Showing posts with label Parliment. Show all posts
Showing posts with label Parliment. Show all posts

Apr 25, 2013

Macaman PAS nak tegakkan ISlam???? Kerusi ditandingi Parlimen cuma 73?

Tu dia.. Ni cek maleh nak start tapi nak kena start jugak la..
PAS kata nak tegakkan Islam.. Tapi CUma bertanding 73 kerusi daripada 222 kerusi..
Abis tu macamana nak tegakkan polisi Islam? Macamana nak tegakkan syiar Islam PAS. Hangpa serius ke idak nak tegakkan apa yg hangpa cakap. Ka sembang ja deraih.

Jumlah Parlimen 222 Kerusi. Untuk tukar Perlembagaan memerlukan 2/3 iaitu 148 Vote @ Kerusi. Jadi macaman nak ubah? Oh Ya.. Depa kata PKR banyak MP Islam kalau menang.. Tapi Anwar kata NO HUDUD if Pakatan Wins.. Macamana pulak tu?

Apa-apa pun cek nak mintak PAS hentikan sandiwara Negara Islam la Negara Hudud la sedangkan hangpa sendiri tak serius dengan cuma bertanding di 73 kerusi daripada 222 Kerusi..

Apabila agama diperkuda..

Terbaik pakcik.. Bangga org DAP


Track record proven
comments

Mar 18, 2010

Selamat Bersidang !

Selamat bersidang kepada wakil-wakil rakyat kita. Ingatlah teguran Yang DiPertuan Agong semasa hari pertama pembukaan sidang dewan. Cukup-cukuplah berpolitik & bincanglah @ berilah input utk meluluskan rang undang-undang yg ada. Meskipun terdapat satu lagi blok baru 'kuasa' di Parlimen. Tetapi ia tidak memungkinkan perubahan yg ketara kepada 'mentaliti' ahli-ahli yg berhormat.

Perkembangan hari pertama, kedua & ketiga memberitahu segalanya. Bagaimana mereka ini masih tidak 'matured' terhadap tanggungjawab yg diamanahkan oleh Allah & rakyat. Tak habis-habis dgn 'walkabout' @ keluar dewan. Macam budak-budak kalau difikirkan. Menghabiskan wang rakyat (elaun hadir ke parlimen). Kadang-kadang tu keluar dewan tak masuk-masuk. Sebab apa? Terus mengular jumpa kawan-kawan @ minum kopi kat KL.

Tapi itulah kadang-kadang wakil rakyat kita. Dari kes kemalangan jalan raya, kes mahkamah civil @ syariah, sehingga ke cerita-cerita yg kadangkala melebihi artis. Tapi itulah wakil pilihan kita. Nak salahkan sapa lagi kecuali diri sendiri. Tapi sekurang-kurangnya adala 'entertainment' baru selain drama swasta @ senario. Lawak yg kadang-kadang melebihi lawak bodo Raja Lawak final baru-baru ini. Tapi itulah senario skrg. Maka jgn disalahkan sesiapa bila rang undang-undang diluluskan tidak mendapat input yg diharapkan dek disebabkan ahli-ahli dewan lebih suka bercakap kosong & berpolitik hingga ke malam.

Maleh kadang-kadang nak tgk @ dgr benda apa yg diceritakan & dipaparkan dalam akhbar @ berita. Patutnya masa yg ada di dalam dewan digunakan utk membahaskan usul-usul penting. Antara usul yg amat penting perlu dibahaskan & diperhalusi adalah Akta ISA, GST, Pendidikan SX & beberapa yg lain. Maka gunakanlah Sidang kali ini sebaik-baiknya memandangkan ia merupakan amanah rakyat & tanggungjawab anda. comments