Jun 19, 2013

75 Tahun Utusan Melayu! Suara Org Melayu makin dilupai..

Semalam genap 75 tahun Utusan Melayu  berjuang. Bermula sejak dr Malayan Union hingga ke hariini. Bertukar pejabat dr Singapura ke Kuala Lumpur. Syarikat yg dibina oleh keringat & airmata kesedaran org Melayu. Utusan sentiasa berada di barisan hadapan terutama dlm memperjuangkn melayu & menegur baik di pihak mana.

Ada pihak melabel Utusan Melayu sbg rasis ttp hakikat disebalik adalah utk memadam prbuatan rasis akhbar bukan bahasa Melayu terutama Akhbar Cina yg jauh lebih rasis. Utusan lahir drpd degup jantung & hasrat melayu pd zaman penjajah. Lahir utusan atas doa org Melayu utk diadakan satu jln utk mencapai matlamat perjuangan kpd org Melayu. Utusan Melayu dijadikan alat utk menyatukan org Melayu & menyampaikn hasrat & perjuangan melayu. Sehinggakan boleh dikatakan Lahir & berkembangnya UMNO disebabkn Utusan Melayu. Utusan Melayu lahir lebih awal dr UMNO & dek sbb itu jika ada pemimpin UMNO yg memandang sinis Utusan adalah spt tidak mengenang jasa Utusan. 

Sekarang org Melayu mudah lupa. Utusan Melayu dilupa & hnya tinggal sisipan & diganti dgn Utusan Malaysia. Kerajaan pulak seperti tidak endah kepada Utusan Melayu. Kalau kerajaan boleh edarkan komputer pada semua kenapa tidak edarkan Utusan Melayu? Utusan Melayu perlu berada di media maya! Bersama-sama arus perdana.. 

Dalam pada Cina & India mengekalkan tulisan mereka, Melayu & Kerajaan membuang tulisan jawi. Sekolah Melayu ditukar kepada sekolah kebangsaan. Sekolah jenis lain berleluasa sehinggakan cikgu Melayu pun tak tahu menulis jawi. Setiap org Melayu mesti tepuk dada tnya selera? Utk selamatkan Utusan yg sedang dilambung gelombang.

Kita boleh buat benda-benda lain. Yg terpanjang, tertinggi dll tetapi nk hidup & pertahankan Utusan Melayu & tulisan jawi tak bolehkah? Kita boleh & kerajaan boleh bagi puluh-puluh juta pada sekolah cina & india, maka tak bolehkah hidupkan Utusan Melayu? 

Org Melayu jgn buang baka supaya tidak membuang warisan & pusaka. Hidup pusaka warisan org Melayu iaitu tulisan jawi..


comments