Sep 27, 2013

Agenda Pemerkasaan Bumiputera - Cabaran Ketirisan Pelaksana!!

Suka cek baca artikel dr Penasihat Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris). Mmg kena dgn tempat, keadaan & tempat. Sehebat manapun perancangan tetapi pihak pelaksanaan tidak serius &
Tidak ada aspirasi dlm membantu maka habislah agenda Transformasi Bumiputera. Bukan apa, cuba tanya kenapa DEB tidak mencapai golongan sasaran sehingga sekarang? 

Antara jawapan adalah berlaku ketirisan yg serius, birokrasi tanpa had & tiada budi bicara pada tempatnya. Mahupun ada budi bicara adalah pada mereka yg berkepentingan @ disusuli dgn 'komisen. Contoh yg paling senang adalah bila Ramlee Burger dlm proses awal berniaga. Tiada satu pun yg nk menolong . Dan byk lagi contoh-contoh jelas. Cuba check balik dana-dana yg masih berada dalam Bank SME & lain-lain bank yg bertanggungjawab menguruskan dana..

Apa-apapun tanpa roh DEB @ roh melayu pada para pegawai maka tak keterisan & birokrasi akan berpanjangan.

comments

Perginya seorang Pemimpin Kedah yg disegani -Tan Sri Azizan

Semalam cek terkejut mendengar berita Tan Sri Azizan meninggal dunia. Beliau antara Pemimpin PAS yg cek segani & antara MB Kedah dibawah PR yg tidak tunduk pada DAP. 

Dia merupakan pemimpin PAS yg melawan arus & antara pemimpin pembangkang yg tidak pernah meletakkan diri sebagai pembangkang. Beliau selalu mencari titik persamaan & kasih sayang sesama ummah & meletakkn kepentingan Parti jauh dibawah. 

Dia Bekas MB untuk semua meskipun rakan sendiri hentak menjatuhkan beliau.. 

Amat mengharap lebih ramai pemimpin PAS seperti ini.. 
Salam takziah utk keluarga & al-fatihah.. 

comments

Sep 22, 2013

6 Calon Naib Presiden. Siapa pilihan anda?

Tirai untuk pemilihan UMNO bermula. Sudah sah 6 Calon untuk Naib Presiden diketengahkan. 3 penyandang & 3 calon baru.

Cek nak ulas sikit setiap calon-calon yg bertanding. Bermula dgn penyandang. 

Datuk Ahmad Zahid Hamidi. 
Merupakan seorang Menteri yg tegas. Ini lebih nampak sejak akhir-akhir ini. Tapi ketegasan Zahid sejak dulu. Beliau lebih lebih melayu dr Malaysia. Beliau tidak gentar utk berkata2. Beliau mengingatkan cek pada Tun Mahathir. Walaupun ada seketika beliau pernah dikaitkan dengan Anwar Ibrahim semasa zaman-zaman reformasi. Meskipun ada isu personal yg cuba menjatuhkan beliau, ia telah selesai diluar Mahkamah. 

Datuk Hishammuddin Hussein
Beliau lebih dikaitkan dengan Saudara Perdana Menteri & anak kepada Tun Hussein Onn. Beliau pernah dikaitkn dgn kontrovesi 'isu Keris' yg dijulang diwaktu menjadi Perhimpunan Agong UMNO sebagai Ketua Pemuda. Lebih memalukan beliau meminta maaf dgn insiden tersebut. Beliau dikenali sebagai Menteri Flip flop. Yg sering 'retract' kenyataan, sering bagi kenyataan yg kadang-kadang memalukan & lain2. Antara isu yg adalah isu Lahad datu & isu Aes. Datuk Hishamuddin tidak 'firm' dlm beberapa keputusan. Terlalu takut utk mengambil tindakan & sering mengambil jalan selamat. 

Datuk Shafie Afdal 
Satu-satunya calon dari Sabah/Sarawak. Kredibiliti beliau tidak boleh dinafikan. Antara Menteri yg buat kerja & menjadi suara bagi UMNO sabah/sarawak & juga suara bumiputera sabah & sarawak.

Datuk Ali Rustam 
Bekas MB Melaka. Kredibiliti dalam memimpin Negeri tidak boleh diletak tepi. Memang antara MB yg terbaik pernah ada di Malaysia. Yg membawa Melaka ke kemuncak. Walau bagaimanapun kekalahan beliau yg 'over-confident' meletakkan beliau di kawasan yg kelabu. Hasilnya! Kalah kepada nobody. Strategi yg teruk & bahaya kalau difikirkan utk UMNO. Ditolak faktor ini ketepi, maka beliau antara calon yg Kredibiliti memimpin yg tidak boleh dipertikai. Baru dilantik Pengerusi PUNB.

Datuk Isa Samad
Bekas MB Negeri Sembilan amat disenangi rakyat Negeri Sembilan. Pernah digantung seketika sebab disabit politik wang oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO. Calon Veteran yg cukup berpengaruh dikalangan old timer. Kredibiliti semasa memimpin Negeri 9 tidak begitu menyerlah. Hanya biasa-biasa. Memegang sebagai Pengerusi Felda.

Datuk Mukhriz Tun Mahathir
Calon Naib Presiden paling muda. MB Kedah & masih dibayangi pengaruh Tun Mahathir. Tetapi amat berani dalam membuat perubahan. Bila menguatkuasakan enakmen Syiah. Beliau tidak pernah memegang apa-apa jawatan di peringkat akar UMBI. Tidak pernah memegang jawatan di Bahagian malah apa-apa jawatan di peringkat PEMUDA UMNO. Beliau amat muda & mentah & kredibiliti beliau tidak boleh dibanggakan setakat ini. 

_____
Siapa pilihan Cek?
Cek memilih Datuk Zahid, Datuk Shafie & Datuk Ali Rustam. 
Kenapa? 
Datuk Zahid amat tegas & UMNO memerlukan org yg tegas. Bukan yg jenis teragak-agak dalam berkata-kata. Kena ingat yg UMNO hanya hidup & menang baru-baru dek kerana majoriti Melayu. 
Datuk Shafie merupakan calon 'clean' mewakili Sabah & Sarawak. Yg merupakan suara Majoriti UMNO & Bumiputera. Fixed deposit BN. Beliau wajib menang.
Datuk Ali Rustam walaupun kalah pada PRU-13 tetapi kepimpinan beliau tidak boleh dipertikai dalam meletakkan Melaka di persada Pelancongan Peringkat Antarabangsa. UMNO memerlukan 'leaders' seperti ini. 

Kesimpulan.. Gabungan ketiga-tiga Naib Presiden yg punyai kreteria yg mantap harus utk memacu perjalanan UMNO kehadapan. Letak tepi kepentingan diri & pilihlah calon yg terbaik. Bukan sapa yg famous sapa yg kenal & sapa calon pilihan Ketua Bahagian. Datuk Najib & Datuk Muhyidin perlukan Naib yg benar-benar bergerak bersama-sama. 

p/s: Artikel ini adalah pandangan peribadi cek semata-mata.. Ikhlas dari anak Melayu yg sayangkan UMNO. Email ke saya kalau ada pendapat sebaliknya anaklangkawi@gmail.com
comments

Sep 20, 2013

Tahaluf Siyasi haram jika mudarat perjuangan Islam

Dewan Pas perpandangan tahaluf siyasi adalah haram jika mendatangkn keburukan @ kemudaratan terhadap perjuangan ISLAM.

Cek nak kata.. Laaa baru sedaq ka? Itulah bila hangpa tahaluf siasi dgn caa yg salah. Dengan tak ikut cara nabi & sahabat. Tahaluf siasi patut digerakkan sesama umat islam bukan sebaliknya. Itula jadinya bila ilmu akal diangkat lebih dr ilmu hadis @ sunnah yg ditinggalkan.. 

Lantak hangpala.. 



comments

Sep 1, 2013

Krisis Kepimpinan Wanita UMNO! Pemilihan UMNO 2013

Menjelang Pimilihan UMNO. Satu yang pasti kemelut kepimpinan Wanita UMNO semakin Parah. Bilamana Datuk
Shahrizat @ Kak Jat bertungkus lumus nk pertahankn jawatan ketua Wanita. Pada cek cukup-cukupla jadi liabitili buat UMNO. Cukup-cukup memalukan Datuk
Seri Najib & cukuplah jadi liabiliti BN. 

Cek tak larat dah dgr kata-kata perli lembu duduk kondo. Lembu NFC. Wanita UMNO suka Lembu dll. Tolonglahhh berundur dgn jayanya. Anda telah menjadi liabiliti yg cukup teruk pada UMNO. Kesian pada wanita.

Pastu ada pulak sorang lagi yg menawarkan diri iaitu Datuk Seri Azalina. Ini lagi satu. Awak dulu diberi peluang utk
menerajui Kementerian Pelancongan. Banyak cerita yg kurang enak didengar disamping poster @ banner yg mempromo diri bukan tempat pelancongan negara. Itu belum yg lain. Untuk meneraju Wanita UMNO mcm Puteri adalah 'out of the question'. Rentikanlah.. 

Cek pelik sungguh. Takkan takdak lagi calon wanita UMNO lain yg baguih utk terajui WANITA UMNO. Kalau takat ua org ini.. Hmmmm .. Gelap masa depan UMNO.
comments