Oct 28, 2009

Perspektif Budget 2010 ~ Kesan Kepada Individu


Minggu lepas buat pertama kalinya Dato' Seri Najib telah melaksanakan salah satu tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dgn mengumumkan budget 2010. Bukan disini untuk mengulas dengan amat 'detail' budget tersebut cuma mahu memberikan pendapat berhubung budget yg diketengahkan.

CUKAI INDIVIDU

Sejak sekian lamanya rakyat marhain amat lama tidak mendapat faedah secara langsung oleh Kerajaan. Maka tahun depan merupakan tahun yg amat bertuah untuk rakyat. Beberapa penurunan cukai & kenaikan pelepasan cukai bakal menambahkan pendapatan isi rumah.

Antara berita baik kepada pembayar cukai adalah pelepasan diri dinaikkan sebanyak RM 1,000 daripada RM 8,000.00. Pelepasan KWSP + Insuran ditambah RM 1,000 & juga penurunan cukai individu dibawah RM 100,000 pertama daripada 27% ke 26%.

Tidak lupa juga pengecualian jalur lebar yg bakal dinikmati oleh semua bloggers. Hehehe. Cek amat berterima kasih kepada DSN kerana bakal menerima secara langsung faedah budget tersebut.

CAJ RM 50.00 KAD KREDIT

Mungkin ramai yg mengeluh @ khuatir tentang perlaksanaan caj tersebut oleh kerajaan. Jika diteliti terdapat lebih kurang 11.1 juta kad kredit dikeluarkan. Kita sudah sedia maklum bahawa bank telah mendapat byk untung drpd penggunaan kredit card. Caj yg melampau sehingga 18% setahun telah cukup untuk menanggung RM 50.

Dalam kerajaan melaksanakan caj RM 50.00 tersebut terdapat persoalan siapa yg bakal membayarnya? Persoalannya samaada pengguna @ bank sendiri. Kepada mereka yg agak biasa dgn sistem perbankkan maka kita dapat simpulkan bahawa yg akan menanggung RM 50.00 akhirnya adalah pihak bank.

Kerana? Dalam dunia perbankkan yg amat kompetitif bank tidak berupaya hilang pelanggan hanya dgn RM50.00 maka mereka akan 'absorb' caj tersebut. Pada hemat cek, kerajaan amat cerdik dalam menjana pendapatan 'baru'. 11.1 juta x RM 50 ~ RM 555 juta. Pendapatan yg diterima cukup utk menampung pengecualian cukai-cukai tertentu utk individu.

Jadi janganlah kita risau sangat pasal caj RM 50.00. Kalaulah bank masih suruh kita bayar maka mari kita pakat ramai-ramai potonglah kad tersebut. Lagipun kita pun tahu kadang-kadang ada kad kredit pun macam satu penyakit.
comments

No comments:

Post a Comment