Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Jun 24, 2010

PMR & UPSR Dimansuhkan?

Sejak akhir-akhir ni cek tak tau lah apa kena dgn Kementerian Pelajaran. Satu demi satu polisi nak dibuat & selalunya berakhir dgn banyak perdebatan & ketegangan masyarakat. Sekarang satu lagi polimik dibuat @ diusulkan iaitu PMR & UPSR dimansuhkan. Cek taknak bercakap samaada perlu disokong @ tidak usul ini tapi nak bercakap diluar konteks.

Kementerian perlu buat kajian & bentangkan kepada rakyat kenapa PMR @ UPSR hendak dimansuhkan. Dan yg paling penting jika nak dimansuhkan apa dia mekanisme utk menggantikannya. Itu yg paling penting. Bukan kita mansuh dulu pastu fikir kemudian. Inilah kata idea separuh masak @ separuh jalan & yg menjadi mangsa anak2 kita. Dan lepas tu Pembangkang akan adalah byk 'bullet' utk tembak kerajaan.

BUkan bercakap kosong, tapi realiti melihatkan kepada apa yg berlaku pada PPSMI (Bahasa Inggeris). Idea PPSMI adalah baik tetapi 'implimentation' kelam kabut, guru yg tidak bersedia & ketiadaan guru utk melaksanakan idea tersebut menyebabkan byk pelajar luar bandar keciciran dalam PPSMI.

Betul cakap org sistem pendidikan negara berubah-ubah setiap kali bertukarnya Menteri di Kementerian. Yg mungkin org tak sedar implikasi kepada pelajar & anak-anak kita setiap kali polisi berubah. Pada saya buatlah kajian mendalam tentang apa kelemahan PMR & UPSR & cadangkanlah perubahan yg 'perlu'. Jika ia perlu dimansuhkan utk menggantikan sistem yg lebih maka cek rasa rakyat akan menyokong. Tapi sebelum mendapat sokongan Kerajaan perlu membentangkan cadangan tersebut utk diteliti oleh semua lapisan rakyat.

Kalau tiada idea yg boleh diketengahkan utk dibincangkan maka rentikanlah dulu cadangan pemansuhan & buatlah kajian & cadangan utk menggantikan sistem yg sedia ada. Jgn dek kerana nak jimatkan wang utk menjalankan peperiksaan awam maka keputusan tergesa-gesa dibuat.

OP :
KPI utk TPM turun 1 mata. comments

Jun 16, 2010

Disebalik Penarikan Balik Biasiswa Luar Negara ~ Bumiputera akan rugi dlm masa panjang

Dengar memang sedap.
"Kenyataan Kerajaan yg mengatakan biasiswa utk tajaan luar negara akan dikurangkan/ dihapuskan bagi memberikan lebih byk biasiswa utk para pelajar di dalam negara."

Bila dengar memang daring habis. Kalau jenis yg tak tahu sangat pasal biasiswa negara maka kita akan setuju secara langsung cadangan pak menteri tersebut. Tahukah saudara yg 1,500 biasiswa yg diberikan oleh JPA setiap tahun majoritinya adalah cerdik pandai dari kaum Bumiputera?

Dengan menghapuskan biasiswa ke luar negara secara tak langsung memberikan 'disadvantage' kepada utk melahirkan Bumiputera Malaysia yg cerdik pandai. Sedangkan pada masa yg sama pelajar-pelajar bukan bumiputera masih boleh & mampu utk pergi atas tajaan FAMA (Father & Mother), persatuan cina, agensi swasta (spt astro yg selalunya bukan bumi yg dapat), biasiswa Singapore & lain2.

Jadi tunggulah dalam masa 5-7 tahun akan datang. Lambakkan pelajar2 luar negara yg majoritinya bukan melayu bumiputera akan balik ke Malaysia utk mengisi ruang jawatan kritikal yg ada (seperti bidang Oil&gase, engineer, dll). Manakala pelajar-pelajar lepasan Bumiputera pulak akan terkinjal2 mengisi jawatan selebihnya & berebut-rebut mengisi jawatan kerajaan. Dan sudah diketahui umum kelemahan penguasaan bahasa inggeris akan menyebabkan pelajar-pelajar ini sekadar dapat mengisi samaada jawatan dalam kerajaan @ semi government. Manakala jawatan yg ada dalam sektor swasta & multinational akan diisi oleh majoriti bukan bumiputera dek kerana lepas interview yg 100% dalam bahasa Inggeris.

Bukan tujuan utk memperkecil IPTA. Tetapi itulah hakikat. Pergilah buat kajian @ survey di Universiti. Ambiklah sorang tarik ja on the street. Interviewlah dlm Bahasa Inggeris. Hangpa akan terkejut beruk majoriti pelajar bumiputera IPTA punyalah lemah penguasaan bahasa Inggeris.

Satu lagi .. Bila dihapuskan Biasiswa ke luar negara maka Kerajaan berhasrat mengguna pakai kaedah pecahan kuota mengikut 56% bumi & 44% bukan bumi. PAda saya ini tidak adil. Cuba tgk balik pecahan rakyat Malaysia mengikut bumi vs bukan bumiputera disini. Pada saya kerajaan patut meletakkan kuota Bumi Vs Non-bumi mengikut keadaan sebenar peratusan rakyat Malaysia iaitu 65% & yg lain2 mengikut nisbah kaum masing2.. Selebihnya digunakan @ diagihkan mengikut merit. Gunalah biasiswa lain. Jangan sekali-kali ambil hak bumiputera.

Saya menentang penuh penarikan balik biasiswa keluar negara kerana ini bakal menjahanamkan bumiputera dlm masa panjang. comments