Feb 26, 2010

Salam Maulidul Rasul 1431H

Hari ini merupakan antara hari yg amat tenang bagi semua. Disamping umat Islam di Malaysia berarak, mengingati & membuat ibadat sempena hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, di Negara bertuah ini rakyat Malaysia berbilang kaum diberi cuti umum tak kira kerajaan atau swasta.

Diharap hari ini tidak dicemarkan oleh berita2 politik yg memualkan umat islam & rakyat Malaysia amnya.

Insyallah, sama2 kita tingkatkan ibadat2 & mendoakan kesejahteraan terhadap junjungan Nabi Muhammad S.A.W bersyukur kita dilahirkan sebagai org Islam (amnya).

Salam Maulidul Rasul..
comments

Feb 16, 2010

Retreat Ke Langkawi ~ Dato' Najib

Nampaknya dalam sehari dua ni Tun & PM kita Najib Tun Razak berada di Langkawi. Samaada kebetulan @ tidak, tidak diketahui. Dan pada waktu yg sama jugak beberapa pemimpin kanan UMNO KEdah juga berada di Langkawi. Tah tahulah atas jemputan @ diatur. Mungkin berbincang keadaan UMNO Kedah khasnya & amnya saja nak jumpa.

Apa-apa pun, cek cakap elokla turun ke Langkawi, disamping merehatkan minda & relax di Langkawi ye Dato' Najib. Rajin-rajinla turun ke Langkawi. Inilah yg diharapkan oleh penduduk Langkawi. Jadilah seperti mantan PM Tun Mahathir yg nampak potensi Langkawi di mata dunia. Ini tidak, LTdL pun dah tak buat kat Langkawi. Waktu zaman Paklah pun kadang2 ja jenguk Langkawi. Perlu diingat Langkawi adalah salah satu dr 4 Parlimen di Kedah yg terselamat dek tsunami politik PRU-12 lepas. Maka jenguk-jengukla org-org Pulau ni..

Kepada UMNO Langkawi, jgnla dok buat program 'pack' sangat sebab kadang2 PM kita nak berehat. Nak jugak jalan-jalan, nak jugak jenguk2 & sembang2 dgn pemimpin & lain2. Takyahla nak lobi itu ini. Ikhlas seadanya & buatlah kerja sbb PM kita tau dalam & luaq. Takyah kalut sangat. PM ada mata2 & telinga sendiri. :).

Apa-apapun..Kepada Dato' Najib. UMNO Kedah sebenarnya perlu semangat & suntikan. Saf UMNO KEdah sebenarnya belum kuat sepenuhnya dek kerana PAS Kedah & MB nya boleh tahan kerjanya.

p/s : Ternampak kelibat Dato' Najib dok jogging dgn Dato' Bakaq pagi tadi..
comments

Gong Xi Fa Cai.. Selamat Tahun Baru Cina..


Wishing All Friends & Fellow Bloggers GONG XI FA CAI !

Tiger year.. Hm.. Very exciting year indeed..
comments

Feb 11, 2010

Keputusan Mahkamah Isu Politik Perak & Komen Pemimpin Politik

Kemelut politik Perak boleh dikatakan telah berakhir. 5 Hakim sebulat suara semalam menyata Datuk Zambry sebagai Menteri Besar yg sah. Dalam pada waktu yg sama terbitlah kekecewaan di pihak yg satu lagi menyatakan ia melanggar prinsip amalan demokrasi. BUkan nak mengulas apa yg diterbitkan daripada penghakiman mahkamah tertinggi Malaysia tetapi cek nak mengulas cakap-cakap ahli politik berkenaan cerita ini.

1. Komen Insan Kerdil :-

"Sebagai seorang insan, saya merasai akan kekerdilan diri saya, ia memberikan kesedaran utk melaksanakan tugas dgn sebaik-baiknya kepada rakyat negeri Perak" - Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

2. Komen org masih tak puas hati :-

"Keputusan tersebut tidak akan menyelesaikan kemelut perlembagaan di Perak kecuali hak utk memilih kerajaan diberikan semula kepada rakyat" - Datuk Seri Mohammad Nizar

Jawapan kepada komen diatas :-

"Nizar melanggar prinsip demoksrasi jika terus diberi kuasa menerajui Perak sedangkan beliau telah kehilangan sokongan majoriti" - Tan Sri Arifin Zakaria Hakim Besar Malaya

3. Komen pakar undang-undang @ tok guru yg tak konsisten :-

"Sebulan lepas, keputusan Mahkamah Tinggi berhubung Kalimah Allah ditentang oleh pihak tertentu, lengkap dgn demonstrasi di seluruh negara. Ini satu perkara baru yg boleh ditiru rakyat. Oleh yg demikian rakyat boleh menentang keputusan mahkamah hari ini walaupun bukan secara demonstrasi tetapi sudah cukup dgn menimbulkan rasa benci terhadap mereka yg merampas kuasa (Barisan Nasional)" - Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat

Jawapan kepada komen pakar undang-undag @ tok guru yg tak konsisten :-

"Tak pa lah, itu kerja mahkamah, kita berharap ia adalah satu keputusan yg adil & saya tiada apa yg komen kerana mahkamah telah buat kerja dia & Zambry adalah MB yg diumumkan oleh Mahkamah" - Datuk Azizan MB Kedah

4. Komen org kecewa :-

"Keputusan ini memang dijangka kerana tidak mungkin mahkamah akan mengambil ketetapan yg berbeza dgn keputusan Sultan" - Timbalan Presiden PKR Syed Husin

"Pakatan bagaimanapun mendesak supaya pilihan raya diadakan dgn segera bg memberi ruang kpd rakyat menentukan siapa menteri besar pilihan mereka."- Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang

Jawapan kepada org kecewa :-

"Saya turut merasa gembira dgn keputusan ini sbb kita tidak mahu ada org ambil kesempatan membuat msyrakat kelam kabut" - Hee Yit Foong ADUN Jelapang

"Sudah tiba masanya pembangkang di Perak tidak membangkitkan sebarang sentimen yg boleh menggugat keharmonian di negeri itu kerana keputusan telah dibuat secara demokrasi. Jika sblm itu BN boleh menerima pemerintahan pakatan pembangkang di Perak mengapa tidak mereka menerima pemerintahan semula BN di negeri itu" - Datuk Ali Rustam KM Melaka

Kesimpulannya :-

"Inilah hakikat yg perlu diterima. Jadi sudah sampai masanya kita memberi tumpuan kepada kepimpinan Dr. Zambry utk menunjukkan kemampuan membela rakyat Perak & membangunkn negeri." - Najib Tun Razak PM Malaysia

OT:- Terimalah keputusan mahkamah seadanya. Keputusan mahkamah ini diputuskan oleh 5 hakim & jika ditambah dgn 3 hakim di mahkamah sebelumnya maka total 8 hakim vs 1 hakim yg terawal. Terimalah juga yg Sultan Perak mmg telah menggunakan budi bicara seadanya berdasarkan perlembagaan yg ada. Ia selaras dgn interpretasi awal undang-undang tubuh negeri Perak.

Jadi usahlah lagi buang masa lagi Datuk Nizar utk cuba merayu. Sbb keputusan masih tetap akan sama. :). Tumpulah kepada menaikkan PAS Perak supaya diterima kembali oleh org Perak & jauhilah dr dicap 'boneka DAP'.
comments