Nov 29, 2009

PR Menguatkan Sokongan Kepada BN

Terdapat byk cerita akhir-akhir ini yg sebenarnya PR telah tersilap langkah. Baik dari segi pentadbiran, polisi, kenyataan & lain-lain. Secara tak sedar sebenarnya PR telah banyak memberikan sokongan kepada kerajaan @ 'Undi Free' terhadap BN. Meh kita listkan disini antara tindakan-tindakan telah menyebabkan kemungkinan pendokong PR @ atas pagar telah berubah arah ke arah kerajaan @ BN.

~ Isu BTN
Menaikkan isu tersebut hanya seperti menikam mereka yg pernah mengikuti, melaksanakan, penceramah & mereka yg terlibat secara langsung @ tidak langsung. Tidak tahukah PR yg betapa ramai graduan BTN yg keluar dr BTN. Berapa ramaikah yg telah menerima manfaat drpd kursus tersebut. Dek kerana mahu mengambil hati DAP maka BTN dipersalahkan.

Cuba kita kira berapa ramai yg terlibat dgn BTN. BTN terdapat 42 Kem. Setahun berapa ramaikan ahli korporat, pelajar, org kerajaan & lain2 yg mengikuti kursus BTN. Berapa ramaikah budak-budak nakal yg di'tarbiah' di BTN utk menjadi insan berguna. Berapa ramaikah peniaga & pekerja BTN yg terlibat. Dgn menikam BTN sebenarnya adalah seperti PR menikam sesiapa yg terlibat secara langsung @ tidak langsung dgn BTN.

Kepada mereka yg cuma mengaitkan BTN dgn lagu Anak Kecil Main Api. Maka mereka ini salah, kerana lagu ini bukan berkumandang dalam BTN sahaja, tetapi ia berkumandang di MARA, MRSM, sekolah agama, persatuan Silat, PEKIDA, Perkima, 3 line, persatuan-persatuan melayu & lain2 utk menyedarkan org melayu. BUkan utk meminta org Melayu merusuh & memusuhi bangsa lain.

~ Isu Chin Peng
Dgn lagaknya baru-baru ini di Bagan Pinang sibuk pulak PAS & PR bercakap BN tidak membela warga tentera. PAS amat prihatin ttg warga tentera. PR / Anwar bercakap BN tidak memberi peruntukan lebih kepada tentera. Ex Warga tentera menyokong PAS. PIiiRAHHH..
Tup tap..

Sekarang drpd PAS jugak Salahuddin Ayob dok mintak buat referendum dgn rakyat utk izinkan Chin Peng balik ke Malaysia. Kalau nak bodek DAP pun berpada-padalah. Ini tidak, ini mmg jaminan akan ada undi berpusing ke BN dek sbb kenyataan bodoh ni.

Ini yg nak dikatakan bodoh PR ni. Depa dok kata Undi POS undi dibelilah, itulah inilah, tapi depa tak sedaq yg kenyataan bodoh & isu sebeginilah yg menyebabkan warga Tentera & Polis tak hingin bagi undi kat PR. Nak lagi syiok bila Kulasegaran dari DAP memuji Chin Peng & juga berkata siap beliau jadi Idola kepada beliau sejak kecil lagi.. Sudah terang lagi bersuluh. Disini antara bukti yg sebenarnya idola komunis amat kuat melekat terhadap ahli-ahli DAP.

Maka jgnlah dikatakan tentera bodoh kerana mengundi BN pulak lepas ni yee.

~ Isu sekitar PAS, Bai'ah Cerai Talak 3, Nik Aziz & Kelantan.
Kemelut yg melanda kelantan & 'doa' bala Nik Aziz seperti menikam saudara seislam sendiri. Byknya fatwa-fatwa baru yg menghalalkan cara Nik Aziz & PAS telah menyebabkan byk ulama' yg tidak berpolitik tahu yg mana baik yg mana benar.

Pengundi-pengundi seperti ini yg kebanyakannya adalah jemaah-jemaah kecil & besar seperti tabligh tahu mana betul & mana yg salah. Sampaikan guru sekolah pondok pun menegur Nik Aziz. Tapi biasalah, lepas Tok Guru depa dihentam maka depa pun carilah salah silap guru tu utk ckp takdak tauliah lah itulah inilah.

Secara tak langsung, berapa ramai org-org mengaji pondok, & anak murid sekolah tersebut. Betapa ramai guru-guru agama di Kelantan yg juga berfikiran demikian. Kalau kita kaji balik teguran Guru Pondok tersebut sebenarnya ada asasnya. Masakan tidak, baru-baru ni pulak Nik Aziz cakap nak doakan bala menimpa Dato Seri Najib. Masyallah. Tak pernah dibuat dek org Islam lain @ ulama lain. Tak pernah pulak dgr dalam Al-Quran & Sunnah. Sedangkan Nabi pun kena rejam dgn batu pun bersabar.

Entah berapa ramai sokongan dah berbelah bagi pelajar-pelajar pondok, geng-geng tabligh, ulama-ulama & lain. Hanya depa ja yg tau.

Oh Ya, tak lupa pulak isu bai'ah talak tiga. Dgn pendedahan kejam cara PAS ini yg meletakkan wanita sebagai pertaruhan maka byklah pengundi-pengundi wanita yg menyokong PAS @ PR akan ragu-ragu utk mengundi mereka lagi. Ramai yg saya temui terutama golongan wanita yg penyokong PR berasa 'goyah' dgn PR kerana isu ini.

Last sekali, isu hadiah di Kelantan. Agak-agaknya byk kot pekerja dibawah anak syarikat kelantan tu dah beralih arah sebab isu PAS yg melanda.

``````````````
Dalam keadaan sekarang tidak diketahui kenapa & mengapa PR memberi undi percuma kepada BN. Malah BN tidak perlu bekerja keras dalam mendapatkan keyakinan rakyat sejak akhir-akhir ini. Semua tindak tanduk PR sendiri mencerminkan sikap rasis mereka, pendek pemikiran akal & semua benda dipolitikkan.

Tetapi yg hakikat sekarang adalah PR sedang mengalami kemerosotan kepercayaan rakyat & BN sebenarnya nampaknya beroleh sokongan bukan disebabkan BN kuat tetapi kerana PR sendiri yg menguatkan sokongan kepada BN. comments

Nov 26, 2009

Who will help us? Flood Victims in Malaysia

Malaysians are very humble & really like to help people. Where ever there was a disaster somewhere around the world, we're normally among the 1st who create a 'fund' for victims of the unfortunate. I applause such kind act of Malaysian who is really passionate to help victims around the world.

Among the funds being created was :-
- Tsunami 2002 victims fund
- China earthquake fund
- Recent Indonesia earthquake fund 'Padang area'
- Philipines flood funds "Ketsana typhoon"

The above was among the funds created to help those effected by the disaster. Millions of RM pours to all the effected area.

Despite all this, one thing for sure are we're not so keen to help our fellow Malaysian that were effected by disaster. We're so slow responding to help fellow Malaysians. We rely entirely to the government to help wether it is state or federal govenrment. As of now, there're no effort by NSTP, Utusan, The Star, Maybank or any agency or private companies to create this funds. It is opposite of what we've seen before compare to funds that i've highlighted before.

As of now, nobody in the papers or community step up to say "Fellow Malaysian, we've created Flood Funds for the unfortunate people in our Country up North. Please donate so that we can ease their pain."

For us its just another news in the newspaper. "FLOOD". We just read it or glance through it & just ignore the suffering of our own brothers & sisters up north.

Let us think why we are so cruel to our own people but kind to others?
comments

Nov 21, 2009

No More 'Overtime' for SPRM

Cek amat terkejut dgn 'verdic' Mahkamah baru-baru ini yg menyatakan pegawai-pegawai SPRM tidak lagi boleh soal siasat saksi, suspek & mereka yg terlibat melebihi waktu pejabat. Ini bermakna waktu Operasi SPRM cuma bermula dari jam 8.30 pagi ke 5.30 petang.

Persoalannya sekarang kenapa Mahkamah meletakkan verdic terbaru ini. Atas undang-undang mana Mahkamah membuat keputusan. Atau adakah ia semata2 berdasarkan pendapat seorg hakim berdasarkan satu kes tersebut. Diharap SPRM membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah ini memandangkan banyak tangkapan selalunya dibuat pada waktu malam bersama-sama bukti.

Cuba kita bayangkan satu senario dimana SPRM membuat tangkapan seperti yg didedahkan oleh TV3 bersama-sama renjer hutan. Jadi terjadilah scenario berikut. (Pada waktu tu pukul 1.00 pagi di hutan sebelah Rompin Pahang).

SPRM : Anda ditahan kerana disyaki terlibat atas tuduhan cuba merasuah berjumlah RM 10,000.00 terhadap renjer hutan. Dgn siapa anda bekerja?

PENYELUDUP : Saya taknak cakap apa-apa kerana kamu tiada hak soal siasat saya diluar waktu pejabat!

SPRM : Sapa cakap.

PENYELUDUP : Mahkamah yg cakap. Saya ada hak untuk tidak bercakap & mempertahankan diri berdasarkan keputusan mahkamah baru-baru ini.

Cuba bayangkan ini yg bakal terjadi terhadap SPRM. Bagaimana kita nak kurangkan rasuah jika agensi penguatkuasa diikat dgn rantai besi 5 tan. Pada hemat cek, SPRM telah menampakkan belang & ini amat ditakuti oleh perasuah-perasuah tegar negara tak kira BN, PR, pegawai kerajaan @ swasta. Kita sepatutnya menyokong SPRM bukan membuat prosedur tambahan utk mengongkong mereka.

Perasuah selepas ini dgn senang hatinya boleh menggunakan arahan mahkamah ini utk melepaskan diri. Ya-lah sbb tangkapan dibuat jam 12.00mlm & nun jauh di hutan Banat. Maka cuma boleh tangkap jelah, pastu tak boleh buat soal siasat. Maka bagaimana nak lengkap siasatan. Alih-alih terus suspek menghilangkan diri.

p/s: Mahkamah hanya menjalankn tugas. Jadi SPRM gunakanlah budi bicara utk membuat rayuan.. (cek taknak pula di-charge menghina mahkamah)
comments

Nov 17, 2009

Penasihat 1 RM

"Hahaha.."

Itu reaksi awal cek bila dgq DSAI menjadi penasihat Selangor dgn gaji RM 1. Teringat dengan spontan kata-kata 'mat salleh' kat office cek bila dia mengulas menyesal memberi kerja renovation office pada quotation yg rendah harganya.

"We pay peanut, so get Monkey work-lah"

Tak cukupkah 'track record' Anwar bilamana beliau menjadi pemangku perdana Menteri sekejap pada tahun 1999. Tak ingatkah kita pada krisis tersebut & langkah DSAI yg menyebabkan ramai peniaga gulung tikar & bankrup (cek ada sorang sedara yg sampai la ni 'effected/ blacklisted' hasil dr krisis tersebut). TQ Anwar kerana merosakkan masa depan ramai orang.

Even Tun Mahathir pun secara sponton 'gelak' dgn perlantikan tersebut. Bukan kita nak pertikaikan kredebiliti DSAI. Tapi secara track record mmg hancus nak buat macamana. Takkan kita nak tutup mata sebelah kot? Jadi sebenarnya pada saya perlantikan DSAI adalah bermotif politik bukannya seperti yg diwar-warkan.

Almaklumlah, secara tak langsung beliau dilantik menjadi penasihat Elaun beliau berjalan & mendapat mandat secara tak langsung utk campur tangan dalam agenda Negeri Selangor yg dikuasai PKR. Tapi kalau difikirkan-lah, kalaulah DSAI hebat sangat kenapa Pulau Pinang, Kedah & Kelantan tidak mengikut langkah yg sama melantik DSAI menjadi penasihat. Sekurang-kurangnya dapatlah beliau RM 4.00 sebulan.

Apa-apa pun terubat juga kebosanan cek dua tiga hari ini bila mendengar berita lawak ni..

p/s: Tahniah, DSAI.. Jadikan itu sbg amanah bukan suka-suka. Tunjukkan kehebatanmu jgn takat sembang tak jatuh. comments

Nov 15, 2009

Antara Dua Berita ~ Sesumpah PAS Vs Sumpah Saiful Bukhari


Pada Ogos tahun yg lepas, Negara dikejutkan dgn pengakuan seorg pemuda yg agak segak bahawa beliau diliwat oleh Bekas Majikannya. Pada waktu itu ada segolongan ulama baik yg bebas @ dr parti politik meminta kedua-dua pihak yg utk bersumpah laknat. Maka dgn itu Saiful Bukhari telah bersumpah laknat di Masjid Jln Duta dihadapan berpuluh saksi.

Pada November tahun ini, Negara dikejutkan dgn pengakuan Bai'ah @ sumpah oleh ADUN/ MP PAS bagaimana isteri diletakkan utk percaturan setianya mereka kepada Parti. Pada waktu ini ada segolongan ulama baik yg bebas @ dr parti politik mempertahankan @ menyelar sumpah taklid cerai talak 3. Dalam kes sumpah ini MP Shah Alam Khalid Samad menjuarai sumpah taklid & mengaku ia berlaku dihadapan berpuluh saksi.
~~~

Mari kita komen kedua2 episod sumpah tersebut.

Apa episod selepas itu? Berbagai-bagai komen dangkal @ tidak kukuh keluar daripada cerdik pandai ulama PAS. Ada yg mempertikaikan kaedah sumpah tersebut. Ketua Dewan Ulama PAS mempertikai kaedah bersumpah dgn memegang Al-Quran. Dikatakan tiada dalam Islam bersumpah memegang Al-Quran.

Maka cek nak tanya, dimana dalam Islam kamu boleh sumpah @ lafaz taklid cerai talak 3 terhadap isteri. Boleh tak Ketua Dewan Ulama PAS keluaq dalil & nas yg support hujah dibolehkan bersumpah taklid cerai ? Jika kamu boleh pertikai kaedah sumpah Saiful jadi skrg umat Islam boleh pertikai sumpah taklid yg tiada dalam Islam juga.

Jika dilihat pula kenyataan Presiden PAS dahulu yg berkata sumpah Saiful satu kebodohan. Maka mungkin kita sekarang pun boleh kesimpulankan Sumpah Bai'ah PAS juga satu kebodohan & kedangkalan agama. Memetik balik apa yg dikatakan Presiden PAS tersebut "Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam," <-- nah sekarang terkena batang hidung sendiri.

Bolehtak sesiapa dr pihak PAS menyatakan apa yg membezakan Sumpah Bai'ah PAS dgn Sumpah Saiful Bukhari. Maklumlah kita ilmu agama tak sehebat mana. Lagipun takdak tauliah agama. Nanti kena dakwa pulak mcm Ust Asri. Setahu saya la (pendapat), lafaz jugak lebih kurang sama. Cuma isi berbeza. Yang juga membezakan adalah pada sumpah PAS ada pertaruhan (isteri). "WaLlahi wa biLlahi wa taLlahi" tetap sama.

Apa-apa pun dipanggil samaada sumpah laknat, sumpah taklid, bai'ah & lain-lain lafaz awalnya tetap sama. Maka 'inconsistency' kenyataan PAS dalam pelbagai perkara menunjukkan PAS lebih menggunakan Islam utk politik bukan sebaliknya.

Related Article :
-Agendadaily
-Penghuni Gua

P/s: Depa ja boleh, orang lain buat semua salah. Mcm juga kes ketaatan kepada pemimpin yg Ustaz Harun Din cakap berbeza bila kes Perak dgn Muktamar PAS.
comments

Nov 9, 2009

Ku Ceraikan Kamu Kerana Aku tak Setia ~ ADUN/MP PAS

Imej PAS semakin tercalar berikutan pendedahan yg ADUN/ MP PAS mengamalkan 'cerai taklid' terhadap isteri bilamana menjadi calon supaya taat setia kepada parti. Sebelum ini kita tertanya-tanya apa formula yg menjadikan ADUN/ MP PAS amat taat setia kepada parti. Kerana adalah amat jarang dilihat ADUN/ MP PAS yg melompat parti @ menjadi bebas. Betapa kagumnya kita bila memikirkannya. Rupa-rupanya 'ada udang disebalik mee'.

Terdapat satu upacara bai'ah bidaah yg dilakukan semata2 kerana kepentingan politik. Masyallah. Memetik kata Dr Asri & Zulkifli Noordin perkara halal yg amat dibenci Allah adalah bercerai. Itupun masih ada sebab musabab yg munasabah yg releven utk bercerai. Adalah amat menyedihkan ikatan perkahwinan yg suci dijadikan pertaruhan utk menguji kesetiaan kepada parti. Cerai ni tak boleh main-main. Semacam juga jika kita bertaklid cerai terhadap isteri kepada hal yg remeh temeh.

Ini semacam penganiayaan kepada isteri & anak-anak. Dek kerana ketabsuban melampau menjadikan isteri & anak-anak menjadi pertaruhan. Islam tidak merendahkan martabat isteri sehingga sedemikian rupa. Islam tidak mengajar kita mempermainkan institusi perkahwinan utk dijudikan. Maka amatlah malang sekali isteri-isteri wakil rakyat PAS jika 'cerai taklid' menjadi bukti sayangnya suami kepada PAS bukan sebaliknya.

Persoalannya kepada wakil Rakyat wanita macamana pula? Adakah suami wakil rakyat tersebut perlu melafazkan 'cerai taklid' terhadap isteri? Bagaimana pula kita nak tahu kesetiaan ahli-ahli PAS sendiri? Cek cadangkan kepada PAS agar semasa bai'ah ahli suruh depa sama-sama buat lafaz taklid terhadap isteri masing-masing.

Pada cek, pendedahkan ini amatlah memalukan. Kita seperti kembali ke zaman jahiliah dimana isteri boleh diperlaku, diperdagangkan sedemikian rupa seperti kambing. Dijadikan bahan pertaruhan dalam judi. Jika kalah habis isteri & anak-anak dijual @ diperdagangkan. Itulah lebih kurang perbandingan 'cerai taklid' PAS ini. Apa-apapun kes besar ini perlu dibincangkan oleh Majlis Fatwa & ulama-ulama besar negara.

Ia perlu dibincangkan secara serius utk mengelakkan penganiayaan terhadap kaum isteri. Atas apa-apa pun alasan oleh muslimah PAS mahupun PAS sendiri ia tidak dapat diterima oleh sebilangan besar umat Islam. Tindakan taklid buta ini menyebabkan imej Islam sedikit tercalar di Malaysia & mengiyakan pandangan DAP yg Islam itu ekstrim & menakutkan pada pandangan umum. Tahniah PAS kerana mencalarkan imej umat Islam secara keseluruhan.

p/s: Patutlah Zulkifli Noordin tak masuk PAS. Kalo tak mesti tak tido malam. comments

Nov 6, 2009

Wang Ehsan ka Royalti? ~ Semua kami yg Punya (PAS Kelantan)


Menjawab soalan daripada MP PAS Kelantan baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan rakyat Kelantan akan diberi wang Ehsan hasil daripada minyak di persisir pantai Kelantan walaupun pada hakikatnya ia berada dibawah kerajaan pusat. Bermacam-macam 'feedback' diterima samaada menyokong @ menentang.

Seperti biasa, PAS dgn lantangnya melalui Husam Musa berkata dgn bongkaknya mewakili rakyat Kelantan mengatakan Kerajaan Negeri tidak mahu menerima wang ehsan tersebut. Pada saya apa masalahnya? Terima ajalah apa-apa bentuk wang. Lagipun Kerajaan Pusat telah berjanji & akan mengadakan perbincangan bersama ttg bagaimana wang tersebut bakal di salurkan ke rakyat Kelantan.

Cek setuju dgn pandangan Ibrahim Ali bahawa "Mana penting politik @ rakyat? Saya pilih kepentingan rakyat. Ia juga merupakan fokus utama Kerajaan Pusat iaitu mengutamakan rakyat". "Siapa dapat nama, pahala, pujian @ undian itu soal kedua, apa yg penting kebajikan rakyat diberi keutamaan" Haa... Inilah cakap-cakap wakil rakyat yg betul.

Kita tgk pulak ada kata Husam. "Kerajaan negeri akan melantik peguam bagi membuat kajian mungkin membatal hak carigali kepada Petronas yang ditandatangani pada 1975 sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi kerajaan pusat". Tu dia garang sungguh bahasa. Seperti macam cakap bagi duit tu pada kami Kerajaan Negeri. Pandai2 la kami belanjakan.

Bercakap macam senang sahaja. Tindakan undang2 terhadap kerajaan mahupun Petronas akan menemui jalan buntu. Sebab kalau idak dah lama Kelantan ambil tindakan undang-undang. Kenapa sekarang dituntut sedangkan Kerajaan Pusat bersetuju utk bagi wang ehsan? Kalau tak silap cekla, mengikut undang-undang 3 batu nautika daripada persisir pantai semua hasil galian adalah tertakluk dibawah pengurusan kerajaan Pusat. Jika kerajaan pusat nak bagi wang ehsan @ royalti adalah tertakluk kepada budi bicara kerajaan pusat. Itu mmg hak dia. Macam juga kalau dia nak bagi peruntukan lebih kepada Pulau Pinang atas World History Heritage.

Jadi mudah saja, kepada tak dapat apa baik dapat 'something'. Orang dah bagi pun syukur. Jadi takyah la dok mintak2. Takkan kelabu mata kot bila Najib umum wang ehsan. Al-maklumlah bila bab duit adik beradik pun boleh gaduh. Inikan pulak org politik. Nasihat cek drpd dok cakap merapu & mintak yg belum tentu dapat, maka terima sajalah apa Kerajaan Pusat nak bagi lepaih tu berbaik-baiklah. Lagipun yg untung org Kelate. Bukan org Kedah pun..

p/s: Tak pernah dgq undang2 kat dunia ni bila jumpa minyak di persisir pantai menjadi hak milik kerajaan negeri. (tapi kalau fakta ni salah tolong betulkan) comments

Nov 3, 2009

Mufti Pun Kena Cekup ~ 'Tangan Ghaib PR dlm JAIS'

Masjid Jamek Kg Melayu Majidee ~ Johor

Terkejut, mendukacitakan & kecewa. Itu ja ungkapan awal yg cek boleh cakap bila mendapat SMS Utusan Updates yg Dr Asri bekas Mufti Perlis ditangkap & didakwa atas tuduhan tidak mempunyai 'lesen' untuk berceramah agama. Tak juga dilupa tuduhan yg mengatakan beliau berfahaman 'Wahabi'.

Inilah pertama kali cek tau yg rupanya nak bagi ceramah agama kena ada permit. Tapi pelikkan sebab byk sgt org komplain yg ramai penceramah jemputan yg dipanggil utk memberikan khutbah jumaat, ceramah kat Universiti sekitar Selangor, surau2 & lain-lain tetapi tak pulak ditangkap @ didakwa. Sedangkan lagi teruk sebab mereka memasukkan unsur-unsur politik dalam ceramah mereka. Tak payah jauh cuba tgk CD-CD org2 PAS banyak dijual di Masjid-masjid mahupun markas PAs sendiri.

Dan selalunya kat bawah CD @ permulaan CD mesti ada bagitau kat mana ceramah diadakan. Pelik-pelik. Tapi kalau dah sampai org komplen dalam paper, maksudnya mmg parah dah agenda mempolitikkan tempat2 ibadat. Sekalipun Sultan Selangor sendiri titahkan jgn porak perandakan tempat ibadat, tapi apa depa kira. Hentam! Tapi yg lagi lawaknya sejak PAS naik 'bersama-sama' dgn DAP & PKR unsur-unsur menghentam kilang arak, jualan arak & lain-lain amat kurang disentuh berbanding dahulu. :) Tahulah sebab apa.

Maka, penceramah @ dr Asri yg sifatnya menghentam sesiapa tak kira sesiapa adalah amat penting utk kebaikan ummah Islam. Jika sesiapa yg selalu mengikuti blog beliau kita dapat lihat bagaimana beliau mahukan penyatuan ummah Islam di Malaysia. Inilah yg dituntut. Inilah yg diminta. Bukan macam JAIS yg cuba menghalang ceramah & mencari 'pasal' utk mengenakan Dr Asri.

Amat pelik sekali JAIS sejak diperintah PR. Waktu Zakat dicadangkan utk digunakan oleh Kerajaan Negeri tak pulak 'bersuara'. Sewaktu Masjid digunakan sewenang2nya utk berceramah politik & memecahbelahkan masyarakat Islam juga tak 'bersuara'. Yg bersuara bila Kutipan Zakat tinggi. Cek tidak nampak penambahbaikan JAIS dibawah PR. Maksiat makin berleluasa. Tempat urut bercambah, pusat judi komputer dll. Hancur! Mmg mungkin betul sepertimana yg Dr. Asri cakap. Telah ada 'tangan ghaib' dalam JAIS yg menjadikan ia agenda politik.

Jika inilah masa depan Institusi Agama Negeri apabila dikuasai oleh pihak tertentu. Maka bayangkan jika Negara dikuasai mereka. Kelakar melihat wakil2 PR dr PAS yg mengkritik JAIS ttg tindakan mereka. Bila dah terpalit tu cakap apa pun Rakyat bercakap JAIS tu dibawah PR juga. Maka arahan mesti dr org2 PR.

p/s: Oh Ya, cuba tanya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 'Jamil' dia ada tauliah tak dok buat tazkirah dll. Lepas tu tanya Professor Azizi yg selalu ke'udara' kat Hot Fm ada tauliah tak?
comments

Nov 1, 2009

Menentang Sekolah Satu Aliran Menengah Sahaja~ Patutnya Semua Jenis Sekolah !!

Kecoh satu Malaysia tentang cadangan Sekolah Satu Aliran. Ada yg menentang, ada yg menyokong. Apa-apapun semua ada pendapat masing-masing. Tapi yg menjadi musykil adalah kenapa permintaan untuk dijadikan satu sekolah diputar belit seolah-olah meminta rakyat hanya meminta 1Sekolah diperingkat Menengah shj?

Malahan di muka depan Utusan seolah-olah rakyat mahukan Sistem Satu Aliran Sekolah Menengah. Cek cukup kecewa bagaimana aspirasi rakyat yg memintak 1Sekolah utk semua sekolah dikecikkan skopnya kepada Sekolah Menengah.

Sejak bila yg diminta adalah utk sekolah Menengah sahaja? Yg diminta adalah 1Sekolah utk semua jenis sekolah baik Sekolah Menengah mahupun Sekolah Rendah. Pandai betui kerajaan. Tahula MCA & MIC tentang jika Sekolah Rendah disatukan tapi takkan nak korbankan sekolah Menengah yg rata-rata sekolah seperti MRSM, SBP, dll disatukan?

Nampak tak apa yg diminta & dipertikai. Ada golongan tertentu yg meminta Sekolah Menengah disatukan kerana mereka mahukan peluang utk masuk ke Sekolah berprestij seperti MRSM, MCKK, SBP dll. Tapi dalam pada itu mereka tak mahu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dihapuskan? INI TIDAK ADIL & Cukup bahaya.
Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib. Jika Dato' serius ttg sekolah satu aliran, jgn diberi 'pengecualian' khusus kepada sekolah-sekolah tertentu seperti sekolah jenis kebangsaan/ rendah. Tetapi jika serius ttg penyatuan 1Sekolah maka ia perlu diselaraskan baik di peringkat rendah mahupun Menengah.

Kepada Utusan, jgn sokong membuta tuli. Faham dulu apa yg diminta & diperjuang. Penyatuan Sekolah Menengah bermakna hanya membuka sekolah2 yg memberi kesan org Melayu sahaja. Juga bermakna sekolah jenis Kebangsaan diberi pengecualian utk bersatu. Berapa banyak lagi org Melayu nak berkorban sedangkan tidak nampak usaha dr pihak bukan melayu utk berasimilasi dgn org melayu. Tgk sajalah MIC & MCA.

Apa-apapun syabas Dato Seri Najib kerana berani membuka & komen ttg tajuk 1School berbanding Timbalannya 'Muhyiddin Yasin' yg terus shoot down the proposal bbrp bulan lepas tanpa mendengar pandangan rakyat.

p/s: Hati2. Rata-rata tahu Sekolah Jenis Kebangsaan hanya pada sekolah rendah bukan menengah.

Sokonglah kempen Aspirasi 1Sekolah tapi BUKAN 1Sekolah utk Menengah sahaja. VOTE disini.

Related Article 1 comments