Mar 18, 2010

Selamat Bersidang !

Selamat bersidang kepada wakil-wakil rakyat kita. Ingatlah teguran Yang DiPertuan Agong semasa hari pertama pembukaan sidang dewan. Cukup-cukuplah berpolitik & bincanglah @ berilah input utk meluluskan rang undang-undang yg ada. Meskipun terdapat satu lagi blok baru 'kuasa' di Parlimen. Tetapi ia tidak memungkinkan perubahan yg ketara kepada 'mentaliti' ahli-ahli yg berhormat.

Perkembangan hari pertama, kedua & ketiga memberitahu segalanya. Bagaimana mereka ini masih tidak 'matured' terhadap tanggungjawab yg diamanahkan oleh Allah & rakyat. Tak habis-habis dgn 'walkabout' @ keluar dewan. Macam budak-budak kalau difikirkan. Menghabiskan wang rakyat (elaun hadir ke parlimen). Kadang-kadang tu keluar dewan tak masuk-masuk. Sebab apa? Terus mengular jumpa kawan-kawan @ minum kopi kat KL.

Tapi itulah kadang-kadang wakil rakyat kita. Dari kes kemalangan jalan raya, kes mahkamah civil @ syariah, sehingga ke cerita-cerita yg kadangkala melebihi artis. Tapi itulah wakil pilihan kita. Nak salahkan sapa lagi kecuali diri sendiri. Tapi sekurang-kurangnya adala 'entertainment' baru selain drama swasta @ senario. Lawak yg kadang-kadang melebihi lawak bodo Raja Lawak final baru-baru ini. Tapi itulah senario skrg. Maka jgn disalahkan sesiapa bila rang undang-undang diluluskan tidak mendapat input yg diharapkan dek disebabkan ahli-ahli dewan lebih suka bercakap kosong & berpolitik hingga ke malam.

Maleh kadang-kadang nak tgk @ dgr benda apa yg diceritakan & dipaparkan dalam akhbar @ berita. Patutnya masa yg ada di dalam dewan digunakan utk membahaskan usul-usul penting. Antara usul yg amat penting perlu dibahaskan & diperhalusi adalah Akta ISA, GST, Pendidikan SX & beberapa yg lain. Maka gunakanlah Sidang kali ini sebaik-baiknya memandangkan ia merupakan amanah rakyat & tanggungjawab anda. comments

2 comments:

  1. hehehe... kalau dah menjalankan sepertimana layaknya seseorang yang bergelar Wakil RAkyat, bukan lagi namanya ahli politik Malaysia...

    Mahu tak mahu, kenalah terus berlagak jadi macam Tom and Jerry.

    http://theflyingkick.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. :).. ahli politik adalah bila berpolitik.. patutnya bila dah masuk dewan.. jadilah Wakil Rakyat..bukan wakil Kera @ baboon..

    rakyat mahukan yg terbaik.. maka bermesyuaratlah dgn baik..

    ReplyDelete