"Barang siapa melepaskan ketaatan (drpd pemerintah), nescaya akan menemui Allah tanpa memiliki hujah (alasan). Dan barang siapa meninggal dunia tanpa ikatan taat setia, maka kematiannya (seperti) kematian jahiliah."
-------------------------------------------------------------
DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.
Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.
Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.
Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.
------------------
Other Perspektif :-
DAULAT TUANKU.. Saudara & saudari sekalian. Berikut adalah petikan al-quran & hadis ttg tanggungjawab seorg muslim utk mentaati pemerintah sejajar dgn apa yg Mufti Perak katakan sebelum ini. Wallahwaqlam.
Riwayat Bukhari & Muslim :-
"Seseorg Muslim wajib memperkenankan (menerima) & taat berkaitan apa sahaja (yg diperintahkan oleh ulil amri), suka @ tidak suka. Tetapi apabila ia (org Muslim) diperintahkan berbuat maksiat, maka ketika itu tidak boleh diperkenankan (diterima) arahan itu & juga tidak boleh taat".
Surah An-Nisa ayat 59 :-
"Wahai org2 yg beriman, taatlah kepada Allah & taatilah Rasul-Nya serta Ulul Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kamu kepada Al-Quran & Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah & Hari Kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) & lebih baik akibatnya."
Rasulullah SAW bersabda (Riwayat Bukhari) :-"Barang siapa taat kepadaku, sesungguhnya dia taat kepada Allah. Barang siapa bermaksiat (melakukan kesalahan di sisi agama) kepadaku, sesungguhnya dia telah bermaksiat kepada Allah. Barang siapa taat kepada Amir (penguasa), sesungguhnya dia taat kepadaku. Dan barang siapa yg bermaksiat kepada Amir, sesungguhnya dia bermaksiat kepadaku."
Rasulullah SAW pernah ditanya apakah harus kita memerangi mereka (pemerintah) yg melakukan perkara yg tidak disenangi oleh rakyat dgn pedang @ kekerasan. Nabi bersabda (Riwayat Muslim) :- "Tidak, selama ia menegakkan (menunaikan) solat dgn kamu. Ketahuilah, org yg dikuasai oleh seorg pemerintah & melihatnya mengerjakan maksiat kepada Allah, hendaklah ia membenci maksiat kpd Allah itu tetapi tetap tidak melepaskan ketaatan kepada pemerintah tersebut". |
From Other Perspektif |
Ini bukan kali pertama kebiadapan Karpal Singh, Dulu Sultan Selangar, Lepas tu mempertikaikan titah tunku mizan di parlimen dan yang terkini sultan perak. Mungkin Karpal telah sedar bahawa PM india sekarang bangsanya, sebab itu beliau sombong. Mungkin agaknya sekiranya Pakatan Rakyat memerentah Malaysia Anuar akan lantik dia sebagai Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang ganti Rahman Abas.
ReplyDelete