Program belia lepak Langkawi 27 Februari
LUBUK SETOL 25/2/09 - Belia di Langkawi berpeluang berpesta secara sihat bersama pemimpin dalam program ‘Lepak Positif Di Laman Tanpa Status’ anjuran Majlis Belia Daerah Langkawi di Kompleks Sukan Belia Perahu Layar, Kelibang pada 27 Februari ini. Pengerusinya, Nor Saidi Nayan berkata, kira-kira 300 belia dan beliawanis akan berhimpun dengan menyertai pelbagai acara yang telah diaturkan.
Menurutnya, mereka berpeluang berkaraoke, mengintai peluang pekerjaan dan terdapat juga program marhaban, berkompang, tarian tradisional dan pelbagai juadah disediakan. “Program ini dibuat bagi pemimpin mendekati mereka, berbual cara tanpa mengira status sebagai menyelami hati belia. “Tiada jurang antara pemimpin dan belia untuk berhibur, lapangan ini dijadikan tempat positif untuk mereka meluarkan apa jua masalah dan kehendak,” katanya kepada wakil Sinar Harian.
Nor Saidi berkata, program ini juga sinonim dengan ‘edutainment’ di mana mereka berhibur sambil mendapat pengetahuan mengenai peluang pekerjaan kerana mereka adalah tulang belakang bagi kemajuan negara kelak. Menurutnya, ini adalah satu pendekatan psikologi yang dibuat bagi melahirkan modal insan dan mengembalikan keyakinan kepada mereka. “Kami anjurkan program secara bersantai, tiada siapa pun yang akan menjadi VIP semuanya sama termasuk pemimpin masyarakat,” katanya.
Beliau berkata, kehadiran adalah seperti ketua pemimpin, ketua jabatan, pasukan pakaian seragam dan semua warga Langkawi tanpa mengira usia. “Kami juga menghimpunkan 18 persatuan belia berdaftar dan beberapa lagi persatuan belia yang masih dalam proses pendaftaran untuk sertai program ini. “Dari sini minda mereka akan lebih terbuka untuk menganjurkan program di tempat masing-masing dan bertukar fikiran atau bergabung dan mengadakan program di kampung masing-masing,” katanya.:
Beliau turut berharap program ini dapat dijayakan tanpa sebarang masalah dan di pandang positif bagi semua pihak sebagai membela nasib belia yang sentiasa dipandang serong oleh sesetengah pihak.
-----------------------------
Anak Langkawi :-
Suatu program yg nampak menarik utk para belia mengikuti. Tetapi nama program tersebut agak tidak sesuai jika dibanding dgn pengisian yg telah dirancang. Apa2pun diharap program seperti ini dapat merancakkan perkembangan belia di Langkawi yg semakin sepi. Diharap program ini tidak menggalakkan maksiat dah la..
Cadangan :-
Ada baiknya Majlis Belia membuat program yg boleh merancakkan ekonomi penduduk langkawi seperti Bazar Malam & diadakan di kawasan yg mempunyai kepadatan Pelancong yg tinggi drpd program Lepak's.
P/S: Adakah program ini merupakan inisiatif awal barisan Pemuda UMNO Langkawi yg baru yg patut dibangga ? Fikir2lah sendiri.. :)
No comments:
Post a Comment