Aug 23, 2010

Duri Dalam Daging Bumiputera? ~ Soi Lek & MCA

Untuk pastikan Parti MCA masih relevan katanya. Itulah kata-kata Presiden MCA Chua Soi Lek yg baru-baru ini menang dalam pemilihan tergempar MCA. Pada saya ukur baju dibadan sendiri utk melihat sejauh mana MCA bertungkus lumus mematahkan hujah2 Parti Ultra-Kiasu. Dalam pada saranan Presiden BN Najib utk tidak mengikut menari bersama-sama rentak pembangkang, nampaknya ada jugak yg masih menari-nari.

Persoalannya sekarang adakah MCA sengaja menari @ inilah pendirian mereka selama ini. Pada saya MCA & DAP tetap sama. Matlamat mereka sama adalah utk memastikan bangsa mereka mendapat yg terbaik di bumi bertuah ini. Pada mereka menguasai 40% @ lebih dari ekonomi negara belum cukup. Mereka mahu bolot segalanya. Sasaran NEP yg meletakkan penguasaan 30% ekonomi oleh bumiputera masih tidak tercapai. Itupun pencapaian ekonomi Melayu diambil kira peranan GLC & bidang-bidang tertentu yg dilindungi.

Saya melihat tuntutan MCA adalah sejajar dgn perkembangan semasa PRU-12. Dalam pada itu, sebelum ini MCA chairman of "MCA's Institue of Strategic Analysis & Policy Reseach’ telah pun bercakap mengenai tersebut pada beberapa bulan yg lalu. Mungkin MCA amat jaki @ dengki pada perkembangan Syarikat Bumiputera dibawah polisi yg masih dilindungi seperti Oil & Gase. Saya telah ulas bbrp sbb yg menangkis persoalan yg mengatakan Bumiputera mendapat manfaat secara keseluruhan. Sebenarnya seperti Kontraktor Kelas F peniaga bukan bumiputera juga mendapat manfaat dalam polisi tersebut. Ini kerana pembekal adalah daripada bukan Bumiputera.

Jika dilihat hasil kongress yg berlangsung MCA itu, sebenarnya mereka cakap tak serupa bikin. Kenyataan & tuntutan yg diminta adalah amat kontradik antara satu sama lain. Tuntutan yg dimaksudkan adalah Sistem Merit diminta oleh MCA dalam pemberian kontrak & tender2 kerajaan. Pada masa yg sama mereka meminta supaya lebih peruntukan & ’recognition’ diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan. Mereka juga menentang Sekolah Jenis ini diserap oleh Kerajaan dgn pelbagai alasan yg tak masuk akal.

Cuba lihat bila bab Tender mereka nak sama rata. Bila bab sekolah mereka nak asingkan. Mereka tak mahu bergaul & asimilasi dgn rakyat majoriti. Dalam pada tu kita boleh lihat dimana kaum yg diwakili mereka tidak langsung bekerjasama terhadap banci yg baru berakhir semalam. Bermcm2 alasan diberikn antaranya tidak tahu berbahasa Inggeris @ Bahasa Malaysia malah kadangkala anjing dilepaskan utk menghalau pembanci. Disini nampaknya kegagalan Sekolah Jenis Kebangsaan telah melahirkan semacam jenis generasi yg mungkin tiada semangat nasionalisma yg malah tidak tahu bahasa negara. Lagi nak hak sama rata. Ceh..

Kadang-kadang sedih melihat tekanan yg diterima oleh org-org UMNO dlm menangkis rakan sendiri. Mungkin sepatutnya sekarang UMNO perlu menilai adakah masih wajar utk memberikan parti komponen yg ’lupa diri’ utk bertanding di kawasan majoriti Melayu. Mungkin adalah masanya UMNO perlu mengambil balik kawasan yg dimenangi oleh mereka. Kerana apa.. MCA telah mengkhianati pengundi-pengundi mereka (yg mereka menangi). Maka amatlah wajar utk MCA mengembalikan kerusi tersebut kepada UMNO kerana mereka terang2 mengkhianati aspirasi majoriti pengundi Melayu.

Dalam pada itu saya menyokong Perkasa, Dewan Perniagaan Melayu & bbrp NGO Melayu lain yg meminta kek ekonomi ditingkatkan dr 30%. Mungkin sudah tiba masanya bumiputera meminta ditingkatkan kek ekonomi, biasiswa & pelbagai kemudahan yg tak dapat seperti yg termaktub dalam perlembagaan negara berkenaan Hak-Hak Bumiputera. Ini baru dikatakan adil berdasarkan kepada komposisi Majoriti Bumiputera ttp tak mewakili keadaan sebenar sekarang.

p/s: Nak kena daftar PERKASA.. comments

Aug 13, 2010

Ramadan Al-Mubarak


Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak Kepada Semua .. Kita doa-doakan Ramadan kita kali ini diberkati Allah..


comments

Aug 10, 2010

Politik ~ Cakap Tak Serupa Bikin

PAS kata kerjasama dgn UMNO mustahil kerana UMNO tidak mendokong Islam.
Cek tanya balik awat DAP & PKR dokong Islam ka?

DAP kata SPRM & Polis dikawal kerajaan & tak telus.
Tapi cek kata kenapa baru-baru ni ADUN depa juga Ronnie Liu report polis.

Khalid Samad baru-baru ni cakap kat Surau Seksyen 6 kata gejala sosial & keruntuhan masyarakat hasil sbb 15-20 tahun dulu & polisi kerajaan yg salah. Cek kata, awat dalam 15-20 tahun lepas PAS buat hapa?

PAS dok kata UMNO mengamalkan assobiah. Tapi dua hari sudah PAS jugak bercakap utk mempertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu. Tu tak nama assobiah ka?

Timbalan Perdana Menteri & bangsawan UMNO byk cakap perpaduan masyarakat sekarang di tahap yg tidak memuaskan. Cek cakap awatla kita tak satu padukan masyarakat sejak dari bangku sekolah lagi? Kenapa perlu kita bezakan anak2 kita dari sejak kecik.

PR kata Felda Bengkrap. Awatla bodoh sangat. Kan ka Felda tu setiap tahun ’account’ dia kena audit. Dah la tu kalaula Felda bankrap kenapa pulak zakat & cukai setiap tahun dibayaq.

PAS pulak dok sibuk-sibuk cakap pasai Sime Darby & Felda. Tapi cek kata depa ni lupa kot apa jadi dengan duit KOHILAL?

DSAI kata dia tak takut, tak bersalah & bermacam tak lagi bila bercakap mengenai kes Liwat beliau dgn Saiful. Cek kata kalau tak bersalah, kalau ada alibi, kalau tak takut pada bukti, kenapalah dok masih lengah-lengahkan perbicaraan tu....

MCA & DAP dok masih bercakap cuba mempertahankan kalimah ALLAH digunakan oleh Gereja. Cek kata, kenapa waktu Tuan Guru Haji Hadi Awang propose perlembagaan negara Kepercayaan Kepada Allah hangpa tak sokong pun. Kalau dah semua setuju Allah tu tuhan maka meh la kita tukaq dr Kepercayaan Kepada Tuhan kepada Kepercayaan Kepada Allah.

PAS dok kata & dok suruh buat Negara Islam sejak berzaman lagi. Cek nak tanya apa kebendanya kerangka Negara Islam acuan PAS? Ada tak proposal yg diketengahkan kepada Umat Islam utk dinilai. Ka cakap ja..

Khairy Jamaluddin baru-baru ni bercakap soal rasuah. Cek boleh jawab satu ja, cerminlah diri sendiri.

Dalam agenda daily baru-baru ni bekas puteri Azalina tegur puteri supaya lebih proaktif & bermcm-mcm lagi komen. Cek kata sama la hang. Adalah baik bubar ja puteri drpd dok digelar sayap getik.

Tun Mahathir cakap dia pun kurang paham apa itu 1Malaysia. Cek pun tak paham jugak. Yg cek paham & dokong adalah perlembagaan negara.

Menarik lihat papan Iklan “Justice for Teoh Beng Hock“ kat sebelah Ampang. Cek kata takdak sebab musabab SPRM nak kenakan mendiang. Justise kebendanya.. comments

Aug 4, 2010

Melayu/ Bumiputera! Yang Makin Hilang

Apakah benar Melayu bakal @ telah menjadi minoriti di bumi sendiri (seperti kata Dr Redzuan Tee Abdullah) ? Atau adakah kuasa Melayu bakal hilang pada PRU 13 nanti ? Atau adakah sebenarnya kuasa Bangsawan Melayu yg bakal hilang bukan kekuasaan Melayu akan hilang (seperti yg dikatakan oleh A. Samad Said) ? Apakah akan terjadi terhadap nasib kaum Melayu di bumi bertuah ini ?

NASIB NGO MELAYU

Persoalan demi persoalan bermain diminda benak setiap anak Melayu takala ini, bilamana percaturan politik menjadi semakin sengit dikalangan parti politik. Setiap parti mahu menjadi jaguh kaum masing2 walaupun ada sstgh parti merupakan parti berbilang kaum ttp hakikatnya ia dimonopoli oleh sstgh kaum sahaja. Dimana juga org Melayu sendiri amat susah utk bercakap @ bersuara mempertahankan nasib bangsa sendiri tanpa digelar ‘rasis’. Bilamana adalah janggal/ salah NGO Melayu yg bercakap soal mempertahankan salah satu Perlembagaan Persekutuan tanpa dikatakan ‘extrimist’. Cukup sedih kedudukan bangsa Melayu sekarang.

KAUM YG DITINDAS?

Tetapi jika kita lihat persatuan yg berlandaskan kaum dipihak bukan Melayu @ bumiputera sebenarnya merekalah yg sebenarnya jaguh @ juara. Sebut saja bermcm jenis Persatuan yg ada diluar sana yg menggambarkan ia wujud utk mempertahankan @ memperjuangkan agenda kaum-kaum tertentu. Tetapi apa alasan mereka? Alasan yg diberikan adalah demi bahasa ibunda masing @ bermacam-mcm alasan yg tak masuk akal yg hanya menjurus terhadap ketidaksatuan masyarakat.

Mereka bercakap soal kesamarataan bercakap seolah-olah mereka ditindas dgn polisi-polisi kerajaan (walaupun 50 org terkaya Malaysia majoritinya dr kaum mereka). Menyoal dimana mereka dinafikan hak utk bersaing secara sihat (sedangkan kebanyakan kilang2 & perniagaan dimonopoli oleh mereka). Mereka mahukan perjanjian yg dibuat oleh nenek moyang mereka disemak semula memandangkan mereka merupakan 3 ke 4 generasi & sepatutnya dilayan sama rata (tetapi mereka lupa perjanjian dibuat atas kerana mereka tidak mahu mengikut seperti perlembagaan Indonesia @ Thailand dimana asimilasi diwajibkan tanpa mengira kaum-bahasa, nama & budaya).

Tetapi kadangkala mereka lupa, yg mereka hanya tahu meminta tanpa mahu membuat pengorbanan demi mengasimilasikan diri dgn masyarakat asal Malaya. Mereka masih meletakkan kesetiaan terhadap Negara Ibunda mereka. Mereka masih tidak mahu bercampur dgn majoriti rakyat Malaysia. Mereka juga masih mahu membezakan institusi Pendidikan & bahasa. Sekolah Jenis Kebangsaan diperjuangkan. Tempat dimana sepatutnya bermulanya penyatuan dinafikan, dibezakan, & dipecahkan dgn kerjasama mereka yg mempunyai kuasa utk menyatukan.

KUASA PEMERINTAH

Yg lebih kelakar mereka yg berkuasa(kuasa pemerintah) juga-lah yg bercakap perpaduan rakyat & 1Malaysia. Seolah-olah mereka tidak tahu dimana tempat yg sesuai utk bermulanya konsep penyatuan rakyat. Jawapannya adalah di sekolah. Itulah tempat dimana segalanya berlaku. Iaitu dimana anak-anak tidak kenal apa itu kaum, apa itu agama, & apa itu perpisahan mengikut bangsa.

Tetapi tidaaakkkk!! Atas dasar utk menyedapkan hati rakan separti & kaum tertentu maka ia dibenarkan sehinggakan perpecahan @ ’separation’ berlaku sehingga menyebabkan senang dieksploitasi oleh Parti Ultra Kiasu utk menjatuhkan pihak yg memerintah. Generasi yg lahir dari sinilah yg menjadi penyokong kuat Parti Ultra Kiasu yg tidak goyah walau apapun yg melanda parti tersebut. Malah boleh dikatakan mereka yg menjadi ahli parti Pro-Kerajaan sekali pun akan memangkah Parti Ultra Kiasu bila PRU. Siapa yg tahu bukan ? Kalau tak percaya lihatlah pilihanraya kecil yg ada. Kadang kala tidak logik peti undi disesuatu kawasan kalah sedangkan majoriti kawasan tersebut ahli MCA @ Gerakan melebihi jumlah pengundi sesuatu kaum.

Saya tak rasa yg pemimpin tertinggi parti pemerintah begitu bodoh @ tidak sedar tapi itulah. Cuma pejam mata & buat-buat tak tahu. Apa yg diharapkan @ dicanangkan propaganda bodoh kuasa Melayu yg bakal hilang (mmg betul pun). Sedangkan mereka sebenarnya, ada kuasa utk memperbetulkan keadaan masyarakat jika tidakpun generasi akan datang. Sudah-sudahlah mendokong @ membantu sekolah jenis kebangsaan yg tidak mendatangkan faedah penyatuan kaum. Cukup-cukuplah meminta bangsa Melayu supaya bersatu @ propaganda hilangnya kuasa Melayu bila dimana ke-KUASAAN DI TANGAN ANDA utk mengubah polisi-polisi tersebut.

Jgnlah bercakap seolah-olah andalah JUARA kerana sebenarnya ANDA bukan. Kerana ANDA & juga ketua anda sebelum ini tidak memikirkan impak perpecahan masyarakat bermula sejak dr bangku sekolah. Kadangkala anda bercakap kenapa generasi anda benda-benda ini tidak berlaku? Kenapa? Senang ja..

Waktu generasi anda belajar @ bersekolah majoriti disatukan dibawah sekolah Inggeris. Jadi penyatuan telah bermula di usia muda. Kawan-kawan bukan Melayu generasi anda telah berasimilasi dgn kaum majoriti sejak mula. Sebab itulah wujudnya tokoh2 hebat kaum bukan Melayu seperti Dr Chandra Muzaffar, Dato’ Lee Lam Tye & lain-lain tokoh yg cukup hebat bila bercakap soal perpaduan kaum. Pada saya cukuplah beromong kosong ttg hilangnya kuasa bila anda sendiri tidak cuma menyatuan masyarakat sejak mula.

PARTI ULTRA KIASU

Parti Ultra Kiasu setakat ini hanya suka & tersenyum kerena sebenarnya mereka tahu UNDI ’SOLID’ kaum tertentu menjelang PRU-13. Yang hanya mereka perlu buat adalah mengerahkan Parti Tunggangan mereka PAS & PKR utk memecahkan UNDI Kaum Majoriti iaitu MELAYU & Bumiputera. Jadi kalaulah Parti Pemerintah tak bodoh @ sedar lagi taktik mereka, bertindaklah. Kawasan yg diberikan percuma kepada kawan2 bukan Melayu mereka seperti MCA, MIC, & Gerakan yg bermajoritikan kaum Melayu perlu dikembalikan demi strategi kemenangan. Ini kerana Kerusi Reserved Parti Pemerintah tidak lagi bergantung kepada Sabah & Sarawak tetapi terhadap kawasan Majoriti Melayu/ Bumiputera. Dapatkanlah sokongan mereka, sayangilah mereka, lihatlah mereka & jgn cuba memperbodohkan mereka dgn kata-kata kuasa Melayu terhakis sedangkan hangpalah yg mengakis dr dalam dgn cara memberikan sedikit demi sedikit kepada tuntutan si minoriti yg didalangi Parti Ultra Kiasu.

Jgnlah sampai nanti yg minoriti jadi majoriti. Yg majoriti menjadi minoriti. Kelak perbezaan jurang ekonomi & kek ekonomi berlaku secara tak seimbang dikalangan rakyat yg boleh menghasilkan satu lagi peristiwa hitam Negara. Satu yg pasti demi kelangsungan Negara bertuah ini ubahlah sistem pendidikan SEKARANG. Satukan ia sejajar dgn tuntutan 1Malaysia yg berlandaskan perlembagaan Negara.

p/s : Allah tidak mengubah nasib sesuatu bangsa tersebut tanpa bangsa tersebut cuba mengubah dirinya sendiri.
comments