Showing posts with label Politic Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Politic Langkawi. Show all posts

Feb 16, 2010

Retreat Ke Langkawi ~ Dato' Najib

Nampaknya dalam sehari dua ni Tun & PM kita Najib Tun Razak berada di Langkawi. Samaada kebetulan @ tidak, tidak diketahui. Dan pada waktu yg sama jugak beberapa pemimpin kanan UMNO KEdah juga berada di Langkawi. Tah tahulah atas jemputan @ diatur. Mungkin berbincang keadaan UMNO Kedah khasnya & amnya saja nak jumpa.

Apa-apa pun, cek cakap elokla turun ke Langkawi, disamping merehatkan minda & relax di Langkawi ye Dato' Najib. Rajin-rajinla turun ke Langkawi. Inilah yg diharapkan oleh penduduk Langkawi. Jadilah seperti mantan PM Tun Mahathir yg nampak potensi Langkawi di mata dunia. Ini tidak, LTdL pun dah tak buat kat Langkawi. Waktu zaman Paklah pun kadang2 ja jenguk Langkawi. Perlu diingat Langkawi adalah salah satu dr 4 Parlimen di Kedah yg terselamat dek tsunami politik PRU-12 lepas. Maka jenguk-jengukla org-org Pulau ni..

Kepada UMNO Langkawi, jgnla dok buat program 'pack' sangat sebab kadang2 PM kita nak berehat. Nak jugak jalan-jalan, nak jugak jenguk2 & sembang2 dgn pemimpin & lain2. Takyahla nak lobi itu ini. Ikhlas seadanya & buatlah kerja sbb PM kita tau dalam & luaq. Takyah kalut sangat. PM ada mata2 & telinga sendiri. :).

Apa-apapun..Kepada Dato' Najib. UMNO Kedah sebenarnya perlu semangat & suntikan. Saf UMNO KEdah sebenarnya belum kuat sepenuhnya dek kerana PAS Kedah & MB nya boleh tahan kerjanya.

p/s : Ternampak kelibat Dato' Najib dok jogging dgn Dato' Bakaq pagi tadi..
comments

Oct 20, 2009

Cadangan Jambatan Ke Langkawi? ~

Dua tiga hari ini Langkawi kecoh dgn cadangan Ketua Bahagian Langkawi yg cadangkan jambatan ke tanah besar Malaya. Tak paham jugak la idea mana Ketua Bahagian ni ambik tapi sebagai seorg YB & berstatus IR adalah amat tidak wajar idea ini diketengahkan. Dikala itu juga idea tersebut ditolak mentah2 oleh Tun Mahathir yg amat sinonim dgn Langkawi. Buat malu sahaja.

Baik di suratkhabar, blog depakata juga blog2 lain bercambah maklumbalas pasal cadangan ni. Sempat rakan drpd Pembangkang telefon cek & bertanyakn soalan cepu mas tersebut. Al-maklumlah dikatakan atas permintaan 'penduduk langkawi' katanyalah. Penduduk manalah gamaknya ? Cek hanya mampu tergelak kecil. BUkan apa. Jambatan yg tah berapa meter tu pun tak siap-siap (Kuah) lagi nak mintak jambatan sampai tanah besar. Dahla tu sapa pulak kontraktor yg buat jambatan kat Kuah tu. Hehe :)

Dah pulak jadi bahan ketawa org2 PAS kat Kedah. Walaupun depa pun tak cerdik mana tapi kalau idea datang dr mereka ni cek dapat terima tapi datang dr Ketua Bahagian yg status Ir kecewala jugak. Idea mmgla tampak menarik tapi tak fisible dgn keadaan. Ni lebih kurang macam idea nak buat 'sawah atas bumbung rumah'. Dengar macam logik tapi tak relevan.

Ada baiknya mintak tambahkan kapal pengangkutan ka, penumpang ka, Tongkang ka & lain-lain. Lagi relevan. Buat jambatan bukannya murah. Makan Billion RM. Tu tak campur itu ini dgn mark-up price dll.

Cukup-cukuplah, baik 'concentrate' macamana nak satu padukan UMNO Langkawi. Bulan dah naik tinggi mata lebam dah pasang pasak. UMNO Langkawi dibuai mimpi lagi.

p/s: Cek terjumpa MP Langkawi kat airport baru ni & tanya ada apa komen ka? Dia boleh gelak ja.. Paham-paham jelah., comments

Mar 2, 2009

Langkawi sasar 2,000 usahawan baru


Sinar Harian 1/3/09
Langkawi sasar 2,000 usahawan baru

KUAH - Langkawi mensasarkan seramai 2,000 usahawan baru bakal dilahirkan menjelang tahun hadapan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad meminta pemimpin Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) menyalurkan bentuk maklumat bantuan kepada masyarakat setempat.

Namawi berkata, Langkawi adalah lubuk emas bagi sebarang bidang perniagaan memandangkan pulau ini sering dikunjungi pelancong dan mendapat jolokkan pulau bebas cukai. Menurutnya, setiap tahun sebanyak RM1.4 juta aliran wang berlegar di Langkawi hasil daripada aktiviti perniagaan. “Oleh itu saya menggesa, JKKKP merebut peluang ini dengan membuka bidang perniagaan baru dan berpotensi.

“Sepanjang tahun lalu, seramai 1,700 usahawan dilahirkan dalam perniagaan kecil dan sederhana, (IKS),” katanya ketika mengadakan lawatan ke Pulau Tuba. Nawawi berkata, bidang baru yang boleh diceburi adalah penternakan ketam nipah dalam kotak fiber dan sarang burung.

Menurutnya, ketam batu dan sarang burung mempunyai masa depan cerah dan nilainya amat tinggi di pasaran ekoran sukar diperoleh di tempat lain. “Bidang sarang burung ini memberi pulangan keuntungan lumayan terutamanya dalam pasaran masyarakat Cina yang gemar membelinya untuk keperluan kesihatan dan perubatan,” katanya. Menurut Nawawi , dengan adanya industri baru ini, ekonomi Langkawi akan lebih mantap dan kehadiran pelancong akan bertambah serta menjadi daya tarikan baru.

“Kami berharap JKKKP sentiasa prihatin dengan bentuk bantuan yang ditawarkan sama ada dari Mara, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) atau Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama). “Segala maklumat bantuan ini boleh diperoleh daripada pejabat ADUN dan proses permohonan boleh dikemukakan bagi mendapat surat sokongan,” katanya.
----------

Other Perspektif :-

Ulasan yg cukup menarik dibaca. Tetapi diharapkn bukan hanya ckp2 kosong tanpa isi. Langkawi perlukan pemimpin yg boleh deliver bukan hanya berckp indah tanpa tindakan. YB perlu memikirkan sedalam2 apa yg dijnjikan sewaktu pilihanraya baru2 ini & juga yg lepas. Jgn jadikan tidak mempunyai jawatan sbg alasan utk tidak berkhitmat kepada masyarakat.
Apa2pun, anak2langkawi akan menilai rancangan YB dan berharap agar terlaksana.

Cadangan :-

Penternakan ketam dlm kolam fiber tidak significant di langkawi. Knp perlunya penternakan ketam tersebut sedangkn bumi langkawi luas dgn kawasan2 laut yg boleh diusahakan. Misalanya di Kuala Melaka. Dikawasan jambatan & pemecah ombak yg merentasi dr Kuala Melaka sehingga ke Pantai Cenang. Kawasan tersebut perlu diberi perhatian sewajarnya oleh YB & laksanakn penternakan Ketam secara berkelompok supaya dpt dimanfaatkan oleh rakyat setempat.

Perlu diadakan reseach utk mengetahui adakah burung layang2 di Langkawi mempunyai nilai yg tinggi utk investment. Mungkin telah ada penternakan burung layang2.. ttp jika rakyat langkawi mengambil inisiatif utk membuat sarang burung siapa yg hendak membelinya. Perlu adanya perbincangan & perancangan secara kolektif supaya jika bisness sarang burung hendak dilaksanakan besar2. Perlu juga diingat masalah pasaran & pembelian. Selalunya kita mempunyai masalah utk pembelian sarang. Ini telah berlaku oleh pengusaha2 di Terengganu misalnya. Saya cadangkn kepada YB buat homework & berckp berdasarkan perancangan yg teliti. Kerana modal utk kedua2 cadangan YB melibatkan kos yg banyak..

p/s: Hanya cadangan & komen dr anaklangkawi. Knp website x update2 lagi noo.. comments

Feb 21, 2009

Disebalik Program Pemberian Permit Teksi Langkawi - Pergolakan UMNO Langkawi













Petikan Akbar Sinar Harian Versi Utara.


KUAH - Lembaga Pengangkutan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengeluarkan sebanyak 166 permit baru bagi kereta sewa yang beroperasi di sini. Pengerusinya, Datuk Markiman Kobiran berkata, sebanyak 7,000 permohonan bagi mendapatkan permit di seluruh negara diterima daripada pemohon dari Julai sehingga Oktober tahun lalu iaitu.

Menurutnya, proses ini mengambil masa lama bagi mengenal pasti pemilik dan pemandu kedua teksi dan kereta sewa sebelum permit dikeluarkan. “Kini LPKP bertindak tegas dengan memberi ingatan kepada pemilik kereta sewa dan teksi yang mendapat permit supaya tidak menyewa kenderaan mereka kepada kedua.

“Pemohon yang diberikan permit kebanyakannya adalah pemandu kedua, oleh itu LPKP menggesa mereka untuk menumpukan kepada satu bidang pekerjaan sahaja,” katanya selepas Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan (STK) Kereta Sewa Wilayah Utara di Kuah, kelmarin.

Markiman berkata, mereka dinasihatkan supaya memilih untuk membawa teksi atau terikat dengan pekerjaan yang sedang dilakukan. Menurutnya, terdapat sesetengah pihak terdiri daripada penjawat awam dan swasta mendapat lesen lalu menyewakan kepada pemadu kedua dengan harga tinggi.

“Kita tidak mahu wujud senario untung atas angin, sekiranya perkara ini berlaku, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya. Beliau berkata, LPKP tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang kereta sewa dan teksi.

“Kami mendapat kerjasama daripada orang awam, polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menjalankan operasi bersepadu setiap hari. “Hal ini berikutan tanggungjawab yang dipikul oleh pemandu teksi terhadap penumpang kerana insurans melindungi semua pihak jika berlaku kemalangan,” katanya.

Beliau berharap pemilik STK memanfaatkan peluang yang diberikan kerajaan bagi membantu pemandu teksi dan kereta sewa mendapatkan sumber pendapatan secara telus dan dedikasi.

---------
Diharap pemandu teksi Langkawi tidak meng-Alibabakan permit teksi yg diberi. Gunakan dgn sebaiknya & tingkatkan perkhitmatan terhadap pelancong2. Moga langkawi menjadi kenangan di mata dunia.

Politik UMNO Langkawi

Sekitar program pemberian permit pada malam itu. Ceritanya bermula begini. Pada awalnya pegawai LPKP bersungguh2 menjemput Ahli Parlimen Langkawi Dato' Paduka Abu Bakar Taib utk merasmikan program tersebut. DABT pada awalnya tidak mahu dtg kerana sidang Parlimen. Tetapi memandangkn pihak LPKP bersungguh2 beliau menerima jemputan.

Tiba pada hari tersebut, pada awal paginya DABT dimaklumkn program telah di tunda ke suatu hari lain (LPKP memaklumkn kpd setiausaha DABT). Ttp pegawai tinggi LPKP yg kebetulan berada di lobby parlimen pada waktu itu memaklumkan program tersebut masih diteruskan.

Rupa2nya telah ada usaha pihak2 tertentu dr pihak Ketua Bahagian Langkawi melobi utk merasmikan program tersebut (biasala nak kejar kredit & pengaruh). Atas arahan pihak atasan pusat LPKP & perasaan malu terhadap DABT program diteruskan dgn dihadiri oleh kedua2 YB. YB Nawawi (ADUN Kuah) & YB DABT (Parlimen Langkawi).

Berikut adalah sekitar ucapan Dato' Paduka Abu Bakar Taib di program tersebut yg amat kecil hati dgn apa yg berlaku :-

"Saya bukan budak2. Saya ahli Parlimen Langkawi. Saya tinggalkan mesyuarat di Parlimen semata2 memenuhi kehendak majlis program yg menjemput saya. Jgn main2 ckp sekejap ada sekejap tunda."

"Kalau nak YB Nawawi rasmi bagitau awal2. Jgn buat mcm ni. Kalau hangpa nak sokong dia sokong la. Saya dah jadi YB 5 penggal. Cukupla. Tapi jgn main2kan saya."

(muka YB Nawawi waktu ni cukup sugul & pucat lesi)

Peristiwa yg amat dikesali ini berlaku dikala seluruh UMNO berkobar2 bercakap mengenai perubahan. Saya tidak lihat pimpinan UMNO baru di Langkawi berubah utk kearah kebaikan dgn mengetepikan veteran2 UMNO Langkawi & mengamalkan rasuah politik. Kepimpinan yg ada sekarang amatlah dipertikaikan & mereka perlu sedar yg DABT amat berpengaruh dikalangan rakyat Langkawi malah telah berbakti selama 5 penggal.

Seluruh masyarakat Langkawi menghormati beliau baik kawan @ lawan. Baik dr PAS, PKR @ UMNO. Adakah kem YB Nawawi yg terlalu "ghairah dgn kuasa" terfikir apa perasaan org2 DABT & masyarakat Langkawi amnya. Ini dibuktikan dgn melihat majoriti DABT sewaktu PRU-12, PRU-11 dll iaitu adalah melebihi majoriti kedua2 ADUN di Langkawi bergabung.

Apa yg pasti. YB Nawawi telahpun kehilangan satu undi dr saya utk PRU-13. Mungkin akan byk yg menyusul jika pimpinan tertinggi UMNO tidak memberi perhatian kepada pimpinan baru UMNO Langkawi yg bermasalah. (seperti jugak website UMNO-Langkawi yg tidak berubah).

P/s: Harapan agar SPRM @ jawatankuasa disiplin UMNO bertindak ke atas laporan rasuah politik yg telah dibuat.
comments

Jan 31, 2009

UMNO Langkawi, SPRM & Rasuah.

SPRM telah melalui zaman penjelmaan semula tahun lepas bila mana ia telah diberi tanggungjawab yg meluas utk membanteras rasuah.



Terpampang didada akhbar tangkapan, dakwaan & siasatan dibuat dlm memerangi UMNO dr politik wang.

Syabas diucapkan pada SPRM.

UMNO LANGKAWI

7 Cawangan UMNO langkawi kecewa.


LANGKAWI - Tujuh cawangan UMNO dalam Bahagian Langkawi melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadap ketua bahagian mereka Datuk Nawawi Ahmad berhubung dakwaan salah laku dan politik wang pada pemilihan peringkat bahagian Oktober lepas.

Ketua UMNO Cawangan Kampung Tua, Mansor Hashim berkata, tujuh cawangan itu menubuhkan satu jawatankuasa bertindak untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan lembaga itu yang melepaskan Nawawi tetapi mengenakan amaran terhadap seorang anggota bahagian itu, Shaidan Hashim, kerana menjadi ejen Nawawi.

“Shaidan menjadi ejen atau pelobi bagi pihak Datuk Nawawi Ahmad dan kenapaShaidan seorang sahaja yang dikenakantindakan sebaliknya Nawawi dikecualikan,” katanya kepada pemberita di sini.Mansor, yang mewakili jawatankuasa bertindak itu berkata, sebelum ini mereka telah membuat aduan rasmi menerusi sepucuksurat kepada Lembaga Disiplin UMNO mengenai kegiatan politik wang yang berlaku di Langkawi.

Mansor berkata antara dakwaan mereka ialah Nawawi memberi telefon bimbit, pukat dan sumbangan untuk lawatan sambil belajar kepada perwakilan dan anggota cawangan supaya mencalonkannya bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi.

Pada pemilihan itu, Nawawi mengalahkan penyandang jawatan itu Datuk Abu Bakar Taib.“Kami berharap Lembaga Disiplin masih membuka pintu siasatan kerana keputusan yang dibuat oleh lembaga itu menimbulkansoalan di manakah konsepbersih, cekap dan amanah yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin atasan UMNO,” kata beliau.

Kelmarin Pengerusi Lembaga Disiplin itu Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, Shaidan adalah antara anggota parti yang dikenakan tindakan amaran kerana bersalah melanggar tataetika parti.


Dibawah merupakan sedutan YB Mohd Rawi di Langkawi dlm Malaysiakini.
------ ------------------------------------------------------------------------------------
Manakala Naib Ketua Bahagian Umno Langkawi, Mohd Rawi Abdul Hamid pula menjelaskan
beliau tidak bersetuju sejak awal lagi isu politik wang Umno dibawa kepada SPRM Kerana, tambah wakil rakyat Ayer Hangat, ia memberi gambaran kepada akar umbi bahawa pemimpin-pemimpin bahagian mengamalkan politik wang.

Mengulas dakwaan insiden yang menimpa Halimi sepanjang empat hari ditahan SPRM sejak 23 Januari, beliau berasa kesal dan menyifatkan insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku.

"Dalam mana-mana siasatan, tidak boleh dijalankan siasatan dengan kekerasan, hatta orang yang ditahan atas dakwaan jenayah pun tidak boleh disiasat dengan kekerasan," katanya sewaktu dihubungi.

Tambahnya, dakwaan insiden sebegini akan menyebabkan rakyat mempersoalkan kaedah siasatan yang dijalankan.

Sehubungan itu, beliau menggesa MT menentukan sama ada suruhanjaya itu boleh menyiasat berhubung amalan politik wang atau tidak memandangkan lembaga disiplin parti sudah berbuat demikian.
-------


Kenyataan diatas menunjukkan bahawa kenyataan YB tidak sejajar dgn kenyataan Presiden UMNO & Timbalan Presiden parti sendiri dlm melihat penglibatan SPRM dlm kes politik wang. Tetapi masakan YB Rawi berkata demikian jika ketua bahagian beliau YB Nawi berdepan dgn siasatan oleh SPRM & Lembaga disiplin UMNO. Sumber dalaman lembaga disiplin UMNO juga mengatakan YB Nawi juga berdepan dgn siasatan rasuah politik baik dr pihak SPRM mahupun Lembaga disiplin.

"Rasuah tetap rasuah". Jgn kita menghalalkan yg haram. Biarlah akar umbi tahu politik wang berlaku. Setidak-tidaknya akar umbi tahu pimpinan UMNO serius dlm membanteras rasuah. Pimpinan UMNO yg disabit kesalahan hanya akan berdepan dgn siasatan. BUkan bersalah lagi pun. Sedangkan menantu Tuan Guru Nik Aziz pun bersih dr siasatan BPR jika tidak bersalah. Apa yg ditakutkan jika tidak bersalah?

Ahli UMNO bahagian Langkawi, Shaidan Hashim (Proksi YB Nawi) juga didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin UMNO & diberikan amaran. Amaran jaka ? Inilah yg dinamakan 'verdict' dr lembaga disiplin UMNO yg berat sebelah disbbkan ahli UMNO tersebut berkempen kpd seseorg berstatus ADUN @ Ketua Bahagian? Disbbkan tindakan sebeginilah SPRM perlu terlibat dlm siasatan agar mereka2 ini yg didapati bersalah akan disabitkan seperti dlm Akta Pencegahan Rasuah.

KEKECEWAAN

Jika mereka-mereka yg terlibat dgn rasuah dibiarkan berterusan memimpin UMNO Langkawi tidak terkejut jika Pulau Langkawi tidak akan lagi menjadi kubu kuat UMNO. Kekecewaan demi kekecewaan telah mula terdengar di segenap pelusuk UMNO langkawi. Malah ada khabar angin berkata jika ia berlarutan akan ada ahli-ahli UMNO yg akan keluar parti kerana kecewa.

Telah ada 7 cawangan yg menunjukkan bantahan terbuka. Tidak diketahui brp byk lagi cawangan yg 'protest' secara diam. Perlu diteliti rekod UMNO Langkawi dimana jika dilihat perihal pengundi-pengundi di Langkawi lebih cenderung memangkah UMNO/ BN atas kapasiti calon. Ini terbukti bilamana majoriti Parlimen P04 lebih tinggi dari majoriti kedua-dua ADUN N1 & N2 di Langkawi.

Isu ini perlu diberi perhatian oleh pimpinan UMNO Pusat & Kedah. Jika ini dibiar berterusan maka tidak mustahil UMNO Langkawi tidak akan lagi mendapat tempat di hati rakyat langkawi bilamana Dato Paduka Abu Bakar Taib tidak lagi akan bertanding pada PRU-13 nanti. Kerana beliaulah langkawi masih menjadi kubu kuat UMNO sehingga sekarang.
--------

SPRM & RASUAH

Saya amat bersetuju & merasa hormat kepada mana-mana pemimpin UMNO yg mengalu-alukan siasatan menyeluruh dlm UMNO mengenai politik wang. Ternyata mereka yg mengalu-alukan siasatan SPRM adalah mereka yg bebas dari politik wang. Sejajar dgn hasrat & kenyataan Dato' Najib sendiri bahawa anggota parti yg terlibat rasuah tidak terlepas tindakan.

Kepada yg menentang siasatan SPRM. Kenapa takut? Adakah anda terlibat sama. Kita sudah tahu bahawa Tindakan Tatatertib Jawatankuasa Disiplin UMNO sendiri sebenarnya kadang-kadang 'bias' dlm membuat siasatan lebih-lebih lagi bila laporan dibuat keatas ahli DUN itu sendiri @ ahli UMNO yg mempunyai jawatan yg tinggi.

Sepatutnya rasuah politik dirujuk terus ke SPRM utk siasatan. Jadi biarlah ada 2 kertas siasatan dibuka & bukan setakat jawatan kuasa disiplin UMNO. Seperti yg sedia maklum siasatan di jawatankuasa disiplin kadang-kadang bersikap selektif iaitu hanya tertumpu pada 'ikan bilis' & 'ikan sardin'. Maka ikan jerung & ikan paus dilepaskan hnya kerana memegang jawatan tertinggi dlm UMNO, ADUN, MP @ bahagian. (Seperti yg berlaku di langkawi). Jika inipun UMNO gagal maka ia akan gagal di PRU-13 nnti. Biarlah rakyat melihat UMNO amatlah serius dlm menangani rasuah. Biar berkualiti bukan kuantiti.

Walaupun SPRM mempunyai kuasa utk melakukan siasatan kpd sesiapapun, diharap agar SPRM melakukan siasatan dgn profesional & teratur. Kita tidak mahu disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.

TERUSKAN USAHA MURNI INI!! comments