Dec 25, 2009

Gerakan & UMNO Siapa yg layak Mengetuai Pengerusi BN Pulau Pinang?

Isu ini bermula dua minggu lepas apabila Pengerusi UMNO Penang melalui Dato' Zahid Hamidi menyampaikan hasrat UMNO Pulau Pinang 'lead' pengerusi BN. Dan lebih menarik apabila Gerakan yg diketuai oleh Tsu Koon menolak dgn kerasnya permintaan murni tersebut. Mari kita lihat fakta yg dikemukakan dalam tuntutan tersebut.

Dr Pihak UMNO
~ Hanya UMNO yg menguasai kerusi pembangkang DUN.
~ Gerakan tiada kerusi langsung baik di DUN mahupun Parlimen.
~ Gerakan tiada usaha utk menarik sokongan rakyat kembali di Penang.

Dr Pihak Gerakan
~ UMNO menjadi pengerusi BN hanya akan memberi 'extra' peluru kepada DAP utk menyerang Gerakan
~ Komposisi masyarakat di Pulau Pinang yg majoriti Kaum Cina akan menunjukkan yg hanya Gerakan layak menerajui.
~ DAP selalu menyerang mengatakan Gerakan mengikut telunjuk UMNO. Maka jika UMNO menjadi pengerusi BN ini akan men'confirmkan' kenyataan DAP.

Apa-apa pun cek melihat isu tersebut bukannya besar sangat. Ada kebenaran dgn apa yg dinyatakan oleh UMNO. Lihat sahaja kenyataan akhbar oleh SPR baru-baru ini. Juga lihatlah table di sebelah yg dipetik dr kenyataan SPR.

Maka disini ada kebenarannya kenyataan pengerusi UMNO Penang yg menyatakan Gerakan tidak serius dalam menarik sokongan rakyat sehinggakan tiada pengundi baru didaftarkan walaupun kita tahu cawangan yg paling banyak Parti Gerakan adalah melebihi parti-parti lain di Pulau Pinang.

UMNO meminta menjadi Ketua berdasarkan fakta. Berdasarkan kepada UMNO mempunyai 11 Kerusi DUN & 5 Kerusi Parlimen di negeri tersebut manakala Gerakan 'O'.

Nasihat kepada Pengerusi BN DAto' Seri Najib TUN Razak...

Berdasarkan kepada fakta yg diterjemahkan kepada kita oleh SPR. Terdapat 4.38 juta yg belum mendaftar sebagai pengundi.

Maka buatlah KPI utk sekalian Komponen Parti BN iaitu UMNO, MIC, MCA, GERAKAN, SAPP, PPP, juga Parti Komponen di Sabah & Sarawak. Pendaftaran pengundi mesti & wajib dilaksanakan sebanyak mungkin. Setiap parti perlu ada kaunter pendaftaran utk pendaftaran pengundi.. Bertindaklah sekarang sebelum terlambat.

p/s: Cegah sebelum parah. comments

2 comments:

  1. Satu soalan yang mudah dan senang untuk dijawab. Jawabnya UMNO

    Sebab-sebabnya jelas dan nyata. Tak payah bersandiwara.

    mohamed

    ReplyDelete
  2. Gerakan sudah gagal. Ini soal survival komponen atau soal perjuangan induk iaitu BN?

    Sebagai pemandu Gerakan sudah kalah. Sebagai entiti yang sudah kalah, Gerakan menunjukkan yang there is no more fight left in him.

    Gerakan undur dirilah. Take the back seat. Let other componen take the stearing wheel. Ini bukan pun hal who should hold the wheel. Ini hal how the team can win.

    Gerakan have had its chances. And it blew it. Be a sweet looser, and graciously hand over the baton.

    ReplyDelete