Jan 13, 2009

P036 - Kuala Terengganu PRK - Keputusan telah Dibuat?


Tinggal 4 hari lagi untuk berkempen bg kedua-dua parti bertanding. Setakat ini dirasakan kebanyakan pengundi telah memberi keputusan calon pilihan masing-masing. Kebarangkalian pengundi-pengundi berubah hati dlm masa kempen 4 hari terakhir merupakan amat jarang berlaku ’very unlikely’. Seperti yg dijangka pertarungan banner/ poster lebih meriah dilihat 4-5 hari terakhir. Pekerja/ petugas jentera pilihanraya lebih bekerja lebih kuat dr skrg. Masyarakat terengganu telah tahu intipati kempen yg telah dijanjikn/ ditabut oleh kedua-dua pihak. Adalah menjadi kata putus pengundi utk menilai & membuat keputusan.

PEMBERAT CALON

Apa ’significant’ memilih calon BN berbanding calon PAS. Dan apa pula kekurangan calon BN berbanding PAS & sebaliknya. Pertarungan kali ini dilihat unik kerana dilihat pertarungan utk menjadi juara rakyat. Rakyat Terengganu melihat apakah hasilnya kpd kesan kehidupan mereka jika mengundi parti tertentu. Jesteru menunjukkan kelebihan kpd calon BN yg dimana kerajaan negeri Terengganu baru mendapat royalti minyak kembali dr kerajaan pusat. MB Terengganu menjanjikan durian runtuh akan dinikmati & tidak akan sia-siakan harapan rakyat.

Kesemua rakyat bakal mendapat habuan masing-masing bila dilihat MB Terengganu yg baru lantikan Sultan Terengganu sendiri menjanjikan harapan kepada rakyat Terengganu. Beliau menjanjikan yg lain dr kebiasaan BN & bukti kepimpinan dpt dilihat apabila dibawah usaha beliau telah berjaya mendapatkan kembali royalti minyak.

Pengundi mungkin melihat jika MAWE mendapat mandat utk menguasai kerusi KT tidak mengubah atau pembaharuan dpt dilaksanakan memandangkan beliau hanya menjadi pembangkang dlm Terengganu. Kemungkinan limpahan hasil royalti tidak akan dapat dinikmati oleh pengundi Kuala Terengganu jika beliau diberi mandat. Tidak mustahil pandangan ini kerana jika dilihat keadaan DUN yg diwakili beliau dilihat ketinggalan berbanding kawasan lain.


KRISIS EKONOMI

Pengundi-pengundi cina khususnya pengundi cina yg rata-rata peniaga mengharapkan rancakkan ekonomi di Terengganu. Mengundi kepada PR lebih menjurus kpd undi kearah kelembapan ekonomi mereka. Walaupun pada hakikatnya ada segelintir hati mereka ingin mencuba sebaliknya.

Mungkin dliihat sbg berat sebelah ulasan ini tetapi inilah hakikat yg pahit utk ditelan oleh PR & mereka juga tahu. Diwaktu keadaan ekonomi dunia yg tidak menentu, faktor national @ agenda politik picisan tidak dianggap penting oleh sesetengah pengundi. Faktor survival masyarakat dalam dunia yg penuh cabaran memainkan peranan dlm menang @ kalahnya calon.

---
Sepertimana telah dikatakan di perenggan awal tadi. Kebanyakan rakyat telahpun membuat keputusan. Cuma tinggal hari penentuan @ pembuangan undi dimasukkan ke dalam peti lutsinar. Bg rakyat biasa, apa yg mereka mahu adalah kemelut pertembungan politik yg tidak berkesudahan dihentikan & tumpuan patut diberikan oleh kedua-dua pihak (BN & PR) dlm mengharungi cabaran krisis ekonomi global.
comments

No comments:

Post a Comment