Showing posts with label N11 Permatang Pasir. Show all posts
Showing posts with label N11 Permatang Pasir. Show all posts

Aug 17, 2009

Permatang Pasir.. Kehangatan Bermula..

Pagi tadi bermulalah sesi penamaan calon & hasilnya :

calon PAS, Salleh Man vs calon BN, Rohaizat Othman.

Maka secara rasminya kehangatan bermula. Drama swasta bermula dgn insiden MP Gobalakrishnan menampar petugas polis di pusat penamaan calon menyerikan lagi keadaan. Ini sebenarnya taktik terdesak MP tersebut utk menarik perhatian masyarakat India di Permatang Pasir. Al-maklumlah kerana dengarnya penduduk Kampung Buah Pala nak turun kempen di Permatang Pasir. Nampaknya akan byklah drama2 swasta & cerita2 menarik yg akan ditaburkan di PRK ini.
Pihak PR pulak tidak menunggu lama dgn mula menyerang peribadi calon BN. Mereka menyerang beliau dgn mengaitkan cerita beliau diblacklist oleh Majlis Peguam. Saya tak terkejut kerana al-maklumlah Majlis Peguam dipegang oleh DAP. Biarlah, saudara Rohaizat bersabarlah. Jgn menari mengikut rentak mereka.

Tok guru pulak mengulangi fatwa-fatwa menarik beliau. Kali ini mengulangi fatwa Islam UMNO tak masuk syurga. Mmg terkejut jugak bila mendengar yg Tok Guru bercakap Islam PAS adalah Islam yg syumul (lebih kurang la). Dan terkejut juga bila Tok Guru berkata Islam org UMNO tidak masuk syurga.

Sebenarnya bukan terkejut sbb apa, tapi terkejut sbb serangan Tok Guru terlalu awal. Sbb selalunya waktu ditengah2 kempen Tok Guru akan berkata demikian. Iaitu selepas 4-5hari kempen. Apapun saya & mengucap panjang dgq kenyataan Nik Aziz (lepaih ni taknak panggil tok guru sbb dia tok guru PAS bukan tok guru org Islam ~ merujuk kata2 Nik Aziz)

Tak tahula pulak sejak bila taraf Nik Aziz dah tinggi sangat sampai boleh menentukan siapa masuk syurga sapa tak. Nauzubillah himinzalik.

Apa2 pun pada saya senang ja nasihat kepada pengundi Permatang Pasir. Dah 3 Piliharaya di Permatang Pauh dalam tempoh kurang 2 tahun. 1 Wan Azizah. Kemudian DSAI. Lepaih tu kat Penanti. Jadi hangpa kaji balik apa janji2 pemimpin2 kamu & nilailah.. Kalau rasa depa masih layak maka pilihlah mereka balik.. Kalo tak.. bagilah peluang pada org Lain pulak..

P/s: Nak tunggu fatwa2 baru & drama menarik comments

Aug 1, 2009

Al-Fatihah ~ ADUN Permatang Pasir

Pertama sekali mari kita sedekahkan AL-Fatihah kepada arwah Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi semalam.

Satu lagi pemimpin rakyat meninggal dunia. Kalau kita teliti balik setakat ini terdapat 5 pemimpin kita meninggal dunia akibat sakit. Kebanyakannya daripada PAS. Bermulanya dari Bukit Gantang kemudian Manek Urai & skrg ini. Kenapa?

Mungkin kah ini petunjuk drpd Allah utk pemimpin PAS agar berfikir sejenak. Pada saya setiap yg berlaku ada hikmahnya. Para pemimpin PAS. Fikirkan lah apa yg berlaku. Jgn terlalu taksub & bongkak dgn apa yg ada.. Masih ada ruang utk kembali ke jalan Allah.

p/s: Kita nntikan PRK N11 DUN Permatang Pasir.

A-Fatihah.. comments