Ingatkan mereka akan sejarah Bangsanya yg ber Negara berlandaskan Adat Rakyat Bersultan, Negeri Beraja.
Jun 12, 2009
Muktamar PAS 55 & Kerajaan Perpaduan
May 1, 2009
Seruan Penyatuan Ummah - PAS & UMNO

Apa Istimewanya lagi Hak Keistimewaan Bumiputera jika tiada lagi keistimewaan ini dlm dasar kerajaan. Apa lagi istimewanya Kedudukan Agama Islam sbg agama rasmi jika agama kita boleh dipersenda, dipertikai, dipetik & dimainkan sedemikian rupa. Menjadi lebih parah apabila bukan Islam mendapat restu ulama' tertentu utk mempermainkan Islam. Kedudukan Islam telah dicabar dgn nyata & kita lihat dimana fatwa utk org Islam dipertikai oleh umat Islam itu sendiri. Betapa menjadi amat sesak dada bila melihat kalam Allah dimainkn sebegitu rupa. Apa guna Ketinggian Raja2 Melayu sbg toggak Negara jika peranan mereka dipertikai & tidak dihormati. Rakyat secara keseluruhan pula diajar utk membenci peranan raja yg menjadi penyatu Ummah di Malaysia.
وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَفَرَّقُوْا
saling marah, saling memutuskan (persaudaraan) dan janganlah kalian saling bermusuhan,
akan tetapi jadilah hamba Allah yang bersaudara." (HR. Muslim). Demikianlah yang seharusnya terjadi sesama muslim dan bukan sebaliknya.
Apr 24, 2009
Muzakarah - PAS & UMNO - "Liberalisasi"
Pro-UMNO : A ah. Nak buat macamana! PAS pun dah taknak bela Melayu. Dok kata assobiah. Tak semua sektor dibukak. Lani sapa yg rugi & bodo. UMNO yg tunduk pada desakan & PAS yg sokong tolak atas nama keadilan.
Pro-PAS : Hm.. Jgn dok salahkan PAS le. Dah bangga sgt dgn UMNO yg dgn slogan Hidup Melayu, Ketuanan Melayu dah lain jadinya pulak. Kata tak tunduk langsung dgn desakan lani mana pi prinsip yg dok kata takkn melayu hilang didunia. UMNO kata hebat sgt? Apahal byk sgt sektor. 27 Tau.
Pro-UMNO : Itula jadinya bila Melayu tak bersatu. Aku salahkan dua2. UMNO terpaksa nak ambik hati bukan Bumiputera & PAS tak pertahankan org Melayu. Sama2 bodoh & org Melayu juga yg rugi. Jgn kata PAS tak salahla. Sama ja. UMNO sorang ja berjuang utk org Melayu. PAS dah tak kisah pasal melayu. Bila dah jadi mcm ni pandai pulak cakap konon nak jadi pembela Melayu. Stand aku simple aku tak setuju.
Pro-PAS : PAS tak pernah pun nak tegakkan Ketuanan Melayu. Yg PAS perjuangkn adlh Hukum Islam yg ada dlm Quran. Adil utk semua. UMNO yg kecoh2 selalu kata pmbela bangsa Melayu yg lain nmpak pengecut. Langsung tak lawan. Sudahla ckp je pandai dah nmpak yg UMNO bukan pmbela bangsa melayu yg selalu diagong2 kan. Bila dah jadi depan mata sendiri baru nak ckp UMNO kena tunduk kat org bukan Melayu. Hehe. Mcm lalang pulak. Dr dulu mmg UMNO pengkhianat bangsa, penipu, parti yg patut dipulaukan.
Pro-UMNO : Betulla aku ckp. PAS tak perjuang. Jd kenapa skrg dok kecoh2. PAS for all ye tak?. UMNO masih perjuang bangsa, agama & negara. Mungkin desakan ekonomi global telah menyebabkan Najib terpaksa. Disamping desakan politik. Selagi Hak Keistimewaan bumi terjaga UMNO tetap relevan. PAS dah Malaysian Malaysia. Bukan lalang, yg salah ttp salah. Bukan mcm sstgh org tu. Asyik depa ja betui.
Pro-PAS : Mana relevan UMNO bila Industri Kecil Sederhana majoriti org Melayu dah kena compete. Bkn UMNO ke yg dok jaja kata parti ttp pertahan org Melayu hingga titisan darah terakhir. Udahla dgn drama yg rakyat dah benci. Skrg ckp sbb tekanan ekonomi sbb tu bukak pd org luaq. Apahal pulak hak melayu bukan kena pertahankan? Jgn usik langsung. Ni lain pulak. Mana pi pakej ekonomi yg diwar2kan billion2. Takkan tak bantu kot. Pndai2la nilai UMNO lani. Pada aku dr dulu mmg UMNO parti pengkhianat!
Pro-UMNO : Sejak bila pulak PAS concern soal Melayu. Hahah. Dah ckp mcm assobiah pulak. Dulu cakap lain. Mmg flip flop. Lexla hak Melayu masih terjaga Hak Keistimewaan. Aku tetap percaya yg pengkhianat bangsa, agama & Negara adalah PAS.
Pro-UMNO : DEB pun dihapuskan under Pakatan jugak. Jgn sembangla. Takyah dok buat alasan. Kedah dgn Kelantan sbb PAS 100%. Tapi kalo mengan pusat esok PAS parti penumpang ja. DEB dihapuskan. Semua bersalah utk aku. Benda ni dibuka pun sbb org Melayu Islam tak beratu & lemah. Masing2 nak jaga hati org kafir tak kirala PAS or UMNO. Apa boleh buat komplen, gado sama sendiri pun tak guna. Yg nyata MCA, Gerakan, DAP, PPP, MIC dll dok gelakkan kita. Yg Melayu Islam terduduk ternganga. Udah2 dok tuduh UMNO.. sama ja semua.
Pro-UMNO : Bgtau aku satu jasa PAs bela Melayu ? PAS tuduh UMNO assobiah. Takpala.. la ni kira PAS jelah yg dok bela Melayu & Agama. Jasa2 UMNO yg dok bela Agama & Melayu selama ni buang jamban disbbkan org mempolitikkan liberalisasi yg PM umumkn. Mcm aku ckp yg rugi org Melayu & Islam.
Pro-PAS : Bukan sbb politik tp kenyataan yg UMNO selama ni bangga dgn parti yg mmbela Melayu. PAS kat Kelantan brjaya satukn kaum yg lain jd serumpun dgn syariat Islam. Org Melayu Kelantan terbela tanpa hak Istimewa dganggu langsung. Tak pernah dgr kat Kelate hak Melayu, tanah2 rezab bg kat org bukan Melayu. Sbb cara pentadbiran PAS ikut Hukum Islam yg adil lagi saksama!
Pro-UMNO : Hang lupa bbrp fakta ttg kelantan. Org bukan Kelantan tak boleh beli tanah kat Kelantan. Masih ada istilah tanah rezab Melayu kat Kelantan. Masih ada Sekolah Jenis Kebangsaan. Salah ka UMNO bangga kerana dapat tingkatkn ekonomi org Islam.
Pro-PAS : Ha baru betui la. Hak Melayu terpelihara secara tak langsung. Ape salahnya buat gitu. Sekurang2nya bukan Melayu tak langsung boleh pertikai. Ada ka bangsa lain berani pertikai pasal ni? Angkat kepada dok kutuk TGNA? Takdak pun. Sbb? Cara TGNA terajui ikut Hukum Islam yg x langsung diskriminasi bangsa lain. Ni yg dkatakn berkat & rahmat bila Hukum Islam dlaksana.
Pro-PAS : UMNO tak tindas bgsa tp UMNO yg kecoh2 bila bgsa Melayu tidak terbela & terjaga. Lani sapa yg masuk lubang sendiri pi bukak peluang pd org2 luaq dlm sektor perniagaan yg byknya org Melayu. Tak bodoh ka? Dok kata hak Melayu terpelihara. Tgk apa jadi skrg?
Pro-UMNO : Samaada ia akan effect Melayu @ tidak kita akan tau nanti. Aku yakin ada hikmah benda ni dibuka. Demi berdepan kemelut ekonomi. Melayu ttp dijaga. Itu matlamat asal penubuhan UMNO. Selagi hak Keistimewaan dijaga. Aku ttp dgn UMNO. Sekurang2nya ada lagi prinsip bukan mcm PAS yg dah kuburkn perjuangan Negara Islam. Kena gertak sikit dgn DAP teruih ketaq.
Pro-UMNO : Yalah! terlaksana dalam mimpi jelah. Macamnila. Kalau nak bandingkn PAS dgn UMNO. Yg mana paling jaga hak Melayu. Sendiri tau la. Pastu kalo tgk pulak skrg PAS dgn UMNO sapa paling jaga Agama. Lastly pasal raja pulak? Yelah PAS jugak yg jaga ketiga2 ni. heheh.
Pro-PAS : Dahla, jgn ckp pasal UMNO jaga bangsa, agama, raja. Tkkn taknak ulas time UMNO yg byk derhaka pasal Trganu, Perlis, bapak tajol Rosli. MT Taib. Takkan buat2 lupa. Bangsa? Hmm. Tanah rezab Melayu habis kat Penang & Perak dijual pd Cina2. Bahasa Melayu pun tak dijaga. Lani Math & Science dlm BI pelingkup anak Melayu adala sampai gred nak PAS pun kena turun sbb nak jaga standard takut kena taruh.
Pro-UMNO : Dalam hadis ada ckp jika kena pilih antara dua benda yg mendatangkan kemudaratan @ tak elok. Pilih yg paling kurang mudarat. Utk aku BN la masih menjadi pilihan. Demi agama, bangsa & negara. Aku taknk ulas isu2 yg pernah discuss. Persoalan adalah pilihan skrg bukan dulu2. Susah org PR taknk mengaku salah. Bila cakapja pasal depa dok ungkit yg dulu2. Ayat biasa. Dulu BN boleh buat?
Pro-PAS : Bila pulak pernah discuss. Ke takut nak perkatakn sbb nampak dah kelemahan UMNO yg terserlah. Ikut hang dah caya sgt, taksub dgn UMNO. Pasal hadis aku tak nak komen biar pakar yg ulas. Nnti pandai2 ckp rosak akidah.
Pro-UMNO : Lupa la tu. Ada hang dah lupa kot. Nnti aku email kat hang jawapan pada isu tu. Sapa yg taksub? hang ka aku? takpala masing2 ada hujah. Yg penting skrg org Melayu yg rugi sbb Melayu pecah 4. UMNO, PAS, PKR & atas pagar. Aku tunggu jelah bila time Ergodan kuasai PAS. Waktu tu baru hang akan ingat kata2 aku. Nasharuddin pun nanti Husam nak lawan.
Apr 20, 2009
PAS sekarang Vs PAS dulu
Namun, mata org Melayu skrg tertumpu kepada pemilihan kepimpinan PAs yg sedang rancak dicanangkan. Majlis Syura @ berbincang tidak lagi dijadikan pilihan yg selama ini menjadi ikutan. Tetapi perlawanan secara terbuka menyerupai UMNO & parti2 lain di Malaysia. Dimana majlis syura & dimana musyawarah? Kerana kuasa ramai meramalkan Puak2 Erdogan PAS akan menguasai PAS. Satu demi satu tewas di pentas atas nama perubahan Ala Erdogan. Mungkinkah tanda awal kumpulan Ulama diketepikan bermula dr PAS wilayah sendiri ?Pergelutan dalam PAS tidak boleh lagi disangkal oleh Pimpinan PAS. Maka, jika kumpulan Ulama' didlm PAS habis dipenggal maka bermulalah era PAS menjadi parti komponen PKR yg didalangi oleh DSAI sendiri.
Jika PAS dulu menjadi parti yg didokongi Ulama ttp skrg Parti ini bakal menghapuskan peranan Ulama'.
Lebih menyenakkan lagi apabila percaturan politk terbaru byk meng'HALAL'kn bbrp benda yg selama ini tidak pernah dibuat selama ini. PAS melalui Ulama' tersohornya telah memberikan tanda HALAL utk mengizinkan Ulama' DAP mempergunakan Al-Quran & Hadis bagi mencapai perjuangan politik. Kalam Allah dipetik tanpa susun kata sempurna, takbir Allahuakbar diucap oleh mereka, perkataan Allah di Halalkn utk digunakan oleh sebarang agama, Hadis digunakn dimana ada keperluan ttp yg mereka tak mahu ikut adalah seruan Islam itu sendiri.
Jadi boleh disimpulkan mereka tidak ikhlas & hanya pergunakan Islam.
Adakah HALAL hukumnya walaupun kita sedia maklum jika seseorg Islam berkeadaan JUNUB sekalipun adalah HARAM mengungkapkan kalimah ALLAH, takbir, hadis & kalam Allah. Masakan utk bukan ISlam boleh? Jadi siapakah yg bakal menanggung dosa kelak? Tanyalah diri sendiri.
Bersalahkah mereka? Boleh kah mereka? Byk pendapat yg berbeza2. Mufti telah berkata2 & majlis mufti telah sepakat utk tidak membenarkan ia berlaku. Ttp, kenyataan ini diHALALkn oleh Mufti PAS atas sebab politik. Nauzubillahhiminzalik. Diakui ilmu agama saya adalah cetek dibandingkn dgn mereka ttp kita tahu adakah permintaan, penggunaan & ucapan yg melibatkan Islam merupakan ikhlas @ kepentingan politik semata2.
Matlamat perlembagaan PAS utk menegakkan Islam telah ditolak & ditendang tepi demi desakan rakan2. Malah Ir Nizar sendiri menafikan itu perjuangan PAS menegakkan Negara Islam/ Hukum Hudud. TGNA & sayap Ulama PAs jugak tidak meletakkan Hukum Hudud & Qisas bukan perjuangan utama. (keratan akhbar disebelah)
Sekarang telah menjadi kebanggaan PAS bila bukan Islam bertakbir! Allahuakbar!
Jika PAS dahulu melenting bila soal agama Islam dijentik & diusik, PAS sekarang menyokong pula bila keadaan sama berlaku.
Lagi menyenakkan bila PAS tidak lagi berckp soal bangsa Melayu. Mereka berckp soal sejagat & hak sama rata. Mereka tidak lagi mendokong cara doktrin mereka selama ini yg menjadi pembela melayu bilamana org Melayu mundur satu ketika dahulu. Mereka merupakan kaki & telinga org melayu bila kadangkala UMNO leka menolong bangsa pribumi di Malaysia. (ttp tidak pulak bila soal PPSMI diperjuang atas dasar melayu?)
Kini telah menjadi kebanggaan bagi PAS utk menang atas ehsan bukan Islam yg selama ini menjadi topik kecaman bilamana PAS mengutuk UMNO selama ini yg menang atas undi bukan melayu. Sehinggakan UMNO dituduh kafir & bersekongkol utk melemahkan org Melayu.
"I must ask non-Malays to be fair & be considerate & not make unreasonable demands, for it is well to remember that no natives of any country in the world have given away so much as the Malays have been" YTM TUNKU ABDUL RAHMAN, Kuala Lumpur, 22 April 1956.
Jika dahulu PAS lantang membela nasib nelayan, petani Melayu di serata Negara, skrg PAS lebih pentingkan menjaga hati Kaum lain dr menjaga hati bangsa sendiri.
Penghinaan demi penghinaan dilemparkan kepada Sultan & Raja2 berperlembagaan. Ianya bermula dgn pertikaian di Perak. Dimulai oleh Bakal Naib Presiden PAS Ir Nizar dgn kontravesi Sembah DERHAKA. Disambut pula oleh penyokong2 PAS sendiri beramai2 selepas solat jumaat telah melakukan keganasan yg tidak pernah dilakukan oleh mana2 Umat Islam & rakyat Malaysia sebelum ini keatas institusi beraja yg telah bertapak & menjadi toggak umat Islam selama lebih 400-500 di tanah Melayu.
Jadi adalah amat wajar Sultan memberi teguran demi teguran kepada rakyat Malaysia. Dan yg
terbaru adalah semalam bilamana Sultan Azlan Shah sendiri bertitah mengenai Tindakan Cemar Institusi Raja seperti 'menyalakan api dalam sekam'. Kenyataan demi kenyataan menunjukkan Institusi Beraja tidak menyenai perkembangan agresif yg mempertikai kedudukan Sultan yg disokong oleh PAS sendiri bersama2 rakan2 PKR & DAP. Sultan Selangor telah bertitah, Sultan Johor murka terhadap wakil DAP & bbrp lagi teguran dibuat oleh Sultan2 kepada Parti Pembangkang.
Teguran diendahkan malah berjaya menghasilkan penyokong2 yg terang2 mencabar institusi beraja. PAS tidak lagi menghormati Raja2 Melayu yg merupakan Ulul Amri yg nyata. Pada mereka Ulul Amri hanya pemimpin PKR, PAS sahaja termasuklah DAP.
"Raja & Istana adalah pelindung kepada adat & kebesaran kerajaan yg sejarahnya di bumi ini bertunjangkan kerajaan Melayu" DYTM RAJA NAZRIN. Istana Iskandariah, Kuala Kangsar 17 Mac 2008.
Jika dulu PAS amat menghormati Sultan & Institusi Beraja, PAS skrg hanya menunggu utk menjatuhkan SUltan kerana tidak menurut kemahuan mereka (bersama2 DAP)..
Ulasan Akhir -- (kepada Parti PAS)
Jika betul PAS ikhlas dalam menegakkan syiar Islam @ bertujuan utk menyebarkan Islam buatlah program2 yg menepati syiar Islam. Jemput mereka2 dlm PR mahupun bukan Islam & bercakap ttg ciri2 Negara Islam, Hukum Hudud & bbrp lagi ciri dlm menegakkan syiar Islam.
PAS sering berckp soal Hukum Hudud & Negara Islam ttp apa yg selama ini dibuat utk memartabatkan perjuangan mereka?
Biar kita lihat adakah mereka benar2 Ikhlas utk mendekati PAS @ mempergunakan PAS semata2 demi kepentingan politik.
Kembalilah utk bermuzakarah dgn UMNO. Seteruk2 UMNO pada pandangan PAS mereka adalah saudara kamu & wajib merapatkan persaudaraan sesama Islam. Mulalah merapatkan saf sesama Islam. Adakanlah muzakarah kerana ia dituntut oleh Islam.
Jgnlah biarkan mereka2 yg berckp atas pentas politik menggunakan nama Islam sambil mewarwarkan bbrp petikan sahaja dlm Islam yg menguntungkan puak2 pendokong demokrasi ala Yahudi. Fahamilah mereka, tegurlah mereka.. jgn biar mereka mempersenda Kalam Allah..
Dimana PAS yg kita kenali dahulu yg membela Bangsa, Agama & Negara bilamana kadang2 UMNO tersasar?
Jika pejuang2 lama PAS masih lagi hidup dimuka bumi ini nescaya berlinangan Air Mata mereka melihat bagaimana perjuangan PAS telah terpesong dr perjuangan asal.
Wallahwaqlam..Apr 16, 2009
Terengganu & Erdogan - Selingan
Mar 20, 2009
Kerajaan Campuran PAS - BN
Jika kerajaan campuran yg dicadangkan utk merapatkan mendamaikan dua kumpulan politik umat Islam apa salahnya kan? Ini adalah yg sebaik-baiknya & amat 'dituntut' oleh Islam. Hanya terdapat 2 Parti Melayu yg memperjuangkan Melayu & Islam. Hanya PAS & UMNO. Seperti yg selalu dinyatakan sebelum ini, kenapa tidak kedua2 Parti ni bermuzakarah & berbincang bagaimana utk menyelesaikan kemelut perpecahan umat Islam / Melayu di negara ini.
Saya yakin jauh disudut hati kedua2 penyokong Parti terbesar di Malaysia ini amat mahukan Melayu bersatu. Penyatuan @ titik pertemuan dua parti boleh dipersetujui & dirancang. Kita tgk bagaimana DAP, MCA, GERAKAN & MIC bercakap bila kepentingan mereka diusik. Kenapa tidak kita (PAS & UMNO) ?
Kenapa kita 'tidak bersatu' apabila isu2 yg membabitkan kepentingan Islam, Melayu & Perlembagaan diusik & dikuis. Boleh tak kita org2 PAS & UMNO meletakkan kepentingan ini mengatasi segalanya. Tidak sedarkah kita apa agenda disebalik apa yg sedang berlaku skrg.
Tidakkah kita tahu bahawa kelaian kita boleh menyebabkn kita merempat di bumi sendiri. Nauzubillah. Saya amat berharap keadaan itu tidak berlaku. Saya amat mengalu-alukan kerajaan campuran. Tetapi kita tahu yg ia amat sukar. Mungkin boleh dimulai diperingkat Negeri bukan diperingkat Pusat.
Yg amat diharap @ diwajibkan adalah mengadakan 'titik pertemuan' antara pemimpin PAS & UMNO, dan bersetuju pada usul2 @ perkara2 yg menjadi kepentingan bersama :
1- Hak Islam @ apa2 isu melibatkkan Islam di negara ini.
2- Hak Keistimewaan Org Melayu - tidak boleh diusik mahupun dipertikai
3- Status Raja2 Melayu -
4- Apa2 isu yg menjadi asas kepentingan bersama.
Akan jadi satu ketika nanti jika kita tidak berubah akan wujudlah perang saudara sesama Islam. Ayuhlah bangsaku & saudara Se-Islamku. Mari bersatu. Kita boleh berbeza fahaman politik ttp hanya pada Yang SATU kita sembah & meminta pertolongan.
p/s: Cukuplah kita berkorban.