Jun 24, 2010

PMR & UPSR Dimansuhkan?

Sejak akhir-akhir ni cek tak tau lah apa kena dgn Kementerian Pelajaran. Satu demi satu polisi nak dibuat & selalunya berakhir dgn banyak perdebatan & ketegangan masyarakat. Sekarang satu lagi polimik dibuat @ diusulkan iaitu PMR & UPSR dimansuhkan. Cek taknak bercakap samaada perlu disokong @ tidak usul ini tapi nak bercakap diluar konteks.

Kementerian perlu buat kajian & bentangkan kepada rakyat kenapa PMR @ UPSR hendak dimansuhkan. Dan yg paling penting jika nak dimansuhkan apa dia mekanisme utk menggantikannya. Itu yg paling penting. Bukan kita mansuh dulu pastu fikir kemudian. Inilah kata idea separuh masak @ separuh jalan & yg menjadi mangsa anak2 kita. Dan lepas tu Pembangkang akan adalah byk 'bullet' utk tembak kerajaan.

BUkan bercakap kosong, tapi realiti melihatkan kepada apa yg berlaku pada PPSMI (Bahasa Inggeris). Idea PPSMI adalah baik tetapi 'implimentation' kelam kabut, guru yg tidak bersedia & ketiadaan guru utk melaksanakan idea tersebut menyebabkan byk pelajar luar bandar keciciran dalam PPSMI.

Betul cakap org sistem pendidikan negara berubah-ubah setiap kali bertukarnya Menteri di Kementerian. Yg mungkin org tak sedar implikasi kepada pelajar & anak-anak kita setiap kali polisi berubah. Pada saya buatlah kajian mendalam tentang apa kelemahan PMR & UPSR & cadangkanlah perubahan yg 'perlu'. Jika ia perlu dimansuhkan utk menggantikan sistem yg lebih maka cek rasa rakyat akan menyokong. Tapi sebelum mendapat sokongan Kerajaan perlu membentangkan cadangan tersebut utk diteliti oleh semua lapisan rakyat.

Kalau tiada idea yg boleh diketengahkan utk dibincangkan maka rentikanlah dulu cadangan pemansuhan & buatlah kajian & cadangan utk menggantikan sistem yg sedia ada. Jgn dek kerana nak jimatkan wang utk menjalankan peperiksaan awam maka keputusan tergesa-gesa dibuat.

OP :
KPI utk TPM turun 1 mata. comments

Jun 21, 2010

Demokrasi atau Diktatorship ~ Nasib X-ADUN & Ahli Parlimen PR

Disebalik laungan demokrasi PR rupa-rupa mereka ni terikat dgn permainan diktator kepimpinan mereka masing. Ketiga-tiga Parti murni tersebut rupanya lebih diktator dari demokrasi sebenar. Lebih-lebih lagi bila melihat syarat-syarat yg dikenakan pabila memegang jawatan baik ADUN, PARLIMEN mahupun apa-apa jawatan.

PKR

Parit yg kelam kabut & parah ni adalah merupakan pelaung demokrasi yg terkuat. Sembang kononnya demokrasi & hak rakyat mengikut perlembagaan Malaysia. Dalam pada yg sama menafikan hak ADUN mereka kerana dipaksa tandatangan surat perletakkan jawatan tanpa tarikh. Ini merupakan cerita benar. Dek kerana 2 org PKR & satu DAP jadi Bebas maka IPOH jatuh ke tangan BN.

Saat2 manis DSAI bila ADUN Bota melompat ke PKR.

PAS

Diparti Suci lagi murni ni pulak mengenakan syarat yg lagi ketat. Bukan saja ketat tetapi keluarga dipertaruhkan demi untuk mengelakkan ADUN @ Ahli Parlimen masing2 melompat parti. Aku janji taat setia kepada Parti disandarkan dengan ikatan suci/ masjid yg dibina atas sunnah nabi & tuhan. Sanggup depa letakkan benda-benda ni sbg pertaruhan. Maka malanglah isteri-isteri kepada mereka dlm Parti PAS kerana secara tidak sedar mereka mungkin telah dipertaruhkan bagaikan barang mainan bila suami mereka tak setia..

DAP

Ini cerita terbaru, rupanya DAP juga tak kurang hebatnya bilamana mereka sebenarnya menyuruh wakil2 depa utk 'sign' akujanji taat setia. Melanggar @ engkar pada aku janji tersebut bakal menyebabkan mereka disaman RM5juta. Tuuu dia.. Itulah 'value' mereka jika mereka lompat parti @ jadi bebas. Macam-macam. DAP lah parti yg paling sembang kuat pasai demokrasi & setia rakyat. Tapi rupa-rupa depa ni lagi teruk dr demokrasi. Cek kadang2 kesian pada mereka ni yg jadi ahli parti tapi apakan daya surat yg disign tak boleh tarik balik. Boleh jelah lawan kat Mahkamah. Tapi mungkin jadi bahan ketawa bukan prosiding mahkamah betul-betulla. Pada cek elok pi complain pada Biro MCA kata hangpa kena 'frame' @ ugut. Sbb itulah yg sebenarnya berlaku.

Kesimpulannya, ketiga-tiga parti yg melaungkan DEMOKRASI sebenarnya mengamalkan DIKTATORSHIP. CUba bayangkan ketiga-tiga parti ni memerintah negara maka apakan jadi pada semua yg berada dalam kerajaan. Ketiga-tiga parti ni lebih teruk pada Komunis. Syarat-syarat yg bodoh, menindas, kejam & juga bersifat ugutan. Mungkin kepada yg kena boleh saman mereka atas jenayah peras Ugut..

Apa-apapun, syabas UMNO & Parti Komponen kerana tiada pendekatan seperti ini diambil utk elakkan ADUN @ ahli Parlimen mereka lompat parti.

comments

Jun 16, 2010

Disebalik Penarikan Balik Biasiswa Luar Negara ~ Bumiputera akan rugi dlm masa panjang

Dengar memang sedap.
"Kenyataan Kerajaan yg mengatakan biasiswa utk tajaan luar negara akan dikurangkan/ dihapuskan bagi memberikan lebih byk biasiswa utk para pelajar di dalam negara."

Bila dengar memang daring habis. Kalau jenis yg tak tahu sangat pasal biasiswa negara maka kita akan setuju secara langsung cadangan pak menteri tersebut. Tahukah saudara yg 1,500 biasiswa yg diberikan oleh JPA setiap tahun majoritinya adalah cerdik pandai dari kaum Bumiputera?

Dengan menghapuskan biasiswa ke luar negara secara tak langsung memberikan 'disadvantage' kepada utk melahirkan Bumiputera Malaysia yg cerdik pandai. Sedangkan pada masa yg sama pelajar-pelajar bukan bumiputera masih boleh & mampu utk pergi atas tajaan FAMA (Father & Mother), persatuan cina, agensi swasta (spt astro yg selalunya bukan bumi yg dapat), biasiswa Singapore & lain2.

Jadi tunggulah dalam masa 5-7 tahun akan datang. Lambakkan pelajar2 luar negara yg majoritinya bukan melayu bumiputera akan balik ke Malaysia utk mengisi ruang jawatan kritikal yg ada (seperti bidang Oil&gase, engineer, dll). Manakala pelajar-pelajar lepasan Bumiputera pulak akan terkinjal2 mengisi jawatan selebihnya & berebut-rebut mengisi jawatan kerajaan. Dan sudah diketahui umum kelemahan penguasaan bahasa inggeris akan menyebabkan pelajar-pelajar ini sekadar dapat mengisi samaada jawatan dalam kerajaan @ semi government. Manakala jawatan yg ada dalam sektor swasta & multinational akan diisi oleh majoriti bukan bumiputera dek kerana lepas interview yg 100% dalam bahasa Inggeris.

Bukan tujuan utk memperkecil IPTA. Tetapi itulah hakikat. Pergilah buat kajian @ survey di Universiti. Ambiklah sorang tarik ja on the street. Interviewlah dlm Bahasa Inggeris. Hangpa akan terkejut beruk majoriti pelajar bumiputera IPTA punyalah lemah penguasaan bahasa Inggeris.

Satu lagi .. Bila dihapuskan Biasiswa ke luar negara maka Kerajaan berhasrat mengguna pakai kaedah pecahan kuota mengikut 56% bumi & 44% bukan bumi. PAda saya ini tidak adil. Cuba tgk balik pecahan rakyat Malaysia mengikut bumi vs bukan bumiputera disini. Pada saya kerajaan patut meletakkan kuota Bumi Vs Non-bumi mengikut keadaan sebenar peratusan rakyat Malaysia iaitu 65% & yg lain2 mengikut nisbah kaum masing2.. Selebihnya digunakan @ diagihkan mengikut merit. Gunalah biasiswa lain. Jangan sekali-kali ambil hak bumiputera.

Saya menentang penuh penarikan balik biasiswa keluar negara kerana ini bakal menjahanamkan bumiputera dlm masa panjang. comments

Jun 14, 2010

Should Malaysia Liberalise Oil & Gase Sector?


Ensure All get to Share Oil, gas sector benefits ~ MCA Speaks

Article by Tan Sri Dr Fong Chan Onn (chairman of MCA's Institue of Strategic Analysis & Policy Reseach) seems like the oil & gas sector is under threat of progressing.

This the one of the sector in Malaysia which is not rationalise or open for liberalisation. In this sector also we can see lots of Bumi companies grows under the help or regulation of Petroleum Act & under strict Petronas rules. So the statement of saying "full benefit of the resources have not trickled down to all levels of society" is misleading. Probably Fong Chan Onn forget almost all the big players especially fabricator, mill manufacturers & steel importers owned by Chinese. Let me mention some. Some of the big fabricators & supplier like Wah Seong Engineering, Kinsteel, Lion Steel, Oilfab, Alpine manufacturing, An Joo (AP steel imported), Ji Kang & a lot more is owned by whom? All of these owned by Chinese businessman.

So don't tell me that the policy of Petronas & government is not giving other race opportunity to do business in Oil & Gase. All of us have a share. I think it is fair for O&G sector to prioritise Bumi's since all other sector already been conquered by others up to 90% market share (automotive, banking, retailing etc2). Yes, Petronas have implemented Bumiputera participation quota ranging from 50% to 70% not 100%. There're still areas that non-bumi's can have business with. What i can say is the quota have its positive effect at place now & future. Due to this factor there's a lot of professional bumi's have their places in international company & also trending of growing SME (contractors) in rural areas such as Bintulu, Paka & Miri.

FCO also says, with this quota in place it serves as a barrier to the overall growth & development of progress upstream & downstream. I dint understand what barrier he's talking about. Upstream & downstream industry is running well. At the moment there's no hiccups along the way. No complain of short of supply of manpower or oil companies complaining regarding the current contractors that they have. So far the overall growth have been great. With a lot of capable local companies stand up to the challenge & some of them goes beyond expectation. Let me mention some companies like Dayang, Petra, PFCE & others. Please do enlighten me what growth he's talking about.

To continue FCO also said that the barrier discourage the growth of talent pool of local experts. Come on-lah. Didn't he even read the statistic & the policy. By having the quota's will ensure all international company need to have at least 50-70% local entity which will definitely benefits the locals. Without having this policy we might end up like Singapore which majority of the workers are expectorate (for international company) & locals only fill in labour work positions (such as clerks, receptionist etc). And also despite all that, the O&G sector still booming & increasingly created Bumi skilled worker that works around the globe.

FCO also says that our O&G sector still lacking professional skill, skilled worker & manpower to cater the needs of the industry. He even quoted a new group of welder, drillers & oil engineers needed to satisfy the evolving need of O&G company. :) I think either FCO dint know or he's lack of information in O&G sector. Do not underestimate the policy that have created thousand of great Malaysian engineer, technicians, drillers & welders. Because of this policy I have friends working in big international company like Saipem, BP & even Shell overseas. These friends of mine hired due to their talents & not due to Petronas policy. In fact they excell by their own effort to successfully become professional in the international arena.

Come on-lah. The way he say it its like the Oil & Gas sector is fully conquered by Bumi's. This is among the only sector which survive liberalisation by Najib. As a conclusion i can say than FCO merely talks about abolishing the quota which is conquered by Bumi's. What i don't understand why O&G? It is because this is the only sector not conquered by them. Do a reseach & u'll find out that a handfull of other races also in the sector.

To the government & prime minister, one thing i can say is DON'T EVER plan to liberalise this sector which is the heart & soul of majority of Bumi economy. A pie need to be share with all the people. Despite all other cuts already conquered by others, let it be this pie owned by the bumi's.

P/s: Maybe Fong forget that Petronas is among 500 Fortune Company by being Bumi owned.

comments

Jun 11, 2010

Mengikuti Muktamar PAS ~ Isu yg tak Dibangkitkan Perwakilan

Dlm beberapa hari ini berlangsungnya sesi Muktamar PAS @ senonimnya dipanggil perhimpunan @ mesyuarat tahunan PAS demi utk memenuhi syarat sebagai sebuah pertubuhan. Kali ini ia diadakan di Machang Kelantan dalam suasana yg meriah walaupun timbul cakap ketiadaan wajah Timb Presiden PAS dalam poster2 yg mengalu-alukan kedatangan perwakilan. (jgn tanya mengapa cek pun tak tau).

Dalam kesibukan bermuktamar, byk isu yg dibangkitkan. Tetapi dlm isu2 dibangkitkan oleh dewan2 yg ada. Beberapa usul yg penting tidak dibangkitkan.

Satu lagi yg perlu perwakilan usulkan adalah isu KOHILAL yg rugi berjuta ringgit dek disebabkan oleh silap pengiraan. Kelakar bukan! Dalam pada pemimpin PAS mengikut kerajaan & mencari salah kerajaan BN dalam isu Sime Darby & Isu Takut Negara bankrap yg dibangkitkan oleh Dewan Muslimat tak pulak dewan yg sama bangkitkan isu kohilal. Isu Kohilal cukup besar kerana ia melibatkan ribuan ahli PAS sendiri. Talam dua muka & pak hangguk.. Itulah yg cek boleh katakan pada perwakilan yg ada.

Perwakilan PAS juga lupa utk membangkitkan pelbagai isu berkenaan judi & arak dikawasan yg dimenangi oleh PR. Mungkin takut janji2 ulama PAS bila bercakap di pentas politik dibangkitkan semula oleh rakyat. Apa yg mereka bangkitkan isu Judi bola yg belum 'approved' oleh kerajaan. Presiden PAS ada memberitahu @ menasihat bahawa berhati-hati terhadap sumber @ berita yg palsu @ dr mereka yg fasiq. Tapi jelas sekali ckp tak serupa bikin bila Dewan Muslimat & PAS sendiri yg bercakap soal APCO yg jelas tiada bukti & hanya cakap2 org munafik dr Anwar.

Dalam dewan & mesyuarat ini juga sepatutnya perwakilan boleh meminta penjelasan daripada Lim Kit Siang & Anwar yg hadir isu dimana jika PR memerintah Timbalan Perdana Menteri II diberikan kepada DAP. Ini merupaka isu besar bagi PAS kerana DSAI telah membuat kenyataan tersebut tanpa merujuk kepada PAS sendiri. Ni pun isu yg perwakilan lupa dek kerana takut sahabat2 kecik hati.

Banyak komen2 perwakilan bercakap peranan UMNO yg menghancurkan Islam & Melayu. Tapi pada masa yg sama tidak memberikan cadangan & bagaimana utk memperkasakan Islam & Melayu amnya. Hanya bercakap 'tin-kosong' @ sekadar mcm bercakap di kedai kopi. Tiada usul yg bersifat membina diusulkan bagi membangunkan Islam & Melayu di Malaysia. Tetapi biasalah ini la PAS. Hanya pandai mengkritik tetapi tidak pandai memberi teguran membina. Yg nyata adalah isu meminta duit (Royalti Kelantan) & bbrp isu lain.

Tetapi hanya satu usul yg didgr amat kena pada mesyuarat yg berlansung iaitu usul mewajibkan pendaftaran pengundi baru. Ini yg patut diteliti kerana dalam 60% pengundi baru yg belum mendaftar mengundi adalah majoritinya pengundi Melayu. Maka ini amat membimbangkan PAS kemenangan PAS amat diperlukan dr pengundi Muda Melayu utk lebih berkuasa demi merialisasikan PAS sebagai parti dominan PR pada PRU-13.

Terdapat masa lagi utk bermesyuarat. Maka gunakanlah sebaiknya masa yg ada utk menjadikan mesyuarat ini mengusulkan @ mengetengahkan cadangan utk membina Islam bukan hanya bercakap berlandaskan politik.

p/s: Menunggu Usul Negara Islam oleh Perwakilan.. Hehhe (depa terlupa kot) comments

Jun 9, 2010

Subsidi oh Subsidi

Kelakar mendengar kata Pak Menteri yg cakap negara kita mungkin akan jatuh bankrap seperti Greece jika terus menerus memberi subsidi kepada rakyat. Nasiblah Boss Pak Menteri telah menjawab semula kegusaran rakyat ttg kenyataan diatas. Susulan itu cek juga ada mendengar sesi kerusi panas dgn 'Unit Perancang Ekonomi' & soal jawab di bernama radio (93.9). Byk pendapat yg dilontarkan & diberikan. Segala macam justifikasi diberikan oleh mereka yg menyokong & menentang.

Pada cek-la. Subsidi merupakan isu yg amat besar & panjang lebar. Utk memendekkkan cek berpendapat subsidi perlu dilihat @ diuruskan mengikut kepentingan & kumpulan sasaran. Tindakan memberhentikan subsidi secara drastik bukan sahaja menyusahkan rakyat malah akan menyebabkan inflasi terhadap negara.

Jumlah subsidi berjumlah RM74billion adalah merangkupi segala macam subsidi termasuklah subsidi makanan (RM3.4billion), bahan api (RM23.5billion), bidang sosial (Rm42.4billion) & infrasrtuktur (RM4.8billion). Dibawah mungkin antara pecahan subsidi seperti diatas.

Subsidi Makanan :
Gula, Beras, Minyak masak, etc2.

Pada cek antara subsidi yg baik utk diteliti semula adalah subsidi gula, subsidi makanan lain tak payah la 'revise'. Tetapi dalam pada subsidi ini perlu diteliti semula persediaan rakyat diperlukan antaranya bagi gula kerajaan perlu membuka AP gula & tidak terhad kepada 4 syarikat sahaja. Pemantauan diperlukan & biarlah harga gula diapungkan seperti di negara luar. Tetapi biarlah tempoh persediaan diberikan kepada rakyat & biarlah lambakkan gula berlaku maka effectnya adalah kurang. Maka kita kurangkan gula!

Subsidi makanan lain patut dikekalkan seperti beras kerana ia merupakan barang keperluan utama rakyat baik miskin @ kaya.

Subsidi Bahan Api :
Minyak utk kegunaan awan (petrol/diesel), subsidi gas utk IPP (independent power plant), subsidi gas utk sektor perkhitmatan awam, nelayan & pengangkutan.

Subsidi utk nelayan @ yg mengarah kepada kepentingan umum (pengangkutan awam) patut diteruskan. Tetapi faktor ketirisan subsidi perlu ditangani utk mengelakkan subsidi jatuh ke tangan mereka yg tak sepatutnya.

Cek menyokong utk subsidi minyak & petrol kepada kenderaan dikurangkan. Tetapi ia memerlukan mempunyai satu mekanisme utk memastikan hanya mereka yg layak berhak mendapat hasil subsidi tersebut. Senario seperti ini berlaku yg menunjukkan yg penerimaan subsidi yg tidak adil bagi yg mempunyai kenderaan mewah & mereka yg tidak (mungkin diadakan sistem kuota bagi setiap pengguna). Walaupun begitu utk memberi keadilan kepada golongan pertengahan @ yg berada, kerajaan perlu mempromosikan kenderaan yg jimat tenaga seperti hybrid di Malaysia.

Kerajaan perlulah mempromosikan & menghapuskan 'tax' kepada green vehicle utk memberikan peluang kepada golongan berpendapatan sederhana memiliki kenderaan tidak bergantung @ menggunakan minyak yg tinggi. Jadi taklah terasa sangat jika subsidi petrol dikurangkan dari semasa ke semasa.

Subsidi terhadap rakyat asing perlu dihentikan & dipantau terutama sekali di sempadan utk mengelakkan subsidi minyak jatuh kepada rakyat asing. Subsidi gas terhadap IPP & TNB juga perlu dikurangkan dari semasa ke semasa kerana IPP & TNB memperoleh keuntungan berlipat ganda dari tahun ke tahun hasil disebabkan oleh subsidi berikut.

Subsidi Sosial :
Biasiswa, Pendidikan,

Subsidi sosial perlu diteruskan kerana inilah satu-satunya subsidi yg 'make sense' & mempunyai kesan jangka panjang dr segi pembangunan negara. Cuma subsidi tersebut perlu diberikan kepada mereka yg miskin & berpendapatan rendah. Bukannya kepada mereka yg mempunyai 'connection' dgn kementerian @ kerajaan.
.....................
Yg penting subsidi memang perlu diteliti mengikut keperluan semasa. Mana-mana subsidi yg tidak menepati golongan sasaran & pendapatan rendah perlu diteliti & ditambah baikan. Sistem subsidi masih diperlukan tetapi perlukan sentuhan & memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat bukan menguntungkan sesetengah pihak.

Lihat pandangan menarik dr JMD juga.. comments

Jun 6, 2010

Kapal Rachel Corrie ~ Boikot Barangan Israel

Semalam seperti yg dijangka Kapal Rachel Corrie ditahan oleh pihak Israel & semua anak kapal ditahan. Tetapi dgn lebih berhemah kerana semua mata dunia tertumpu kepada mereka. Kapal yg membawa 6 rakyat Malaysia dalam misi bantuan kemanusian. Kita doakan mereka selamat.

Berapa byk kali kita buat boikot. Sedikit sbyk berkesan tapi tak berkesan dgn sepenuhnya. Maka kali ini PPIM membuat langkah lebih 'smart' dgn hanya mengajak masyarakat Islam Malaysia utk lebih selektif memboikot supaya lebih berkesan. Dgn ini kita semua tahu barangan yg diboikot adalah..

1- Starbuck
2- Colgate
3- Coke

Dgn harapan 3 produk ini yg diboikot akan memberi kesan kepada kepentingan Yahudi..
Meh sama2 kita BOIKOT! comments