Sedangkan Nelayan mengibarkan bendera. Kita bagaimana?
Tahun ini genap 52 tahun kemerdekaan Negara. Pada julung kalinya ia diadakan di Parlimen iaitu di tempat yg jarang2 diadakan. Cepat, marak & penuh dgn mesej yg jelas. Tanpa perpaduan kaum apalah kita. Rasa-rasanya sejak akhir2 ini kita telah merasakan yg keharmonian diantara kita kian terjejas.
Seperti mana yg diucap oleh PM kita iaitu Dato Seri Najib. Sepatutnya semakin lama semakin erat hubungan kita, tapi entah kenapa sejak bbrp tahun yg lepas keadaan seperti terbalik. Diburukkan lagi bila bbrp manusia yg gila kuasa mendapat mandat rakyat utk menjadi barisan pembangkang yg paling berkuasa dalam sejarah. Kita merasakan ketidak tentuan negara lebih teruk sejak habisnya PRU-12.
Kita sibuk bercakap tentang perbezaan kita. Baik dr segi pegangan politik, kaum @pun agama. Pada hakikatnya kita sama. Jika terhiris jari tiada warna lain darah yg keluar kecuali merah. Semua bangsa kita berjuang atas satu iaitu mendapat kemerdekaan negara. Maka marilah kita sama2 mencari titik pertemuan kita baik dr segi asal negeri kita, makanan kegemaran kita, sukan kegemaran kita (EPL), hobi kita & juga byk persamaan kita.
Barulah kita dapat menghayati semangat Kemerdekaan Negara & semangat Jiwa Merdeka..
Salam Kemerdekaan Kepada Semua.. 1Malaysia..