Jan 23, 2009

Analisis Akhir - P036 Kuala Terengganu

BN @ UMNO

Istilah @ kata2 seperti ‘letak tunggul kayu pun menang’ tidak lagi releven bagi BN. Pengundi2 yg telah matang dlm membuat undian telah membuktikan bahawa faktor calon merupakan antara faktor utama kemenangan sesuatu pilihanraya. Jawatan sebagai Timbalan Menteri @ Senator @ Ketua Bahagian tidak menjamin kemenangan seseorg calon. Rata-rata pengundi telah menunjukkan kematangan dlm memilih pimpinan mereka. Syabas.

Sedar @ tidak sebenarnya terdapat unsur2 sabotaj dalaman BN sendiri terhadap calon sendiri. Kenapa? Media masa telah mengwar-warkan kredibilti calon sejak DWF dicalonkan. Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh BN yg menafikan kredibiliti calon secara tidak langsung ’penafian’ bermaksud benar oleh sesetengah pihak. Calon sombong, calon elit, calon tidak senyum, calon tidak lihat mata org yg disalam, calon itu ini dll.

Sebenarnya kredibiliti calon telah awal2 dipertikai oleh media malahan oleh BN sendiri. Misalnya bilamana Paklah telah membuat kenyataan/ teguran kepada calon sendiri ? Kenapa Paklah berkata demikian ? Adakah beliau sedar yg sebenarnya kenyataan ini akan turut mempengaruhi pengundi? Masyarakat telah melihat dr media massa kenyataan seperti ini jesteru terus menyebabkan undi melayu yg dahulunya mengundi Arwah Razali berubah arah.

Ini bertambah parah bila ’Tun Dr Mahathir’ secara tidak langsung mempersoal calon yg dipilih. Suara ’Tun Dr Mahathir’ masih merupakan antara suara keramat dimana
kenyataan beliau mungkin mempengaruhi pengundi2 (ramai rakyat malaysia yg punya rasa hormat pada beliau termasuk saya).

Kenyataan ’TDM’ telah digunakan sebaik-baiknya dlm PRK ini. PR tahu suara ’TDM’ suara keramat malah ia digunakan di hampir kesemua ceramah politik PAS. TDM juga menjelaskan BN kalah kerana undi tidak percaya kepada Paklah.

Skrip sama, lama atau kempen yg lapuk menjadi liabiliti UMNO sendiri. UMNO bagaikan terperangkap pada penjara yg dibuat sendiri. Pembangunan yg dicanang ditepis oleh PAS yg mempertikai kedudukan terengganu sbg negeri kedua termiskin walaupun Negerinya Kaya.

Satu lagi perkara yg perlu diteliti adalah ’Projek-projek Khas’ @ terkejut. Rakyat @ pengundi merasakan kerajaan BN tidak ikhlas dalam pemberian bantuan atau dana. Ia bermusim. Hakikat yg perlu ditelan oleh rakyat. Tetapi hakikat ini tidak lagi menjadi faktor utk mengundi BN. Rakyat telah sedar projek @ bantuan @ apa-apa peruntukan oleh kerajaan merupakan tanggungjawab kerajaan. Pengundi atas pagar KT bijak dlm menilai peruntukan yg diberi. Mereka merasakan tidak terhutang budi bila bantuan diberi kerana merasakan itu merupakan hak mereka sebagai rakyat.

Pembangunan @ bantuan perlulah berterusan. Tidak bermusim & tidak hanya berlaku pada musim2 tertentu. Tak kiralah ’musim tengkujuh’ atau ’musim ’bah sahaja. Ia perlu berterusan utk rakyat melihat & menilai keikhlasan pimpinan pilihan mereka.

BN telah merasakan perlu berubah sejak kalah dr PRU-12. Ayat-ayat perubahan telah dicanang sejak itu. Tetapi adakah perubahan telah berlaku @ masih mencukupi. Kemelut pemilihan bahagian & kenyataan demi kenyataan dlm UMNO sendiri mengenai ‘politik wang’ telah memberikan persepsi kepada rakyat bahawa UMNO tidak berubah sepenuhnya. Tidak susah utk PR utk mencari modal menghentam BN. Hanya rujuk kembali kata2 @ ulasan pimpinan BN sendiri tidak kira dari UMNO, MCA @ MIC.

Sindrom denial yg menebal juga telah memberikan satu tanggapan yg buruk kepada UMNO & BN. Tanggapan negatif rakyat telah menyebabkan BN dipandang sinis/ negetif oleh pengundi & rakyat kerana disebabkan segelintir ahli-ahli @ pemimpin-pemimpin yg korup & dilanda seribu satu mcm masalah.

Jika diteliti keputusan saluran. Saluran yg mempunyai ramai pengundi muda lebih cenderung kepada PR. Utk pengetahuan lebih 40% pengundi pd PRU-13 nnti merupakan pengundi muda dlm lingkungan 23-40 tahun. BN telah tahu kecenderungan pengundi muda lebih kepada PR. Apa yg telah dibuat utk mendekati pengundi muda ini?

POST-mortem yg benar-benar ikhlas & terbuka perlu diberi perhatian kepada BN dlm mencari kelemahan jentera parti & kerajaan. Jgn disebabkan post-mortem tidak memberikan kelebihan kepada BN maka ia dilupakan. Kenyataan naib presiden UMNO juga perlu diberi perhatian yg serius oleh UMNO. Biar ’sakit hati sekarang dr menyesal di kemudiann hari’.

PR @ PAS

Meskipun telah menang dlm PRK ini perlu diteliti & dilihat kenapa majoriti yg lebih besar tidak diperolehi. Dari segi statistik PAS hanya berjaya mengubah hanya 0.61% pengundi dlm P036 bukan 5% yg dicanang. Ramai yg merasakan PAS sepatutnya berpeluang menang dgn lebih besar dlm RPK ini. Kenapa? Ini perlu diteliti sendiri oleh jentera parti! Apa2 pun perlu diberi pujian kepada Tuan Guru Hadi Awang yg bijak dalam penentuan calon yg berkaliber berdepan dgn calon UMNO.

Antara yg menjadi bahan jenaka @ gurauan bila berakhirnya P036 adalah isu pengundi ’Hantu’. PAS tidak habis-habis memainkan isu ini. Tetapi bila PAS menang dalam PRK ini isu tersebut lenyap? Di mana isu rasuah oleh yg dimainkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu? Tidak cukupkah kredebiliti SPR diuji? Tidak yakinkah lagi PAS kpd SPR? Isu ini sepatutnya tidak dimainkan kerana menampakkan ketidakmatangan pimpinan PAS dlm setiap pilihanraya.

PAS perlu sedar sikap menuding jari, fitnah, menakutkan pengundi (dosa/pahala) & lain-lain mungkin tidak lagi mendapat tempat pada masa akan datang. Perubahan perlu dilakukan utk memikat hati pengundi atas pagar kerana mereka yg bakal mencorakkan pola kerajaan di masa hadapan.

Antara sikap PAS yg perlu diubah bila tiba musim pilihanraya adalah sikap terhadap SPR & Pengundi POS. Jika diteliti pengundi POS berjumlah 1,302 tidak berganjak untuk mengundi UMNO (undi POS kpd PAS berjumlah 86 iaitu bertambah 3 drpd 83) ? Sikap PR perlu berubah jika mempunyai cita-cita utk memerintah kerajaan. Pas tidak dipersalahkan dlm PRK ini ttp jentera PR secara keseluruhan & sikap pimpinan atasan PR. Ulasan ttg Pengundi POS.

Meskipun pergeseran awal mengenai soal calon dihadapi oleh PAS ttp ia dilenyapkan oleh semangat jentera PAS yg bersatu apabila calon diumumkan. Penyokong PAS & jentera PAS patut dipuji kerana mempunyai semangat jitu dlm memenangkan calon. Sikap berkorban & berkhitmat tanpa $$ perlu dijadikan sandaran & ikutan oleh ahli-ahli UMNO. Mereka amat semangat berkhitmat tanpa kenal erti penat lelah tanpa juga mengharapkan habuan wang ringgi. Sikap ini tidak terdapat pada segelintir jentera UMNO. UMNO juga tahu akan hakikat ini.

PR perlu melihat mengapa undi Cina merosot di DUN BANDAR. Nampaknya kehadiran 'big figure' dlm DAP tidak memberi kesan kepada pengundi2 Cina. Jadi bagaimana hendak dikatakan UNDI pada PR telah bertambah jika undi bukan melayu berkurang?

Dapat dirasakan bahawa ’kedegilan PAS dlm memperjuangkan prinsip Hudud’ sedikit sbyk telah memberi kelebihan undi terutama dr kalangan pengundi Melayu. Dilihat dr sokongan pengundi maka tidak mustahil prinsip ini tidak sukar utk dilaksana kerana PKR juga telah mmberi lampu hijau dlm isu tersebut. Jerat memakan diri, isu yg dicanang oleh BN telah memakan diri meskipun berjaya mengekalkan hati pengundi berbangsa cina & india. Teruskan usaha PAS utk menegakkan Islah Islam. Buktikan kepada semua ia bukan hanya retorik & ckp semata2.

---------------

P036 berlalu dgn satu lagi semangat & azam baru bg Pakatan Rakyat

Saya merasakan BN & PR akan melalui laluan yg sukar dalam PRU-13. Kematangan pengundi2 dilihat menjadi cabaran bagi kedua-dua pihak. Baik BN utk mengekalkan tampuk kerajaan Pusat @ PR dalam mengekalkan momentum jumlah kerusi yg sedia ada. Tetapi dapat disimpulkan PR telah menjadi ’leading’ dlm erti ini.

Hakikatnya pengundi muda yg merupakan 20-40% pengundi berdaftar dlm PRU-13 perlu dipancing & didekati.

Cuma satu diminta baik UMNO @ PAS. Dalam keghairahan memancing & menambat hati rakyat baik bumiputera & bukan bumiputera PERLEMBAGAAN (Agama, Hak Keistimewaan Org Melayu, Bahasa & Sultan) yg merupakan teras tunjang negara bernama MALAYSIA jgn digadai & tergadai. Bersatulah & senadalah bila isu-isu tersebut disentuh oleh rakan-rakan dlm pakatan / barisan mereka.

Lain-lain Artikel Menarik

Laporan Bebas Pemantau Pilihanraya P036.

Komen di MalaysiaKini

comments

No comments:

Post a Comment