May 30, 2010

Hala Tuju Kg Baru? Meh kita share kata Nong Cik.

Bila melihat kenyataan Raja Nong Chik dlm akhbar baru-baru ni seakan ketawa didlm hati. Tanah org Melayu yg sekelumit @ sekangkang kera pun nak diusik atas dasar utk pembangunan. Ya, dgn alasan yg pembangunan tersebut akan menguntungkan org Melayu. Tu dia.. Macamana yg nak dikatakan untung? Sbb dalam pembangunan itu org Melayu akan diberi 60% kuota & hanya 40% kuota utk bukan Melayu.

Ekk!! Kalau sekali pandang mmg la org Melayu untung. Tapi bila pikir balik terbela pala hotak apa. Tanah yg dulunya 100% org Melayu @ hak milik @ rizab melayu boleh jadi 60:40. Terbela jadah apa. Ini bukan terbela tapi terbelah. CUkup2la pak Menteri. Dan tanah tu hak milik org Melayu kenapa nak dibelahkan lagi. Atas alasan apa lagi yg pak Menteri nak bagi. Come on-lah. Org Melayu bukan bodoh. Cuba bagi sbb kena tanah yg 100% rizab Melayu boleh pulak nak dibahagikan pada bukan Melayu.

Cakap lebih2 kang dicop rasist oleh parti kiasu. Tapi ni bukan rasist tapi dikira merampas hak yg tidak sepatutnya. Cuba bagi alasan kenapa nak pecahkan? Ooo mungkin sbb nak bagi bukan melayu 'invest' pada tanah tersebut. Peniaga Melayu takdak duit? Pii rah. Aloo.. Kerajaan boleh guna duit Baitulmal, Tabung Haji, Mara etc2 utk finance projek tersebut. Apa masalahnya lagi.

Pada Dato Seri Najib Perdana Menteri. Lihat2lah benda ni. Jgn disbbkan benda kecik ni sokongan org Melayu kembali ke pembangkang. Byk lagi mekanisma lain utk bangunkan tempat ni. Ingat apa yg Tun Mahathir selalu ckp. Kalaulah semua bangunan di KL tu yg bukan melayu diangkat dr KL yg tinggal hanyalah syarikat GLC & Kg Baru sbb yg lain semua milik kaum lain. Ini pun lagi x mau ingat ka..

p/s: Tak mau-mau belajar dr sejarah.. Tgk Penang cukupla..

Update 6/6/10
~ Dah org bising2 barula depa kata bukan muktamad. Alhamdulillah.. Itu yg terbaik.. Jadi pada penduduk kg Baru pandai2 la hangpa no.. Nak mintak pun berpada2 lah.. jgn sampai x kansel terus perancangan sudah..

comments

May 29, 2010

Kemelut Presiden MIC & GAS

Apa nak jadi, apa nak jadi sampai sekarang tak berenti lagi!

Hari ni merupakan perhimpunan GAS yg julung2 kali berlaku akibat dr ahli CWC yg tak berpuas hati dgn kenyataan Samy Vellu. SV seperti x mahu turun takhta yg dipegang sejak 1979. Menyimbau balik sejarah lama sebenarnya sejarah berulang bilamana pada SV juga yg ke-depan pada zaman utk meminta Tun Sambathan meletakkan jawatan dalam MIC pada tahun 1970.

Terbaru hari ni, setiausaha agung pula menghentam SV. Berapa ramai lagi ahli CWC yg perlu memberontak sehingga Mr. Sammy letak jawatan. Kenapala jawatan tu susah sgt nak dilepaskan. Mahai sgt ka gaji kat MIC tu. Udah-udahla.. CUkup-cukupla.. Buatla mcm Pak Lah yg akhirnya akur dgn ahli-ahli & rakyat.

Kepada Ahli-ahli MIC. Tunjukkan yg kamu semua telah meluat dgn SV. Datanglah beramai2 pd perhimpunan GAS. Heheh.. Sbg kapasiti rakyat Malaysia SV telah byk menabur bakti. Tapi sudah sampai masanya beliau mengundur diri secara terhormat sebelum org tak lagi ingat jasa-jasa beliau.

Kadang-kadang cek kesian tgk UMNO yg bertungkus lumus utk menaikkan kembali BN sedangkan byk komponen parti yg berdepan masalah demi masalah. Dan seperti biasa byk yg mengkambing hitamkan UMNO atas masalah sendiri. MIC, MCA, Gerakan dll. Sedangkan mereka tak cermin diri sendiri apa yg depa dah buat pada rakyat & kemelut dalam antara mereka yg telah menyebabkan mereka kurang mendapat sokongan rakyat sekarang.

p/s: Menunggu kuda bertanduk. comments

May 13, 2010

13 Mei' ~ Merenung Kembali Peristiwa Hitam

13 Mei 1969 merupakan tarikh keramat, tarikh sedih, tarikh hitam & tarikh sensitif bagi kebanyakan masyarakat Malaysia. Ingat lagi pada kecik-kecik dulu tarikh ini dipenuhi dgn seribu satu macam 'tabo' @ misteri bila ia dibincangkan. Baik oleh org2 lama, guru silat mahupun veteran politik tanahair.

Kadang-kadang isu ini menjadi terlalu sensitif sangat sehinggakan org ramai tak mahu @ ingin melupakan tarikh tersebut. "Ini yg masalah ni" kata rakan rapat saya. "Sepatutnya tarikh sebegini perlu diingati bukan dilupai @ buat-buat lupa. Biar kita tau sbb apa jadi benda tu drpd kita tak tau apa yg berlaku"

Mengapa berlakunya peristiwa berdarah ini :
1- Jurang ekonomi antara kaum yg terlalu tinggi
2- Jurang ekonomi antara bandar & luar bandar yg terlalu besar
3- Sentimen perkauman yg dimainkan oleh parti2 politik.
4- Susupan komunis dlm menaikkan isu perkauman.
Rentetan Peristiwa

Rentetan keputusan pilihanraya. Selangor & Penang & Kelantan jatuh ke tangan DAP, Gerakan & PAS. DAP & Gerakan memainkan isu MCA tunduk kepada UMNO.
PAS memainkan UMNO terlalu memberi & tunduk kepada tuntutan MCA.
~
Perarakan sempena kematian ahli Parti Buruh di Kepong. Perarakan diikuti dgn nyayian lagu komunis, bendera merah & banner2 berbau perkauman.
~
Mayat En. Kasim Omar pekerja UMNO dibunuh di Penang disimbah cat merah sewaktu
kempen pilihanraya 24 April oleh Parti Buruh. *tiada perarakan dibuat
~
Perarakan kemenangan oleh DAP & Gerakan disertai 14,000 ahli & penyokong.
Perarakan kemenangan disertai dgn simbol penyapu & kata2 kesat kepada org melayu
Maka rentetan dr peristiwa tersebut bermula-lah pergaduhan yg mengakibatkn kematian rakyat Malaysia. Bukan utk membangkitkan semangat kebencian tapi kita perlu teliti peristiwa bersejarah ini & akibat ketidakseimbangan sosioekonomi kaum majoriti di Malaysia.

Dalam pada itu, semua ahli politik misalnya perlu ambil iktibar & pengajaran setiap kali 13 Mei menjelang & menjadikannya detik bertafakur utk mereka yg terkorban dek kerana ketidak-sensitifnya kita terhadap rakan2 persekitaran kita. Yg tidak berdosa terkorban dek kerana provokasi bodoh' politik parti kiasu @ parti yg memainkan isu perkauman.

Bibit2 ke-arah perpecahan kaum telah ada kalau kita semua leka baik kita kaum Cina, Melayu @ India. Mari kita rapat-rapatkan sejajar dgn matlamat 1Malaysia. Perlunya kita berbalik kepada asas perlembagaan Negara. Berpolitik ada caranya tapi jangan sampai ke-arah berlakunya kembali 13 Mei 1969. Nauzubillah.

Sila lihat artikel saya 13 Mei Tahun Lepas disini..

Alfatihah & takziah kepada yg meninggal pada tarik bersejarah ini.

p/s: Patut kita interview Karpal & Lim Kit Siang waktu depa berarak pada 1969 depa tak pikir kaa.. Pastu tanya pulak Nik Aziz apa fatwa yg boleh dia bagi utk ampunkan depa berdua ni..
comments

May 12, 2010

Penangan Thomas Cup & Uber Cup


Minggu ini antara merupakan waktu dimana politik seakan terhenti sekejap di Malaysia. Bilamana kebanyakan rakyat kita tidak bercakap soal politik & dlm media & tv tertumpu kepada soal Thomas Cup. Sudah lama betul negara kita tidak dibuai ketenangan politik seketika. Ini adalah antara masanya sejak sekian lama. Malahan, PRK di Sibu pun tidak dirasai kehangatan berbanding dgn kehangatan Thomas Cup & Uber Cup.

Meh kita bercakap soal Thomas Cup semalam. Cek sempat berada di Stadium malam tadi menyaksikan perlawanan antara Malaysia Vs Jepun. Perjalanan permainan tersebut amat menarik sekali walaupun dibayangi oleh kekecewaan penonton terhadap pemain double Fairuz & Zakry. Juga dibayangi oleh kekalahan 'straight set' pemain single nombor dua negara iaitu Wong Choon Han. Perlawanan kedua-dua mereka ni sbnrnya amat menyedihkan sekali. Dahla kalah straight set lepas tu mcm tak bermaya @ hilang semangat bila berlawan.

Mmg mcm2 la yg keluar dr penyokong2 Malaysia. Jadi tak hairanlah jika Fairuz terasa. Mmg patutpun. Permainan mereka ni yg cukup lemah & byk salah ini yg masalahnya. Bukan kerana kekalahan. Contoh mcm Hafiz. Walaupun dia kalah permainan yg menentukan kemenangan akhir Malaysia tetapi penonton & penyokong Malaysia tetap berdiri tepuk tangan & mengakui kekalahan ditangan 'ultraman jepun Sako' yg tidak berhenti mengasak Hafiz walaupun dia telah semput.
Syabas kepada pemain malaysia yg bermain bersungguh2 baik menang @ kalah. Kita nantikan lepas ni Malaysia Vs Denmark.

Piala Uber pulak? Hampeh.. Tak payah komen.

p/s: Rasanya2 org dah kurang bercakap soal PRK Sibu sbb sibuk dok tgk Thomas Cup.
comments

May 10, 2010

PRK P212 Sibu Sarawak



Baru habis satu ada lagi satu. Itulah yg dikatakan ketentuan Ilahi. Dunia ni pinjaman yg akhirat kekal jua.

Berikut adalah 3 calon yg akan bertanding utk PRK Sibu

Calon DAP : WOng ho Leng.
Calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew
Calon Bebas, Narawi Haron.

Kalau diikut PRU yg lalu mendiang memenangi kerusi tersebut dgn Majoriti 3,549 Undi.

Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar, yang terdiri daripada 52,158 pengundi biasa dan 2,537 undi pos, merangkumi 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis. Daripada pecahan tersebut kaum Cina adalah hampir 67 peratus daripada jumlah pengundi, diikuti Melayu/Melanau (10.5 peratus) dan Bumiputera Sarawak (22 peratus).

Jika dilihat drpd jumlah peratusan pecahan kaum sebenarnya yg bakal mempunyai masalah adalah Calon BN. Sbb kita sedia maklum yg pengundi Cina byk telah beralih arah ke PR. Tetapi kita tidak tahu keadaan di Sabah & Sarawak juga di Sibu. Mungkinkah kaum Cina di Sarawak tidak mudah dipengaruhi oleh PR @ DAP. Pada hemat cek, kaum Cina di Sarawak tidak mudah dipermainkan oleh Isu Parti Ultra Kiasu (pinjam kata-kata Dr. Redzuan Tee Abdullah).


Yg kelakarnya sewaktu penamaan Calon. Calon DAP bersama2 dgn calon-calon lain mengangkat simbol 1 Malaysia. Ini bermaksud yg malah calon DAP bersama2 dgn aspirasi 1Malaysia. Syabas PM kerana telah berjaya menembusi hati naluri pembangkang dgn aspirasi 1Malaysia walaupun pada zahirnya mereka menentang.

p/s: Kita tgk siapa yg kena..
comments

May 4, 2010

Kisah Tragik Amirul...

Pertama kali meh kita sedekahkan al-fatihah kepada allahyarham Amirul..

Kisah yg berlaku terhadap Amirul amat tragik sekali. Macamana seorg yg baru 15 tahun mati tertembak @ ditembak polis. Mencari salah siapa bukan caranya tetapi kita perlu mengetahui pandangan kedua-dua pihak.

Perjalanan peristiwa tersebut yg penuh dgn adegan kejar mengejar, kemalangan jalan raya, kereta bergesal, motosikal mengejar & juga akhirnya melibatkan polis akan menimbulkan persepsi awal yg negatif jika kita berada di tempat kejadian. Malah kita mesti akan memikirkan sesuatu yg tidak kena kepada pemandu & kereta tersebut sehinggakan kejar-mengejar berlaku yg berakhir tragik.

Dari satu segi pula, Amirul bersama rakan dikatakan keluar curi-curi utk minum menonton bola dgn memandu kereta kakaknya tanpa lesen, tanpa kebenaran & juga pengetahuan ibu bapa. Beliau juga dikatakan panik, langgar lari & ingkar arahan polis utk berhenti yg akhirnya membawa kepada tragedi tragik tersebut. Remaja yg baru berusia 15thn mati akibat peluru sesat yg disasarkan kepada tayar kereta berkenaan. Masyallah.. Mmg tragik peristiwa tersebut & amat jarang2 berlaku di negara kita.

Dalam pada itu seperti biasa akan terdapat segelintir 'oppurtunist' yg cuba mengeskploitasi keadaan tersebut utk menyemai semangat kebencian terhadap agensi penguatkuasa iaitu PDRM. Pada hemat cek, pihak keluarga berkenaan perlu redo dgn apa yg berlaku & dalam pada itu meminta Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi mencari kebenaran terhadap isu tersebut. Mungkin cadangan drpd Suruhanjaya ini boleh digunakan utk menambah baik sistem kepolisan negara.

Jgnlah kita menyalahkan PDRM atas apa yg berlaku. Kejadian seperti ini amat dikesali ttp ini tidak menggambarkan keseluruhan 'professionalisme' badan berkenaan. Akhir kata, tolong pantau anak-anak kita, adik-adik kita & jaga tepi kain jiran2 utk mengelakkan keadaan seperti ini berlaku.

p/s: Polis jgn pulak hilang semangat nak buat kerja dek disbbkan isu ini.. comments