Dec 27, 2013

Kuantan, Banjir & Politik

Masyarakat kita. Bila bab banjir pun dipolitikkan. Banjir kena kuantan baru-baru ni punyala Bung Mokhtar kena balun sbb lantang suruh MP balik kawasan. Betuila kena balik kawasan, ini tidak dlm twitter dgn fb masih kat rumah breakfast. Bila org tegur melenting. Itulah bila start nak tuding menuding. MP Kuantan bukan setahun jagung jadi MP. Ni dah penggal ke-2 iaitu bersamaan 5+1 tahun. Sampaikn manifesto pun pasal banjir. Jadi rakyat kuantan jugak tahu apa perkembangan manifesto tersebut. Dah settle ka? Dah berapa kali meeting dgn pihak yg terlibat dgn bantuan banjir? Berapa kali dah sama2 turun cari jalan nk kurangkan 'effect' banjir.

Berapa kali meeting PKR @ Pakatan discuss isu banjir sebelum ini. Cuba cerita sikit pasal isu tu dlm website Yb. Then baru boleh nilai. Ini tidak.. Bila banjir dtg baru bising lepas tu drpd bekerjasama nk settle isu banjir pi gaduh2. Apa penyelesaiannya..  


Anda nilai Website YB sendiri.. 
http://fuziahsalleh.my

Satu lagi JKM pernah ulas punca lewt banjir tahun 2012. Jadi takkan alasan yg sama utk tahun ni... 
comments

Dec 8, 2013

A bold move in Malaysia-Hamas Relationship

One of the top Hamad leader Khaled Meshaal which is labelled by United States & some Europe countries as terrrorist was invited to attend UMNO General Assembly early this month.
It is bold move & firm action by the Prime Minister in the mist of espionage/spy issue by Singapore & United States. The Prime Minister shows to the world that Malaysia is sovereignty country. 

The move was a historical move that shows that we boldly rejected Israel & its Ally on issues concerning Palestien & Gaza. A move that never been done by previous Prime Minister. Tok Jib, dont worry we're with you!! 
comments

Nov 30, 2013

Asyik kritik gaji orang. Tapi sendiri bUat! SELANGOR & Gaji Naik!


Cek ingat depa ni yg paling baguih bila cakap bab rakyat. BN barang Naik la.. Minyak naik bising satu dunia. Alek-alek, pakat nak naik gaji masing-masing. Pastu 
Sampai berkali ganda pulak tu.

Mana suara PR. Mana suara geng-geng penyokong PR? Seperti biasa.. Mesti depa kata takpa punya. Maklumlah geng depa. Awat Selangor dah takdak org miskin ka. Sarawak naik haritu hangpa bising. Di Parlimen bila dicadangkn habis ditentang. Menteri dipertikai. Rosmah naik kapal terbang pun byk punya komen.. 

Cakap tak serupa bikin.. 

P/s:- isunya bukan sbb naik gaji. Tapi sbb hangpa cakap tak serupa bikin!! Macam konsert underground PAS!! 
comments

Nov 27, 2013

Pabila AP Kereta dipertikai ? AP lain macamana.



Semacam pelik bila memikirkan. Industri yg dikuasai oleh kebanyakan bumiputera yg dipertikai. Telah sedia maklum yg kebanyakan AP kenderaan dimiliki oleh usahawan Melayu! Hatta yg itu yg sering dipertikai. Meskipun sebenarnya byk lagi AP yg mengundang barang di Malaysia menjadi Mahal. 

Antara AP yg dikuasai & yg tak diusik adalah AP import keluli. Dikuasai oleh 'tycoon' yg dimana disebabkan monopoli tersebut menyebabkan harga rumah mahal. Harga bangunan mahal. Aktiviti huluran Aktiviti minyak menjadi amat mahal. Menjadikann SME amat susah untuk bersaing di peringkat 'international'. Hanya syarikat besar dibenarkan mempunyai AP utk kegunaan sendiri & yg lain di kuasai oleh syarikat seperti Ann Joo steel & lain-lain.

Ap perlu dirombak tapi bukan 'selective' kepada industri tertentu. Tetapi perlu secara menyeluruh kepada semua industri. AP keluli, AP kereta, AP sayur, AP buah, AP pekerja & lain-lain..

P/s :- Nk jugak ada AP. Untung ataih angin.
comments

Nov 23, 2013

Carnival & Konsert Rock Sempena Muktamar PAS !! Cara Dakwah Baru?

http://youtu.be/VOlljyyZQP4

Sebelum apa-apa. Cuba lihat diatas. Rasa-rasa kalau Ustaz Azhar Idrus tengok mesti kata berat66. Tapi mungkin juga diam seribu bahasa. Apa pula pendapat Dr.Asri@ Maza? Takkan senyap jugak bilamana bab GST & lain-lain bukan main hebat komen. Apa-apa pun muktamar kali ini menunjukkan kelaian yg nyata. Dimana boleh dpt dilihat golongan liberal lebih mendapat tempat sehingga meresap ke ahli jawatankuasa Multamar & Karnival. 

Tahniah buat Mat Sabu sebab berjaya kalahkan Geng @ wakil Ulama. Juga mereka-mereka yg lain. Jadi sudah nyata & jelas halatuju PAS. 

I wish you all good luck especially ahli-ahli PAS tegar.. 
comments

Oct 31, 2013

Budget 2014 : Pembangunan Bandar & Luar Bandar

Budget Rm865 juta bg pembelakan elektrik. Ini ok. Cuma ketirisan elektrik perlu ditangani @ penggunaan barang cekap tenaga perlu diperluaskan.. 

Contoh :
- tenaga solar
comments

Oct 29, 2013

Malaysia Insider asyik mohon maaf jee

Takdak online paper yg teruk kredebiliti dlm sebulan iaitu Malaysia insider. Haritu fitnah Datuk Muhkriz dgn fitnah politik wang. Sekarang depa sekali lagi 'tersilap' artikel dgn menfitnah khazanah nasional.
Dan sekali lagi meminta maaf. 

Dalam islam kita ada term iaitu sumber-sumber yg fasik. Ini antara ciri-ciri tersebut. Maka elakkan ambik berita @cerita dr ini bukan apa sbb kredebiliti sumber yg boleh dipertikai. Silap2 bila share diorg punya berita alih2 tarik balik @ meminta maaf sedangkn kita dah sebarkn berita. 
comments

Oct 20, 2013

Sokong Cadangan SPRM utk penjawat awam Rugikan Kerajaan


Satu cadangan yg cantik dr pihak SPRM. Bila dimana penjawat awam yg membazir dikenakan tindakan dibawah akta baru SPRM. Bukan rasuah tapi kerana membazirkn wang kerajaan. Sebab penjawat awam walau bertukar kerajaan pun akan masih org yg sama. Walau bagaimana berbuih pun ahli politik yg 'sign' & rancang masih pegawai kerajaan. Kita tak mau kalau barang yg harga $1.00 jadi $20. Atau buat benda yg hanya tinggal pintu gerbang @ pembukaan tanah hanya tinggal pembukaan. 

Cek alu-alukan permintaan SPRM & cari penjawat awam yg begini sehingga lubang cacing.. 
comments

Oct 3, 2013

Rasuah sampai ke Laut! Memalukan status penguatkuasa APMM

Bukannya asing pembongkaran ni. Tanyalah nelayan di pantai timur. Mereka tahu yg sebenarnya 'something wrong' dgn agensi penguatkuasa maritim. Cek harap SPRM go to the bottom of this & tangkap semua yg terlibat. Ini melibatkan amanah & khazanah laut negara. 

Perlu heret mereka yg terlibat & syarikat yg terlibat sama. Syabas kepada SPRM kerana bongkar kes yg pada cek di peringkat tertinggi. Jgn hnya berenti disini! Teruskn sehingga ke kawasan pantai barat, sabah & sarawak. Teliti pegawai yg terlibat & aset mereka!! Banteras rasuah hingga ke alar umbi.
comments

Sep 27, 2013

Agenda Pemerkasaan Bumiputera - Cabaran Ketirisan Pelaksana!!

Suka cek baca artikel dr Penasihat Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris). Mmg kena dgn tempat, keadaan & tempat. Sehebat manapun perancangan tetapi pihak pelaksanaan tidak serius &
Tidak ada aspirasi dlm membantu maka habislah agenda Transformasi Bumiputera. Bukan apa, cuba tanya kenapa DEB tidak mencapai golongan sasaran sehingga sekarang? 

Antara jawapan adalah berlaku ketirisan yg serius, birokrasi tanpa had & tiada budi bicara pada tempatnya. Mahupun ada budi bicara adalah pada mereka yg berkepentingan @ disusuli dgn 'komisen. Contoh yg paling senang adalah bila Ramlee Burger dlm proses awal berniaga. Tiada satu pun yg nk menolong . Dan byk lagi contoh-contoh jelas. Cuba check balik dana-dana yg masih berada dalam Bank SME & lain-lain bank yg bertanggungjawab menguruskan dana..

Apa-apapun tanpa roh DEB @ roh melayu pada para pegawai maka tak keterisan & birokrasi akan berpanjangan.

comments

Perginya seorang Pemimpin Kedah yg disegani -Tan Sri Azizan

Semalam cek terkejut mendengar berita Tan Sri Azizan meninggal dunia. Beliau antara Pemimpin PAS yg cek segani & antara MB Kedah dibawah PR yg tidak tunduk pada DAP. 

Dia merupakan pemimpin PAS yg melawan arus & antara pemimpin pembangkang yg tidak pernah meletakkan diri sebagai pembangkang. Beliau selalu mencari titik persamaan & kasih sayang sesama ummah & meletakkn kepentingan Parti jauh dibawah. 

Dia Bekas MB untuk semua meskipun rakan sendiri hentak menjatuhkan beliau.. 

Amat mengharap lebih ramai pemimpin PAS seperti ini.. 
Salam takziah utk keluarga & al-fatihah.. 

comments

Sep 22, 2013

6 Calon Naib Presiden. Siapa pilihan anda?

Tirai untuk pemilihan UMNO bermula. Sudah sah 6 Calon untuk Naib Presiden diketengahkan. 3 penyandang & 3 calon baru.

Cek nak ulas sikit setiap calon-calon yg bertanding. Bermula dgn penyandang. 

Datuk Ahmad Zahid Hamidi. 
Merupakan seorang Menteri yg tegas. Ini lebih nampak sejak akhir-akhir ini. Tapi ketegasan Zahid sejak dulu. Beliau lebih lebih melayu dr Malaysia. Beliau tidak gentar utk berkata2. Beliau mengingatkan cek pada Tun Mahathir. Walaupun ada seketika beliau pernah dikaitkan dengan Anwar Ibrahim semasa zaman-zaman reformasi. Meskipun ada isu personal yg cuba menjatuhkan beliau, ia telah selesai diluar Mahkamah. 

Datuk Hishammuddin Hussein
Beliau lebih dikaitkan dengan Saudara Perdana Menteri & anak kepada Tun Hussein Onn. Beliau pernah dikaitkn dgn kontrovesi 'isu Keris' yg dijulang diwaktu menjadi Perhimpunan Agong UMNO sebagai Ketua Pemuda. Lebih memalukan beliau meminta maaf dgn insiden tersebut. Beliau dikenali sebagai Menteri Flip flop. Yg sering 'retract' kenyataan, sering bagi kenyataan yg kadang-kadang memalukan & lain2. Antara isu yg adalah isu Lahad datu & isu Aes. Datuk Hishamuddin tidak 'firm' dlm beberapa keputusan. Terlalu takut utk mengambil tindakan & sering mengambil jalan selamat. 

Datuk Shafie Afdal 
Satu-satunya calon dari Sabah/Sarawak. Kredibiliti beliau tidak boleh dinafikan. Antara Menteri yg buat kerja & menjadi suara bagi UMNO sabah/sarawak & juga suara bumiputera sabah & sarawak.

Datuk Ali Rustam 
Bekas MB Melaka. Kredibiliti dalam memimpin Negeri tidak boleh diletak tepi. Memang antara MB yg terbaik pernah ada di Malaysia. Yg membawa Melaka ke kemuncak. Walau bagaimanapun kekalahan beliau yg 'over-confident' meletakkan beliau di kawasan yg kelabu. Hasilnya! Kalah kepada nobody. Strategi yg teruk & bahaya kalau difikirkan utk UMNO. Ditolak faktor ini ketepi, maka beliau antara calon yg Kredibiliti memimpin yg tidak boleh dipertikai. Baru dilantik Pengerusi PUNB.

Datuk Isa Samad
Bekas MB Negeri Sembilan amat disenangi rakyat Negeri Sembilan. Pernah digantung seketika sebab disabit politik wang oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO. Calon Veteran yg cukup berpengaruh dikalangan old timer. Kredibiliti semasa memimpin Negeri 9 tidak begitu menyerlah. Hanya biasa-biasa. Memegang sebagai Pengerusi Felda.

Datuk Mukhriz Tun Mahathir
Calon Naib Presiden paling muda. MB Kedah & masih dibayangi pengaruh Tun Mahathir. Tetapi amat berani dalam membuat perubahan. Bila menguatkuasakan enakmen Syiah. Beliau tidak pernah memegang apa-apa jawatan di peringkat akar UMBI. Tidak pernah memegang jawatan di Bahagian malah apa-apa jawatan di peringkat PEMUDA UMNO. Beliau amat muda & mentah & kredibiliti beliau tidak boleh dibanggakan setakat ini. 

_____
Siapa pilihan Cek?
Cek memilih Datuk Zahid, Datuk Shafie & Datuk Ali Rustam. 
Kenapa? 
Datuk Zahid amat tegas & UMNO memerlukan org yg tegas. Bukan yg jenis teragak-agak dalam berkata-kata. Kena ingat yg UMNO hanya hidup & menang baru-baru dek kerana majoriti Melayu. 
Datuk Shafie merupakan calon 'clean' mewakili Sabah & Sarawak. Yg merupakan suara Majoriti UMNO & Bumiputera. Fixed deposit BN. Beliau wajib menang.
Datuk Ali Rustam walaupun kalah pada PRU-13 tetapi kepimpinan beliau tidak boleh dipertikai dalam meletakkan Melaka di persada Pelancongan Peringkat Antarabangsa. UMNO memerlukan 'leaders' seperti ini. 

Kesimpulan.. Gabungan ketiga-tiga Naib Presiden yg punyai kreteria yg mantap harus utk memacu perjalanan UMNO kehadapan. Letak tepi kepentingan diri & pilihlah calon yg terbaik. Bukan sapa yg famous sapa yg kenal & sapa calon pilihan Ketua Bahagian. Datuk Najib & Datuk Muhyidin perlukan Naib yg benar-benar bergerak bersama-sama. 

p/s: Artikel ini adalah pandangan peribadi cek semata-mata.. Ikhlas dari anak Melayu yg sayangkan UMNO. Email ke saya kalau ada pendapat sebaliknya anaklangkawi@gmail.com
comments

Sep 20, 2013

Tahaluf Siyasi haram jika mudarat perjuangan Islam

Dewan Pas perpandangan tahaluf siyasi adalah haram jika mendatangkn keburukan @ kemudaratan terhadap perjuangan ISLAM.

Cek nak kata.. Laaa baru sedaq ka? Itulah bila hangpa tahaluf siasi dgn caa yg salah. Dengan tak ikut cara nabi & sahabat. Tahaluf siasi patut digerakkan sesama umat islam bukan sebaliknya. Itula jadinya bila ilmu akal diangkat lebih dr ilmu hadis @ sunnah yg ditinggalkan.. 

Lantak hangpala.. 



comments

Sep 1, 2013

Krisis Kepimpinan Wanita UMNO! Pemilihan UMNO 2013

Menjelang Pimilihan UMNO. Satu yang pasti kemelut kepimpinan Wanita UMNO semakin Parah. Bilamana Datuk
Shahrizat @ Kak Jat bertungkus lumus nk pertahankn jawatan ketua Wanita. Pada cek cukup-cukupla jadi liabitili buat UMNO. Cukup-cukup memalukan Datuk
Seri Najib & cukuplah jadi liabiliti BN. 

Cek tak larat dah dgr kata-kata perli lembu duduk kondo. Lembu NFC. Wanita UMNO suka Lembu dll. Tolonglahhh berundur dgn jayanya. Anda telah menjadi liabiliti yg cukup teruk pada UMNO. Kesian pada wanita.

Pastu ada pulak sorang lagi yg menawarkan diri iaitu Datuk Seri Azalina. Ini lagi satu. Awak dulu diberi peluang utk
menerajui Kementerian Pelancongan. Banyak cerita yg kurang enak didengar disamping poster @ banner yg mempromo diri bukan tempat pelancongan negara. Itu belum yg lain. Untuk meneraju Wanita UMNO mcm Puteri adalah 'out of the question'. Rentikanlah.. 

Cek pelik sungguh. Takkan takdak lagi calon wanita UMNO lain yg baguih utk terajui WANITA UMNO. Kalau takat ua org ini.. Hmmmm .. Gelap masa depan UMNO.
comments

Aug 31, 2013

Enakmen banteras Syiah! PAS Sokong Syiah ke?


Alhamdulillah. Kedah merupakan negeri pertama di Malaysia yg luluskan enakmen banteras Syiah. Satu yg pasti ini merupakan tamparan hebat pada geng-geng Syiah dalam Pas.

Tetapi nampaknya memang Syiah dah menular dlm Pas sehinggakan enakmen yg penting seperti ini pun tak dapat sokongan. Dalam undian secara kertas undi 21 Wakil rakyat menyokong, 9 bantah, 4 berkecuali & 2 tidak mengundi. 

Dalam DUN (Dewan Undangan Negeri) Kedah BN mempunyai 21 anggota (19 Umno & 2 Mca), 9 Pas, 4 Pkr & 2 Dap. Jadi daripada undian vs ahli Dewan dptlah kita simpulkan siapa yg bantah enakmen tersebut. 


comments

Aug 25, 2013

Pengerusi PUNB - Datuk Seri Ali Rustam

 Tahniah diucapkan kepada Tok Ali Rustam atas perlantikan Pengerusi PUNB. Beliau menjanjikan yg terbaik dlm membantu Bumiputera. Rata-rata tahu yg Tok Ali 'kecewa' sebab kalah teruk baru-baru dlm PRu13 yg disebabkan peralihan pengundi cina. Bila dok sembang dgn org Melaka rata-rata sygkn bekas MB tersebut tapi masih tidak boleh dinafikan yg Tok Ali mmg mementingkan @ terlalu menjaga hati Kaum Cina Melaka yg rata-rata pro-DAP berbanding org Melayu. 

Jadi bila Tok Ali ckp janji yg terbaik utk bantu bumiputera, cek tau ini hanya cakap org kecewa yg tak kekal lama.. Sebab dah berpuluh tahun pegang MB tak pernah pulak cakap mcm ni. Jadi dato jadikan kenyataan cek ni tak tepat & yg apa yg diutarakan adalah serius. 

Takpa la Tok Ali.. Cek nak tengok & monitor janji Datuk Seri. 
comments

Aug 8, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin dr Blog Other-Perspektif.. 

Kalau ada terkasar bahasa, menegur yg sampai kecik hati, kalau terasa artikel yg ditulis berunsur fitnah @ mengumpat.. Cek mintak maaf nooo.. 

تَÙ‚َبَّÙ„َ اللهُ ÙˆَÙ…ِÙ†َّاوَÙ…ِÙ†ْÙƒُÙ…ْ  - 
Moga Allah Menerima Amalan Kita Semua
comments

Aug 6, 2013

AES U-Turn Pulak!

Cek cukup pantang kalau keputusan Kera Jaan mcm ni. Selalu sangat benda-benda mcm ni jadi. Jadi bahan lawak. Terutama bila kementerian dibawah mamat Hishamuddin ni. Cek cukup kecewa bila tgk benda-benda mcm ni. 

U-turn yg tak ketahuan. Dek sebab sedakan so call rakyat. Keutamaan rakyat diletak tepi. Statistik kematian & kemalangan jln raya diletak tepi. Dek kerana nk ambik hati puak-puak Pakatan! 

Baik paih ni undi ja pakatan.
comments

Jul 30, 2013

Apa nk jadi dengan Finas! The new Village vs Tanda Putra

Cek cukup tak paham dengan Finas yg double standard. Macamanalah Filem The New Village dah nyaris ditayangkan berbanding dgn filem Tanda Putera yg disekat-sekat penayangan.

Cukup-cukuplah kalau dah double standard gini. Pada Kementerian bertanggungjawab! Hangpa tgk balik carta organisasi dlm Finas. Kalau tak tau buat kerja tukaq org lain. Ini tidak sampai KDN kena campur tangan. Apa la mangkuk!! 

Kementerian Penerangan hapa! Menteri yg dilantik ambil tindakan pada pegawai terbabit.
comments

The new village, doctor rasis & tandas sekolah

Apa nak jadi. Makin menjadi-jadi isu sensitif. Semua pakat sensitif & semua pakat tak sensitif.

Elokla penayangan cerita The New Village dikaji semula. Jangan pulak nanti komunis diangkat sbg Hero pulak mcm timbalan presiden Pas Mat Sabu.  

Adalah amat malang melihat MMA yg melenting bila dikatakan ahli mereka merawat pesakit berdasarkan warna kulit. Apa yg nk melentingnya. Cuba buat 'investigation'. Bila bab Kenyataan berhubung Lynas pulak senang ja cakap walaupun takdak kepakaran. Masakan pokok bergoyang kalau takdak angin ye Tak!?

Satu lagi isu bilik persalinan yg dikatakan tandas. Itulah jadinya bila tidak merujuk kepada pihak perkenaan. Skrg apa dah jadi? Semua sensitif. Yg backup guru Besar vs Mak Bapak yg komplein.

Apa-apa pun bagus wanita MCA yg buat kenyataan yg neutral. Bukan mcm sesetengah pihak tuuu..


comments

Jul 25, 2013

BN Menang walaupun PAS Rasuah Petrol!

Alhamdulillah..
BN menang dengan majoriti yg lebih selesa pada PRK Kuala Besut meskipun perlawanan sengit dua penjuru. Ada sedikit pertambahan dari segi majoriti walaupun peratusan keluar mengundi berkurang.

Nampaknya Rasuah Petrol PAS 'last minute' tidak menjadi terhadap penungggang motosikal. Haritu byk sangat cakap dlm PRU-13 konon BN rasuah wang walaupun bukti tidak kukuh.

Tapi tup-tup depa pulak yg offer goodies last minit. Mungkin dek sebab sokongan merudum kot. Apa-apapun syabas buat BN & UMNO dan startlah buat kerja. Jangan sembang jaa lebih..

Artikel dibawah diambil dr Harakah konon ada rasuah kepada pengundi pada PRU13 walaupun tanpa bukti. 

PAKU DULANG PAKU SERPIH,
Mengata Orang Dia Yang Lebih


comments

Jul 24, 2013

Krisis kekurangan Ayam. Mardi! Jangan asyik rancang ja.


Satu yang baguih tentang mardi adalah 'reseach'. Peruntukan berjuta-juta ringgit tiap tahun untuk selidik itu ini dan lain-lain. Tapi yg mendatangkan 'faedah' hanya sedikit lepas tu pegi ke next project. Lepaa tu bab implimentasi macam hampeh. Diserah bulat-bulat pada jabatan pertanian utk 'execution'. Kemudian pegawai pertanian transfer pula so call lab teknologi ke lapangan. 

Yang akhirnya hasil macam-macam. Kesimpulannya dia jadi tak praktikal, kos tinggi, tak sesuai dan lain-lain alasan. Cek dah bosan tahap gaban tgk benda-benda macam ni. Mari kita tgk so call project Ayam Kampung Mardi adakah satu lagi projek syiok sendiri @ boleh menampung 10k ayam sasaran.

P/s: Projek menelan belanja RM 200,000.00 geran Sciencefund dibawah MOSTI. Projek bermula tahun 2000 & disambung 2008 (sudah 5 tahun). 

comments

Jul 21, 2013

Siapa kata Depa Kebal? Husam hangus 40k & Mat Sabu ?


Sapa kata depa semua ni kebal. Semua hampeh belaka. Kalau utusan kalah punya satu dunia bising. Tapi tgk skrg sapa yg kalah saman. Tarik saman. Delay  saman. Macam hampeh.


comments

Jul 20, 2013

Mana buktinya Rafizi Oiii? Who's in denial now?

Its quite dissapointing when a Parlimeant Representative gets aways with false alligation, slander & hearsay. More dissappointing when the Parlimeamt member discredit a representative from Bangladesh & call him to proof evidence no 40,000 bangladeshi come to be phantom voters? 

What?!! It should be Rafizi & Pakatan's Team need to proof evidence on whatever their alligation or otherwise. Till now which is already 2 month after election no evidence has brought in to support it.. Shame to have this kind of representative. 

Memalukan..

comments

Jul 19, 2013

Malu jadi Melayu, Sedarlah Bangsaku.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary :
Ini adalah sedikit kisah untuk renungan bersama...Pedoman buat Umat Islam dan Melayu....

Kisah 1:Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari . Apa ada dalam fikiran melayu ? Sayang kucing ? Kucing makan banyak ?

Jawapan cina, " Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan . bagi duit mesti taknak . Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia ."

Kisah 2: Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk , hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik . Satu hari gadis itu tiada , setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England . Apa ada dalam fikiran melayu ? Kedai buruk tapi duit banyak ? Bergadai tanah atau meminjam dari orang ?

Jawapan cina , "Saya dari keluarga Lim , bila anak saya nak pergi belajar , semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin . Tak perlu bayar balik , bila Lim miskin sudah jadi kaya , Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula ."

Kisah 3:Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid , bajet hanya 20 ribu . Dicari kontraktor melayu . Apa dalam fikiran kontraktor melayu ? Sebut harga hanya 20 ribu katanya . Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina . Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu .

Jawapan cina ," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang , tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah ."

Masyaallah , tak malukan wahai bangsaku ? Kalau ada kawan buka kedai , tak malu meminta diskaun ? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu , malah dihina jika miskin . Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih ?
Malangnya , kisah diatas adalah kisah benar ….

---------------------------
Cerita diatas antara secebis kisah benar yg berlaku. Banyak lagi yg kita tak dengar @ tak tahu. Kadang-kadang sikap kita sendiri yg menjahanamkan bangsa melayu. Sikap ambil tak kisah, iri hati@ memandang rendah kebolehan bangsa sendiri.

Cukup kalau pelayan di Pizza @ restoran. Layanan kepada bukan melayu melebihi org melayu. Org melayu pulak terlebih garang pada bangsa sendiri dr org lain. Kalau bab mintak diskaun.. Pada melayu paling byk mintak dr bukan melayu. 

Jadi lepas ni. Pada yg terasa dlm diri ada sikit sikap melayunya. Berubahlah& cuba utamakn bangsa sendiri lebih dr bangsa lain. Islam perlu bersatu. Melayu perlu maju... 
comments

Jul 17, 2013

10 Tahun kena Jerut/Rogol baru dpt pembelaaan?

Bukan niat nk menghina mahkamah tetapi bila lihat keputusan mahkamah hampir lepas 10 tahun baru dpt pembelaan ni apa cerita? Mangsa dirogol & dijerut oleh lelaki binatang pada usia 17tahun. Bayangkn bila mencapai usia 27tahun baru dapat keputusan mahkamah. Bayangkan 10 tahun dibiarkan menghadapi mimpi ngeri atas kejadian tersebut. Itupun cuma dapat dipenjara atas sebab jerut mangsa & pertuduhan merogol dilepaskan. Itu belum rayuan lagi! Agak-agak berapa puluh kes lagi yg tertunggak seperti ini. Mahkamah sepatutnya dikenakan KPI utk selesaikan kes-kes secepat mungkin terutama bila melibatkan kes rogol, penganiayaan, rompak & jenayah. Agar pensabit tidak dibiarkan diluar sana bercampur yg boleh mengundang bahaya pada masyarakat.
comments

Jul 16, 2013

Kempen Kuala Besut & Maskot DAP Penang

Kempen pilihanraya kecil di Kuala Besut memuncak. Nampaknya PAS masih tak reti@ tak paham percaturan setempat. Bila depa letakkan calon luaq untuk bertanding. Senang ckp ginilah, PAS Kuala Besut ketandusan calon utk diketengahkan sehinggakn perlu meletakkan calon yg jika menang akan hantar wakil utk berada di Kuala Besut sementara beliau berada di Kelantan utk uruskan perniagaan.

Kesimpulan :- Pilihlah calon tempatan

Penyalahgunaan wang Kerajaan negeri untuk mempromosikan DAP. Maskot burung DAP yg menelan belanja RM60,000 tampak terapung di tengah laut. Tah sapa yg dapat kontrak yg menghabiskan duit rakyat. Depa cakap soal CAT. Maka inilah kot yg dikatakn CAT. Hampeh!! Burung ini pun tak ada di pulau pinang. 

Nampak sgt maskot utk promosi DAP bukan pelancongan Pulau Pinang!! I raise my case!! 
comments

Jul 15, 2013

Poster Hina Ramadan.. Polis bertindaklah. Umat islam ada hal bataskesabaran-Nya!!

Semenjak beberapa tahun ni. Kes menghina islam & melayu makin menjadi-jadi. Mungkin dek sbb penguatkuasaan yg lebih. @ Mungkin selalu yg MCA akan bertindak menjadi moderator utk memintak maaf atas konon ketelanjuran tanpa sebab. Yg mereka ni rata2 umat ABCD. 

Sejak menjak DAP makin kuat. Makin ramai lantang bersuara. Nak bersuara boleh tapi mestilah kena. Jangan menghina, memalukan, melekehkan & seakan memijak org tersebut. Sifat cauvanis amat terserlah dlm diri mereka. Sampai bila umat islam boleh bersabar? 

Jgn sampai umat islam marah & mengambil tindakan sendiri dek lemah peguatkuasaan. Lagi kerajaan nk hapuskan akta Hasutan. Cukup-cukupla jgn hati mereka yg tahu adap susila.. 

Macam dah jadi pembangkai nampaknya mereka. Mengigit & lari bila diacah.. Dah dtg balik selepas bangkai dilupakan.. 
comments

Jul 11, 2013

Tiada ruang utk Calon Bebas. Iktibar Kamalia X Wanita.

Satu yg pasti, setiap yg bertanding calon bebas hampir pasti akan tewas. Datuk Kamilia protest kerana dicalonkan di DUN kerana beliau menginginkn ahli Parlimen. Dek kerana degil & terasa diri kuat atas kapasiti timbalan ketua wanita beliau membuat keputusan bertanding calon bebas yg secara langsung membuatkn beliau tersingkir & dipecat dari UMNO. 

Beliau sekadar dpt 447 undi & hilang wang pertaruhan. Kepada warlord Pakatan mahupun BN. Udah-udah bila terasa diri bagus sgt & cuba bertanding bebas sebab ia akan menghasilkan keputusan yg bakal menamatkan karier politik anda..
comments

Jul 10, 2013

Perangai Blackout505 Rafizi bawak Masuk dewan! Bukti Tarak!

Rafizi dimalukan oleh kenyataan sendiri apabila menuduh gaji kakitangan Proton & Perodua dikatakan turun ekoran penurunan harga kereta. Lepas tu lagi kata kualiti kereta turun & juga harga model proton lain naik utk tampung harga model yg turun.

DATUK MUSTAPA MOHAMED:-
"Kalau Pandan ada fakta, ada model
Yg harganya naik apabila harga Proton Saga diturunkan, harga model Proton lain pula naik, beritahu saya. Kami tidak terima laporan selepas  Proton, Perodua,Nissan, Mazda menurunkn harga, gaji kakitangan mereka diturunkan."
"Saya pun ingin tahu juga syarikat mana yg menurunkn qualiti kereta mereka, kes ini boleh dirujuk kpd tribunal pengguna @ persatuan pengguna". 

Inilah stail depa cakap tanpa bukti. Fitnah tanpa basis. Kerajaan dah turun harga pusing kot lain pulak fakta. Macam-macam.. Mcm putaq belit fakta blackout505. Yg lawak Rafizi jugak yg dok canang pasal menurunkan harga kenderaan 20-30% jika PR memerintah. Sekarang bila harga dah dikurangkn Dia tuduh pulak tanpa bukti.

P/s:- typical species opposition
comments

Jul 5, 2013

Mesir oh Mesir.. Bila demo dihalalkn inilah jadinya!

Atas nama demokrasi @ 'demo'crazy sekali lagi kerajaan yg sah dijatuhkan di Mesir. Kenapa cek kata kerajaan yg sah? Sebab kerajaan di pasa zaman Hosni Mubarak juga kerajaan yg sah walaupun tidak mengikut demokrasi. Sekarang Morsi menerima nasib yg sama dgn Presiden terdahulu. Kenapa? So call majoriti rakyat tidak menerima kemenangan Morsi yg dikatakan penuh penipuan dlm Pilihanraya.

- Mereka menyatakan berlaku penipuan dlm pilihanraya.
- Mereka menyatakan berlaku undi hantu dlm pilihanraya.
- Mereka menyatakan ada unsur kaw tim dgn pihak yg membuat pilihanraya. 
- Mereka menyatakan kerajaan jalanan adalah yg mengikut demokrasi
- Mereka menyatakan parti Ikhwanul Muslimin tidak melaksanakan janji yg dibuat.
Dan pelbagai alasan lagi org yg kalah. TGNA dlm kenyataan baru-baru ini menyatakan sokongan pada ikhwanul
Muslimin (FJP) & bimbang dgn keadaan yg berlaku dgn mengetepikn tuduhan yg dilemparkn penunjuk perasaan.

Mesir sekarang diambang perang saudara. Satu keadaan yg boleh dielakkn jika al-quran & sunnah diikuti. Masalahnya sekarang Ikhwanul Muslimin yg menghalalkn demonstrasi & demokrasi acuan barat. Maka apa yg berlaku skrg tidak boleh dikekang @ disalahkan. Seperti telan Ludah sendiri. Cek kesal dgn apa yg berlaku pada Mesir. Inilah jadinya bila silap percaturan politik. 

Cuba kita relate pada keadaan yg sama di Malaysia. Kerajaan Malaysia perlu tegas dlm hal seperti ini & jgn diberi ruang pada demonstrasi jalanan & usaha utk gulingkn Kerajaan Islam yg sah. 

"Orang-orang Yahudi & Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju @ suka kepadamu (wahai muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka". (Surah Al-Baqarah. 2:120)
comments

Jun 29, 2013

Undang-undang Syariah boleh diwakili oleh Bukan Islam!!


Apa nak jadi dengan Undang-undang syariah. 'Verdict' yg terbaru amat menakutkan dimana bukan islam selepas ini boleh menjadi peguam utk kes-kes mahkamah syariah. Kalau tak silap pemahaman cek.. kes anak, kes murtad, kes pembahagian harta & berbagai lagi kes yg melibatkn umat islam.

Baguih jugak. Sebab lepas ni peguam seperti 'karpal', lim kit siang & bbrp lagi peguam DAP @ yg dlm bar council boleh campur tangan hal ehwal islam secara terbuka. Oh ya! Mana pencelah daripada peguam-peguam islam Malaysia? Mana Persatuan Peguam Syarie? Mana Menteri Agama? Mana pemimpin PAS & UMNO? Takkan senyap? 

Satu demi satu hak diusik. Kepada pihak yg bertanggungjawab yg punya kuasa utk meminda undang-undang. Diharap cepat-cepat letak 'clause' berkenaan utk mengelakkan bukan Islam masuk & campur tangan hal ehwal undang-undang islam.

comments

Jun 27, 2013

Ketawa Akhir Ketawa Menang?

Hampeh! Itu yg boleh dikatakan bila tgk Anwar & konco-konco angkat sesumpah di Parlimen. Punyala berkobar-kobar berucap didepan SAMM & mereka2 yg syiok sendiri yg rata-rata org Melayu. Itupun bila di 'fatwa'kn wajib & syahid oleh Ulama baru PAS Husam.
Mereka pun 'repeat' balik sejarah baring sambil guling-guling atas jalan seperti yg berlaku di Perak dahulu. Kelakar! Sebab nun 100m drpd tempat mereka berguling , pemimpin mereka yg sama-sama menempuh jerebu yg berbahaya sebelum ini dgn asyik mengangkat sumpah taat setia pada Parlimen sekaligus membenarkan keputusan Pilihanraya..!

Haru! Hahahahaha.. Pada rakyat marhain yg cerdik patut dpt meneka apa maksudnya. Pada yg kurang cerdik baca lagi.. Maksudnya mereka telah menerima keputusan Pilihanraya. Menerima kekalahan secara terbuka & seperti menjilat ludah sendiri. Seperti bergulumang dgn tahi sendiri yg dicampak ke langit..
Pada masa yg sama.. Sebelah tghari mereka makan bersama pemimpin kerajaan BN sambil bergelak ketawa! Mungkin ketawa mengingatkn penyokong-penyokong yg kurang cerdik diluar. Mungkin ketawa mengenangkn & suka senang sungguh memperbodohkan manusia..

So apa jadi pada :-
- 40,0000 bangla
- blackout
- pengundi hantu dua kali? 

Dan bermacam tomahan pada SPR.
Pada SPR.. Lepas ni kasi letak plumbum dlm dakwat supaya tak boleh hilang setahun.. Senang cerita!! 

comments

Jun 23, 2013

Idea bodoh Kerajaan Kedah? Jambatan ke Langkawi!


Terkejut cek tgk so call impian utk jambatan ke Pulau Langkawi. Yg pertama terlintas di kepala adalah mengapalah ada idea sebodoh ini.
Sebagai anak jati Langkawi cek tentang sekeras-kerasnya cadangan bodoh ni. Sebab apa cek kata cadangan bodoh. Sebab drpd buat jambatan lagi elok buat feri semacam di Pulau Pinang. 

Pada MB Mukhriz. YB Tolong kasi sound sikit idea2 tak cerdik mcm ni. Fyi Yb Exco, tiada masalah air @ letrik di Langkawi. Mestipun kalau ada masalah byk lagi cara nk selesaikan masalah tersebut dr buat jambatan yg berharga berjuta-juta ringgit. Kos utk bina jambatan ke Langkawi akan makan belanja 5x atau 6x ganda harganya daripada Penang Second Bridge. 

Fikir-fikirkan... Kalau nk buat jugak. Tunggulah Langkawi bakal bertukar tangan.. 
comments

Jun 19, 2013

75 Tahun Utusan Melayu! Suara Org Melayu makin dilupai..

Semalam genap 75 tahun Utusan Melayu  berjuang. Bermula sejak dr Malayan Union hingga ke hariini. Bertukar pejabat dr Singapura ke Kuala Lumpur. Syarikat yg dibina oleh keringat & airmata kesedaran org Melayu. Utusan sentiasa berada di barisan hadapan terutama dlm memperjuangkn melayu & menegur baik di pihak mana.

Ada pihak melabel Utusan Melayu sbg rasis ttp hakikat disebalik adalah utk memadam prbuatan rasis akhbar bukan bahasa Melayu terutama Akhbar Cina yg jauh lebih rasis. Utusan lahir drpd degup jantung & hasrat melayu pd zaman penjajah. Lahir utusan atas doa org Melayu utk diadakan satu jln utk mencapai matlamat perjuangan kpd org Melayu. Utusan Melayu dijadikan alat utk menyatukan org Melayu & menyampaikn hasrat & perjuangan melayu. Sehinggakan boleh dikatakan Lahir & berkembangnya UMNO disebabkn Utusan Melayu. Utusan Melayu lahir lebih awal dr UMNO & dek sbb itu jika ada pemimpin UMNO yg memandang sinis Utusan adalah spt tidak mengenang jasa Utusan. 

Sekarang org Melayu mudah lupa. Utusan Melayu dilupa & hnya tinggal sisipan & diganti dgn Utusan Malaysia. Kerajaan pulak seperti tidak endah kepada Utusan Melayu. Kalau kerajaan boleh edarkan komputer pada semua kenapa tidak edarkan Utusan Melayu? Utusan Melayu perlu berada di media maya! Bersama-sama arus perdana.. 

Dalam pada Cina & India mengekalkan tulisan mereka, Melayu & Kerajaan membuang tulisan jawi. Sekolah Melayu ditukar kepada sekolah kebangsaan. Sekolah jenis lain berleluasa sehinggakan cikgu Melayu pun tak tahu menulis jawi. Setiap org Melayu mesti tepuk dada tnya selera? Utk selamatkan Utusan yg sedang dilambung gelombang.

Kita boleh buat benda-benda lain. Yg terpanjang, tertinggi dll tetapi nk hidup & pertahankan Utusan Melayu & tulisan jawi tak bolehkah? Kita boleh & kerajaan boleh bagi puluh-puluh juta pada sekolah cina & india, maka tak bolehkah hidupkan Utusan Melayu? 

Org Melayu jgn buang baka supaya tidak membuang warisan & pusaka. Hidup pusaka warisan org Melayu iaitu tulisan jawi..


comments