Sep 16, 2012

Meneliti Perjalanan Ummah

Diwaktu & saat ini umat Islam perlu berhenti sejenak memikirkan hala tuju perjalanan umat Islam kita. Adakah kita makin maju kedepan @ berundur dari segi kemajuan Islam & Akidah. Adakah kita makin dekatkan diri kepada Allah & Rasul SAW @ pun makin jauh.

Dari segi tarbiah @ kecenderungan masyarakat Melayu, kita makin sensitif kepada Islam. Makin cenderung kepada benda-benda islamic. Sensitif perkara-perkara yg libatkan Islam. Tapi masalahnya ia berkait rapat dengan politik. Umat Islam tidak bersatu. Tidak senada. Perkara sensitif bagi satu pihak tidak pula sensitif pada satu pihak.

Fatwa & pendapat dipetik sesuka hati. Malahan fatwa kebangsaan pula dipertikai. Fatwa ustaz-ustaz diikuti, yg kadang-kadang tak dak sandaran. Kita perlukan titik pertemuan yang senada. Yang sejajar dengan pegangan Al quran & Hadis dgn pemahaman sahabat nabi & dua generasi selepas itu.

Ulama pewaris nabi. Nabi meninggalan bukan wang dinar tetapi ILMU yg benar lagi pasti. Maka tengoklah & renunglah ilmu mana benar & yg mana kurang pasti.

Perjalanan ummah masih jauh, tetapi menampakkan perubahan yang positif. Mari kita doakan perubahan umat islam bukan sekadar hangat-hangat taik ayam mcm semangat politik. Wallahwaqlam..
comments

Sep 14, 2012

Toleransi Islam di Malaysia - Iktibar Kejadian Hina Nabi

Bersyukur sebab umat Islam di Malaysia amat bertoleransi meskipun Agama Islam dicucuk & kadang-kadang dihina. Lihat apa yg berlakundi Libya & Mesir bilamana kematian @ serangan ke atas kedutaan US dek disebabkan video menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Seperti mana yg dicatatkan dlm keratan akhbar. Tuisyen tersebut telah menghina sahabat Nabi dalam salah kelas tuisyennnya. Toleransi & kemaafan Melayu Islam amat kuat. Nasiblan hang dok sini. Kalau dok kat mesir & libya belum tentu senang-senang dimaafkan.
comments

Sep 12, 2012

SUARAM Bukan Sebuah Pertubuhan Berdaftar!!

Apa cerita ni.. Rupa-rupanya SUARAM yg kononnya NGO bukan berdaftar pun sbg persatuan. Maka kenapa nk bagi muka kepada pertubuhan Haram ni.. Maka suaram ni samalah taraf dgn Hindraf waktu dulu & persatuan lain.. Pada org2 dlm kerajaan yg takut sgt pada SUARAM kaji selidiklah sebelum apa-apa.. Buat 'homework' masing-masing sebelum jemput depa berdiskusi & lain-lain..

Pada ROS, awat baru sekarang baru bagitau!!!!
comments

Sep 7, 2012

Budak tunjuk Pungkok? Hasil tarbiah sapa?

Takat ni dah 452 laporan polis telah dibuat. Gambar-gambar yg dikehendaki pun dah dikeluarkan. Berdoyong-doyong dlm fb, twitter yg menyatakan kecaman mahupun sokongan. Cuma perlu kita rincikan . Adakah masyarakat ini yg kita mahukan? Adakah ini hasil tarbiah pihak tertentu. Pada saya mmg kita bole katakan ini ikutan akibat mereka juga yg 'membudayakan' sikap begini..

Tengok balik fakta & isu yg lepas & kita dapat nampak yg pimpinan mereka yg ajar.. Baik buat balik kursus pada ahli & pendokong macamana nk bina akhlak yg mulia..
comments