Dalam artikel terdahulu saya telah menyeru
Pemuda UMNO utk bersama2
Pemuda PAS dalam membuat perhimpunan bersama2 dalam bantahan terhadap keputusan Menteri Besar Selangor baru2 ini, DAP & Ronnie Liu.
Terjumpa pula artikel dalam
TKO apa yg sebenarnya berlaku antara
Pemuda PAS &
Pemuda UMNO. Amat malang melihat Pemuda UMNO yg
mempolitikkan isu tersebut menjadi isu politik & bukannya ikhlas dalam memperjuangkan isu tersebut. Kenapa perlu cabar mencabar? Sepatutnya ia diletakkan menjadi titik pertemuan pemuda bukannya
titik kesusutan kedua2 parti.Nampaknya Pemuda UMNO & kepimpinan belum lagi berubah.
Apapun yg lebih menarik apabila Pemuda PAS pula secara terang2 memperli Pemuda UMNO yg peka terhadap isu tersebut. Biarlah Pemuda UMNO peka kalau betul depa benar2 nak berubah. Alhamdulillah.. Syukurlah kalau dah ada ciri2 kepimpinan Pemuda UMNO skrg.
Kenyataan Ketiga dr Pemuda PAS:-
Ketiga , Kenapa Pemuda UMNO tiba - tiba tertarik untuk mengadakan himpunan di Shah Alam bagi menentang arak di Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat bahkan mencabar Pemuda PAS agar turun berhimpun bersama mereka ? Kenapa mereka tidak mengadakan himpunan atau road show membantah penjualan arak ke seluruh negara yang rata - rata negeri masih berada di bawah kerajaan UMNO dan BN dan arak terlalu banyak di situ . Bagaimana kalau saya [ Pemuda PAS ] pula mencabar agar Khairy dan Pemuda UMNO mengadakan himpunan membantah arak dan judi dinegeri Pahang , Johor , Wilayah Persekutuan , Melaka , Negeri Sembilan , Langkawi , Pulau Tioman , Pulau Pangkor dan lainnya ? Sekurang - kurang Pemuda UMNO hantar memorundum membantah pun sudah dikira cukup .?
Kalau diteliti amat menarik @ sedap bahasa Pemuda PAS. Pada saya isu penjualan arak timbul di Selangor atas kerana pertembungan kuasa antara DAP & MBSA. Masing2 nak tunjuk power. Kenapa perlu cabar Pemuda UMNO tuk turun buat road show ke seluruh negara? Kenapa tidak Pemuda PAS yg mulakan road show tersebut. Kemudian Pemuda UMNO akan ikut. Satu lagi Pulau langkawi berada dibawah kerajaan Negeri Kedah maka mungkin Pemuda PAS boleh start road show di Kedah kot.
Saya malas nak ulas lagi jawapan Pemuda PAS kpd Ketua Pemuda UMNO. Ttp satu yg akhir sekali yg menarik utk diulas.
Pemuda PAS:-
Apa yang pasti UMNOlah punca segala kebanjiran maksiat dan mungkar yang sukar dibendung hari ini setelah mempunyai mandat memerintah sejak merdeka
Adalah tidak wajar @ tidak 'matured' Pemuda PAS menyalahkan kebanjiran maksiat & mungkar kepada UMNO. Ia seperti menyalahkan matahari kerana hutan terbakar sedangkan byk faktor lain penyebab benda ini berlaku. Atau mungkinkah UMNO juga perlu dipersalahkan oleh keadaan maksiat & jenayah yg berlaku di Kelantan yg byk dikisahkan dalam Mastika & cebisan2 warkah. Atau mungkin lepas ni Pemuda UMNO boleh salahkn PAS atas maksiat di Kelantan kerana Kelantan yg mentadbir.
Apa2pun.. satu sahaja. Kedua2 nampak ego. Mari kita seru mereka ini duduk sebentar dalam satu bilik bermusyawarah & teliti apa yg boleh diperjuangkan bersama.. Ini tidak aku tikam hang, hang tikam aku..
p/s: Org2 bawahan PAS & UMNO boleh dok sembang semeja takkan hangpa tak boleh
comments