Jan 7, 2009

P.36 – Hari Pertama Kempen – Analisis

Perang saraf dr kedua2 pihak telah bermula. Kempen2 & ceremah2 pada malam hari mula dibanjiri segenap pelusuk daerah Kuala Terengganu. Tidak pula diketahui rakyat2 yg membanjiri ceramah2 pilihanraya adalah pengundi2 itu sendiri @ hanya penyokong2 yg dtg dr segenap pelusuk Negara.

Kempen Calon & Strategi

Pada dasarnya dilihat kedua2 parti yg bertanding telah mengetengahkan konsep kempen yg sama. UMNO dgn ’Mesra Rakyat & Kebajikan’ & PAS dgn ’Berubah Demi Kesejahteraan Hidup’. Mari kita lihat lebih mendalam ttg kempen kedua2 calon bertanding.

UMNO

UMNO telah memulakan secara tidak langsung kempen pilihanraya sejak Dato’ Wan Farid diumumkan sbg calon. Strategi UMNO yg agak lain dr kebiasaan dilihat oleh pemerhati utk memantapkan @ mengelakkan perpecahan undi protes dlm UMNO sendiri. Ini terbukti & benar bilamana waktu diantara tarikh beliau dicalonkan ke tarikh penamaan calon digunakan sebaik2nya oleh beliau utk melawat kesemua cawangan UMNO di Kuala Terengganu.

UMNO akan telah mengetengahkan konsep “Mesra Rakyat” dlm pertarungan ini. Calon menggunakan pendekatan kempen rumah ke rumah & ceramah berkelompok utk memberi ruang kepada org ramai mendekati calon BN. Pendekatan ini dikatakan amat berkesan kepada para pengundi.

Fokus kempen adalah kebajikan 80,229 pengundi di Kuala terengganu. BN yg mmberikan penekanan kepada kebajikan, mesra rakyat & mesra pengundi.

Memetik kata-kata Dato’ Wan Farid semasa ditemuramah.
”Berilah peluang kepada saya supaya saya boleh berikan peluang kepada mereka”

Lebih tumpuan perlu diberikan kepada pengundi muda cina seperti yg disarankan oleh Tsu Koon Gerakan.

PAS

Kelewatan PAS dlm mengemukakan calon yg bertanding telah menyebabkan PAS terkebelakang dlm sesi memperkenalkan YB Mohd Abdul Wahid Endut kepada ahli2 PAS sendiri & para pengundi. Malahan terbukti apabila ada ahli2 komponen PR sendiri tidak menyangka beliau yg dilantik menjadi calon kerana desas desus menyatakan Syed Azman yg akan mewakili PAS.

Kempen calon PAS YB Mohd Abdul Wahid Endut pula mengetengahkan ‘Berubah demi kesejateraan hidup’. Memetik kata2 beliau dlm temuramah :-

"Mereka perlu menyokong Pakatan Rakyat kerana selama ini mereka tidak mendapat apa-apa manfaat daripada pembangunan yang dijalankan oleh kerajaaan Umno-BN.


"Kita perlu mengubah keadaan tersebut, sepertimana tema yang saya ketengahkan pada kempen saya iaitu Berubah demi kesejahteraan rakyat," katanya.

Beliau juga yakin Sokongan Pengundi cina akan memihak kepada PAS.

Perang Saraf Media

Ketiadaan strategi fokus PR dlm kempen pilihanraya ini telah menjadikan kempen pada pihak PR kelihatan hambar & hanya dipenuhi ceramah2 umum yg berkisar topik2 lapuk & kusam. Yg lebih menyedihkan lagi apabila media PR dilihat tidak digunakan sepenuhnya utk mendekati pengundi. Jika dilihat & diteliti penggunaan media agak terbatas. Calon PAS tidak ditonjolkan sepenuhnya & credibility beliau tidak ditonjolkan terutama sekali di kalangan penyokong2 komponen PR yg lain. Suara Keadilan online & DAP online tidak memberi liputan yg meluas kepada calon PAS tersebut. Malah harakah online juga dilihat tidak proaktif dlm memberi liputan meluas pada calon sendiri.

BN pada umumnya telah menggunakan media sebaik2nya. Saban hari liputan yg meluas diberikan kepada calon BN Dato’ Wan Farid tidak kira dlm Utusan, Tv3 @ lain2 media yg dikuasai oleh komponen parti BN. Media digunakan sejak awal pengumuman beliau sebagai calon. Dalam erti kata lain pengundi2 atas pagar telah mengenali beliau sebelum penamaan calon lagi.

Media juga mengambil peluang kemelut pergeseran antara YB2 PR utk menunjukkan kelemahan PR. Kemelut pergeseran Klang Sentral & isu Kemas Perak antara isu yg dimainkan pihak media. Dato’ Seri Anwar juga tidak menafikan berlakunya perselisihan faham dlm Pakatan juga dimainkan media utk memberikan perasaan gusar para pengundi.

Kesimpulannya hari penamaan calon & hari pertama kempen menunjukkan kempen dilaksanakan secara tertib oleh kedua2 pihak. Belum ada lagi kedengaran kempen memburuk2 calon. Apa2pun pemergian Dato Razali diingati oleh kedua2 pihak yg bertanding & kedua2 berikrar utk meneruskan legasi allahyarham dlm membela nasib pengundi P36.

Mari sama2 sedekahkah Al-Fatihah kpd allahyarham Dato Razali Ismail.

Sila lihat juga analisis awal P.36

comments

No comments:

Post a Comment