
SINGAPURA 9 Nov. – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berpendapat republik ini yang mempunyai penduduk berbilang kaum berjumlah lebih 3.5 juta orang, belum bersedia untuk memilih Perdana Menteri bukan Cina dalam tempoh terdekat.
Hsien Loong membuat kenyataan itu semalam semasa dialog dengan anggota masyarakat Melayu di sini sebagai menjawab soalan sama ada pemilihan Barack Obama sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS) bermakna anggota kaum minoriti di negara ini juga berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri.
“Kemungkinannya ada, ini bergantung kepada cara penduduk mengundi dan siapa yang mendapat keyakinan rakyat.“Adakah ini akan berlaku tidak lama lagi? Saya tidak fikir begitu kerana seseorang perlu memenangi undi,” kata Hsien Loong menurut laporan akhbar Sunday Times hari ini.Beliau berkata, sentimen yang mendorong seseorang mengundi calon tertentu akan memakan masa yang lama untuk hapus sama sekali.
Kira-kira 75 peratus daripada 3.64 juta penduduk tetap Singapura ialah kaum Cina, sementara hampir 14 peratus merupakan kaum Melayu dan sembilan peratus lagi kaum India.Jawatan Presiden Singapura yang tidak memiliki kuasa sebenar disandang oleh seorang yang berketurunan India.
Seorang daripada dua Timbalan Perdana Menteri Singapura serta tiga menteri dalam Kabinet Hsien Loong juga daripada kaum India.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
--------------
Other Perspektif :---
Tidak terkejut mendengar kenyataan berikut drpd PM Singapura. Inilah bakal jadinya pada Malaysia jika Hak Keistimewaan Org Melayu dihapuskan. Sedih melihat negara yg mempunyai 14% Kaum Melayu dinafikan hak utk sama2 memerintah negara. Tidak seorg pun Menteri Kabinet daripada Kaum Minoriti. Jika dibandingkan dgn Malaysia kaum minoriti lebih bertuah. Disamping mempunyai ramai yg memegang portfolia Menteri mereka juga memegang banyak jawatan dlm badan kerajaan, Kerajaan negeri & lain-lain. Mestipun MP kaum lain (BN) kalah teruk dlm PRU-12 kerajaan masih tidak mengusik kuota kaum atas dasar semangat setiakawan. Tetapi madu dibalas tuba.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
--------------
Other Perspektif :---Tidak terkejut mendengar kenyataan berikut drpd PM Singapura. Inilah bakal jadinya pada Malaysia jika Hak Keistimewaan Org Melayu dihapuskan. Sedih melihat negara yg mempunyai 14% Kaum Melayu dinafikan hak utk sama2 memerintah negara. Tidak seorg pun Menteri Kabinet daripada Kaum Minoriti. Jika dibandingkan dgn Malaysia kaum minoriti lebih bertuah. Disamping mempunyai ramai yg memegang portfolia Menteri mereka juga memegang banyak jawatan dlm badan kerajaan, Kerajaan negeri & lain-lain. Mestipun MP kaum lain (BN) kalah teruk dlm PRU-12 kerajaan masih tidak mengusik kuota kaum atas dasar semangat setiakawan. Tetapi madu dibalas tuba.
Kerajaan singapura juga tidak sebebas yg disangka. Disamping mengamalkan ISA di negaranya juga (targetnya byk kepada org Islam) negaranya juga tidak mengamalkan hak kebebasan bersuara. Tgklah bagaimana JB Jeyaretnam (seorg Opposition fighter) telah beberapa kali bankrup di saman oleh kerabat2 LeeKuanYew. Tetapi apakan daya itu cara mereka. Tetapi sekarang dengan bangganya menjadi ikutan pula oleh sesetengah MP di Malaysia sendiri (yg kononnya fight for fredom of press)..
Akhir kata.. Renunglah kata2 PM Singapura & inilah sepatutnya jawapan PM Malaysia jika ditanya soalan serupa. Kepada non-malay friends, maaf kerana terpaksa bersuara soal ini. Tetapi inilah hakikatnya & inilah yg ditakuti oleh org melayu.
Seorg melayu Singapura pernah berkata kepada saya "Lihatlah kami seperti menumpang di negara sendiri, jgnlah jadi begini di Malaysia"... "Walau apapun pun jangan sesekali pergadaikan hak anta di Malaysia!!"

