Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts
Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts

Sep 6, 2009

Pilihlah Calon Betui-Betui ~ UMNO Bagan Pinang N31


Seperti yang diketahui PRK Bagan Pinang akan berlangsung dalam tempoh 60 hari sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan. Ini berikutan kematian ADUN Bagan Pinang beberapa hari yang lalu.

Pada PRU-12 2008 Azman telah mengalahkan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2, 333 undi. Dimana beliau telah memenangi 6,430 undi berbanding Ramli yg memperolehi 4,097 undi.

Walaupun boleh dikatakan UMNO / BN telah memenangi kerusi ini dgn selesa tetapi jika tersalah taktik maka majoriti @ kemenangan yg diterima boleh beralih arah.

Maka satu nasihat kepada kepimpinan UMNO baik diperingkat Negeri @ Pusat. Pilihlah calon yg sesuai. Yg tiada isu untuk diserang & rata-rata diterima rakyat. Gunakan lah 'link' yang ada untuk selidik perihal calon. Screen dulu baik dr segi moral, personal, pekerjaan, hutang piutang & lain-lain. Jika calon yg dipilih elok insyallah jika diizinkan Allah UMNO akan menang dgn majoriti lebih tinggi lagi daripada dulu.

Jika dilihat info Bagan Pinang dibawah maka boleh dikatakan pola pengundi di sana majoriti adalah melayu. Namun pengundi bukan melayu juga merupakan undi penting demi kemenangan BN di sana. Kemenangan BN di Bagan Pinang bukan sahaja bergantung kepada keberkesanan jentera pilihanraya UMNO & juga komitmen jentera pilihanraya MCA & MIC & komponen parti lain yg terlibat.

Jangan jadi seperti di Permatang Pasir apabila melihat dimana jentera Parti Komponen amat lesu dalam membuat persiapan demi pilihanraya. Jangan lagi bercakap soal pembangunan. Jangan diungkit jasa-jasa UMNO & BN secara keseluruhan kerana ini memualkan pengundi. Turunlah padang & belajar dari Manek Urait. Cubalah pendekatan baru. Apa salahnya MCA, UMNO & MIC bercakap atas satu pentas seperti PR. Kita perlu himpunkan rakyat atas nama 1Malaysia. Maka gunakanlah pendekatan tersebut.

Dekatilah rakyat. Beritahu apakah jasa @ aktiviti yg dibuat oleh UMNO & BN secara tak langsung di Bagan Pinang. Berilah dalam bentuk leftlet tentang aktivit BN & UMNO kepada rakyat. Biar rakyat fikirkan adakah jasa ini cukup utk sesuap undi daripada rakyat.


Info Bagan Pinang :
Jumlah Pengundi: 14,192
Peratusan Kaum:
Melayu: 66% 9366
Cina: 10.5% 1490
India: 19.9% 2824
Lain-lain: 3.5% 496

Pilihanraya ini adalah yg paling kritikal untuk melihat sama ada rakyat telah kembali menyokong BN @ tidak. Ini akan dijadikan petunjuk kepada performance BN secara keseluruhan menjelang PRU-13.

P/s: Ini adalah masanya UMNO/ BN mencuba kaedah @ pendekatan yg baru kerana sepanjang byk2 PRK selalu sgt kalah.. Tak rugi mencuba bukan..
comments

Aug 10, 2009

Kebodohan Pemuda UMNO & PAS

Dalam artikel terdahulu saya telah menyeru Pemuda UMNO utk bersama2 Pemuda PAS dalam membuat perhimpunan bersama2 dalam bantahan terhadap keputusan Menteri Besar Selangor baru2 ini, DAP & Ronnie Liu.

Terjumpa pula artikel dalam TKO apa yg sebenarnya berlaku antara Pemuda PAS & Pemuda UMNO. Amat malang melihat Pemuda UMNO yg mempolitikkan isu tersebut menjadi isu politik & bukannya ikhlas dalam memperjuangkan isu tersebut. Kenapa perlu cabar mencabar? Sepatutnya ia diletakkan menjadi titik pertemuan pemuda bukannya titik kesusutan kedua2 parti.

Nampaknya Pemuda UMNO & kepimpinan belum lagi berubah.

Apapun yg lebih menarik apabila Pemuda PAS pula secara terang2 memperli Pemuda UMNO yg peka terhadap isu tersebut. Biarlah Pemuda UMNO peka kalau betul depa benar2 nak berubah. Alhamdulillah.. Syukurlah kalau dah ada ciri2 kepimpinan Pemuda UMNO skrg.

Kenyataan Ketiga dr Pemuda PAS:-

Ketiga , Kenapa Pemuda UMNO tiba - tiba tertarik untuk mengadakan himpunan di Shah Alam bagi menentang arak di Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat bahkan mencabar Pemuda PAS agar turun berhimpun bersama mereka ? Kenapa mereka tidak mengadakan himpunan atau road show membantah penjualan arak ke seluruh negara yang rata - rata negeri masih berada di bawah kerajaan UMNO dan BN dan arak terlalu banyak di situ . Bagaimana kalau saya [ Pemuda PAS ] pula mencabar agar Khairy dan Pemuda UMNO mengadakan himpunan membantah arak dan judi dinegeri Pahang , Johor , Wilayah Persekutuan , Melaka , Negeri Sembilan , Langkawi , Pulau Tioman , Pulau Pangkor dan lainnya ? Sekurang - kurang Pemuda UMNO hantar memorundum membantah pun sudah dikira cukup .?

Kalau diteliti amat menarik @ sedap bahasa Pemuda PAS. Pada saya isu penjualan arak timbul di Selangor atas kerana pertembungan kuasa antara DAP & MBSA. Masing2 nak tunjuk power. Kenapa perlu cabar Pemuda UMNO tuk turun buat road show ke seluruh negara? Kenapa tidak Pemuda PAS yg mulakan road show tersebut. Kemudian Pemuda UMNO akan ikut. Satu lagi Pulau langkawi berada dibawah kerajaan Negeri Kedah maka mungkin Pemuda PAS boleh start road show di Kedah kot.

Saya malas nak ulas lagi jawapan Pemuda PAS kpd Ketua Pemuda UMNO. Ttp satu yg akhir sekali yg menarik utk diulas.

Pemuda PAS:-

Apa yang pasti UMNOlah punca segala kebanjiran maksiat dan mungkar yang sukar dibendung hari ini setelah mempunyai mandat memerintah sejak merdeka

Adalah tidak wajar @ tidak 'matured' Pemuda PAS menyalahkan kebanjiran maksiat & mungkar kepada UMNO. Ia seperti menyalahkan matahari kerana hutan terbakar sedangkan byk faktor lain penyebab benda ini berlaku. Atau mungkinkah UMNO juga perlu dipersalahkan oleh keadaan maksiat & jenayah yg berlaku di Kelantan yg byk dikisahkan dalam Mastika & cebisan2 warkah. Atau mungkin lepas ni Pemuda UMNO boleh salahkn PAS atas maksiat di Kelantan kerana Kelantan yg mentadbir.

Apa2pun.. satu sahaja. Kedua2 nampak ego. Mari kita seru mereka ini duduk sebentar dalam satu bilik bermusyawarah & teliti apa yg boleh diperjuangkan bersama.. Ini tidak aku tikam hang, hang tikam aku..

p/s: Org2 bawahan PAS & UMNO boleh dok sembang semeja takkan hangpa tak boleh
comments

Jul 3, 2009

Wajarkan Pemuda UMNO menyambut Wacana PAS

Salam.

Nampak seperti titik permulaan yg elok. Tetapi teliti kembali apa isi surat jemputan Pemuda PAS wahai Pemuda UMNO.

WACANA Ilmiah
Tajuk : Benarkan Perjuangan UMNO tidak Bertentangan Dengan Islam

Dari tajuk 'wacana' sudah menggambarkan yg ia sebenarnya lanjutan daripada idea debat oleh Nik Aziz. :) Cuma kali ini umpan lain digunaka utk menjerat UMNO. Harapannya Pemuda UMNO tidak begitu bodoh utk menerima sahaja tajuk wacana & syarat2 utk diadakan secara terbuka.

Seelok2nya Pemuda UMNO meminta supaya wacana tersebut diberi sentuhan lain @ tajuk wacana lain iaitu..

Antara tajuk2 yg disaran :-
"Agenda penyatuan Ummah"
"Benarkah Penyatuan Melayu/ Ummah ditolak oleh Islam"
~ lepas tu subject utk bincang boleh lah tajuk yg dicadangkan oleh Pemuda PAS..
~ dlm sub-group juga dimasukkan
"Kenapa PAS tolak Penyatuan Ummah yg dituntut dalam Islam?"

Satu lagi cadangan.. Wacana pada pendapat saya adalah perbincangan. Maka perbincangan perlu diadakan secara tertutup.. Kenapa perlu terbuka..

Ia mungkin boleh dihadiri oleh wakil2 PAS, UMNO & NGO Islam.. Ya .. panggil sekali NGO Islam utk duduk semeja.. Seperti ABIM, PKPIM , Gagasan Melayu dll.. Jgn panggil SIS udah le..

Akhir kata.. Pemuda UMNO jgn jadi bodoh menerima sahaja pelawaan tanpa cuba naikkan wacana ilmiah ke tahap yg lebih baik.. Cuba olah tajuk supaya menampakkan ia sbg titik permulaan penyatuan Ummah..

Jika Pemuda PAS ada agenda lain dlm wacana tersebut maka idea2 diatas akan ditolak mentah2 & wacana ini hanya mahu diadakan utk mengenakan UMNO.

p/s: Masih mengharapkn penyatuan Ummah..

Hanya Yg Satu!! comments