalannya mungkinkah perkara ini akan berlaku ?
Jika dilihat dari konteks politik sekarang tidak kira dr BN, PR @ NGO terdapat suara2 yg lantang mempertikaikan asas perlembagaan negara. Antara yg disentuh adalah agama, hak keistimewaan, raja2 & bahasa. Sampai bila pimpinan Melayu boleh bertahan? Bilamana mereka diasak dr berbagai sudut. Akan sampai satu ketika mereka mungkin tiada pilihan dek kerana undi, maka akan menjadi korbanlah asas perlembagaan negara.

Persoalannya sekarang siapakah yg patut bertindak, menentang & harus sedar keadaan yg gamat ini mungkin berlaku. Jawapannya kita! Lupakan teras perjuangan politik & latar belakang. Bersatulah atas dasar semangat Tanah Melayu & marilah bertindak senada!! Kita boleh berbeza fahaman politik ttp diharapkan kita senada bilamana asas perlembagaan negara diusik.

BOLEHKAH KITA?

Jika jawapan kita TIDAK! (oleh kerana tamakkan kuasa & takut hilang undi bkn melayu), maka bersedialah kita utk berdepan dgn berulangnya sejarah seperti "terlepas Pulau Pinang kpd Inggeris".

p/s: Amat menyokong penuh matapelajaran Sejarah diwajibkan pada anak2 malaysia & diajar dlm bahasa Ibunda (BM shj) comments

Nov 3, 2008

Menyokong Deklarasi Janda Baik

Dengan ini dimaklumkan, jurublog Other Perspektif menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Deklarasi Janda Baik yang diisytiharkan hari ini, Oktober 25hb, 2008 di Wadi Hussein, Janda Baik, Bentong, Pahang.

[Sila baca laporan blog Merah Tinta MSO di sini mengenai Deklarasi ini.]

Mohon anda yang menyokong Pengisytiharan ini menyatakan sokongan anda di dalam ruang komentar blog ini.

Bagi jurublog-jurublog lain, pohon "tiru dan tampal" deklarasi berikut ke blog anda.
DEKLARASI JANDA BAIK Memandangkan keadaan politik negara yang gawat, cabaran dan gugatan terhadap kepimpinan Melayu yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, dari dalam dan luar negara serta keadaan ekonomi dunia yang kucar kacir dewasa ini, maka KAMI, para penulis, wartawan dan blogger yang prihatin terhadap nasib Bangsa, Agama dan Tanah Air, yang bersidang di Janda Baik, Pahang mengambil sikap dan pendirian seperti berikut:-


1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI.

2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya
menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.

3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.

4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.

5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.

6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sanggup memperjudikan nasib BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR.

7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.

8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.

9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.

10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan

11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.

12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.

13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan KEADILAN dan TANGGUNGJAWAB sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.

14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan PERLEMBAGAAN NEGARA demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.

15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa.

Oleh hal demikian KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.Inilah deklarasi yang tulus ikhlas yang KAMI abadikan sebagai cetusan rasa dari buah fikiran KAMI demi memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat, Keamanan dan Kesejahteraan Negara Malaysia.

KAMI rakamkan cetusan hati nurani Rakyat yang bernama DEKLARASI JANDA BAIK, bertempat di kediaman Sdr Syed Hussein Al-Attas, bertarikh 26 Oktober 2008.

comments

Oct 18, 2008

Peringatan Majlis Raja-Raja... Ketua agama & negara Malaysia


KUALA TERENGGANU 16 Okt. — Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.
Keistimewaan

“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.
Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

Dipertikai

“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”


----------
Comment Other Perspektif :-
Alhamdulillah. Akhirnya Majlis raja2 telah bersuara & memberikan mesej yg jelas kepada pihak2 yg cuba utk sekali2 mempertikai & merosakkan teras negara. Moga pihak Istana & kerajaan mengenakan tindakan yg lebih berat kepada pengkhianat negara & mereka2 yg cuba merosakkan keharmonian 51 tahun merdeka..

comments