Jun 9, 2010

Subsidi oh Subsidi

Kelakar mendengar kata Pak Menteri yg cakap negara kita mungkin akan jatuh bankrap seperti Greece jika terus menerus memberi subsidi kepada rakyat. Nasiblah Boss Pak Menteri telah menjawab semula kegusaran rakyat ttg kenyataan diatas. Susulan itu cek juga ada mendengar sesi kerusi panas dgn 'Unit Perancang Ekonomi' & soal jawab di bernama radio (93.9). Byk pendapat yg dilontarkan & diberikan. Segala macam justifikasi diberikan oleh mereka yg menyokong & menentang.

Pada cek-la. Subsidi merupakan isu yg amat besar & panjang lebar. Utk memendekkkan cek berpendapat subsidi perlu dilihat @ diuruskan mengikut kepentingan & kumpulan sasaran. Tindakan memberhentikan subsidi secara drastik bukan sahaja menyusahkan rakyat malah akan menyebabkan inflasi terhadap negara.

Jumlah subsidi berjumlah RM74billion adalah merangkupi segala macam subsidi termasuklah subsidi makanan (RM3.4billion), bahan api (RM23.5billion), bidang sosial (Rm42.4billion) & infrasrtuktur (RM4.8billion). Dibawah mungkin antara pecahan subsidi seperti diatas.

Subsidi Makanan :
Gula, Beras, Minyak masak, etc2.

Pada cek antara subsidi yg baik utk diteliti semula adalah subsidi gula, subsidi makanan lain tak payah la 'revise'. Tetapi dalam pada subsidi ini perlu diteliti semula persediaan rakyat diperlukan antaranya bagi gula kerajaan perlu membuka AP gula & tidak terhad kepada 4 syarikat sahaja. Pemantauan diperlukan & biarlah harga gula diapungkan seperti di negara luar. Tetapi biarlah tempoh persediaan diberikan kepada rakyat & biarlah lambakkan gula berlaku maka effectnya adalah kurang. Maka kita kurangkan gula!

Subsidi makanan lain patut dikekalkan seperti beras kerana ia merupakan barang keperluan utama rakyat baik miskin @ kaya.

Subsidi Bahan Api :
Minyak utk kegunaan awan (petrol/diesel), subsidi gas utk IPP (independent power plant), subsidi gas utk sektor perkhitmatan awam, nelayan & pengangkutan.

Subsidi utk nelayan @ yg mengarah kepada kepentingan umum (pengangkutan awam) patut diteruskan. Tetapi faktor ketirisan subsidi perlu ditangani utk mengelakkan subsidi jatuh ke tangan mereka yg tak sepatutnya.

Cek menyokong utk subsidi minyak & petrol kepada kenderaan dikurangkan. Tetapi ia memerlukan mempunyai satu mekanisme utk memastikan hanya mereka yg layak berhak mendapat hasil subsidi tersebut. Senario seperti ini berlaku yg menunjukkan yg penerimaan subsidi yg tidak adil bagi yg mempunyai kenderaan mewah & mereka yg tidak (mungkin diadakan sistem kuota bagi setiap pengguna). Walaupun begitu utk memberi keadilan kepada golongan pertengahan @ yg berada, kerajaan perlu mempromosikan kenderaan yg jimat tenaga seperti hybrid di Malaysia.

Kerajaan perlulah mempromosikan & menghapuskan 'tax' kepada green vehicle utk memberikan peluang kepada golongan berpendapatan sederhana memiliki kenderaan tidak bergantung @ menggunakan minyak yg tinggi. Jadi taklah terasa sangat jika subsidi petrol dikurangkan dari semasa ke semasa.

Subsidi terhadap rakyat asing perlu dihentikan & dipantau terutama sekali di sempadan utk mengelakkan subsidi minyak jatuh kepada rakyat asing. Subsidi gas terhadap IPP & TNB juga perlu dikurangkan dari semasa ke semasa kerana IPP & TNB memperoleh keuntungan berlipat ganda dari tahun ke tahun hasil disebabkan oleh subsidi berikut.

Subsidi Sosial :
Biasiswa, Pendidikan,

Subsidi sosial perlu diteruskan kerana inilah satu-satunya subsidi yg 'make sense' & mempunyai kesan jangka panjang dr segi pembangunan negara. Cuma subsidi tersebut perlu diberikan kepada mereka yg miskin & berpendapatan rendah. Bukannya kepada mereka yg mempunyai 'connection' dgn kementerian @ kerajaan.
.....................
Yg penting subsidi memang perlu diteliti mengikut keperluan semasa. Mana-mana subsidi yg tidak menepati golongan sasaran & pendapatan rendah perlu diteliti & ditambah baikan. Sistem subsidi masih diperlukan tetapi perlukan sentuhan & memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat bukan menguntungkan sesetengah pihak.

Lihat pandangan menarik dr JMD juga.. comments

No comments:

Post a Comment