Jan 10, 2009

Pilihanraya Kecil P36 – PERTARUHAN

Pilihanraya Kecil P36 – PERTARUHAN

PRK-P36 merupakan pertaruhan yg amat tinggi utk kedua2 parti gabungan iaitu Pakatan Rakyat & Barisan Nasional. Kedua2 parti telah mempertaruhkan kredibiliti, semangat moral & harapan pada pilihanraya ini diterjemahkan oleh rakyat. Sebenarnya pilihanraya ini dilihat pemerhati sebagai mukaddimah kepada PRU-13. Jesteru, menunjukkan betapa pentingnya pilihanraya ini. Pecahan pengundi yg unik di kawasan ini dilihat pemerhati sebagai menggambarkan keadaan sebenar kebanyakan kawasan parlimen di Malaysia.

PAS & Pakatan Rakyat

Kemenangan PAS adalah teramat penting utk menunjukkan betapa tsunami politik rakyat masih berlaku & akan terus berlaku. Jika kemenangan berpihak kepada PR nescaya semangat bahawa PRU-13 bakal menjadi milik PR tidak lagi mustahil. Disbbkan inilah kemenangan calon PAS dlm P36 adalah amat kritikal utk menunjukkan PR menjadi pilihan majoriti rakyat.

Omong 16 September yg menjadi bualan rakyat merupakan satu kisah yg mencalarkan imej PR. Imej PR hanya dapat dipulihkan jika pengundi memberi mandat utk memenangi kerusi P36 Kuala Terengganu. Kemenangan di pihak PAS juga akan menangkis dakyah BN bahawa kemenangan kebanyakan kerusi PR di seluruh negara adalah angkara undi protes rakyat.

PAS yg menjadi teras sokongan org melayu perlu menunjukkan kepada rakan2 PR terutamanya DAP utk tidak memandang PAS sebelah mata. Harapan PAS akan menjadi amat cerah utk memenangi kerusi2 majoriti Melayu yg lain jika mereka berjaya menang dlm PRK ini.

UMNO & BN

Keperluan mengekalkn kerusi P36 dilihat sbg cabaran lebih berat kpd UMNO berbanding PAS. BN perlu membuktikan kepada PR bahawa tsunami politik yg berlaku pada Mac lalu merupakan undi protes kerana krisis kepimpinan BN & kerana jeritan rakyat tidak diendahkan. Cabaran utk MCA utk mengekalkan parti dominan bagi kaum Cina juga amat jelas bilamana MCA telah mengerahkan jentera partinya utk berkempen secara ’efficient’ di kawasan Bandar.

Apa2pun jentera BN yg baru pulih dr kejutan politik Mac kelihatan lebih bersemangat & mantap. Malahan Paklah juga merasakan tempias bahang PRK ini malah menyeru jentera parti agar bekerja kuat demi kemenangan calon.

PERSONALITI

Antara personaliti yg secara tidak langsung dipertaruhkan adalah Dato’ Seri Najib & Dato’ Seri Anwar. Kedua2 pemimpin parti ini sebenarnya sedar diri mereka turut dipertaruhkn dlm pertembungan ini. Kalah @ menang akan menunjukkan keadaan mood rakyat terhadap parti masing2. Menang @ kalah juga bakal digunakan oleh pihak masing2 utk menjatuhkan moral pihak lawan.

Kemenangan di pihak BN akan menambahkn keyakinan terhadap DSN sebagai bakal perdana menteri. Kemenangan di pihak PR pula akan mengukuhkn angan2 DSAI utk mmbentuk Kerajaan PR pd PRU-13 nnti.

Kesimpulannya kedua-dua calon PAS & UMNO merupakan insan yg paling tertekan dalam PRK ini. Mereka tidak dapat menafikan terdapat tanggungjawab yg amat berat dipikul oleh mereka demi kemenangan masing2. Seluruh negara tertumpu kepada percaturan 2 tokoh ini dlm memenangi PRK ini dgn sokongan jentera masing-masing.

Calon Bebas Azharuddin Mamat merupakan calon yg paling 'rilex' & kelihatan tidak begitu tertekan kerana hanya yg duit $$ dipertaruhkan. Menang @ kalah akan menjadikan beliau terpahat sbg satu lagi lipatan sejarah unik PRK P36. comments

No comments:

Post a Comment