Showing posts with label Sidang Parlimen. Show all posts
Showing posts with label Sidang Parlimen. Show all posts

Mar 23, 2010

Idea Paling Bernas Setakat ini dari PAS ~ Sidang Parlimen


Sepanjang selepas PRU-12 ini, cek amat memandang rendah PAS. Bukan apa, keadaan mereka yg selalu jadi pak turut DAP & PKR amat mendukacitakan. Tapi baru-baru ini ada satu idea yg amat menarik dr Presiden PAS. Memang amat menarik & buat pertama kalinya (sejak PRU012)saya menyokong Idea PAS (ada jugak idea bernas iye). Inilah baru dikatakan pejuang Islam (takat tu jelah mampu).

Tuan Haji Hadi Awang memberikan cadangan dipinda drpd Percaya Kepada Tuhan kepada Percaya Kepada Allah.. Ia memandangkan org2 bukan Islam telah percaya Tuhan itu hanya satu..

Yelah. Pada saya puak2 DAP & PKR mesti akan menyokong apa yg Tuan Haji Hadi Awang usulkn. Maklumlah, kan ke pada PKR, DAP & PAS telah menyokong Allah itu utk semua. Maka dr sini kita tgk pulak apa pendapat rakan2 DAP & PKR atas idea tersebut. Pada saya itu yg terbaik. Jika semua dah tak kisah @ mengaku Allah itu yg satu maka tidak ada sebab pihak PKR, DAP, PAS malah dr pihak BN sendiri menolak cadangan tersebut.

Tapi ada pulak yg beriya-iya cepat memberi komen soal tersebut bila ia dicadangkan. Tapi bila perkataan Allah diusik @ hendak di'share' tak pulak cepat2 komen. Kena tunggu wacana etc2 baru nak komen. Apa la.. Nampak sgt double standard @ tak konsisten..

Jadi mana YB kita dr Shah Alam, Dr lo lo & lain2. Cepat-cepatla sokong idea tersebut. Mana Anwar? Mana juak2 & mereka-mereka dr DAP, MCA, MIC & mereka dr Sabah & Sarawak. Mehla sama-sama sokong idea tersebut. Pada cekla.. daripada dok bahas pasal 1Israel vs 1Malaysia baik bahas idea ni. Ni dok bergaduh benda tah hapa2. Membuang masa mcm kera..

Tapi apa2pun cek kesian pada Presiden PAS ni.. Semarah2 & benci org PAS pada Utusan ada jugak utusan petik apa idea Tuan Guru ni.. Tapi dalam Harakahdaily hampeh tak sebut pun usul/ idea Presiden PAS sendiri.. Jadi paham2 jelah sapa yg pegang Harakahdaily? Pro sapa.. (lagi nak nafi)

Jafi meh kita Sokong ditukar Perlembagaan Negara yg Ini..

Percaya Kepada Tuhan kpd Percaya Kepada Allah.. Takbir!!

p/s: Baru kita boleh lihat apa cakap mereka.. Samaada perjuangan mereka tulen @ ada agenda

comments

Mar 18, 2010

Selamat Bersidang !

Selamat bersidang kepada wakil-wakil rakyat kita. Ingatlah teguran Yang DiPertuan Agong semasa hari pertama pembukaan sidang dewan. Cukup-cukuplah berpolitik & bincanglah @ berilah input utk meluluskan rang undang-undang yg ada. Meskipun terdapat satu lagi blok baru 'kuasa' di Parlimen. Tetapi ia tidak memungkinkan perubahan yg ketara kepada 'mentaliti' ahli-ahli yg berhormat.

Perkembangan hari pertama, kedua & ketiga memberitahu segalanya. Bagaimana mereka ini masih tidak 'matured' terhadap tanggungjawab yg diamanahkan oleh Allah & rakyat. Tak habis-habis dgn 'walkabout' @ keluar dewan. Macam budak-budak kalau difikirkan. Menghabiskan wang rakyat (elaun hadir ke parlimen). Kadang-kadang tu keluar dewan tak masuk-masuk. Sebab apa? Terus mengular jumpa kawan-kawan @ minum kopi kat KL.

Tapi itulah kadang-kadang wakil rakyat kita. Dari kes kemalangan jalan raya, kes mahkamah civil @ syariah, sehingga ke cerita-cerita yg kadangkala melebihi artis. Tapi itulah wakil pilihan kita. Nak salahkan sapa lagi kecuali diri sendiri. Tapi sekurang-kurangnya adala 'entertainment' baru selain drama swasta @ senario. Lawak yg kadang-kadang melebihi lawak bodo Raja Lawak final baru-baru ini. Tapi itulah senario skrg. Maka jgn disalahkan sesiapa bila rang undang-undang diluluskan tidak mendapat input yg diharapkan dek disebabkan ahli-ahli dewan lebih suka bercakap kosong & berpolitik hingga ke malam.

Maleh kadang-kadang nak tgk @ dgr benda apa yg diceritakan & dipaparkan dalam akhbar @ berita. Patutnya masa yg ada di dalam dewan digunakan utk membahaskan usul-usul penting. Antara usul yg amat penting perlu dibahaskan & diperhalusi adalah Akta ISA, GST, Pendidikan SX & beberapa yg lain. Maka gunakanlah Sidang kali ini sebaik-baiknya memandangkan ia merupakan amanah rakyat & tanggungjawab anda. comments