Showing posts with label Langkawi News / Berita Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi News / Berita Langkawi. Show all posts

Jun 23, 2013

Idea bodoh Kerajaan Kedah? Jambatan ke Langkawi!


Terkejut cek tgk so call impian utk jambatan ke Pulau Langkawi. Yg pertama terlintas di kepala adalah mengapalah ada idea sebodoh ini.
Sebagai anak jati Langkawi cek tentang sekeras-kerasnya cadangan bodoh ni. Sebab apa cek kata cadangan bodoh. Sebab drpd buat jambatan lagi elok buat feri semacam di Pulau Pinang. 

Pada MB Mukhriz. YB Tolong kasi sound sikit idea2 tak cerdik mcm ni. Fyi Yb Exco, tiada masalah air @ letrik di Langkawi. Mestipun kalau ada masalah byk lagi cara nk selesaikan masalah tersebut dr buat jambatan yg berharga berjuta-juta ringgit. Kos utk bina jambatan ke Langkawi akan makan belanja 5x atau 6x ganda harganya daripada Penang Second Bridge. 

Fikir-fikirkan... Kalau nk buat jugak. Tunggulah Langkawi bakal bertukar tangan.. 
comments

Feb 16, 2010

Retreat Ke Langkawi ~ Dato' Najib

Nampaknya dalam sehari dua ni Tun & PM kita Najib Tun Razak berada di Langkawi. Samaada kebetulan @ tidak, tidak diketahui. Dan pada waktu yg sama jugak beberapa pemimpin kanan UMNO KEdah juga berada di Langkawi. Tah tahulah atas jemputan @ diatur. Mungkin berbincang keadaan UMNO Kedah khasnya & amnya saja nak jumpa.

Apa-apa pun, cek cakap elokla turun ke Langkawi, disamping merehatkan minda & relax di Langkawi ye Dato' Najib. Rajin-rajinla turun ke Langkawi. Inilah yg diharapkan oleh penduduk Langkawi. Jadilah seperti mantan PM Tun Mahathir yg nampak potensi Langkawi di mata dunia. Ini tidak, LTdL pun dah tak buat kat Langkawi. Waktu zaman Paklah pun kadang2 ja jenguk Langkawi. Perlu diingat Langkawi adalah salah satu dr 4 Parlimen di Kedah yg terselamat dek tsunami politik PRU-12 lepas. Maka jenguk-jengukla org-org Pulau ni..

Kepada UMNO Langkawi, jgnla dok buat program 'pack' sangat sebab kadang2 PM kita nak berehat. Nak jugak jalan-jalan, nak jugak jenguk2 & sembang2 dgn pemimpin & lain2. Takyahla nak lobi itu ini. Ikhlas seadanya & buatlah kerja sbb PM kita tau dalam & luaq. Takyah kalut sangat. PM ada mata2 & telinga sendiri. :).

Apa-apapun..Kepada Dato' Najib. UMNO Kedah sebenarnya perlu semangat & suntikan. Saf UMNO KEdah sebenarnya belum kuat sepenuhnya dek kerana PAS Kedah & MB nya boleh tahan kerjanya.

p/s : Ternampak kelibat Dato' Najib dok jogging dgn Dato' Bakaq pagi tadi..
comments

Mar 22, 2009

Akta Perikanan tidak relevan - Berita Langkawi


KUAH - Timbalan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia (Operasi), Suhaili Lee berkata, Akta Perikanan 1985 kini sudah tidak relevan dan dalam proses pindaan mengikut peredaran semasa. Menurutnya, akta itu tidak diubah keseluruhannya, cuma mengambil kira beberapa faktor berkaitan dengan kehidupan marin dan perairan air tawar.

Menurutnya, kali terakhir pindaan kepada akta itu dibuat pada 1993. “Keadaan ekologi dan perairan telah berubah dan kehidupan juga semakin kompleks, oleh itu pindaan yang dilakukan mengambil kira segala faktor,” katanya selepas merasmikan Pameran Alam Akuatik Penyu Spesies Terancam di Malaysia yang berlangsung di Underwater World Langkawi.

Suhaili berkata, melalui pameran ini, kesedaran dapat diwujudkan terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah. Menurutnya, antara spesies yang terancam dan berada di peringkat kritikal adalah ikan jenis jerung paus.

“Pada tahun 80-an ikan ini memang banyak di perairan negara namun menjelang 90-an habitat dan spesies itu menjadi berkurangan,” katanya. Beliau berkata, antara hidupan marin yang juga terancam adalah penyu ajar, penyu karah dan dugong.

“Selain itu hidupan laut seperti paus gergasi dan gamat akan diberi perhatian supaya spesies ini juga tidak terancam. “Kami sentiasa mengumpulkan maklumat berkenaan hidupan laut ini, contohnya penyu, kami ada empat tempat bagi pemuliharaan baka penyu di Malaysia dan sejak 1965 sehingga 2007 sebanyak 192 juta ekor telah dilepaskan cuma 1 peratus yang bertahan,” katanya.

Pada pameran itu, beliau turut melawat koleksi tulang ikan lumba-lumba, dugong awet, ikan paus dan pelbagai spesies penyu. Pameran ini adalah kerjasama :Jabatan Perikanan Malaysia sehingga 31 Mac sempena musim cuti sekolah.
----
Other Perspektif :-

Untuk pengetahuan pembaca, gamat yg senonim utk Langkawi adalah amat jarang boleh dijumpai lagi di Pulau Lagenda ini. Perkembangan yg berlaku telah menyebabkan 'kepupusan spesis gamat' di peraian ini. Hanya sebilangan kecil boleh dijumpai jika dibandingkan pada waktu dahulu dimana anak2 kecil boleh mengutip gamat di sekitar Pantai Cenang & kawasan berbatu Pantai Kok.

Kebanyakan minyak gamat yg dibuat dilangkawi adalah hasil belian (raw item) dr Siam. Tetapi gamat asli masih boleh diperolehi & dibuat pada kuantiti yg sedikit. Apa2pun tiada apa sbb yg menjadi persoalan kerana yg penting adalah kualiti penghasilan ubat-ubatan gamat yg dibuat berdasarkan 'ilmu' org2 Langkawi.
comments

Mar 16, 2009

Langkawi hasilkan pisang, rambutan, mangga terbaik - Berita Langkawi -



TELUK YU - Petani di pulau ini mampu mengeluarkan produk pertanian yang bermutu tinggi seperti rambu-tan, 'anak sekolah', pisang atau mangga dikenali 'chokanan' terbaik, di negara ini. Pengarah Kanan Komunikasi Korporat, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Noor Azian Mustafa berkata, dua produk pertanian itu mampu dipasarkan ke peringkat antarabangsa dan mendapat permintaan tinggi.

Menurutnya, Fama daerah Langkawi telah memulakan program pembelian rambutan secara serius sejak 2001 dengan jumlah keseluruhan RM275,499.81 sehingga tahun lepas. “Enam lokasi ladang kontrak rambutan dan anak pisang ditempatkan dengan keluasan projek 69.1 hektar melibatkan 61 peserta dengan anggaran pengeluaran 200 metrik tan.

“Bagi Mangga Chokanan pula, tiga lokasi ditempatkan dengan keluasan projek 34.3 hektar dan melibatkan 26 peserta,” katanya ketika ditemui di Majlis Lawatan Ladang :Kontrak Pisang Berangan di Teluk Yu, di sini. Noor Azian berkata, selain rambutan dan mangga itu, pisang berangan juga antara produk terbaik yang mampu dipasarkan di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, pemantauan dua kali sebulan akan dilakukan pegawai Fama bagi mengenal pasti kualiti pisang yang dihasilkan. “Ini juga bagi mengelakkan lambakan hasil tanaman di pasaran dan mengenal pasti sebarang jangkitan ke atas pisang itu,” katanya. Beliau berkata, kempen awal bagi mempromosikan produk tersebut giat dijalankan menjelang musim Jun nanti.

“Kami melakukan kempen di media massa dan di sekolah seluruh negara dengan memilih lima buah sekolah di setiap negeri. “Kempen tersebut adalah makan buah-buahan tempatan yang akan dilakukan selama tiga bulan,” katanya.
---

Other Perspektif :-

Amat bersetuju dgn cadangan ini & komen diatas. Tetapi apa gunanya hasilkn yg terbaik ttp kurang promosi. Pemborong pula kadangkala membeli dgn kadar yg amat rendah harganya. Adalah dicadangkan hasil pasaran ini dijual di pasar tani & menjadikn hotel2 sebagai pembeli tetap. Ini dapat dilakukan oleh FAMA sendiri.

Salah satu cadangan lain adalah :-

Majlis daerah (Kerajaan Negeri) dgn kerjasama LADA (Kerajaan Pusat) mungkin boleh menganjurkan Pesta Buah pada musim tertentu & boleh dimasukkan dalam agenda Pelancongan Negeri. Disamping peserta boleh berniaga secara direct malah memperkenalkn buah2 langkawi secara terus kpd Pelancong tempatan @ luar negara. Tempat ? Di kawasan Pantai Tengah @ Pantai Chenang.

p/s; Masih terngiang2 betapa sedapnya mempelam di Datai.
comments

Mar 6, 2009

Langkawi bakal wujudkan galeri - Berita Langkawi



PANTAI CHENANG - Sebuah galeri lukisan akan dibina di Langkawi pada tahun ini bertempat di Kuah atau di Pantai Chenang memandangkan dua lokasi utama itu adalah kawasan tumpuan pelancong. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid berkata, galeri itu akan diwujudkan bagi menghimpunkan pelukis sekitar Langkawi mempamerkan hasil karya mereka.

Menurutnya, di Langkawi terdapat berpuluh pelukis dan mereka aktif membuat pameran di sekitar Langkawi bagi memberi aspirasi kepada pelancong. “Kami telah berbincang dengan pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan akan membuat susulan dengan Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kewangan bagi menyalurkan dana bagi membina galeri ini.

“Melihat usaha pelukis di Langkawi, mereka berupaya mengorak langkah jauh dan menjadi legenda sekiranya usaha ini dapat dilaksanakan,” katanya ketika melihat pameran Seni Artis Langkawi di Underwater World Langkawi (UWL). Mohd Rawi berkata, kebanyakan pelukis di Langkawi memaparkan tema Nusantara, kemanusiaan, alam dan pelbagai lagi bersesuaian dengan latar belakang Langkawi yang penuh dengan mitos dan legenda tersendiri.

Menurutnya, langkah yang diambil UWL harus dicontohi sebagai memberi ruang kepada pelukis tempatan mempamerkan hasil karya mereka. “Usaha ini dilihat sebagai platform kepada mereka untuk terus berkarya dengan hasil seni yang tidak ternilai dan Langkawi juga mampu melahirkan pelukis di peringkat antarabangsa memandangkan ramai pelancong berkunjung ke sini,” katanya.

Pada pameran itu, seramai 16 artis profesional dan amatur berbeza latar belakang dalam penglibatan seni mempamerkan lukisan mereka. Seorang pelukis, Mohamad Izam Kamarolzaman berkata, usaha ini dilihat sebagai mengangkat martabat pelukis yang ada di Langkawi agar karya seni yang dihasilkan lebih dihargai. “Dengan adanya galeri lukisan, nasib pelukis akan lebih terbela dan mereka akan berkarya dengan lebih banyak kerana mempunyai tempat khusus untuk mempamerkan lukisan yang dihasilkan,” katanya.

Beliau turut ditemani isterinya, Halimaton Azira yang juga berjinak dalam dunia lukisan terutamanya penghasilan lukisan batik.
---
Other Perspektif :-

Idea yg cukup menarik baik dr segi 'attraction' & segi ekonomi penduduk Langkawi.
Diharap bagi pihak LADA merealisasikan hasrat & cadangan ini. Disamping memberi pendapatan lebih kepada penggiat seni ia juga boleh menambah satu lagi 'tourist attraction' di Langkawi terutama sekali di Pantai Chenang.

Cuma satu nasihat. Jgnla letak mahai sangat hasil2 seni tu. Man man cukupla.

p/s: yg baik sokong, yg tak baik takkan nak sokong ye tak.
comments

Mar 2, 2009

Langkawi sasar 2,000 usahawan baru


Sinar Harian 1/3/09
Langkawi sasar 2,000 usahawan baru

KUAH - Langkawi mensasarkan seramai 2,000 usahawan baru bakal dilahirkan menjelang tahun hadapan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad meminta pemimpin Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) menyalurkan bentuk maklumat bantuan kepada masyarakat setempat.

Namawi berkata, Langkawi adalah lubuk emas bagi sebarang bidang perniagaan memandangkan pulau ini sering dikunjungi pelancong dan mendapat jolokkan pulau bebas cukai. Menurutnya, setiap tahun sebanyak RM1.4 juta aliran wang berlegar di Langkawi hasil daripada aktiviti perniagaan. “Oleh itu saya menggesa, JKKKP merebut peluang ini dengan membuka bidang perniagaan baru dan berpotensi.

“Sepanjang tahun lalu, seramai 1,700 usahawan dilahirkan dalam perniagaan kecil dan sederhana, (IKS),” katanya ketika mengadakan lawatan ke Pulau Tuba. Nawawi berkata, bidang baru yang boleh diceburi adalah penternakan ketam nipah dalam kotak fiber dan sarang burung.

Menurutnya, ketam batu dan sarang burung mempunyai masa depan cerah dan nilainya amat tinggi di pasaran ekoran sukar diperoleh di tempat lain. “Bidang sarang burung ini memberi pulangan keuntungan lumayan terutamanya dalam pasaran masyarakat Cina yang gemar membelinya untuk keperluan kesihatan dan perubatan,” katanya. Menurut Nawawi , dengan adanya industri baru ini, ekonomi Langkawi akan lebih mantap dan kehadiran pelancong akan bertambah serta menjadi daya tarikan baru.

“Kami berharap JKKKP sentiasa prihatin dengan bentuk bantuan yang ditawarkan sama ada dari Mara, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) atau Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama). “Segala maklumat bantuan ini boleh diperoleh daripada pejabat ADUN dan proses permohonan boleh dikemukakan bagi mendapat surat sokongan,” katanya.
----------

Other Perspektif :-

Ulasan yg cukup menarik dibaca. Tetapi diharapkn bukan hanya ckp2 kosong tanpa isi. Langkawi perlukan pemimpin yg boleh deliver bukan hanya berckp indah tanpa tindakan. YB perlu memikirkan sedalam2 apa yg dijnjikan sewaktu pilihanraya baru2 ini & juga yg lepas. Jgn jadikan tidak mempunyai jawatan sbg alasan utk tidak berkhitmat kepada masyarakat.
Apa2pun, anak2langkawi akan menilai rancangan YB dan berharap agar terlaksana.

Cadangan :-

Penternakan ketam dlm kolam fiber tidak significant di langkawi. Knp perlunya penternakan ketam tersebut sedangkn bumi langkawi luas dgn kawasan2 laut yg boleh diusahakan. Misalanya di Kuala Melaka. Dikawasan jambatan & pemecah ombak yg merentasi dr Kuala Melaka sehingga ke Pantai Cenang. Kawasan tersebut perlu diberi perhatian sewajarnya oleh YB & laksanakn penternakan Ketam secara berkelompok supaya dpt dimanfaatkan oleh rakyat setempat.

Perlu diadakan reseach utk mengetahui adakah burung layang2 di Langkawi mempunyai nilai yg tinggi utk investment. Mungkin telah ada penternakan burung layang2.. ttp jika rakyat langkawi mengambil inisiatif utk membuat sarang burung siapa yg hendak membelinya. Perlu adanya perbincangan & perancangan secara kolektif supaya jika bisness sarang burung hendak dilaksanakan besar2. Perlu juga diingat masalah pasaran & pembelian. Selalunya kita mempunyai masalah utk pembelian sarang. Ini telah berlaku oleh pengusaha2 di Terengganu misalnya. Saya cadangkn kepada YB buat homework & berckp berdasarkan perancangan yg teliti. Kerana modal utk kedua2 cadangan YB melibatkan kos yg banyak..

p/s: Hanya cadangan & komen dr anaklangkawi. Knp website x update2 lagi noo.. comments

Feb 25, 2009

Program belia lepak Langkawi


Program belia lepak Langkawi 27 Februari

LUBUK SETOL 25/2/09 - Belia di Langkawi berpeluang berpesta secara sihat bersama pemimpin dalam program ‘Lepak Positif Di Laman Tanpa Status’ anjuran Majlis Belia Daerah Langkawi di Kompleks Sukan Belia Perahu Layar, Kelibang pada 27 Februari ini. Pengerusinya, Nor Saidi Nayan berkata, kira-kira 300 belia dan beliawanis akan berhimpun dengan menyertai pelbagai acara yang telah diaturkan.

Menurutnya, mereka berpeluang berkaraoke, mengintai peluang pekerjaan dan terdapat juga program marhaban, berkompang, tarian tradisional dan pelbagai juadah disediakan. “Program ini dibuat bagi pemimpin mendekati mereka, berbual cara tanpa mengira status sebagai menyelami hati belia. “Tiada jurang antara pemimpin dan belia untuk berhibur, lapangan ini dijadikan tempat positif untuk mereka meluarkan apa jua masalah dan kehendak,” katanya kepada wakil Sinar Harian.

Nor Saidi berkata, program ini juga sinonim dengan ‘edutainment’ di mana mereka berhibur sambil mendapat pengetahuan mengenai peluang pekerjaan kerana mereka adalah tulang belakang bagi kemajuan negara kelak. Menurutnya, ini adalah satu pendekatan psikologi yang dibuat bagi melahirkan modal insan dan mengembalikan keyakinan kepada mereka. “Kami anjurkan program secara bersantai, tiada siapa pun yang akan menjadi VIP semuanya sama termasuk pemimpin masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran adalah seperti ketua pemimpin, ketua jabatan, pasukan pakaian seragam dan semua warga Langkawi tanpa mengira usia. “Kami juga menghimpunkan 18 persatuan belia berdaftar dan beberapa lagi persatuan belia yang masih dalam proses pendaftaran untuk sertai program ini. “Dari sini minda mereka akan lebih terbuka untuk menganjurkan program di tempat masing-masing dan bertukar fikiran atau bergabung dan mengadakan program di kampung masing-masing,” katanya.:

Beliau turut berharap program ini dapat dijayakan tanpa sebarang masalah dan di pandang positif bagi semua pihak sebagai membela nasib belia yang sentiasa dipandang serong oleh sesetengah pihak.
-----------------------------
Anak Langkawi :-
Suatu program yg nampak menarik utk para belia mengikuti. Tetapi nama program tersebut agak tidak sesuai jika dibanding dgn pengisian yg telah dirancang. Apa2pun diharap program seperti ini dapat merancakkan perkembangan belia di Langkawi yg semakin sepi. Diharap program ini tidak menggalakkan maksiat dah la..

Cadangan :-
Ada baiknya Majlis Belia membuat program yg boleh merancakkan ekonomi penduduk langkawi seperti Bazar Malam & diadakan di kawasan yg mempunyai kepadatan Pelancong yg tinggi drpd program Lepak's.
P/S: Adakah program ini merupakan inisiatif awal barisan Pemuda UMNO Langkawi yg baru yg patut dibangga ? Fikir2lah sendiri.. :)
comments

Feb 21, 2009

Disebalik Program Pemberian Permit Teksi Langkawi - Pergolakan UMNO Langkawi













Petikan Akbar Sinar Harian Versi Utara.


KUAH - Lembaga Pengangkutan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengeluarkan sebanyak 166 permit baru bagi kereta sewa yang beroperasi di sini. Pengerusinya, Datuk Markiman Kobiran berkata, sebanyak 7,000 permohonan bagi mendapatkan permit di seluruh negara diterima daripada pemohon dari Julai sehingga Oktober tahun lalu iaitu.

Menurutnya, proses ini mengambil masa lama bagi mengenal pasti pemilik dan pemandu kedua teksi dan kereta sewa sebelum permit dikeluarkan. “Kini LPKP bertindak tegas dengan memberi ingatan kepada pemilik kereta sewa dan teksi yang mendapat permit supaya tidak menyewa kenderaan mereka kepada kedua.

“Pemohon yang diberikan permit kebanyakannya adalah pemandu kedua, oleh itu LPKP menggesa mereka untuk menumpukan kepada satu bidang pekerjaan sahaja,” katanya selepas Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan (STK) Kereta Sewa Wilayah Utara di Kuah, kelmarin.

Markiman berkata, mereka dinasihatkan supaya memilih untuk membawa teksi atau terikat dengan pekerjaan yang sedang dilakukan. Menurutnya, terdapat sesetengah pihak terdiri daripada penjawat awam dan swasta mendapat lesen lalu menyewakan kepada pemadu kedua dengan harga tinggi.

“Kita tidak mahu wujud senario untung atas angin, sekiranya perkara ini berlaku, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya. Beliau berkata, LPKP tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang kereta sewa dan teksi.

“Kami mendapat kerjasama daripada orang awam, polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menjalankan operasi bersepadu setiap hari. “Hal ini berikutan tanggungjawab yang dipikul oleh pemandu teksi terhadap penumpang kerana insurans melindungi semua pihak jika berlaku kemalangan,” katanya.

Beliau berharap pemilik STK memanfaatkan peluang yang diberikan kerajaan bagi membantu pemandu teksi dan kereta sewa mendapatkan sumber pendapatan secara telus dan dedikasi.

---------
Diharap pemandu teksi Langkawi tidak meng-Alibabakan permit teksi yg diberi. Gunakan dgn sebaiknya & tingkatkan perkhitmatan terhadap pelancong2. Moga langkawi menjadi kenangan di mata dunia.

Politik UMNO Langkawi

Sekitar program pemberian permit pada malam itu. Ceritanya bermula begini. Pada awalnya pegawai LPKP bersungguh2 menjemput Ahli Parlimen Langkawi Dato' Paduka Abu Bakar Taib utk merasmikan program tersebut. DABT pada awalnya tidak mahu dtg kerana sidang Parlimen. Tetapi memandangkn pihak LPKP bersungguh2 beliau menerima jemputan.

Tiba pada hari tersebut, pada awal paginya DABT dimaklumkn program telah di tunda ke suatu hari lain (LPKP memaklumkn kpd setiausaha DABT). Ttp pegawai tinggi LPKP yg kebetulan berada di lobby parlimen pada waktu itu memaklumkan program tersebut masih diteruskan.

Rupa2nya telah ada usaha pihak2 tertentu dr pihak Ketua Bahagian Langkawi melobi utk merasmikan program tersebut (biasala nak kejar kredit & pengaruh). Atas arahan pihak atasan pusat LPKP & perasaan malu terhadap DABT program diteruskan dgn dihadiri oleh kedua2 YB. YB Nawawi (ADUN Kuah) & YB DABT (Parlimen Langkawi).

Berikut adalah sekitar ucapan Dato' Paduka Abu Bakar Taib di program tersebut yg amat kecil hati dgn apa yg berlaku :-

"Saya bukan budak2. Saya ahli Parlimen Langkawi. Saya tinggalkan mesyuarat di Parlimen semata2 memenuhi kehendak majlis program yg menjemput saya. Jgn main2 ckp sekejap ada sekejap tunda."

"Kalau nak YB Nawawi rasmi bagitau awal2. Jgn buat mcm ni. Kalau hangpa nak sokong dia sokong la. Saya dah jadi YB 5 penggal. Cukupla. Tapi jgn main2kan saya."

(muka YB Nawawi waktu ni cukup sugul & pucat lesi)

Peristiwa yg amat dikesali ini berlaku dikala seluruh UMNO berkobar2 bercakap mengenai perubahan. Saya tidak lihat pimpinan UMNO baru di Langkawi berubah utk kearah kebaikan dgn mengetepikan veteran2 UMNO Langkawi & mengamalkan rasuah politik. Kepimpinan yg ada sekarang amatlah dipertikaikan & mereka perlu sedar yg DABT amat berpengaruh dikalangan rakyat Langkawi malah telah berbakti selama 5 penggal.

Seluruh masyarakat Langkawi menghormati beliau baik kawan @ lawan. Baik dr PAS, PKR @ UMNO. Adakah kem YB Nawawi yg terlalu "ghairah dgn kuasa" terfikir apa perasaan org2 DABT & masyarakat Langkawi amnya. Ini dibuktikan dgn melihat majoriti DABT sewaktu PRU-12, PRU-11 dll iaitu adalah melebihi majoriti kedua2 ADUN di Langkawi bergabung.

Apa yg pasti. YB Nawawi telahpun kehilangan satu undi dr saya utk PRU-13. Mungkin akan byk yg menyusul jika pimpinan tertinggi UMNO tidak memberi perhatian kepada pimpinan baru UMNO Langkawi yg bermasalah. (seperti jugak website UMNO-Langkawi yg tidak berubah).

P/s: Harapan agar SPRM @ jawatankuasa disiplin UMNO bertindak ke atas laporan rasuah politik yg telah dibuat.
comments

Feb 16, 2009

Pulau Tuba Bakal Membangun

Sinar Harian 16/2/09

PULAU TUBA - Penduduk Pulau Tuba bakal dihidangkan beberapa rancangan pembangunan terutamanya kemudahan asas bagi memberi peluang kepada mereka menikmatinya sama seperti penduduk di Pulau Langkawi.

Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib berkata, perkara utama yang sedang diusahakan adalah dengan pemasangan kabel elektrik bawah tanah. Menurutnya, satu perbincangan bersama Pengerusi Tenaga Nasional Berhad iaitu Tan Sri Datuk Amar Leo Moggie akan diadakan bagi merealisasikan hasrat penduduk Pulau Tuba itu.

“Kami akan menyediakan kertas kerja dan akan usulkan kepada Tan Sri bagi mendapatkan respons dan jika perlu kami akan membuat susulan kepada kerajaan persekutuan untuk dibincangkan di mesyuarat kabinet.

“Sebelum ini, penduduk Pulau Tuba tidak dibekalkan dengan air bersih, namun pada tahun 1996 melalui Kerajaan Pusat dan Persekutuan, bekalan air bersih dari empangan berhampiran dapat disalurkan,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Pulau Tuba, kelmarin.

Abu Bakar berkata, selain itu, sebanyak RM10,000 akan diberikan sebagai pembiayaan permulaan bagi membina sebuah taman permainan moden. Menurutnya, permohonan ini disuarakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Pulau Tuba, Abdul Rani Awang, apabila bersimpati dengan nasib kanak-kanak di pulau ini yang tidak berpeluang menikmati taman permainan seperti di Langkawi.

“Selain itu, sebanyak 10 banis (pukat udang) akan diberikan setiap seorang selepas mereka membuat permohonan,” katanya. Beliau berkata, banis ini sangat penting bagi penduduk memandangkan majoriti mereka di sini adalah nelayan.

“Oleh itu, dengan pemberian banis percuma ini, mereka dapat pulangan hasil berganda malah penjualan udang dapat ditingkatkan sekali gus Pulau Tuba berpotensi menjadi pengeluar udang utama di Langkawi,” katanya.

Abu Bakar berharap penduduk dapat menghargai semua kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan walaupun mengambil tempoh yang lama untuk diluluskan.
------------------------

Other Perspektif :-

Berita baik utk penduduk Pulau Tuba. Moga dgn adanya inisiatif yg seperti ini dpt menambahkan pendapatan penduduk. Alangkah baiknya jika kita sama2 bangunkan taraf ekonomi penduduk setempat drpd bercakaran sesama sendiri. Moga2 pihak kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat tidak melupakan penduduk luar bandar.

p/s: tinggalkan sejenak politik. Ayuh tingkatkn taraf ekonomi kita.
comments

Jan 31, 2009

UMNO Langkawi, SPRM & Rasuah.

SPRM telah melalui zaman penjelmaan semula tahun lepas bila mana ia telah diberi tanggungjawab yg meluas utk membanteras rasuah.



Terpampang didada akhbar tangkapan, dakwaan & siasatan dibuat dlm memerangi UMNO dr politik wang.

Syabas diucapkan pada SPRM.

UMNO LANGKAWI

7 Cawangan UMNO langkawi kecewa.


LANGKAWI - Tujuh cawangan UMNO dalam Bahagian Langkawi melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadap ketua bahagian mereka Datuk Nawawi Ahmad berhubung dakwaan salah laku dan politik wang pada pemilihan peringkat bahagian Oktober lepas.

Ketua UMNO Cawangan Kampung Tua, Mansor Hashim berkata, tujuh cawangan itu menubuhkan satu jawatankuasa bertindak untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan lembaga itu yang melepaskan Nawawi tetapi mengenakan amaran terhadap seorang anggota bahagian itu, Shaidan Hashim, kerana menjadi ejen Nawawi.

“Shaidan menjadi ejen atau pelobi bagi pihak Datuk Nawawi Ahmad dan kenapaShaidan seorang sahaja yang dikenakantindakan sebaliknya Nawawi dikecualikan,” katanya kepada pemberita di sini.Mansor, yang mewakili jawatankuasa bertindak itu berkata, sebelum ini mereka telah membuat aduan rasmi menerusi sepucuksurat kepada Lembaga Disiplin UMNO mengenai kegiatan politik wang yang berlaku di Langkawi.

Mansor berkata antara dakwaan mereka ialah Nawawi memberi telefon bimbit, pukat dan sumbangan untuk lawatan sambil belajar kepada perwakilan dan anggota cawangan supaya mencalonkannya bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi.

Pada pemilihan itu, Nawawi mengalahkan penyandang jawatan itu Datuk Abu Bakar Taib.“Kami berharap Lembaga Disiplin masih membuka pintu siasatan kerana keputusan yang dibuat oleh lembaga itu menimbulkansoalan di manakah konsepbersih, cekap dan amanah yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin atasan UMNO,” kata beliau.

Kelmarin Pengerusi Lembaga Disiplin itu Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, Shaidan adalah antara anggota parti yang dikenakan tindakan amaran kerana bersalah melanggar tataetika parti.


Dibawah merupakan sedutan YB Mohd Rawi di Langkawi dlm Malaysiakini.
------ ------------------------------------------------------------------------------------
Manakala Naib Ketua Bahagian Umno Langkawi, Mohd Rawi Abdul Hamid pula menjelaskan
beliau tidak bersetuju sejak awal lagi isu politik wang Umno dibawa kepada SPRM Kerana, tambah wakil rakyat Ayer Hangat, ia memberi gambaran kepada akar umbi bahawa pemimpin-pemimpin bahagian mengamalkan politik wang.

Mengulas dakwaan insiden yang menimpa Halimi sepanjang empat hari ditahan SPRM sejak 23 Januari, beliau berasa kesal dan menyifatkan insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku.

"Dalam mana-mana siasatan, tidak boleh dijalankan siasatan dengan kekerasan, hatta orang yang ditahan atas dakwaan jenayah pun tidak boleh disiasat dengan kekerasan," katanya sewaktu dihubungi.

Tambahnya, dakwaan insiden sebegini akan menyebabkan rakyat mempersoalkan kaedah siasatan yang dijalankan.

Sehubungan itu, beliau menggesa MT menentukan sama ada suruhanjaya itu boleh menyiasat berhubung amalan politik wang atau tidak memandangkan lembaga disiplin parti sudah berbuat demikian.
-------


Kenyataan diatas menunjukkan bahawa kenyataan YB tidak sejajar dgn kenyataan Presiden UMNO & Timbalan Presiden parti sendiri dlm melihat penglibatan SPRM dlm kes politik wang. Tetapi masakan YB Rawi berkata demikian jika ketua bahagian beliau YB Nawi berdepan dgn siasatan oleh SPRM & Lembaga disiplin UMNO. Sumber dalaman lembaga disiplin UMNO juga mengatakan YB Nawi juga berdepan dgn siasatan rasuah politik baik dr pihak SPRM mahupun Lembaga disiplin.

"Rasuah tetap rasuah". Jgn kita menghalalkan yg haram. Biarlah akar umbi tahu politik wang berlaku. Setidak-tidaknya akar umbi tahu pimpinan UMNO serius dlm membanteras rasuah. Pimpinan UMNO yg disabit kesalahan hanya akan berdepan dgn siasatan. BUkan bersalah lagi pun. Sedangkan menantu Tuan Guru Nik Aziz pun bersih dr siasatan BPR jika tidak bersalah. Apa yg ditakutkan jika tidak bersalah?

Ahli UMNO bahagian Langkawi, Shaidan Hashim (Proksi YB Nawi) juga didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin UMNO & diberikan amaran. Amaran jaka ? Inilah yg dinamakan 'verdict' dr lembaga disiplin UMNO yg berat sebelah disbbkan ahli UMNO tersebut berkempen kpd seseorg berstatus ADUN @ Ketua Bahagian? Disbbkan tindakan sebeginilah SPRM perlu terlibat dlm siasatan agar mereka2 ini yg didapati bersalah akan disabitkan seperti dlm Akta Pencegahan Rasuah.

KEKECEWAAN

Jika mereka-mereka yg terlibat dgn rasuah dibiarkan berterusan memimpin UMNO Langkawi tidak terkejut jika Pulau Langkawi tidak akan lagi menjadi kubu kuat UMNO. Kekecewaan demi kekecewaan telah mula terdengar di segenap pelusuk UMNO langkawi. Malah ada khabar angin berkata jika ia berlarutan akan ada ahli-ahli UMNO yg akan keluar parti kerana kecewa.

Telah ada 7 cawangan yg menunjukkan bantahan terbuka. Tidak diketahui brp byk lagi cawangan yg 'protest' secara diam. Perlu diteliti rekod UMNO Langkawi dimana jika dilihat perihal pengundi-pengundi di Langkawi lebih cenderung memangkah UMNO/ BN atas kapasiti calon. Ini terbukti bilamana majoriti Parlimen P04 lebih tinggi dari majoriti kedua-dua ADUN N1 & N2 di Langkawi.

Isu ini perlu diberi perhatian oleh pimpinan UMNO Pusat & Kedah. Jika ini dibiar berterusan maka tidak mustahil UMNO Langkawi tidak akan lagi mendapat tempat di hati rakyat langkawi bilamana Dato Paduka Abu Bakar Taib tidak lagi akan bertanding pada PRU-13 nanti. Kerana beliaulah langkawi masih menjadi kubu kuat UMNO sehingga sekarang.
--------

SPRM & RASUAH

Saya amat bersetuju & merasa hormat kepada mana-mana pemimpin UMNO yg mengalu-alukan siasatan menyeluruh dlm UMNO mengenai politik wang. Ternyata mereka yg mengalu-alukan siasatan SPRM adalah mereka yg bebas dari politik wang. Sejajar dgn hasrat & kenyataan Dato' Najib sendiri bahawa anggota parti yg terlibat rasuah tidak terlepas tindakan.

Kepada yg menentang siasatan SPRM. Kenapa takut? Adakah anda terlibat sama. Kita sudah tahu bahawa Tindakan Tatatertib Jawatankuasa Disiplin UMNO sendiri sebenarnya kadang-kadang 'bias' dlm membuat siasatan lebih-lebih lagi bila laporan dibuat keatas ahli DUN itu sendiri @ ahli UMNO yg mempunyai jawatan yg tinggi.

Sepatutnya rasuah politik dirujuk terus ke SPRM utk siasatan. Jadi biarlah ada 2 kertas siasatan dibuka & bukan setakat jawatan kuasa disiplin UMNO. Seperti yg sedia maklum siasatan di jawatankuasa disiplin kadang-kadang bersikap selektif iaitu hanya tertumpu pada 'ikan bilis' & 'ikan sardin'. Maka ikan jerung & ikan paus dilepaskan hnya kerana memegang jawatan tertinggi dlm UMNO, ADUN, MP @ bahagian. (Seperti yg berlaku di langkawi). Jika inipun UMNO gagal maka ia akan gagal di PRU-13 nnti. Biarlah rakyat melihat UMNO amatlah serius dlm menangani rasuah. Biar berkualiti bukan kuantiti.

Walaupun SPRM mempunyai kuasa utk melakukan siasatan kpd sesiapapun, diharap agar SPRM melakukan siasatan dgn profesional & teratur. Kita tidak mahu disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.

TERUSKAN USAHA MURNI INI!! comments