Oct 30, 2009

Ulasan Bajet DAP ~ Bukan Budget PR tau !

Baru-baru ini DAP ada mengeluarkan budget sendiri mewakili PR. Berikut adalah antara intipati yg diambil & ulasan cek berdasarkan Budget yg dikeluarkan :-


1. Perjanjian perkongsian cukai pendapatan dengan 20 peratus individu dan cukai perolehan korporat yang dikutip di negeri akan menjadi hak negeri. Bagi Selangor dan Pulau Pinang, perjanjian perkongsian pendapatan ini akan membolehkan masing-masing mandapat RM 3.2 bilion dan RM 500 juta. Formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan factor populasi, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insane dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan.

~ Dengar agak menarik tetapi di Amerika Syarikat mahupun dimana2 negara Eropah @pun negara2 di dunia tidak pernah diguna pakai formula ini. Formula geran pembangunan pulak seperti mahu mengasingkan negeri2 yg miskin & bermasalah. Maka ayat berdasarkan populasi adalah amat subjektif. Siapa pulak yg akan menentukan faktor-faktor yg disebut diatas bukan?

2. Negeri juga akan diberikan hak untuk meminjam sehingga 50 peratus daripada pendapatan tahunan yang dijana daripada sumber sendiri, iaitu pendapatan yang diperolehi secara langsung oleh kerajaan negeri.

~ Meminjam? drpd siapa? Kerajaan pusat? Kenapa seolah-olah kerajaan negeri sebegitu miskin sehinggakan perlu meminjam dr kerajaan pusat? Inilah jadinya bila terlalu pandai berjanji & tidak dapat ditunaikan. Maka bila duit tak cukup bebankan kerajaan pusat.

3. Kami akan menubuhkan dana RM400 juta untuk menyediakan geran kepada kerajaan negeri untuk menganjurkan pilihanraya majlis tempatan, mengadakan kajian delineation, menjalankan latihan dan memupuk kesedaran menerusi publisiti dan kempen pendidikan selepas meminda Akta Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

~ Bunyi agak menarik pilihanraya majlis tempatan. Kita sudah sedia maklum. Setiap kali ada pilihanraya terlalu banyak $$ dibelanjakan. Jika diteliti dgn lebih mendalam pilihanraya tempatan hanya justifikasi utk menggantikan penjawat awam yg memegang jawatan dalam Majlis Perbandaran, Dato' Bandar & lain2 yg rata-rata majoriti penjawat awam org Melayu. Dgn menguasai Majlis Perbandaran maka DAP lebih menguasai ekonomi dibandar-bandar. Cerdik! Itulah sebabnya DAP beriya-iya mahukan pilihanraya majlis tempatan.
Kita sudah sedia maklum byk kerusi yg dimenangi DAP adalah di bandar-bandar. Jadi kuasai bandar dahulu sebelum kuasai negara.

4. Kuasa berhubung reka bentuk dan pentadbiran jaringan pengangkutan awam akan diserahkan kepada negeri. Setiap bandaraya akan mempunyai Pihak Berkuasa Pengangkutan Tempatan bagi melihat dan meninjau majlis Bandar tempatan manakala untuk bandar dan daerah yang lebih kecil, ia akan digabungkan di bawah Pihak Berkuasa Pengangkuatan Negeri. Di Lembah Klang, DAP mencadangkan Pihak Berkuasa Pengangkutan Lembah Klang untuk menguruskan sistem pengangkutan yang bersangkutan antara satu sama lain.

~ Kenapa perlu diserah kepada negeri? Ini memberi terlalu banyak kuasa kepada negeri. Simple ja jawapan kerana nak projek. Kenapa lagi satu penumpuan lebih kepada Lembah Klang & bandar2. Kerana disitulah tumpuan & kekuatan DAP.

5. Di bawah sistem ini, sebanyak RM13 bilion diperuntukkan untuk pengangkutan awam pada tahun 2010, dan akan diagihkan kepada negeri-negeri berdasarkan jumlah penduduk dan kepadatan kenderaan. Persaingan terhad dan kontrak jarak kos kasar akan dilaksanakan bagi membolehkan pihak berkuasa pengangkutan memantau kestabilan dan jaringan sambil mencari jalan mengurangkan kos. Di bawah sistem ini, jaringan dan reka bentuk ditentukan oleh pihak berkuasa pengangkutan sementara pengendali yang terpilih menerusi tender terbuka dan bersaing.

~Lagi pengangkutan awam. Jadi tahulah kita siapa kumpulan sasaran mereka.

6. Sebanyak RM750 juta diperuntukkan pada tahun 2010 untuk membasmi kemiskinan tegar di Malaysia dalam tempoh 5 tahun, RM500 juta untuk Jaringan Keselamatan Sosial untuk rakyat yang hidup di bawah paras kemiskinan yang telah dikaji semula (PLI), RM500 juta untuk pembangunan modal insan untuk keluarga miskin dan RM3 bilion untuk pembangunan keperluan asas di kawasan pendalaman dan Malaysia Timur.

~ Tampak menarik tetapi tidak dijelaskan secara terperinci. Nnti kita bezakan antara ini dgn yg skrg.

7. Sebanyak RM1.07 bilion akan diperuntukkan untuk Bonus Warga Emas. Sehingga RM3,000 akan disalurkan ke dalam akaun KWSP warga bekerja dewasa dan akan dibenarkan untuk pengeluaran segera jika pendapatan peribadi kurang daripada RM3,000 sebulan di bawah Program FairWage. RM1,500 akan diberikan kepada rakyat yang mahu mengubah suai kediaman (isteri tidak bekerja) dengan pendapatan pasangan tidak melebihi RM3,000 sebulan.

~ Bonus warga emas? Hahah. Kelakarlah. RM 3,000 KWSP utk warga bekerja dewasa? Tidakkah DAP tahu tak semua warga mempunyai KWSP? RM 1,500.00 utk ubahsuai rumah? Apa sgt boleh buat dgn RM1,500.00. Takat boleh beli batu simen ja.. Mekanisme pemantauan macamana? nnti jadi mcm skim KWSP komputer peribadi.

8. Bagi membantu rakyat negara ini membiayai kos sara hidup yang semakin meningkat, terutama di bandar besar, kami mencadangkan RM15,000 pendapatan boleh cukai dikecualikan cukai, dengan RM15,000 seterusnya dikenakan sebanyak 7 peratus. Pada masa ini, hanya RM2,500 pertama sahaja dikecualikan cukai manakala RM2,500 seterusnya dicukai pada kadar 1 peratus. Sebagai tambahan, kami mencadangkan raga cukai pendapatan dinaikkan daripada RM150,000 kepada RM300,000.

~ Teruja jugak mendengar cadangan ini. Tetapi mmg kerajaan pusat telah mengumumkan penurunan cukai 1%. Jika diteliti dgn lebih tumpuan masih bercakap tentang penduduk bandar. Dengan perlaksanaan pengecualian cukai RM 15,000 pertama akan menyebabkan kerajaan akan kehilangan sejumlah besar sumber kewangan. Tapi apa depa kisah sebab pada DAP itu kerajaan pusat. Asalkan mereka dapat 20% dr cukai seperti point 1 pun dah cukup utk depa makan.

9. Memaktubkan penggunaan lebihan pendapatan minyak dan gas dengan sekurang-kurangnya 20 peratus daripada lebihan bayaran disalurkan kepada Khazanah Nasional Berhad untuk tujuan kapasiti baru dan pembinaan keupayaan dalam sektor utama antaranya Tenaga Boleh Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (RE&EE) dan Teknologi Hijau; sekurang-kurangnya 20 peratus lebihan bayaran akan dimasukkan ke dalam Dana Stimulus Nasional yang bertujuan melonjakkan perbelanjaan fiscal dan menyediakan bantuan kewangan kepada rakyat semasa kegawatan ekonomi di bawah skim baru, Malaysia Reversed Bonus dan Special Risk-sharing Initiative (SRI) dan sekurang-kurangnya 20% daripada lebihan bayaran akan dilaburkan dalam pembangunan sumber manusia, terutama dalam Pendidikan dan Latihan.

~ Lebihan pendapatan? Adaka lebihan pendapatan? Point sembilan ini agak menarik tapi rasanya kerajaan yg sedia ada telah bagi cadangan yg lebih menarik dr itu.

10. Peruntukan sebanyak RM25 bilion bagi membeli semula PLUS Expressways dan pemegang konsesi lebuhraya bertol yang mengaut keuntungan melampau dan tidak berpadanan dengan risiko dan modal yang dilaburkan. Pembelian semula itu akan dilakukan menerusi penggubalan Akta Kontrak Tidak Adil untuk memastikan ketelusan proses, di samping menilai semula konsesi lain seperti Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) , konsesi air, perkhidmatan pengurusan hospital, penswastaan stor perubatan kerajaan dan ujian perubatan pekerja asing.

~ Yap. Katanya buat kontrak terbuka. Tetapi sehingga sekarang baik di Pulau Pinang mahupun Selangor tidak semua sistem tender terbuka dilaksanakan. Dgn pembelian semula PLUS & bbrp highway satu persoalan timbul ? 'Maintainance' lebuhraya siapa yg akan tanggung? Mungkin ini salah satu point yg DAP lupa kot. Cakap ajalah DAP nak semua tender & kontrak ditender semula tanpa ada syarat kerajaan yg mensyaratkan kontraktor bumiputera diberi keutamaan.

11. Membina persekitaran pembelajaran bertaraf dunia untuk anak-anaki muda Malaysia dan pelajar dengan sejumlah RM43.3 bilion diperuntukkan untuk pendidikan dan latihan, yang merangkumi 23.8 peratus daripada Bajet 2010 keseluruhannya. Pada masa yang sama, pembangunan perbelanjaan akan ditingkatkan secara beerti dengan RM13.69 bilion daripada RM10.07 bilion.

~ Persekitaran pembelajaran bertaraf dunia? Kita dapat tahu siapa yg 'benefit' paling banyak dengan polisi ini. Semestinya persekitaran pembelajaran di kawasan bandar sahaja.

12. Skim dana bantuan pendidikan pra-siswazah JPA luar negara sebanyak RM60 juta diperuntukkan untuk semua pelajar terbaik SPM untuk pengajian pra-universiti tanpa syarat untuk lebih 4,000 pelajar, lebih ramai berbanding 1,500 pelajar pada masa ini, sementara RM500 juta diperuntukkan kepada sekurang-kurangnya 1,000 pelajar pra-universiti yang telah mendapat tempat di university ternama luar negara dengan keputusan cemerlang. Sebagai tambahan, sebanyak RM200 juta akan diperuntukkan kepada pelajar pra-universiti ternama yang datang dari keluarga miskin.

~ Jika diteliti JPA hanya mensyarat semua pelajar terbaik SPM tanpa syarat. Maksud DAP syarat miskin, luar bandar, bumiputera, sabah & sarawak, & kecermelangan kokurikulum tidak lagi diambil kira. Jadi jika sekarang 80%-90% pelajar JPA adalah mengambil kira syarat tersebut maka paham-paham jelah siapa yg bakal dapat biasiswa ni...

13. Bagi memberi kedudukan lebih baik kepada IKS, DAP mencadangkan peruntukan RM100 juta untuk membantu dan mengukuhkan kerjasama antara university tempatan, IKS, awam dan pusat kajian swasta manakala RM250 juta diletakkan untuk memberi bantuan kewangan kepada syarikat baru.

~ Done that.

14. DAP akan mencadangkan peruntukan RM50 juta sebagai geran berpadanan sehingga RM250 seisirumah untuk memasang CCTV dan RM25 juta lagi untuk pemasangan CCTV untuk syarikat IKS di kawasan yang berisiko tinggi.. Regimen RELA akan dimansuhkan dan diganti dengan pasukan Polis Masyarakat dengan peruntukan RM67 juta di bawah tadbiran Pihak Berkuasa Tempatan.

~ Geran RM 50juta utk CCTV? Siapa agaknya yg pakai CCTV? Orang kampung ka orang bandar? RELA yg byk berjasa mahu dimansuhkan & diganti oleh Pihak Berkuasa Tempatan yg rata2 akan dikuasai oleh DAP. Hilanglah mata pencarian petugas2 RELA.

15. RM 240juta kepada NGO utk isu seperti alam sekitar, NGO wanita, penghapusan kemiskinan @ utk kurang upaya.

~ Tampak menarik tetapi baik di'chanel' duit itu melalui kementerian masing2. Taknak pulak duit yg dicadangkan jatuh kepada NGO yg pro-pakatan yg byk kontraversi seperti SIS.


Yang amat menyedihkan dikala DAP mengeluarkan budget tersebut rakan-rakan Pakatan senyap membisu tanpa satu bicara. Seolah-olah meletakkan tanggungjawab bajet negara kepada DAP yg tampaknya lebih berkaliber dalam merancanakan ekonomi Negara.

Maka betullah apa yg ditelaah oleh orang ramai yg mengatakan ketua kepada Pakatan Rakyat merupakan DAP bukannya PKR @ PAS sepertimana yg digah-gakkan oleh penyokong masing-masing.

Apa2 pun bajet ini juga menunjukkan yg DAP belum bersedia utk meneraju negara. Bila baru-baru ini DSAI memperli kerajaan kenapa tidak menyentuh budget untuk tentera. Maka budget DAP lagi teruk kerana tidak langsung menyentuh perihal Ketenteraan, Bajet Polis, Pertanian, SME & lain-lain. Cuma DAP lebih tertumpu kepada BANDAR, Bandar, BandAR, BanDAR & BanDAR.
p/s: Maklumlah org bandar ja yg bnyk sokong depa.
comments

No comments:

Post a Comment