Ingatkan mereka akan sejarah Bangsanya yg ber Negara berlandaskan Adat Rakyat Bersultan, Negeri Beraja.
Jul 20, 2013
Mana buktinya Rafizi Oiii? Who's in denial now?
May 21, 2013
Syed Akbar Ali's slap on the Malaysian Chinese forehead kick ass article! ALL RATIONAL MALAYSIANS MUST READ!!!
Answering CH Hwe's "What The Chinese People Want?"
And YB Massage Parlour became such an embarrasment for the DAP that they dropped him completely for the 2013 elections. I think his political career is finished. But so what? Sudah kaya mah. He is really reallr rich. Sudah makan cukup-cukup. And there are many rumours about the lady YB as well - she was dropped from the State line up for the same reason - sapu duit.
Apr 4, 2013
Mana Pilihan Anda? Janji ditepati @ Manifesto Saja?
Pilihlah mereka @ calon @ parti yg menepati janji. Bukan cakap kosong, bukan janji bulan & bintang.
Mar 30, 2013
Aisey terlupa laa - Manifesto Pembangkang
Udah-udahla. Ciri-ciri munafik tampak terserlah.
Mar 13, 2013
Kenapa 8 Jet Pejuang - Menepis hujah dangkal!
Kadang-kadang bila tengok isu yang dimainkan oleh blog pro pembangkang & Suaram amat dangkal. Ada saja isu yg sengaja nak di'spin' kan. Isu 8 jet pun nak pertikai.
SUARAM pun sama. Kurang cerdik.. Takpala mari kita tengok apa yang Perancis buat baru-baru ni..
FYI. 8 jet pejuang digunakan atas banyak sebab. Salah satunya to show off our TUDM fire power. Yang lain-lain sebab? Tak perlu bagitahu sebab buang masa nak cerita pada mereka yg taksub membangkang.
http://suarapakatanrakyat.com/2013/03/penggunaan-jet-pejuang-satu-pembazirankekejaman-melampau/
http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/54906-what-role-did-the-scorpene-subs-play
http://ktemoc.blogspot.com/2013/03/military-hardware-used-in-lahad-datu.html?m=1
Jan 8, 2012
Hassan Ali & 901 .. Sah PAS kuda tunggangan PKR..
Assalamualaikum..
Semua terkejut beruk harini sbb Hassan Ali dipecat. Ini selepas Azmin Ali sound PAS utk ambik tindakan pada Hassan Ali sbb terang-terang beliau tak menyatakan sokongan penuh pada acara 901.
Punya la dasyat.. PKR ni dah tahap power gila..
Jadi pada mereka2 yg selama ni dok kata PAS ni independent PAS ni kuat PAS ni bukan kuda tunggangan maka jawablah kenapa PKR 'power' sgt sehinggakan desakan depa ni boleh buatkan Hassan Ali tersungkur.
DAP mahupun PKR walaupun ada ahli-ahli depa byk betul masalah, tapi tak la sampai pecat ahli. Cuba tgk masalah2 contoh kenyataan racist, hina sultan, pertikai sultan, pertikai perlembagaan, penipu.. Semua takpa tapi PAS pulak.. Baru kena gertak sikit oleh rakan PKR terus tersungkur Hassan Ali.
Apa-apa pun tuan Hassan. Sabar. Perjungan perlu diteruskan walaupun tidak dibawah bendera Hijau. Masuklah satu geng dengan Zulkifli Nordin & mereka2 yg insaf.. :).. Tak masuk UMNO pun takpa.
Mengenai 901 pulak. Tak tahu la esok macamana. Yang confirm esok mmg jemla KL. Maka pada mereka2 yg terpaksa kerja di belah sana.. Cek ucapkan good luck tempah jem & road block.
Daripada dok layan 901 baik pi makan hot dog 1901..
Heheheh..
Sep 30, 2011
Saya Lupa - Perkataan Biasa bagi PR
Terlajak perahu boleh undur terlajak kata.. Hahaha.. Terus hilang 'credibiliti'. Kes beliau ni sama jugak dgn kes ADUN DAP yg terlajak kata berkenaan soal mahukan Bendera Malaysia ditukar Bendera DAP. Sama jugak dgn terlajak kata Mat Sabu tentang Mat Indera Komunis. Juga beberapa terlajak kata oleh ramai lagi pemimpin2 Pakatan.
Terlupa.. Heheheh.. kata2 hari ni
Dec 19, 2010
Mencari Sinar Pakatan Rakyat
Susah-susah. Sekarang 'trend' pendapat peribadi cukup banyak. Itu rasanya kalau tgk insiden pengerusi DAP Selangor baru Teresa maka apa agaknya PAS akan cakap. Mungkin depa cakap DAP jahil maka tak pa menghina Masjid. Takpala dosa2 mungkin ditanggung oleh PAS sebagaimana hilangnya duit kohilal.
Lepaih ni lagi satu PRK. Kali ni di Johor pulak. Apa2 pun biar kita sedekahkan Al-Fatihah kepada YB kita. Mungkin pada PRK ini tak menjadi masalah bagi BN @ UMNO. Tapi jgn disangka @ memandang rendah sentimen masyarakat. Kalau isu naik harga minyak & gula digunakan sebaik-baiknya disana maka hancur @ kuranglah undi. Tapi kalau lah PRK ni tak menyerlah maka cek nak salahkan Menteri yg bertanggungjawab sbb cakap tak serupa bikin.
Kepincangan demi kepincangan berlaku oleh PR. Waktu kat sidang DUN Penang mereka pernah gantung ADUN BN sbb katanya tunjuk pungkok. Paih tu kat Selangor pulak depa gantung Khir Toyo sbb isu BALKIS. Lani kena pulak kat depa kat Parlimen satu Malaya kecoh. Siap bawak sepanduk mcm demo kat luaq @ budak2.. Tak pernah cek tgk sidang parlimen satu dunia YB bawak sepanduk.. Kelakar. Mmglah ulasan Yb Zulkifli Nordin depa ni macam beruk sarkas.
Tapi ni bukan yg pertama sbb yg pertama @ yg best zoo DUN Perak. Itu lagi ganas dia punya 'show'. Apa2pun Sinar Pakatan Rakyat @ Pakatan Ranap makin kelam. Kelam seperti sinar wajah Anwar. Maka kepada PAS yg menjadi bulan menerangi PR larila jauh2 sebelum cahaya bulan jahanam dek kerana ditunggang penunggang2 hebat.
Sep 18, 2010
Datuk Sosilawati, Majlis Peguam & Pembangkang
Jika dahulu kes Teoh Beng Hock & Kugan, walaupun belum apa2 habis satu Malaysia dijaja SPRM dituduh & badan penguatkuasa Polis dituduh & dihina sedemikian rupa. Kenapa? Habis semua nak jadi Hero'. Press conference tak habis2, berarak sana sini & cuba menuduh badan kerajaan bertanggungjawab atas kejadian yg berlaku terhadap dua mendiang tersebut.
Betapa double standardnya mereka bila berhadapan kes ini. Bukan nak kata apa, tapi melawat keluarga mangsa pun tidak (mana Nizar ni) Adapun Nik Aziz yg datang yang lain tak tahula. Kalau Kugan dgn Beng Hock habis satu mahkamah penuh dgn puak2 depa. Apatah lagi nak bertanggungjawab atas perbuatan ahli mereka (tapi katanya bekas ahli). Apa-apapun ia cukup utk mencalarkan Majlis Peguam. Oh ya, dipahamkan suspek yg terlibat merupakan ahli seumur hidup Parti Politik tertentu (ini pun disangkal). Malah mereka ini juga merupakan AHLI MAJLIS PEGUAM (tapi katanya dah bekas Ahli) or BAR COUCIL yg pada ketika kes Teoh & Kugan merekalah juara mengalahkan yg lain. (kita tgk sapa nanti bakal jadi Peguam Suspek utama kes ini nnti).
Kalau lah pihak politik dr BN berfikir sebagaimana PR maka sudah lama suspek2 yg kejam ni dikaitkan dgn parti Politik & Majlis Peguam dek kerana 'connection' yg tidak boleh disanggah lagi. Tapi ahli politik BN matang , tak pulak BN nak kaitkan dgn sesiapa. Cuma yg menjadikan mereka-mereka ni panas punggung sebab 'Public Opinion' dah buat persepsi yg mereka ni cuma bertindak & bercakap kepada 'selective quater' of people.
Jun 21, 2010
Demokrasi atau Diktatorship ~ Nasib X-ADUN & Ahli Parlimen PR

Saat2 manis DSAI bila ADUN Bota melompat ke PKR.
PAS
Diparti Suci lagi murni ni pulak mengenakan syarat yg lagi ketat. Bukan saja ketat tetapi keluarga dipertaruhkan demi untuk mengelakkan ADUN @ Ahli Parlimen masing2 melompat parti. Aku janji taat setia kepada Parti disandarkan dengan ikatan suci/ masjid yg dibina atas sunnah nabi & tuhan. Sanggup depa letakkan benda-benda ni sbg pertaruhan. Maka malanglah isteri-isteri kepada mereka dlm Parti PAS kerana secara tidak sedar mereka mungkin telah dipertaruhkan bagaikan barang mainan bila suami mereka tak setia..
DAP
Ini cerita terbaru, rupanya DAP juga tak kurang hebatnya bilamana mereka sebenarnya menyuruh wakil2 depa utk 'sign' akujanji taat setia. Melanggar @ engkar pada aku janji tersebut bakal menyebabkan mereka disaman RM5juta. Tuuu dia.. Itulah 'value' mereka jika mereka lompat parti @ jadi bebas. Macam-macam. DAP lah parti yg paling sembang kuat pasai demokrasi & setia rakyat. Tapi rupa-rupa depa ni lagi teruk dr demokrasi. Cek kadang2 kesian pada mereka ni yg jadi ahli parti tapi apakan daya surat yg disign tak boleh tarik balik. Boleh jelah lawan kat Mahkamah. Tapi mungkin jadi bahan ketawa bukan prosiding mahkamah betul-betulla. Pada cek elok pi complain pada Biro MCA kata hangpa kena 'frame' @ ugut. Sbb itulah yg sebenarnya berlaku.
Kesimpulannya, ketiga-tiga parti yg melaungkan DEMOKRASI sebenarnya mengamalkan DIKTATORSHIP. CUba bayangkan ketiga-tiga parti ni memerintah negara maka apakan jadi pada semua yg berada dalam kerajaan. Ketiga-tiga parti ni lebih teruk pada Komunis. Syarat-syarat yg bodoh, menindas, kejam & juga bersifat ugutan. Mungkin kepada yg kena boleh saman mereka atas jenayah peras Ugut..
Apa-apapun, syabas UMNO & Parti Komponen kerana tiada pendekatan seperti ini diambil utk elakkan ADUN @ ahli Parlimen mereka lompat parti.
Dec 3, 2009
Pijak Kepala "Labu Labi" & Demo
kenyataan MP Kulim yg menyamakan perbuatan DAP seperti cerita Labu Labi - P. Ramlee. Sekurang-kurangnya ada juga suara-suara drpd PR sendiri yg berani menegur rakan seangkatan dengan mereka. Seperti biasalah suara yg keras dtgnya daripada Zulkifli Nordin bukan drpd PAS yg dulunya amat pantang benda-benda ini diketengahkan.Dimana suara PAS yg dahulunya amat lantang bercakap tetapi bacul bila benda-benda ini ketengahkan. Memang betullah apa yg dikatakan byk penganalisis politik bahawa PAS semakin lemah/ lunak dek kerana berpakat dgn DAP. Amat pelik bila DAP yg dinamakan "Democratic Action Party" (click sini utk mengetahui dasar DAP) tidak demokratik bila berdepan dgn isu lompat parti (bukan lompat parti pun kes Perak tu - ADUN tu jadi bebasla). Walaupun DAP Perak telah meminta maaf secara umum kepada semua rakyat Malaysia namun tindakan ini seperti "Nasi sudah menjadi bubur".
Perlakuan kebudak-budakan ini akan terpalit selamanya dalam carta politik DAP & akan digunakan sehabis-habisnya oleh BN bila tiba PRU-13.
Kita bercakap pula soal DEMO. Demo sekarang telah menjadi trend @ budaya yg tidak sihat dikalangan masyarakat. Pelopor demo di Negara kita adalah tidak lain tidak bukan DSAI & PR. Tahniah! PR menjadi pejuang demonstrasi demi mencapai matlamat politik masing-masing. Menghalalkan demo atas nama demokrasi menjadi satu daripada alasan utk mereka melakukan demo. Maka dgn spontan dgn kaedah demo yg diperkenalkn oleh PR, bbrp hari yg lepas dua demo dijalankan iaitu satu di Penang & satu di Kelantan.
~~
Saya perlu petik kenyataan K Shan (NGO hak asasi manusia, Amnesty International Malaysia) yg amat pedas terhadap PR.
PAS dan PKR juga tidak sepatutnya membuat laporan polis, sedangkan kedua-duanya telah menyatakan pendirian menyokong kebebasan hak asasi rakyat berdemonstrasi. "Mereka bersama-sama kita sebelum ini dalam Gabungan Mansuhkan Isa (GMI) mengutuk tindakan kekerasan dan penangkapan polis ke atas orang yang terlibat dalam demonstrasi," kata Shan lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
"Ini menunjukkan parti-parti politik ini tidak serius dan tidak konsisten dengan apa yang mereka uar-uarkan. Tindakan mereka ini tidak banyak berbeza dengan parti-parti BN yang lebih cenderung untuk menyekat kebebasan untuk berhimpun," katanya lagi. "Sepatutnya mereka pertahankan hak ini, walaupun kali ini mereka sendiri yang terkena kerana menjadi pemerintah," tegasnya.
~~~
Kenyataan Ketua dewan Pemuda PAS Kelantan Nasrudin Hassan :
"Kemudian terpulanglah kepada pihak polis sama ada untuk halang perhimpunan atau tidak. Saya pun tidak setuju kalau polis buat tangkapan kalau mereka berhimpun secara aman."Kita tidak mahu sekiranya berlaku rusuhan, kerosakan harta awam ataupun ancaman keselamatan kepada menteri besar dan pegawai-pegawai kerajaan," tambahnya.
~~~
Di Penang :-
Sidang DUN Pulau Pinang hari ini meluluskan usul tergempar mengutuk sekeras-kerasnya demonstrasi semalam.
Wakil rakyat DAP RSN Rayer (Seri Delima) mengusulkan usul tersebut pagi ini bagi mengecam bantahan selama 45 minit itu di luar pagar bangunan dewan tersebut.
~~
Yg kelakarnya, kedua-dua demo tersebut dikutuk oleh para pendokong demokrasi PR. Pada mereka demo mereka sahaja buat yg halal. Jika demo tersebut berlaku oleh org lain drpd kaltus mereka maka hukumnya Haram & salah. Pelik tapi benar.. Tapi itulah sebenarnya sifat @ politik labu labi org2 politik negara kita.
Other Perspektif :- tidak pulak kedengaran ayat-ayat seperti ini berkumandang bila PAS berdemo utk PPSMI di ibu kota bbrp bulan yg lepas. Haha..
Oct 29, 2009
Sidang Lawak DUN PR Perak
Teringat macam tengok kanak-kanak kecil main pondok-pondok @pun main kampung-kampung. Dimana mereka berangan-angan menjadi Raja, Sultan, Ketua kampung & sesetengah jadi bendahara & lain-lain.
Fikir-fikir balik, lawak pun ada kelakar pun ada. Tapi apa-apapun sekurang-kurangnya masih ada pelakon-pelakon ni setia setiap dua ke tiga bulan untuk menghiburkan rakyat.
Kepada ADUN BN. Syabas. Anda lebih matang dr mereka & lebih cool dari sidang sebelumnya.
Kepada ADUN PR. Udah-udahla. Sultan dah perkenan MB & Kerajaan Perak BN. Kamu cabar di Mahkamah pun kalah. Mahkamah pun dah putuskan BN Kerajaan Sah Perak. Juga dah putuskan Sivakumar Speaker haram. Jadi apa tunggu lagi. Cukup-cukuplah buat lawak.
p/s: Lepas ni Raja Lawak pun susah nak cari makan.
Feb 12, 2009
DUN BUKIT SELAMBAU - Janggal, Pelik & Lucu !

Sebaliknya berlaku di DUN BUKIT SELAMBAU. Tiada bantahan & tiada suara-suara mempertikaikan surat perletakan jawatan beliau. Bertambah pelik bila tiada surat perletakan beliau dapat dilihat baik dimana-mana media massa ataupun pihak Kerajaan Negeri Kedah. Perletakan jawatan beliau hanya bersandarkan kenyataan MB Kedah yang dikatakan menerima notis dari pihak ketiga. Beliau dilapurkan telah ‘hilang’ secara misteri & dipahamkan berada di India? Wallahwaqlam.
Sesuatu yg teramat pelik lagi apabila melihat reaksi pihak PKR sendiri yg dengan hati yg terbuka menerima perletakan jawatan Arumugam berbanding 2 ADUN Perak yg memilih utk menjadi bebas. Kenapa ini berlaku? Apakah cerita disebalik perletakan jawatan beliau? Mungkinkah pendapat bahawa beliau disuruh meletakkan jawatan oleh PR akibat desakan Istana itu benar? Jadi tidak peliklah Agenda Daily juga berpendapat PKR cuba menutup pekong didada. Hanya mereka yg terlibat mengetahui apa kisah disebalik perletakan beliau. Apa-apapun syabas kepada DSAI kerana mengakui calon-calon PKR bermasalah. :)
Sesuatu yg amat lucu bilamana pihak PR mengangkat beliau sebagai hero dalam apa yg berlaku di DUN SELAMBAU. Kenyataan Nik Aziz, Anwar & pimpinan-pimpinan PR yg lain menyebabkan saya terfikir amat pelik & janggal situasi ini. Seperti yg dinyatakan sebelum ini, saya melihat kemelut DUN SELAMBAU adalah salah satu taktik pihak PR utk menutup kelemahan calon masing-masing seperti yg telah berlaku oleh 2 Bekas PKR & EXCO di Perak. Kontravesi menjadi lebih teruk apabila BN disalahkan atas perletakan jawatan beliau. (BN menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut)
Jadi adalah tidak terkejut apabila laporan polis dibuat oleh pengundi DUN SELAMBAU untuk mengetahui kesahihan perletakkan beliau. Ketiadaan press statement & ketiadaan salinan surat diberikan kepada media menjadikan ia lebih 'misteri'.
PAKATAN RAKYAT
Apa-apapun di pihak PR kerusi ini telah menarik minat 3 pihak iaitu HINDRAF, DAP & PKR. HINDRAF meminta salah seorg drpd mereka didlm tahanan dijadikan calon seperti mana yg berlaku pada PRU-12 yg lepas. Amat beruntung sungguh rakyat mendapat seorg pemimpin yg memimpin dari jarak jauh (Kota Kemunting). DAP juga meminta kembali kerusi tersebut yg sebelum ini diserah kepada PKR pada PRU-12 yg lepas. Ini menjadikan kerusi ini menarik kerana masing-masing berebutkan kerusi yg ditinggalkan secara tergesa-gesa.
BARISAN NASIONAL
Di pihak BN juga telah berbunyi 2 Parti menunjukkan minat terhadap kerusi tersebut iaitu MIC & UMNO. MIC telah menyatakan secara umum untuk bertanding kerusi ini. Mengikut sejarah kerusi ini pernah dimiliki oleh UMNO pada zaman 90-an dahulu apabila diberikan kepada MIC atas dasar setiakawan. Tetapi adakah MIC mempunyai peluang untuk menang jika bertanding di kerusi ini. Telah sedia maklum bahawa MIC belum menjalani penjenamaan semula & juga telah diketahui umum bahawa pengundi-pengundi India masih setia di pihak PR selagi 'Dato' Samy Vellu' masih memegang MIC.
Jadi adalah wajar UMNO diberi peluang utk bertanding kawasan tersebut yg mempunyai majoriti pengundi Melayu. Tetapi jika difikirkan elok juga kerusi ini diberi pada MIC supaya jika kalah nanti MIC akan sedar mereka telah hilang pengaruh & moga-moga presiden mereka mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan mereka (x mungkin).
Apa-apapun esok merupakan tarikh penting untuk kedua-dua ‘BUKIT’ tersebut yg akan diputuskan oleh SPR samaada pilihanraya akan diadakan @ kesahihan surat ditolak.
Feb 5, 2009
Kekalutan Politik Perak & kata putus Sultan Azlan Shah
Pakatan Rakyat (Pakatan Rapuh)
Diatas merupakan antara kata-kata pemula bilamana pimpinan Pakatan Rakyat Ir Nizar mengadap semalam. MB Perak mengadap dgn menyatakan satu hasrat iaitu pembubaran DUN Perak bagi meminta perkenan kebawah duli utk dilaksanakan pilihanraya diseluruh DUN Perak.
Kenapa PR meminta diadakan pilihanraya demikian.
1- Kehilangan 3 kerusi PR kepada calon bebas & 1 kerusi akibat ADUN Bota kembali ke UMNO.
2- Merasakan mandat akan terus diberikan @ mungkin bertambah kepada PR jika pilihanraya diadakan.
3- Mengelakkan BN memerintah & mengadap kebawah duli utk perkenan Kerajaan Baru
Barisan Nasional
Apa yg berlaku semalam merupakan kejutan malahan kepada pimpinan BN & rakyat sendiri. Mereka tidak menyangka berlakunya keadaan demikian. Malah lagi terkejut bila ADUN BOTA kembali kepada UMNO. Terdapat ramai yg mengutuk tindakan 3 ADUN yg memberikan sokongan kepada BN.
Tetapi persoalannya adalah ini. 3 ADUN ini tidak melompat parti. Mereka hanya sekadar mengisytihar diri sbg calon bebas. Tidak terikat kepada mana-mana parti politik & cuma sokongan dinyatakan kepada BN.
Apa-apapun, harini merupakan sejarah baru samaada Sultan memperkenankan penubuhan kerajaan baru @ tidak apabila Dato Seri Najib akan mengadap Kebawah Duli. BN akan 'mencadangkan' penubuhan kerajaan baru & berharap Sultan memperkenankan hasrat BN.
PR patut mencontohi BN dlm perjalanan prosedur diatas.
Sultan berhadapan dgn cabaran yg amat besar dlm memberi keputusan terhadap apa yg berlaku di Perak. Tetapi terdapat bbrp faktor yg mungkin menjadi penentu pemberat kepada Sultan Perak utk tidak membubarkan DUN atas sebab2 dibawah
1- MB Nizar telah membuat kesilapan yg besar apabila beliau telah membelakangkan Sultan dgn mengistiharkan Pembubaran DUN sebelum mendapat perkenan DYMM Sultan Perak.
2- Baginda Sultan telah menyatakan kekecewaan isu tanah 999 tahun. Malah baginda bertitah menyatakan kekecewaan baru-baru ini dimana Kg Baru merupakan cara tanah melayu dirampas secara halus.
3- Baginda Sultan kecewa dgn tindakan DAP yg dahulunya memboikot keputusan Sultan & menyatakan bantahan kepada perlantikan Ir Nizar
4- Duit Rakyat yg bakal digunakan bilamana pilihanraya baru diadakan.
Apa-apa pun, keputusan akan dibuat oleh baginda Sultan hari ini samaada memperkenankan pembubaran DUN @ penubuhan kerajaan baru BN.
DAULAT TUANKU ! Diharap apa2 keputusan Tuanku mesti disambut dgn reda oleh kedua2 pimpinan PR & BN malahan juga rakyat.
Feb 3, 2009
Pakatan Rakyat Perak & Konspirasi Teori PKR

Tetapi berita & jln cerita yg menjadi persoalan. Kenapa yg mengishtiharkan keluar parti merupakan Speaker DUN Perak & bukan 2 ADUN tersebut? Surat yg ditandatangani Mac tahun lepas digunakan utk meletakkan jawatan mereka sebagai DUN secara rasmi.
Konspirasi Teori - PKR
Terdapat pendapat mengatakan bahawa tindakan 2 ADUN ini hanyalah menurut perintah dalaman PKR. Kedua-dua mereka telah sedia maklum mempunyai masalah berhadapan dgn ’conviction’ SPRM dgn tuduhan mengambil rasuah melibatkan project perumahan bernilai RM 180 Juta. Dan kemungkinan tuduhan yg dihadapi mereka akan selesai dgn hakim meletakkan mereka sebagai bersalah lebih2 lagi rakan mereka yg penuh dgn kontravesi ’sedekah seks’ telahpun mengaku bersalah (secara tak langsung). Telah sedia maklum juga jika mereka didapati bersalah, kemungkinan kerusi yg diwakili mereka secara undang-undang akan diistiharkan kosong & PRK akan berlaku lambat laun. Jadi perancangan awal utk mengosongkan kawasan tersebut dibuat dgn lebih awal & teliti oleh PKR bg menjamin kerusi tersebut.
Dato Seri Anwar Ibrahim amat licik dlm membuat perhitungan & perancangan. Ini tidak dinafikan. Masih teringat insiden bilamana DSAI bersembunyai di Kedutaan Turki atas alasan (tidak masuk akal) kerana risaukan keselamatan beliau. Mungkin ini adalah salah satu lagi perancangan beliau dgn membuat konspirasi yg amat berbahaya & licik. Kemungkinan kedua-dua ADUN tersebut memang menghilangkn diri tetapi dlm pada itu hilang dalam perancangan dgn ketua PKR mengenai konspirasi ini & selepas itu berjumpa dgn pimpinan UMNO utk memancing ’kepercayaan’ mereka. Perancangan yg amat licik ’serampang dua mata’ yg bertujuan utk membuat sedikit kecoh dgn menyalahkan UMNO atas apa yg bakal berlaku (cerita mereka ini hendak letak jawatan).
Pimpinan Pakatan Rakyat Perak yg tidak mengetahui perancangan teliti ini akan terbawa-bawa dgn permainan perancangan DSAI & inilah yg dimahukan dalam perancangan ini. Kenapa? Kerana dgn menggambarkn 2 ADUN ini dibeli oleh UMNO akan memberikan info tersirat kepada rakyat bahawa BN telah merasuah 2 ADUN ini & dengan mudah mereka akan memenangi pilihanraya kecil yg bakal berlaku.
Permainan ini dihangatkan lagi dengan lakonan kononya di Kedah ADUN PKR ditawarkan duit & diugut oleh BN. Mengapa sekarang cerita ini timbul? Fikir-fikirkanlah.
Juga tidak lupa ’cerita’ & akuan bertulis (surat RM2.00) ketua bahagian PKR IPOH Barat.
Kelakar bukan sbb Dato Seri Najib tawarkan beliau RM50 Juta utk memujuk. Kalau difikitkan sejenak kenapa perlu DSN tawarkan kepada beliau duit tu? Baik telefon terus kepada 2 ADUN PKR tersebut & tawarkan duit tersebut. Yang peliknya mengapa drpd RM 50 juta turun kepada RM 5 juta seorg termasuk pengadu? Jadi jumlahnya RM 15 Juta? Mana lagi RM 35 juta? & kenapa baru sekarang beliau dedahkan perkara ini? Kelakar bukan. Adalah disarankan En. Fauzi buat sumpah laknat dlm perkara ini! Oh ya sedangkan ketuanya tidak berbuat demikian masakan En. Fauzi mahu.Termasuk jugak dgn lakonan ADUN DAP di Perak yg hanya perlu berlakon selama bbrp jam utk meyakinkan BN & mengelisahkan rakyat. Hakikatnya beliau sendiri tidak pernah didatangi oleh MCA Negeri @ pusat. Masakan YB hendak lompat parti sedang beliau telah lama didalam parti & telah 2 penggal menjadi YB.
Permainan mereka mestilah amat serius & berkesan sehingga membolehkan mereka berdua ini mendekati pemimpin UMNO dlm menyatakan ’hasrat’ mereka utk menyertai UMNO. Hakikatnya adalah tidak! Mereka hanya berlakon demi DSAI.
Jadi PKR bolehlah meletakkan calon lain dgn harapan rakyat benci kepada usaha pembelian oleh UMNO & BN. Serentak dgn itu mereka akan menutup kelemahan PKR tersebut dgn tuduhan rasuah sekaligus melemparkan fitnah terhadap UMNO atas cerita rasuah & pembelian ADUN tersebut.
Tak mustahil jika PRK ini berlaku mereka berdua ini akan berada di pentas PKR juga atas kapasiti mengatakan UMNO menawarkan itu & ini (lepaskan dr tuduhan rasuah). Juga tak mustahil mereka ini berada di atas pentas UMNO atas kapasiti PKR itu & ini yg akan menjatuhkan UMNO secara tak langsung.
Konspirasi ini dikuatkan dgn kenyataan demi kenyataan yg keluar dr PKR sendiri & DSAI sendiri yg tidak melemparkan apa2 kenyataan yg bersifat menyinggung perasaan 2 ADUN tersebut. Begitu juga jika kita lihat kenyataan oleh 2 ADUN yg berkata ”tidak timbul kami keluar PKR’. Persepsi rakyat di dua kawasan DUN berkenaan inilah yg ingin dimenangi oleh PKR.
UMNO & BN tidak seharusnya terpedaya dgn konspirasi licik ini. UMNO juga patutnya tidak seharusnya terlalu melayan kerenah cerita lompat si katak lompat. Tetapi patutnya tertumpu kepada usaha memperbetulkan dalaman parti sendiri. UMNO harus berpegang kepada prinsip tidak menerima ADUN yg melompat parti yg mempunyai 'masalah' seperti mereka ini.
Hakikatnya semua ini hanyalah rancangan & dirancang dgn teliti oleh pihak-pihak tertentu demi survival politik PR di Perak. Kita tunggu & lihat adakah benar apa yg berlaku sekarang @ sekadar konspirasi politik semata-mata.
Jan 13, 2009
P036 - Kuala Terengganu PRK - Keputusan telah Dibuat?

Kesemua rakyat bakal mendapat habuan masing-masing bila dilihat MB Terengganu yg baru lantikan Sultan Terengganu sendiri menjanjikan harapan kepada rakyat Terengganu. Beliau menjanjikan yg lain dr kebiasaan BN & bukti kepimpinan dpt dilihat apabila dibawah usaha beliau telah berjaya mendapatkan kembali royalti minyak.
Pengundi mungkin melihat jika MAWE mendapat mandat utk menguasai kerusi KT tidak mengubah atau pembaharuan dpt dilaksanakan memandangkan beliau hanya menjadi pembangkang dlm Terengganu. Kemungkinan limpahan hasil royalti tidak akan dapat dinikmati oleh pengundi Kuala Terengganu jika beliau diberi mandat. Tidak mustahil pandangan ini kerana jika dilihat keadaan DUN yg diwakili beliau dilihat ketinggalan berbanding kawasan lain.
Pengundi-pengundi cina khususnya pengundi cina yg rata-rata peniaga mengharapkan rancakkan ekonomi di Terengganu. Mengundi kepada PR lebih menjurus kpd undi kearah kelembapan ekonomi mereka. Walaupun pada hakikatnya ada segelintir hati mereka ingin mencuba sebaliknya.
Mungkin dliihat sbg berat sebelah ulasan ini tetapi inilah hakikat yg pahit utk ditelan oleh PR & mereka juga tahu. Diwaktu keadaan ekonomi dunia yg tidak menentu, faktor national @ agenda politik picisan tidak dianggap penting oleh sesetengah pengundi. Faktor survival masyarakat dalam dunia yg penuh cabaran memainkan peranan dlm menang @ kalahnya calon.
---
Jan 11, 2009
P036 Kuala Terengganu PRK - Pengundi Yang Dilupai -
PAS @ PR
Dalam kerancakan PAS @ PR dlm berkempen, secara tidak sedar mereka telah melupai
Sebagai rekod terdapat 1,302 undi pos bagi Parlimen P036. Dlm pilihanraya ini cakap2 ttg undi Pos telah dinyatakan oleh PAS. Ttp nada yg dicanangkan oleh PR tidak akan memberikan pengundi pos pilihan selain memilih BN atau Undi Rosak. Salah siapa pengundi Pos memilih BN ? Sikap PR itu sendiri perlu dipersalahkan kerana sering menjadikan mereka bahan tomahan, ejeken & bermacam2 lagi hasutan bertujuan memperlekehkan pengundi ini.
UMNO @ BN
UMNO @ BN telah melihat pentingnya pengundi POS utk kemenangan byk kerusi BN. Sifat kerajaan BN sendiri yg memperakui & menghormati profession Polis & Tentera dibalas dgn undi2 daripada mereka. Sifat kerajaan yg amat ikhlas dilihat jelas bila elaun-elaun para tentera & polis dinaikkan dr semasa ke semasa. Dipihak polis pula kerajaan memperakui perkhitmatan mereka dgn memberi elaun tambahan mengikut gred.
Jan 9, 2009
Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu P36 - Analisis Ke-3 (UMNO Vs PAS)
UMNO pula cuba menggunakan pengaruh kedatangan Paklah dlm rangka lawatan ke Terengganu sbg pemancing undi. Samaada kedatangan beliau bakal mengubah persepsi pengundi @ sebaliknya tidak diketahui. Sesetengah pemerhati politik menyatakan komen Mahathir ttg calon memberikan impak kepada UMNO. Ttp disangkal oleh kebanyakan pihak kerana Paklah hanya menunggu masa utk turun dr takhta menjelang Mac 2009.
ISU TERBARU
UMNO
waktu zaman Terengganu diperintah PAS. Kedengaran semula mainan CD2 & sketsa dimainkan di pusat2 gerakan BN “Masihkah Kau Ingat“. Isu ini merupakan isu killer pada PRU-11 yg lalu dimana PAS gagal mempertahankan kerajaan Negeri Terengganu.Isu lama telah menjadi baru apabila peluang diberikan oleh kerajaan Perak & Selangor. Isu ini akan digunakan habis-habisan di Terengganu. Secara sedar @ tidak oleh MB Perak & Selangor telah membuka isu baru yg menyaksikan penggunaan meluas dlm kempen2. PR di Perak & Selangor patut dipersalahkan jika kempen UMNO berkesan.
PR sepatutnya perlu mengamalkan sikap berhati2 menjelang hari pengundian. Sebarang salah langkah oleh mana2 ahli2 PR boleh menjejaskan sentimen pengundi.
PAS
PAS telah mula bersifat defensive apabila memainkan isu yg dikira tidak releven. Isu yg mengatakan penggunaan wang oleh BN bersifat tidak meyakinkan rakyat. Ini diburukkan lagi
kerana tiada laporan polis dibuat. Memainkan isu seperti ini tidak menjamin perubahan hati pengundi kepada PAS. Lebih buruk lagi bilamana ini membuktikan PAS @ PR sudah ketandusan idea dlm kempen tersebut. Sememangnya diketahui sesiapa sahaja yg memegang tampuk pemerintahan negeri @ pusat akan menggunakan jentera @ kuasa demi kemenangan calon masing2. Satu lagi bukti ketandusan idea PAS adalah bilamana Mustafa Ali dlm temuramah mensifatkan PAS-Hamas & UMNO-Fatah. Cuba fikir-fikirkan adakah rakyat marhain akan terpengaruh dgn kenyataan ini. Fikir-fikirlah sendiri adakah kenyataan diatas akan menolong calon PAS?
MCA
Kegusaran BN kepada pengundi cina jelas dilihat apabila jentera MCA bergerak dgn kuat disekitar bandar. Jelas jika PR tidak mengambil kesempatan diatas pengaruh pengundi cina maka tidak mustahil kemenangan akan jelas berpihak kepada BN.
PKR & DAP
Seperti yg telah dinyatakan dalam analisis pertama, isu HUDUD tidak harus sama sekali dijadikan topik dlm pilihanraya kecil ini. Jelas isu ini telah menyebabkan pergeseran antara DAP – Karpal Singh & PKR - Anwar Ibrahim. Jelas PR telah memasuki perangkap BN dalam isu ini. Sepatutnya pendekatan berdiam diri perlu dilaksanakan sehingga habis pilihanraya.
Dalam konteks Undi, penentuan kemenangan didominasi oleh bukan melayu akan menyukarkan jentera DAP utk memancing undi kerana isu ini.
PERKARA YG PERLU DITEKANKAN
Jelas hasil temuramah pihak media BN menyatakan pengundi cina mahu mengenali hati budi calon. Meskipun ini merupakan hasil ulasan media BN ttp ini tidak patut dipandang remeh oleh mana2 calon. Lebih lawatan ke kawasan bandar diperlukan oleh PAS atas kerjasama DAP & PKR. Dari pihak UMNO pula, pengggunaan pengaruh GERAKAN & MCA dlm mendekati pengundi2 cina perlu dipertingkatkan.
Apa2pun tinggal bbrp hari lagi sebelum hari pembuangan undi. PR patut mencontohi BN apabila menjawab sesuatu isu yg ditanya oleh pemberita @ pihak lawan.
Jan 7, 2009
P.36 – Hari Pertama Kempen – Analisis
Perang saraf dr kedua2 pihak telah bermula. Kempen2 & ceremah2 pada malam hari mula dibanjiri segenap pelusuk daerah Kuala Terengganu. Tidak pula diketahui rakyat2 yg membanjiri ceramah2 pilihanraya adalah pengundi2 itu sendiri @ hanya penyokong2 yg dtg dr segenap pelusuk Negara.
Kempen Calon & Strategi
Pada dasarnya dilihat kedua2 parti yg bertanding telah mengetengahkan konsep kempen yg sama. UMNO dgn ’Mesra Rakyat & Kebajikan’ & PAS dgn ’Berubah Demi Kesejahteraan Hidup’. Mari kita lihat lebih mendalam ttg kempen kedua2 calon bertanding.
UMNO
UMNO telah memulakan secara tidak langsung kempen pilihanraya sejak Dato’ Wan Farid diumumkan sbg calon. Strategi UMNO yg agak lain dr kebiasaan dilihat oleh pemerhati utk memantapkan @ mengelakkan perpecahan undi protes dlm UMNO sendiri. Ini terbukti & benar bilamana waktu diantara tarikh beliau dicalonkan ke tarikh penamaan calon digunakan sebaik2nya oleh beliau utk melawat kesemua cawangan UMNO di Kuala Terengganu.
UMNO akan telah mengetengahkan konsep “Mesra Rakyat” dlm pertarungan ini. Calon menggunakan pendekatan kempen rumah ke rumah & ceramah berkelompok utk memberi ruang kepada org ramai mendekati calon BN. Pendekatan ini dikatakan amat berkesan kepada para pengundi.
Fokus kempen adalah kebajikan 80,229 pengundi di Kuala terengganu. BN yg mmberikan penekanan kepada kebajikan, mesra rakyat & mesra pengundi.
Memetik kata-kata Dato’ Wan Farid semasa ditemuramah.
”Berilah peluang kepada saya supaya saya boleh berikan peluang kepada mereka”
Lebih tumpuan perlu diberikan kepada pengundi muda cina seperti yg disarankan oleh Tsu Koon Gerakan.
PAS
Kelewatan PAS dlm mengemukakan calon yg bertanding telah menyebabkan PAS terkebelakang dlm sesi memperkenalkan YB Mohd Abdul Wahid Endut kepada ahli2 PAS sendiri & para pengundi. Malahan terbukti apabila ada ahli2 komponen PR sendiri tidak menyangka beliau yg dilantik menjadi calon kerana desas desus menyatakan Syed Azman yg akan mewakili PAS.
Kempen calon PAS YB Mohd Abdul Wahid Endut pula mengetengahkan ‘Berubah demi kesejateraan hidup’. Memetik kata2 beliau dlm temuramah :-
"Mereka perlu menyokong Pakatan Rakyat kerana selama ini mereka tidak mendapat apa-apa manfaat daripada pembangunan yang dijalankan oleh kerajaaan Umno-BN."Kita perlu mengubah keadaan tersebut, sepertimana tema yang saya ketengahkan pada kempen saya iaitu Berubah demi kesejahteraan rakyat," katanya.
Beliau juga yakin Sokongan Pengundi cina akan memihak kepada PAS.
Perang Saraf Media Ketiadaan strategi fokus PR dlm kempen pilihanraya ini telah menjadikan kempen pada pihak PR kelihatan hambar & hanya dipenuhi ceramah2 umum yg berkisar topik2 lapuk & kusam. Yg lebih menyedihkan lagi apabila media PR dilihat tidak digunakan sepenuhnya utk mendekati pengundi. Jika dilihat & diteliti penggunaan media agak terbatas. Calon PAS tidak ditonjolkan sepenuhnya & credibility beliau tidak ditonjolkan terutama sekali di kalangan penyokong2 komponen PR yg lain. Suara Keadilan online & DAP online tidak memberi liputan yg meluas kepada calon PAS tersebut. Malah harakah online juga dilihat tidak proaktif dlm memberi liputan meluas pada calon sendiri.
BN pada umumnya telah menggunakan media sebaik2nya. Saban hari liputan yg meluas diberikan kepada calon BN Dato’ Wan Farid tidak kira dlm Utusan, Tv3 @ lain2 media yg dikuasai oleh komponen parti BN. Media digunakan sejak awal pengumuman beliau sebagai calon. Dalam erti kata lain pengundi2 atas pagar telah mengenali beliau sebelum penamaan calon lagi.
Media juga mengambil peluang kemelut pergeseran antara YB2 PR utk menunjukkan kelemahan PR. Kemelut pergeseran Klang Sentral & isu Kemas Perak antara isu yg dimainkan pihak media. Dato’ Seri Anwar juga tidak menafikan berlakunya perselisihan faham dlm Pakatan juga dimainkan media utk memberikan perasaan gusar para pengundi.
Kesimpulannya hari penamaan calon & hari pertama kempen menunjukkan kempen dilaksanakan secara tertib oleh kedua2 pihak. Belum ada lagi kedengaran kempen memburuk2 calon. Apa2pun pemergian Dato Razali diingati oleh kedua2 pihak yg bertanding & kedua2 berikrar utk meneruskan legasi allahyarham dlm membela nasib pengundi P36.
Mari sama2 sedekahkah Al-Fatihah kpd allahyarham Dato Razali Ismail.
Sila lihat juga analisis awal P.36







