NASIB NGO MELAYU
Persoalan demi persoalan bermain diminda benak setiap anak Melayu takala ini, bilamana percaturan politik menjadi semakin sengit dikalangan parti politik. Setiap parti mahu menjadi jaguh kaum masing2 walaupun ada sstgh parti merupakan parti berbilang kaum ttp hakikatnya ia dimonopoli oleh sstgh kaum sahaja. Dimana juga org Melayu sendiri amat susah utk bercakap @ bersuara mempertahankan nasib bangsa sendiri tanpa digelar ‘rasis’. Bilamana adalah janggal/ salah NGO Melayu yg bercakap soal mempertahankan salah satu Perlembagaan Persekutuan tanpa dikatakan ‘extrimist’. Cukup sedih kedudukan bangsa Melayu sekarang.
KAUM YG DITINDAS?
Tetapi jika kita lihat persatuan yg berlandaskan kaum dipihak bukan Melayu @ bumiputera sebenarnya merekalah yg sebenarnya jaguh @ juara. Sebut saja bermcm jenis Persatuan yg ada diluar sana yg menggambarkan ia wujud utk mempertahankan @ memperjuangkan agenda kaum-kaum tertentu. Tetapi apa alasan mereka? Alasan yg diberikan adalah demi bahasa ibunda masing @ bermacam-mcm alasan yg tak masuk akal yg hanya menjurus terhadap ketidaksatuan masyarakat.
Mereka bercakap soal kesamarataan bercakap seolah-olah mereka ditindas dgn polisi-polisi kerajaan (walaupun 50 org terkaya Malaysia majoritinya dr kaum mereka). Menyoal dimana mereka dinafikan hak utk bersaing secara sihat (sedangkan kebanyakan kilang2 & perniagaan dimonopoli oleh mereka). Mereka mahukan perjanjian yg dibuat oleh nenek moyang mereka disemak semula memandangkan mereka merupakan 3 ke 4 generasi & sepatutnya dilayan sama rata (tetapi mereka lupa perjanjian dibuat atas kerana mereka tidak mahu mengikut seperti perlembagaan Indonesia @ Thailand dimana asimilasi diwajibkan tanpa mengira kaum-bahasa, nama & budaya).
Tetapi kadangkala mereka lupa, yg mereka hanya tahu meminta tanpa mahu membuat pengorbanan demi mengasimilasikan diri dgn masyarakat asal Malaya. Mereka masih meletakkan kesetiaan terhadap Negara Ibunda mereka. Mereka masih tidak mahu bercampur dgn majoriti rakyat Malaysia. Mereka juga masih mahu membezakan institusi Pendidikan & bahasa. Sekolah Jenis Kebangsaan diperjuangkan. Tempat dimana sepatutnya bermulanya penyatuan dinafikan, dibezakan, & dipecahkan dgn kerjasama mereka yg mempunyai kuasa utk menyatukan.
KUASA PEMERINTAH
Yg lebih kelakar mereka yg berkuasa(kuasa pemerintah) juga-lah yg bercakap perpaduan rakyat & 1Malaysia. Seolah-olah mereka tidak tahu dimana tempat yg sesuai utk bermulanya konsep penyatuan rakyat. Jawapannya adalah di sekolah. Itulah tempat dimana segalanya berlaku. Iaitu dimana anak-anak tidak kenal apa itu kaum, apa itu agama, & apa itu perpisahan mengikut bangsa.
Tetapi tidaaakkkk!! Atas dasar utk menyedapkan hati rakan separti & kaum tertentu maka ia dibenarkan sehinggakan perpecahan @ ’separation’ berlaku sehingga menyebabkan senang dieksploitasi oleh Parti Ultra Kiasu utk menjatuhkan pihak yg memerintah. Generasi yg lahir dari sinilah yg menjadi penyokong kuat Parti Ultra Kiasu yg tidak goyah walau apapun yg melanda parti tersebut. Malah boleh dikatakan mereka yg menjadi ahli parti Pro-Kerajaan sekali pun akan memangkah Parti Ultra Kiasu bila PRU. Siapa yg tahu bukan ? Kalau tak percaya lihatlah pilihanraya kecil yg ada. Kadang kala tidak logik peti undi disesuatu kawasan kalah sedangkan majoriti kawasan tersebut ahli MCA @ Gerakan melebihi jumlah pengundi sesuatu kaum.
Saya tak rasa yg pemimpin tertinggi parti pemerintah begitu bodoh @ tidak sedar tapi itulah. Cuma pejam mata & buat-buat tak tahu. Apa yg diharapkan @ dicanangkan propaganda bodoh kuasa Melayu yg bakal hilang (mmg betul pun). Sedangkan mereka sebenarnya, ada kuasa utk memperbetulkan keadaan masyarakat jika tidakpun generasi akan datang. Sudah-sudahlah mendokong @ membantu sekolah jenis kebangsaan yg tidak mendatangkan faedah penyatuan kaum. Cukup-cukuplah meminta bangsa Melayu supaya bersatu @ propaganda hilangnya kuasa Melayu bila dimana ke-KUASAAN DI TANGAN ANDA utk mengubah polisi-polisi tersebut.
Jgnlah bercakap seolah-olah andalah JUARA kerana sebenarnya ANDA bukan. Kerana ANDA & juga ketua anda sebelum ini tidak memikirkan impak perpecahan masyarakat bermula sejak dr bangku sekolah. Kadangkala anda bercakap kenapa generasi anda benda-benda ini tidak berlaku? Kenapa? Senang ja..
Waktu generasi anda belajar @ bersekolah majoriti disatukan dibawah sekolah Inggeris. Jadi penyatuan telah bermula di usia muda. Kawan-kawan bukan Melayu generasi anda telah berasimilasi dgn kaum majoriti sejak mula. Sebab itulah wujudnya tokoh2 hebat kaum bukan Melayu seperti Dr Chandra Muzaffar, Dato’ Lee Lam Tye & lain-lain tokoh yg cukup hebat bila bercakap soal perpaduan kaum. Pada saya cukuplah beromong kosong ttg hilangnya kuasa bila anda sendiri tidak cuma menyatuan masyarakat sejak mula.
PARTI ULTRA KIASU
Parti Ultra Kiasu setakat ini hanya suka & tersenyum kerena sebenarnya mereka tahu UNDI ’SOLID’ kaum tertentu menjelang PRU-13. Yang hanya mereka perlu buat adalah mengerahkan Parti Tunggangan mereka PAS & PKR utk memecahkan UNDI Kaum Majoriti iaitu MELAYU & Bumiputera. Jadi kalaulah Parti Pemerintah tak bodoh @ sedar lagi taktik mereka, bertindaklah. Kawasan yg diberikan percuma kepada kawan2 bukan Melayu mereka seperti MCA, MIC, & Gerakan yg bermajoritikan kaum Melayu perlu dikembalikan demi strategi kemenangan. Ini kerana Kerusi Reserved Parti Pemerintah tidak lagi bergantung kepada Sabah & Sarawak tetapi terhadap kawasan Majoriti Melayu/ Bumiputera. Dapatkanlah sokongan mereka, sayangilah mereka, lihatlah mereka & jgn cuba memperbodohkan mereka dgn kata-kata kuasa Melayu terhakis sedangkan hangpalah yg mengakis dr dalam dgn cara memberikan sedikit demi sedikit kepada tuntutan si minoriti yg didalangi Parti Ultra Kiasu.
Jgnlah sampai nanti yg minoriti jadi majoriti. Yg majoriti menjadi minoriti. Kelak perbezaan jurang ekonomi & kek ekonomi berlaku secara tak seimbang dikalangan rakyat yg boleh menghasilkan satu lagi peristiwa hitam Negara. Satu yg pasti demi kelangsungan Negara bertuah ini ubahlah sistem pendidikan SEKARANG. Satukan ia sejajar dgn tuntutan 1Malaysia yg berlandaskan perlembagaan Negara.
p/s : Allah tidak mengubah nasib sesuatu bangsa tersebut tanpa bangsa tersebut cuba mengubah dirinya sendiri.