Jul 27, 2011

Wajib Lihat - Bila Zina Dianggap Biasa.. - Ust Kazim

Mari kita dengar tazkirah oleh Ustaz Kazim. Mari berlapang dada & fikirkan sebaik2nya..

comments

Jul 25, 2011

Sistem Biometrik Vs Pilihanraya Majlis Daerah @ Perbandaran Mana Lagi Tinggi KOs?

Pembangkang ni memangla.. Dah nama pembangkang.. Nak sangat dakwat kekal.. Sistem biometrik taknak pulak. Kalau yg sistem begitu canggih pun taknak pakai atas alasan yg remeh temeh maka susahlah.

Sistem Biometrik Vs Pilihanraya Majlis Daerah @ Perbandaran mana lagi tinggi kos..
Kononya merugikan duit utk beli semua peralatan canggih. Tapi bila tang Pilihanraya Majlis Perbandaran @ Daerah nak pulak buat walaupun kosnya lagi tinggi. Nak pulak buat Pilihanraya Masjid. Pilihanraya Ketua Kampung. Itu lagi la.. Takdak akai betui..

Nampak sangat ada agenda nak menipu org2 tua utk celup jari sebelum mengundi..

Jom baca Blog Papa Gomo pasai asas kenapa SPR nak guna Biometrik Vs Ink Celup..
-----------------
Berikut dipetik dr Laman Blog PapaGomo penerangan pasal Biometrik sistem.. Thanks bro..




Biometrik merupakan kaedah untuk mengecam (recognize) individu berdasarkan ciri-ciri biologi (biological) dan tingkah laku (behavioral) individu tersebut.Ciri-ciri biologi dan tingkah laku individu seperti cap jari, tapak tangan,anak mata,suara,muka,pengecaman asid deoxyribonucleic (DNA),keystroke,tandatangan dan sebagainya telah digunakan untuk mengenal pasti individu sejak dahulu lagi.Di peringkat global,penggunaan teknologi biometrik telah meningkat terutamanya dalam bidang keselamatan dan forensik bagi tujuan pengenalpastian dan pengesahan identiti seseorang individu.Contohnya,semua lapangan terbang di Amerika Syarikat menggunakan sistem pengenalan biometrik yang mengandungi gambar serta cap jari pelawat-pelawat asing.Negara Jepun pula banyak menggunakan kaedah urat saraf (vein) bagi sistem kedatangan di pejabat /syarikat dan sistem maklumat peribadi di institusi-institusi pendidikan serta kesihatan.

Jenis-jenis teknologi biometrik

CAP JARI

Teknologi cap jari menggunakan imej optik atau electronic field imaging untuk
mengenal pasti identiti melalui pattern-matching dan minutiaes.Imbasan cap jari
individu akan dibandingkan dengan templat cap jari yang disimpan di dalam sistem.Kaedah biometrik ini mempunyai tahap ketepatan yang tinggi di mana telah terbukti tidak terdapat lebih dari satu individu yang mempunyai cap jari yang serupa.Kaedah ini telah lama digunakan di peringkat global bagi pengesahan identiti individu dan pengenalpastian penjenayah.

ANAK MATA (IRIS)

Teknik ini menggunakan ciri-ciri imej anak mata yang unik.Alat pengimbas mata
akan mengambil foto mata yang beresolusi tinggi dan merekodkan data tersebut.Data ini seterusnya akan ditukarkan kepada algoritma dan dibandingkan dengan karakter dan bentuk anak mata yang telah direkodkan.Kaedah ini sesuai digunakan untuk akses lokasi-lokasi yang bertahap keselamatan yang tinggi,contohnya memasuki bilik kebal yang mengandungi bahan-bahan rahsia.

MUKA

Teknologi biometrik ini menggunakan imbasan imej muka iaitu reka bentuk
muka sebagai pengesahan identiti seperti kedudukan hidung,mata,dagu dan
mulut.Sistem pengenalpastian muka akan membuat analisis ke atas data dan membandingkannya dengan templat muka yang terdapat di dalam kad pintar (smart
card)atau templat muka di dalam pangkalan data.Dari segi ketepatan,kaedah ini adalah kurang tepat jika imej muka yang diimbas dibandingkan dari sudut yang
berbeza.Kaedah ini sesuai digunakan bagi mengesan penjenayah terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan orang awam seperti di lapangan terbang dan sebagainya.

MAKLUMAT LANJUT

KLIK DI SINI

Ketua Pembangkang sendiri mengakui kelebihan penggunaan biometrik tetapi sebaliknya mereka mempertikaikan kos penggunaan biometrik.Antara petikan daripada blog ketua pembangkang““Penggunaan Biometrik ini sebenarnya baik namun saya tak lihat ia praktikal untuk jangka masa pendek.SPR perlu betul-betul bersiap sedia kerana mereka memerlukan peralatan biometrik yang banyak memandangkan tempat mengundi yang banyak,” katanya.
 

KLIK DI SINI

Jika benar kerajaan tidak mampu mengendalikan biometrik kenapa agensi-agensi serta sektor-sektor kerajaan mempergunakan sistem ini dalam urusan pekerjaan ??? saya percaya kerajaan mampu mengendalikan sistem pilihanraya yang adil selain kemampuan membekalkan teknologi jalur lebar kepada rakyat Malaysia diluar bandar.Baru-baru ini didalam ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib bersetuju memberikan peruntukan diberi kepada SPR untuk menggunakan kaedah biometrik untuk memastikan pilihanraya yang adil,telus & bersih adalah langkah yang bijak & tepat untuk menjawab segala tuntutan tidak munasabah daripada pakatan pembangkang.

Yang paling menjengkelkan adalah PAS & rakan pakatannya yang ingin dakwat kekal dilaksanakan,tetapi adakah mereka(orang PAS) sebagai muslim sudah lupa keburukan penggunaan dakwat kekal ??? jika selepas mengundi adakah dakwat kekal masih boleh dibawa untuk bersolat ??? sebelum mengundi jika jari terkena dakwat pen atau dakwat print , adakah seseorang itu masih boleh mengundi ??? Penerangan oleh pengerusi SPR sangat kukuh & tepat untuk tidak menggunakan dakwat kekal. Kenapa mereka(pakatan pembangkang) masih berdolak dalik ingin menggunakan dakwat kekal ???


comments

Jul 9, 2011

BERSIH & Bukti Kekejaman Polis

BERSIH telah berlalu hari ni.. Mcm2 berlaku..

Nah kalian nak tgk macamana kejamnya Polis terhadap pendokong2 BERSIH..

Laporan The Star


Para penyokong Bersih dinafikan makanan & minuman.
Para penunjuk perasaan di'paksa' makan dibawah cahaya terik matahari.. hahaha..
Polis : Sakit kak? Akak : x dek.. Pening sikit je.. almaklum lama tak eksersis.. jadi letihla bila berlari

Kepada PDRM & geng FRU. Terima kasih cek ucapkan atas tindakan hari ini.. Kepada BERSIH & PAtriOT.. jgnla buat lagi lain kali.. Udah2 le..

comments

Final Countdown.. Kita tgk siapa yg Kena..

Sambil-sambil meneliti, melihat & memantau dr jauh (sumber TV & internet jelah-harini). Setakat ni yg menjadi juara yg kena tangkap adalah org Melayu + Islam. Dimana keBERSIHan yg digembar gemburkan didokong oleh semua kaum & segenap lapisan masyarakat.

Disamping menyusahkan semua org bila 'endless roadblock' di segenak pintu masuk Kuala Lumpur. BERSIH tetap diteruskan. Dan sepertimana yg dijangka seperti BERSIH 1.0 yg menjadi juara semua org-org Melayu + Islam. Menjadi pengikut pejuang murtad Se-Malaysia.. Hidup Ambiga.

Ramai yg cakap dia hanya penyelaras. Oh kesitu pulak. Kalau dah kamu angkat seorg yg pejuang menentang Islam sebagai ketua maka tak tahu nak dicakap apa.. Come-onlah.. Byk lagi pemimpin lain yg boleh diangkat. Sila lihat tuntutan BERSIH & agendanya. Kata nak jumpa Agong.. Tuanku siap perkenan pertemuan malahan bagi muka nak jumpa pertubuhan haram tersebut.

Apakah tujuan utama BERSIH? Kan ke nak bagi memorandum kepada Yg Dipertuan Agong kenapa tak bagi waktu pertemuan tersebut. KENAPA??? Inilah yg dikatakaan 'Ada Udang diSebalik Batu'..

Pada pendapat cek, perhimpunan BERSIH sebenarnya hanya kulit diluar tapi ada maksud disebalik. Memang betul anggapan polis yg ada anasir lain @ agenda lain dalam bersih. Byk kenyataan dalam ceramah-ceramah yg mengatakan BERSIH ni adalah merupakan agenda seperti di Mesir. Kenyataan Ketua Angkatan Keadilan yg bercakap dalam beberapa ceramah, menyatakan BERSIH disamakan dgn Perjuangan utk menjatuhkan kerajaan seperti di Tunisia, Mesir & lain-lain.



Ditambah lagi dgn penangkapan ahli2 PSM yg memakai baju memperjuangkan tokoh Komunis Negara. 

Maka adalah amat wajar bila kerajaan menjadi 'over cautious' dgn BERSIH sbb telah ada coret-coret @ titik-titik BERSIH dipergunakan utk agenda tertentu.

Hasil dr Blog Unspinner pulak men'confirmkan' Reformasi dilaung-laungkan dalam BERSIH. Maka tahulah & betullah tindakan POLIS dalam mengawal keadaan. 

Apa-apapun yg menjadi juara hari ini adalah org Melayu & Islam. Yg seperti biasa amat mudah utk digerakkan utk perhimpunan seperti ini. Amat sangat ingin lihat statistik mereka yg ditangkap. Melayu adalah juara segalanya. Juara buang anak, mat rempit & yg terbaru juara demo walaupun ketuanya si Pejuang Murtad Negara.

TAHNIAH.. Jgn dilupakan juga Patriot @ Perkasa tangkap sama.

Akhir kata.. Nak tegur sikit mereka2 yg dok suka letak BERSIH batch pada facebook. Kadang-kadang ni depa ni syiok sendiri. Bila ditanya turun ke tidak tak jugak. Jadi jgnla berapi-api ckp dalam FB tapi hakikat tak turun pun berjuang..

Akhir Kata Melayu Mudah Lupa.. & tangkap kesemuanya..

comments

Jul 6, 2011

Meneliti 8 Tuntutan BERSIH

Lama dah cek tak tulis. Bukan apa pening sepening-peningnya dok tgk betapa kelam kabutnya politik kotor tanahair kita. Rasa macam nak jaa pindah tempat yg takdak internet, tak dak paper & tadak org cakap soal politik. Tapi nak buat mcmana. Hujan Emas Di Negeri Orang Lagi Baik Hujan Batu di Negeri Sendiri.. Ye tak..

Kita dok sibuk-sibuk pasai BERSIH. Mehla kita tgk sebenarnya apa tuntutan-tuntutan depa ni yg diketuai oleh X Presiden Majlis Peguam a.k.a Peguam terkenal Murtad Lina Joy.


1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang. 

- Laaa.. takat nak mintak bersihkan segera & selesaikan pengundi hantu pun hangpa nak buat demo ka? Pelik-pelik. Apa masalahnya. Kalau ada rasa senarai pengundi ada keraguan buatla bantahan. Kan ke ada masa lagi. Kalau ada pengundi dah mati mcmana SPR nak tau? Takkan SPR nak pi tanya satu-satu hidup ka belum. Bab pendaftaran Automatik ni baguih. Terutama bagi pengundi muda yg kebanyakan org Melayu. Tapi takkan la sampai nak berdemo mintak tuntutan-tuntutan ni. Cuba discuss baik-baik.


2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos. 

- Semua pengundi ? Maksud dia ni sapa? Susah la macam ni. Rasanya yg depa nak sangat sebab depa nak org yg dok Luar Negara terutama penyokong-penyokong kuat DAP dapat mengundi. Terutama yg jadi PR - Permanent Resident kat Negara luaq seperti Singapura, Australia, UK dll. Ni la sebenarnya yg depa mau sbb rata-rata yg dok luar negara adalah anti-gomen. Hehehe.. Inilah matlamat mereka.
- Macam ni lah. Apa kata kita buat undang-undang macam Singapura. Bila time mengundi wajib ataupun kena saman. Haaa.. itu macamla.. Jadi elokla depa balik tergesa-gesa drpd dok komen dalam FB ja manjang.
- Selalunya Anggota POLIS & TENTERA kena standby waktu mengundi. Jadi adalah kesian jika depa ni kena mengundi seperti biasa. Awat yg takut sgt undi depa. Kalau dah depa bagi kat Kerajaan nak buat apa.. Apa yg dengki sangat. Lagi satu kan ke SPR dah bagi agen politik masuk waktu undi POS. Apa lagi yg depa mau..


3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali. 

- Dakwat kekal. Haritu waktu PRU-12 dah cuba nak buat. Tapi dek sebabkan masalah perundangan maka tak jadi buat. Bukan sebab apa. Kalau dah bukan dalam Undang-undang mcamana nak buat. Daripada terpekik terlolong mintak dakwat digunakan ada baiknya AmBiga pi jumpa Ahli Parlimen DAP @ PAS @ PKR utk mintak usulkan dalam dewan. Jadikan ia satu undang-undang tambahan dalam apa yg sedia ada. Berapa ribu sgt pengundi hantu yg depa takut sangat.. Takkan Penang yg DAP menang pun sbb pengundi hantu kot..


4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja. 

- Nak kempen lama-lama buat apa? Kata PR dah hebat. Pasaipa nak kempen lama2? Lagi lama masa kempen lagi teruk perpecahan rakyat dek disebabkan politik. Lagi satu, sepanjang-panjang tempoh kempen sebenarnya Kerajaan dikira kerajaan sementara. Ini dikira bahaya utk negara.
- Lepaihtu tiap-tiap election Karpal Sigh mesti akan bawak naik mahkamah isu kerajaan sementara. Jadi apa-apa sapa nak tanggungjawab. Lama-lama lagi bahaya.. Riot, demo & lain-lain sebab secara teknikal apa-apa arahan Menteri @ PM waktu kempen tak sah disisi undang-undang sbb depa bukan Kerajaan. Cek nampak ada udang sebalik mee dalam tuntutan ni..
- Tak ingatkan peristiwa 13 Mei 1969. Cuba cari berapa hari waktu berkempen?


5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

- Akses yg adil? Huh.. Malaysiakini macamana? Malaysia Insider? Yang lain-lain. Come-onlah. Nak cakap media yg adil jadi janganlah boikot media. Ini tidak bbrp Negeri PR dok 'banned' Utusan la, Berita Harian la & lain-lain. Jadi jangan cakap soal ni. Ambiga kena cakap jugak kot pada Media berbahasa Cina @ India. Depa lagi berat sebelah. Bolehkan depa juga bagi liputan yg adil? Silap demo ni.. patut kena tuntut kat Media-media Pro-PR pasal benda ni jugak bukan kerajaan ja..


6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang. 

- Confuse aku. Cer cita mana kes-kes yg memihak. Kalau bab-bab bendera diturunkan semua kena. Kalau bab polis tangkap mana-mana yg salah pun kena. SPRM? Byk juga org UMNO ke dakwa contoh Khir Toyo. Tapi bila bab PR kena macam2 kutuk SPRM.  Tak pahamla.. Cer cita yg mcmana depa nak lagi?


7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan. 

- Ni cek sokong. Apa kata kita pakat2 demo depan office Nik Aziz sbb terang rasuah waktu PRK baru-baru ni. Lepaih tu apa kata mintak Kerajaan Selangor bagi kerjasama bila siasatan SPRM dilakukan sama mcm kes Teoh Beng Hock. Cuba jangan salahkn SPRM atas apa yg berlaku.. Ambiga silap tempat kot nak demo..

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.


- Politik mana yg tak kotor. Baik PKR & DAP mmg kotor. Cer tgk depa punya Pilihanraya parti. Mmg kotor. Kalau tak x ramaila keluar parti. DAP pun politik kotor jugak sampai taknak pakai songkok waktu bersidang. Juga buat tuntutan yg bukan-bukan.

Kesimpulannya

8 tuntutan ni sebenarnya mcm takdak apa-apa. Amat samar-samar takdak bukti & fakta yg baik/ menarik. Kalau AMbiga bawak benda ni kat mahkamah pun kalah. Kerana tulah depa perlukan balaci-balaci dr PAS utk tolong sama-sama demo. Sbb biasanya org cerdik pandai DAP & PKR mesti tak turun punya. Jgn lupa panggil Tian Chua. Kot-kot boleh gigit lagi Polis kalau tak puas hati. 

Bawak bincang & pii la demo puas-puas dalam stadium. Mintak Sasterawan Negara bacakan puisi sekali.. Oh ya jgn lupa deklamasi dalam bahasa Inggeris kot-kot byk org2 DAP tak paham. Pada geng-geng PR yg dok letak batch Bersih pada FB jangan letak ja tapi tak turun..  

Kiasan menarik sahabat blogger Agenda Timur pasal Agenda Bersih --> mesti tgk..

- Jawapan SPR pada Tuntutan Mengarut Bersih --

comments