Showing posts with label PAS Vs UMNO. Show all posts
Showing posts with label PAS Vs UMNO. Show all posts

Apr 20, 2013

Pas vs UMNO - Manifesto Islam

Pas sekali lagi tenggelam. Tenggelam sebagai juara agama. Tenggelam sebagai suara islam. Tenggelam sebagai kepimpinan ummah. Dan tenggelam dari sudut ulama' & umara.

Dari segi calon pulak PAS boleh berbangga dgn penghijrahan artis beramai-ramai ke dalam PAS. Manakala UMNO pulak di dekati oleh kumpulan ulama', para guru sekolah pondok & para ahli ilmu agama. PAS berbangga dgn julung2 kalinya bolh tampilkan Calon Artis berbanding UMNO yg memberikan peluang utk Ulama utk menyinar. Ustaz Fadlul Bari diberi peluang untuk menyinar Islam dari dalam UMNO.

Apa yg pasti manifesto ISLAM & kepimpinan ulama telah tenggelam dek pakatan rakyat. Apa yang di'offer' oleh Pakatan dalam Manifesto yg bukan janji macam 'melepaskan batuk di tangga'. Penelitian tidak dibuat sedangkan kononnya merekalah pejuang.

Cuba bandingkan apa yg mereka janji dgn apa yg BN telah buat & AkuJanji baru. Dari situ kita dapat menilai siapa sebenarnya yg bersungguh dalam meletakkan Islam di tempat yg sepatutnya & siapa yg tidak.. Wallahwaqlam















comments

Oct 13, 2009

Apo Keno Jang ~ PAS Negeri Sembilan Bagan Pinang

Majoriti 5000+ lebih. Tu dia. Punyala banyak. Dalam berbagai-bagai taktik pihak PAS mencalar kredibiliti Isa Samad & juga BN akhirnya taktik tersebut makan diri. Cek kesian tgk PAS terkinja-kinja seorang diri berkempen sedangkan yang lain dok senyap menyendiri. Tapi cek rasa ini taktik sebenarnya supaya mudah sikit PKR nak mintak kerusi tu dari PAS untuk bertanding pada PRU depan. Maklumlah performance PAS terlalu teruk di sini. Kepada BN.. jgn seronok sgt, sebab ini mungkin jugak taktik PKR. Mana tau bukan ?

Jadi sahlah yg sebenarnya rakyat tidak sukakan taktik menjatuhkan peribadi lawan, taktik samseng ala mat rempit & juga taktik provokasi keterlaluan yg memperlihatkan seperti ada perang saudara di Bagan Pinang. Nampak sangatlah Islam yg cuba dibawa oleh PAS seperti ekstrimist ala puak Sunnah & Sunni di Iraq yg sanggup mengistiharkan jihad terhadap saudara Islam sendiri. Jgnlah dinafikan pulak sebab sms yg diterima bukan dr orang lain tetapi dari KETUA PEMUDA PAS sendiri.. Macam Karpal Singh cakap pada Anwar. Bertaubat! Nauzubillah himinzalik.. Masyallah..

Taktik utk menjemput Ustaz' daripada DAP & PKR seperti Gobalakrishnan juga nampaknya makan diri. Mungkin kalau org di Bukit Gantang & Permatang Pasir boleh terima Ustaz-ustaz seperti ini tapi di Bagan Pinang nampaknya org Islam/ Melayu yg sering dikatakan mudah diperbodohkan (warga tentera) nampaknya lebih tahu hukum hakam & lebih cerdik. Syabas orang Bagan Pinang.

Apa-apa pun org-org PAS patut buat muhasabah diri & berfikir kenapa pengaruh PAS makin merosot dikalangan umat Islam meskipun dikatakan makin famous dikalangan bukan Islam?

Cakap-cakap seperti Nik Aziz & bbrp pimpinan PArti yg seperti biasa menyalahkan pengundi & lain-lain dikatakan seperti tidak menerima hakikat yg sebenar kekalahan teruk PAS. Setidak-tidaknya Harakahdaily lebih open utk mempamerkan pendapat yg mengakui kekalahan teruk PAS. Apa-apa pun nasi sudah menjadi bubur. Rakyat baik bukan Islam @ Islam telah melihat sendiri talam dua muka PR. Untuk mengembalikan momentum bagi menghadapi PRU-13 amat sukar utk PR.

Apa tunggu lagi buatlah Parti gabungan secepat mungkin. Lepas tu baru orang nampak PKR, DAP & PAS serius utk menjadi alternatif kepada BN. Jangan banyak alasan lagi, rakyat bukannya bodoh..

p/s: Syabas UMNO & BN atas kemenangan. Cuma jgn lupa darat dah laa. Buat kajian, lebih mesra rakyat & jgn dilupakan rakyat. Selesaikan kemelut komponen parti & Insyallah mudahla jalan BN.. comments

Oct 9, 2009

Bagan Pinang ~ Inikah Masa depan Melayu?


Malam semalam kita dikejutkan dgn pergaduhan yg berlaku jam antara jam 1.00-3.00 pagi. Difahamkan kononnya pergaduhan tersebut berpunca daripada salah faham diantara penyokong UMNO & penyokong PAS atas satu sebab iaitu pasal bendera. Seperti biasa tudingan jari bermula diantara PAS & UMNO angkara siapa.

Yang PAS mengatakan pihak UMNO yg bertanggungjawab (berdasarkan baju org2 yg menyerang dikatakan memakai baju pemuda UMNO seremban) & UMNO pulak mengatakan ini merupakan sabotaj drpd pihak PAS utk menarik simpati rakyat & juga untuk mengerahkan lebih ramai pemuda seluruh negara turun ke Bagan Pinang. Kenapa?

Kerana kita sudah sedia maklum yg jentera PAS di Bagan Pinang amat lemah sekali & dilihat seperti hanya PAS yg berjuang dalam PRK ini. Dimana rakan-rakan PR seperti PKR & DAP.

Jawapannya mudah iaitu Dato Seri Anwar tiada di Negara ini dalam usaha mencari sokongan Amerika Syarikat (dalam rangka lawatan bertemu Al-Gore) manakala DAP pula sibuk mengeluarkan budget Negara yg intipati tersebut cukup mencurigakan & berunsur utk menidakkan hak org keistimewaan org Melayu (cek akan ulas soal budget DAP in next article).

Persoalan yg ingin dibangkitkan adalah bukan utk mengupas siapa salah siapa benar? Tetapi utk mengulas isu perpecahan org Islam amat membimbangkan sehinggakan soal bendera & papan tanda pun kita boleh bergasak sesama sendiri. Lebih sedih bila PAS dgn UMNO bergaduh yg pada dasarkan kita sama-sama umat Islam. Bagaimana kita sudah sampai ke tahap ini?

Dikala org Melayu asyik berkempen di Bagan Pinang dimana parti komponen BN lain? Dimana DAP & PKR? Ini mengingatkan seperti demo haram membantah ISA beberapa bulan lepas. Semua yg hadir org Melayu & Islam. Dua tiga kerat ja bangsa lain. Nampak sangat taraf org Melayu adalah pencacai dalam PR.

Yang lebih sedih bila Ketua Pemuda PAS mengeluarkan sms & menyeru dilakukan jihad terhadap UMNO. Masyallah. Jihad! Ini terlalu berat bunyinya. Ustaz sorang ni tak tahu ka apa maksud jihad. Adalah menjadi satu sejarah dunia bila dek kerana pergaduhan disebabkan bendera pun boleh diseru jihad. Yg lebih kelakar bilamana DAP memperbodohkan PAS dgn berbagai2 isu tak pulak diseru jihad.

Jika inilah tanda2 kejatuhan org Melayu & saya takkan terkejut jika satu hari nanti PR memerintah negara bertunjangkan DAP. Dimana yg melaksanakan perintah DAP, pentadbirnya PKR, manakala PAS perlaksana a.k.a pencacai. Pada waktu itu merempatlah org Melayu di Negara sendiri dek kerana tidak bersatu atas satu tuntutan Agama kerana perbezaan politik..

p/s: Waktu tu gigit jarilah..

Wallahwaqlam.

comments

Oct 5, 2009

Bagan Pinang ~ Pertarungan Bermula N31

Pertarungan sengit telah bermula. Medan pertarungan antara PAS & UMNO. Dimulai oleh pencalonan & kempen hangat yg akan berterusan sehingga hujung minggu. Tapi yg sedihnya sebab ia dicemari oleh insiden maki, hamun, ejek & provokasi kedua-dua belah pihak.
Melihat dgn keadaan yg semakin taksub ini menunjukkan yg penyokong2 kita semakin maju menjadi seperti penyokong2 kita di Indonesia.

Isu calon, isu pengundi pos & lain2 menjadi isu yg dimainkan. Disamping juga isu agama yg dimainkan oleh PAS & juga isu kempen pemimpin PR yg bukan Islam memetik hadis & al-quran menjadi bualan penduduk. Mungkin dek disebabkan penduduk Islam/ Melayu tidak pernah disajikan oleh kempen sedemikian maka dirasakan amat janggal kempen tersebut. Ia sebenarnya akan menjadi 'fire-back' taktik. Jadi kepada pimpinan PAS yg rasa kalau nak menang tu teguqla.. Tak semua org ataih pagaq suka kempen seperti ini.

Pada UMNO pulak, sudah2la jgnlah dok ulas soal calon diterima rakyat. Jgn jawab soalan yg wartawan tanya sebab kalau dijawab ia akan keluaq media. Jadi baik senyap & cakap takdak isu lain ka nak tanya.

Apa2 pun ini merupakan medan pertarungan yg menarik sebab ia merupakan kombinasi beberapa faktor kekuatan BN. Antaranya adalah undi Pos yg diwakili oleh sejumlah besar jumlah pengundian. comments