Dec 10, 2009

Soalan Panas MP Langkawi ~ Ambulance Langkawi

Soalan Panas MP Parlimen Langkawi - Soalan Penuh& Jawapan disini.

Tu dia. Akhirnya persoalan yg selama ini ditunggu-tunggu terjawab. Maka dekat betullah khabar angin menyatakan tentang Ambulance Langkawi. Jawapan tersebut terlerai hari ini bila soalan yg ditanyakan oleh MP Langkawi Dato Bakaq dijawab oleh Menteri Kesihatan.

Nak dijadikan cerita 'Sea Ambulance' wujud rintitan drpd rintihan pesakit2 di Langkawi. Terdapat bbrp kes pesakit meninggal dalam perjalanan & juga meninggal akibat susah utk mendapat rawatan susulan bila penyakit kronik. Maka disitulah dicadangkan Kementerian Kesihatan mempunyai sendiri Sea Ambulance bg membawa pesakit.

Maka 'Sea Ambulance' dgn bangganya dilancarkan pada 7 Mei 2009. Semua menarik nafas lega & setakat 'perkhitmatan' terbaiknya hanya 3 perjalanan dalam tempoh seminggu lebih sebelum di istiharkan rosak pada 16 Mei 2009. Persoalannya sekarang takkan baru seminggu pakai dah rosak?

Apa dah jadi.. takkan Jabatan Laut lenjan bot sampai seminggu terus rosak & 'unoperational' sehingga Disember 2009? Timbul juga persoalan adakah Kementerian Kesihatan membeli bot yg 'cap ayam' sehinggakan seminggu sudah rosak? Jadi maksudnya, sepanjang dr bulan Mei 2009 hingga Disember kapal tersebut dikira rosak. Hm.. persoalan sekarang knp kapal yg baru dibeli lepas seminggu rosak sehinggakan kepentingan awam terabai.

Cek meminta SPRM, Kementerian Kesihatan @ pihak bertanggujawab turun siasat perkara ini. Antara perkara yg boleh disiasat adalah :-

1- Berapa harga bot tersebut? Adakah second hand @ baru? Selalunya perjanjian jual beli ada warranty agreement adakah ia terlaksana?
2- Difahamkan bot tersebut rosak? Apakah kos utk memperbaiki bot tersebut. Siapa yg bayar?
3- Difahamkan bot tersebut hanya 3 kali perjalanan. Berapakah kos utk mengendalikan/ operasi bot tersebut (Mei-Disember09) ? Siapa yg bayar?
4- Adakah terdapat penyalahgunaan kuasa bot tersebut utk kepentingan pihak tertentu? comments

3 comments:

  1. Cek dulu perangai yang rosak. Tapi yang boleh buat begini fahaman agama sahaja. Mampukah kaum pelaksana negara?

    ReplyDelete
  2. Aku dah tanya direct kat Jabatan Laut. Nanti aku e-mail penjelasan mereka

    ReplyDelete
  3. Cantik Org Tanjung.. kalau tak betui kita perbetui..

    ReplyDelete