Oct 5, 2009

Jangan Ingat kami Bodoh ~ Warga Tentera PRK Bagan Pinang N31

Sungguh meriah Bagan Pinang sejak akhir-akhir ini. Rezeki dikira melimpah ruah kepada para peniaga & pengusaha Hotel. Secara tiba-tiba warga tentera diberi perhatian secara amat besar. Jarang nampak warga tentera diberi perhatian sehingga berlebihan oleh orang-orang Pakatan Rakyat.

Secara tiba-tiba pemimpin Pakatan Rakyat amat prihatin kepada warga tentera sehinggakan terdapat cerita-cerita lawak bodoh dalam internet. Cerita-cerita PAS & PR semacam bodoh sangat warga tentera. Mungkin orang-orang PAS lupa yg warga tentera adalah warga yg telah lama berkhitmat & tak kenal apa itu perasaan takut. Jadi janganlah diperbodohkan warga tentera yg mengatakan mereka dipaksa undi @ tidak. Amat kelakar melihat kenyataan Ketua Pemuda PAS yang berkata "Tidak mungkin pengundi kelas ini takut kepada ugutan dan ancaman sebagaimana yang sering berlaku kepada pengundi - pengundi di kampung - kampung tradisi . "

Kenyataan seperti diatas menunjukkan betapa mereka memandang rendah warga tentera. Pihak PAS seperti melihat warga tentera mengundi dek kerana takutkan BN. Nauzubillah. Sedangkan warga tentera adalah mereka yg paling berani di Negara & menjadi front line utk mempertahankan negara bik ancaman dalaman @ luaran. Udah-udahlah.. Ini yang kita panggil taktik makan diri.

Lagi ditambah pula dgn kenyataan yg dinyatakan sendiri oleh Ketua Pemuda PAS lebih menggelikan hati bila dikatakan Kapten Major (B) Abu Bin Kassim. Rata-rata kalau orang tentera lihat kenyataan tersebut mesti geli hati sebab tak pernah wujud dalam tentera pangkat tu. Jadi nampak sangat PAS amat jumud bila berdepan dgn tentera sedangkan pangkat-pangkat dalam tentera pun tak tahu. Tah mana dapat info ada pangkat Kapten Major.

Feedback dari rakan-rakan tentera banyak yg cenderung kepada BN. BUkan kerana dipaksa tetapi atas legasi DS Najib semasa memegang tentera dahulu. Beliau banyak berjasa kepada tentera terutama utk meminta dinaikkan elaun Cola & elaun-elaun lain. Diwaktu DS Najiblah tentera diangkat ke satu taraf yg tinggi. Dalam pada itu Warga tentera masih ingat betapa mereka dipinggirkan oleh PR. Kadang-kadang dituduh menjadi balaci UMNO sebagai pengundi Hantu lagi.
~~~~

Dalam dok minum-minum kat kedai tepi laut terdengar percakapan dua warga tentera berkenaan PRK bagan Pinang. Lebih kurang beginila ceritanya.

Tentera A : "Huih, meriah jugak bila ada PRK ni. Yang UMNo bagi paper free Utusan dgn Berita Harian. Yang PAS pulak dok bagi berbagai-bagai keropok".

Tentera B : "Abih, ko ambik tak tak?"
Tentera A : "Dua-dua aku ambik. Yang syioknya yg pakcik petugas PAS tu dok kutuk awal-awal sebab aku dok pegang paper Utusan. Dia kata rasuah. Lepas tu dia hulur pulak keropok katanya oleh-ole dari PAS."

Tentera B : "Ko tak cakap apa ka?"
Tentera A : "Aku tanya jugak keropok ni bukan rasuah jugak ka? Dia jawab tak, sebab ni kira sedekah nak bagi merasa dari PAS yg mai dari luar. Aku cakapla jugak, rasuah jugak ni sebab nak suruh pangkah PAS. Lepas tu aku sambung pulak lagi. Sekurang-kurangnya rasuah UMNO bagi paper tak jadi darah daging tapi kalau PAS makan keropok jadi darah daging".

Tentera B : "Apa kata pakcik tu"
Tentera A : "Apa lagi terpinga-pingala pakcik tu. Tapi nasib baik dia tak ambik balik keropok yg dia bagi kat aku tadi, hihihi".
~~~

Komen dari warga Tentera :-

Kepada PAS. Cerita undi POs ni selalu berbunyi tapi selalunya tak konsisten. Pada waktu-waktu tertentu sahaja. Sama juga dgn keikhlasan utk membela nasib tentera. Kalau 'function' pun tak pernah datang. Apatah lagi sumbangan @ mengingati warga tentera di luar negara & di perantauan. Dimana PAS pada ketika tersebut. Sekurang-kurangnya UMNo melalui Bakti tidak pernah lupa utk menghantar sumbangan kepada warga tentera di perantauan.

P/s: Nampak sangat PAS tidak ikhlas utk memperjuangan warga tentera bilamana bila kita lihat dalam blog pas negeri sembilan sejak akhir-akhir ni lah byk cerita pasal warga tentera. Terlalu prihatin pulak nampaknya. Sampai senapang pun cuba nak dijadikan isu. Sedangkan blog tersebut telah wujud sejak 2005. Takdak pun nampak PAS bersungguh-sungguh menaikkan isu mengenai tentera. Kenapa sekarang ya?

Jadi sapa ikhlas sapa tak sebenarnya?
comments

11 comments:

  1. Salam halim tuah..
    terima kasih ttg info ..

    ReplyDelete
  2. salam.. ana amat tertarik dgn kenyataan ini. tp kenapa shabat2 xpercaya ye? banyak pulak alasannya.. PAS cuba membawa ISLAM, UMNO cuba plak xmenentu. sekejap islam hadhari, sekejap satu malaysia.. rakyat pun dah konfius. Bukakan pintu hati dan berfikirlah, anda semua pasti nampak kebenarannya. Think out of the box..

    ReplyDelete
  3. Susah nak kata samada warga tentera ni bodoh atau tidak. Ada yg bodoh ada yg tidak tapi dgn keadaan sekarang ni, ramai yg dilihat lebih bodoh dari cerdik.

    Bodoh sebab tentera skrg ni byk "mati" sebab gejala dadah.

    Bodoh sebab bila habih service tarak persiapan awal. Last2 kerja guard saja. Bawa teksi pun tak sungguh2. Dapat duit hadiah kira nak menikah sorang lagi.

    Dan yang paling penting adalah warga tentera sekarang bukan bodoh sebab di atas tapi DIPERBODOHKAN...

    Pegawai kira dok main golf saja. Pentingkan periuk nasi sendiri. Latihan keras skit, 1Malaysia kecoh.

    Lebih malang bila ada campur tangan politik. Moral byk yg jatuh.

    Kalau hari ni 1Malaysia diserang, kelmarin dah kalah. Itu perumpamaan yg sesuai menggambarkan alam ketenteraan sekarang. Tengok betui2, lemak saja di badan depa.

    Tak macam kami dulu-dulu selaras dengan motto kami "AGI IDUP AGI NGELABAN". Aku tak menyesal berkhidmat dulu2 tapi kalau aku masih berkhidmat la ni, tobat aku menyesal, sure aku chow lagi awai...

    Barang apa yg nak aku juai lagi nih?

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  4. Salam Akhi,
    PAS cuba bawak Islam? Ini yg cek nak percaya tapi sebenarnya tidak. Kalau PAS dulu mungkin cek percaya tapi PAS skrg.. Huh.. takyah nak komen..

    Satu ja.. kalau PAS betul ikhlas perjuangan Negara Islam.. cuba usul dalam Parlimen utk Negara Islam. Mintak Undi senyap oleh semua rakan2 tak kira UMNO, PAS @ PKR..

    Satu lagi.. Bagi sikit apa asas Negara Islam yg PAS nak perjuangankan? Mana blueprint negara Islam yg dikata.. mana cerdik pandai PAS utk rangka perlembagaan Islam yg merangkumi hukum Hudud & Qisas juga yg lain2..

    Nntila saya ulas pasal benda ni.. buat saudara kemukakan kepada Saf saudara.. utk renungan..

    ReplyDelete
  5. Orang Tanjung..
    Pedih sungguh kata2 OT. tapi memandangkan OT mmg x-tentera cek tau yg pandangan ikhlas OT mmg ada kebenarannya..
    persoalannya skrg salah siapa? adakah kerajaan yg memerintah? @ salah sendiri.. mcm OT jugak bila dah pencen hasil usaha sapa OT berdiri diatas kaki sendiri.. ye tak?

    Mmg betul apa yg dikatakan oleh OT yg mengatakan sehingga skrg nak tentera buat training lasak sikit pun kecoh satu malaysia.. tgk sajalah PLKN.. dimana sepatutnya mereka ni ala2 NS di Singapore. Tapi akhirnya jadi bahan gelak ketawa warga singapore.. siap kata PLKN malaysia mcm pi camping..

    Pada hemat saya jatidiri, patriotisme & nasionalisme byk telah mati baik oleh org muda, rakyat malaysia & sebilangan warga tentera..

    Kita perlu kembali ke perjuangan asas pertubuhan ketenteraaan Malaysia bukan dimomokkan dgn politik berlebihan.. kelak kita jadi mcm Mynmmar..

    ReplyDelete
  6. "Kamu perajurit-perajurit semua, kena ingat, semasa pm (JIB) kita menjadi menteri pertahanan, apa yang kita hendak semuanya kita dapat..kata-kata rayu pada perajurit.. jika pembangkang menang, sekiranya berlaku huru hara, jangan kamu menyesal atas kesilapan kamu SENDIRI.." -kata - kata ugutan.. Dari KOL Anuar KOM LATIDA kepada Staf2 di LATIDA pagi tadi 07 oct 09.

    Anak Langkawi, cuba pi check betui dah kata-kata di atas.

    ReplyDelete
  7. Cuba baca pendedahan di link ini pulak...

    http://mindnoevil.blogspot.com/2009/10/bagan-pinang-and-promotion-in-army.html.

    Sebab tu aku dok kata yg tentera sekarang bukan bodoh tapi mudah diperBODOHkan....

    Bayangkan kalau pihak risikan tentera luaq mai bagi duit seperti yg dibuat oleh team NURI dari S'pore, habih depa juai maklumat ATM...

    ReplyDelete
  8. Berita terbaru hiburan sensai. Jom baca di link ini. Tu pun kalau anak langkawi ambik PPSMI...

    http://mt.m2day.org/2008/content/view/27586/84/

    Tau bahasa siam lagi besttt...

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  9. Orang Tanjung..
    Pada saya tak salah apa Dari KOL Anuar KOM LATIDA cakap.. itu bukan ugutan.. cuma berbunyi mengingatkan.. kalo ugutan berbunyai macam ni..

    "kamu semua kena undi BN.. kalau tidak yg mengundi PR akan dikenakan tindakan." ha.. ini baru ugutan bunyinya..

    kalau mcm ni mcm mana.. "Kamu ingat undilah PAS .. jgn kamu mengundi mereka2 yg menolak Islam @ Islam plastik. nescaya syurga allah menjadi mereka yg memilih yg benar?" - ayat di manek urai.. ini mcm mana pulak? tak berbunyi ugutan..?

    tapi apa2 pun.. rakyat tidak lagi bodoh.. baik di bandar @pun luar bandar.. jadi biaqla depa buat keputusan..

    terima kasih kepada link..
    satu lagi..

    Orang tanjung.. apa pendapat hang tentang BUdget DAP? hehehe..

    ReplyDelete
  10. Aku dah agak ngan komen awak tu tapi aku tak kisah sebab pengalaman hidup di alam ketenteraan bukan semua orang pernah rasa.

    Aku bertuah sebab merasa dua dunia yg berbeza, dunia tentera dan dunia awam, jadi aku saja yg tahu mana satu ayat ugutan, nama satu ayat rayuan dan mana satu ayat rayuan ugutan.

    Budget DAP? Belum sampai ke e-mail aku berkenaannya tapi yang aku pasti bf Altantuya pasti akan ciplak darinya sebagaimana dia ciplak konsep Malaysian Malaysia dan One People One Nation One S'pore.

    Nanti aku kasi komen sbb aku suka buat homework dulu bukan main terjah macam tu ajer.

    Ni tengah boring nak pukui bola golf di Datai tak buleh, hujan.

    Huwaaaaaaaahuwaaaaaaaaahuwaaa!!!!!!

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  11. Salam org Tanjung.. Budget DAP.. hehe.. OT kena buat reseach lagi kot.. tgk2la website/ blog DAp.. dah bercmbah dah..

    p/s: bila nak panggil cek jadi kedi, nak pukui tak reti..

    ReplyDelete