Dec 31, 2010

Other Perspektif Last Post of 2010

Buku Rujukan
Sudah cukup setahun 2010 iaitu 365 hari tahun ini. Cerita politik pada tahun ni cukup menarik. Bila dimana 'tide' mula berubah arah drpd PR kepada BN. Meskipun begitu pada cek ini adalah keadaan yg tidak boleh dibanggakan. Terdapat banyak ruang yg perlu dilihat, diteliti & digunakan.


Pada cek, perubahan 'tide' bukan bermakna BN ditunjangi UMNO makin kuat. Ia cuma kerana PR semakin lemah. Caca marba dipihak sana memberi kelebihan kepada BN. Terdapat lebih kurang 4 PRK sepanjang tahun ini. Dimulai dgn PRK di Hulu Selangor, PRK Sibu Sarawak, PRK Batu Sapi & PRK Galas. Kebanyakan memberi signal yg berbeza-beza. Apa yg nyata pola pengundian menampakkan Undi melayu & bumiputera ternyata kembali kepada BN. Undi kaum Cina berbeza-beza mengikut tempat. Dimana di Hulu Selangor & Sibu menunjukkan undi ke arah PR. Undi India juga tidak consisten.

Apa-apapun kalau dilihat dari segi tarikh & waktu PRK menampakkan peningkatan kepada undi terhadap BN. Jika diteliti pola yg berubah ke arah BN bukan dek disebabkan oleh BN makin kuat. Tetapi disebabkan oleh kelemahan PR itu sendiri. Dalam usia dekat 3 tahun PR memulakan gelombang reformasi politik negara, masih tiada kata sepakat antara 'coalition' utk menubuhkan satu entiti politik yg kuat iaitu bagi menyaingi Barisan Nasional. Coalition hanya berteraskan utk melawan Barisan National & tiada 'commend ground' dalam kesepakatan ini. Ketidak sepakatan ini menjadikan rakyat utk berfikir sejenak adakah mereka mahukan entiti @ 'coalition' yg bergabung atas dasar mahu menentang BN utk memerintah negara. Is it worth taking that Risk?

Ini merupakan antara cabaran bagi PR kerana akan menjadi 'bullet' bagi BN utk menembak mereka dalam angan-angan ke Putrajaya. Dalam pada itu persepsi majoriti Melayu yg mengatakan PAS & PKR ditunggang oleh DAP makin menusup ke jiwa rakyat. Ini boleh diterjemahkan oleh peti-peti undi semasa PRK.

BN tidak boleh terus gah & menarik lafaz lega kerana pola pengundian boleh berubah sekelip mata jika Anwar berjaya menaikkan sentiman rakyat pada akhir2 menjelang PRU-13. Jangan dipandang ringan art of war DSAI. Bukan susah sebenarnya nak menarik undi Melayu/ Islam. Janjikan mereka kerajaan yg dekat kepada Islam & rasanya undi kembali kepada PR. Tetapi satu persoalan ? adakah DAP sanggup tunduk kepada 'idea' tersebut? Jawapannya tidak. Sebab DAP ada agenda lain iaitu cukup utk memerintah Pulau Pinang & next target adalah Negeri Sembilan.

Keputusan PRU-2008 Negeri Sembilan
Jika dilihat di negeri ini DAP cukup kuat & majoriti yg diterima cukup besar. Di negeri sembilan BN hanya mempunyai kelebihan 5 kerusi. Jadi kalau lah strategi PR cukup bagus. Mereka hanya perlu menangkan  4 sahaja kerusi utk memerintah & perlu kekalkan kerusi yg sedia ada. Jadi kalaulah BN cerdik, mereka patut letakkan 'priority' di negeri ini yg merupakan kritikal bagi BN. Terutama kawasan yg akan ditandingi oleh PAS. Jika mereka berjaya menumbusi kawasan ini tak mustahil Perak yg kedua akan berulang ditunjangi oleh DAP.

Apa-apapun cerita politik 2011 akan lebih menarik. Dimulai dgn PRK di Tenang Johor kubu kuat BN & teka teki PRU-13. Kalau tengok dari segi strategik PRU seelok-eloknya diadakan pada tahun depan utk kemenangan BN. Tapi sebagai rakyat marhaen yg empati terhadap perbelanjaan Negara, janganlah dibuat tahun depan. Membazir sahaja. Biarlah Pilhanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak selesai dahulu. Kaji keputusan disana & rancang strategi berikutnya baik dipihak BN mahupun PR.

Seelok-eloknya buatlah pada tahun awal tahun 2012. Apa-apapun..  

Selamat Tahun Baru kepada semua & tingkatkan kematangan kita bila berpolitik. comments

Dec 19, 2010

Mencari Sinar Pakatan Rakyat

La ni Pakatan Rakyat melalui konvensyennya syiok sendiri. Setelah mengangkat Anwar sebagai anugerah tuhan maka dijanjinya pulak Lim Kit Siang DAP sebagai Timbalan Perdana Menteri jika menang. Maka utk menjaga hati org2 PAS maka biasala Nik Aziz & Tuan Guru Hadi Awang ckp itu pendapat peribadi Anwar.

Susah-susah. Sekarang 'trend' pendapat peribadi cukup banyak. Itu rasanya kalau tgk insiden pengerusi DAP Selangor baru Teresa maka apa agaknya PAS akan cakap. Mungkin depa cakap DAP jahil maka tak pa menghina Masjid. Takpala dosa2 mungkin ditanggung oleh PAS sebagaimana hilangnya duit kohilal.

Lepaih ni lagi satu PRK. Kali ni di Johor pulak. Apa2 pun biar kita sedekahkan Al-Fatihah kepada YB kita. Mungkin pada PRK ini tak menjadi masalah bagi BN @ UMNO. Tapi jgn disangka @ memandang rendah sentimen masyarakat. Kalau isu naik harga minyak & gula digunakan sebaik-baiknya disana maka hancur @ kuranglah undi. Tapi kalau lah PRK ni tak menyerlah maka cek nak salahkan Menteri yg bertanggungjawab sbb cakap tak serupa bikin.

Kepincangan demi kepincangan berlaku oleh PR. Waktu kat sidang DUN Penang mereka pernah gantung ADUN BN sbb katanya tunjuk pungkok. Paih tu kat Selangor pulak depa gantung Khir Toyo sbb isu BALKIS. Lani kena pulak kat depa kat Parlimen satu Malaya kecoh. Siap bawak sepanduk mcm demo kat luaq @ budak2.. Tak pernah cek tgk sidang parlimen satu dunia YB bawak sepanduk.. Kelakar. Mmglah ulasan Yb Zulkifli Nordin depa ni macam beruk sarkas.

Tapi ni bukan yg pertama sbb yg pertama @ yg best zoo DUN Perak. Itu lagi ganas dia punya 'show'. Apa2pun Sinar Pakatan Rakyat @ Pakatan Ranap makin kelam. Kelam seperti sinar wajah Anwar. Maka kepada PAS yg menjadi bulan menerangi PR larila jauh2 sebelum cahaya bulan jahanam dek kerana ditunggang penunggang2 hebat. comments

Dec 7, 2010

Taxi Limo KLIA & Keluhan Pemandu

Adalah menjadi lumrah pada cek utk 'outstation' ke merata ceruk Malaysia. Apabila bila sampai ja airport selalunya org yg pertama cek bersembang setelah berhari-hari di luar kawasan adalah pemandu teksi. Macam-macam pemandu teksi yg cek jumpa tapi secara amnya majoriti pemandu teksi KLIA LIMO adalah pemandu yg sungguh 'dedicated' dgn tugas mereka.

Pada dasarnya inilah apa yg pemandu teksi dapat @ cara syarikat pemandu teksi berfungsi :-

1- Pemandu teksi dgn syarikat KLIA LIMO melaksanakan sistem sewa beli. Dimana syarikat akan menyediakan teksi kepada pemandu dan dalam pada yg sama pemandu perlu membayar sewa harian. Sewa harian pula boleh mencecah sehingga RM 150~ RM 190 sehari (harga sebenar tidak diketahui).

2- Harga sewaan sehari dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu 1- Insuran, 2- Duit selenggaraan, 3- Duit installment kenderaan/ kereta & beberapa pecahan yg kecik2.

3- Sewaan harian akan ditolak melalui ticket yg dikerat & di claim oleh pemandu teksi. Pemandu perlu 'claim' @ redem ticket @ tebus ticket maksimum 4 hari sekali. Pemandu sendiri perlu datang utk menebus wang tersebut (berdasarkan receipt ticket yg dikerat).
Kalaulah hilang tiket alamat selamatlah..

4- Tiada cuti diberikan kepada pemandu dimana bermaksud mereka perlu kerja tiap-tiap hari bagi membayar harga sewaan harian.
Kelihatan pemandu teksi KLIA LIMO jelas ketara. Muka letih moyok & menakutkan penumpang yg jadi penumpang. Almaklumlah letih bekerja kerana takdak cuti. Mau idaknya tiap2 hari kena bayar sewa..

5- Pemandu perlu membawa kereta sekurang-kurangnya 3 trip utk mendapat modal sewaan harian & perlukan 5-6 trip utk mula mendapat keuntungan.
Ini tak elok sebab pemandu teksi akan kejar trip. Itu pasalla kadang2 kita cakap pemandu teksi KLIA Limo mcm pelesit @ lebih gaya pemandu F1. Sebab mereka terpaksa bawak laju utk kejar trip demi utk balik modal @ untung.

Difahamkan Airport Limo (M) Sdn. Bhd dikuasai oleh ahli politik tertentu. Kalau dilihat pada rate @ harga di website boleh dilihat betapa double standard rate yg diberikan. Dimana boleh dilihat betapa tingginya harga tambang dari KLIA - Putrajaya (RM64.80) berbanding KLIA - Bangi (RM 54.80). Tidak diketahui kenapa begitu harganya. Tambang teksi disini.

Satu lagi ada sedikit kemusykilan berkenaan kapasiti penumpang yg boleh dibawak oleh Teksi LIMO yg mengizinkan 4 org Dewasa & 2 kanak-kanak (bwh 12 tahun) sedangkan Undang-undang JPJ utk teksi bandar hanya mengizinkan 4 org Dewasa termasuk pemandu.
Satu soalan cek nak tanya adakah Insuran cover utk semua penumpang + pemandu?

Apa-apa pun perkara yg ingin disampaikan adalah keluhan pemandu-pemandu teksi perlu diberi perhatian sebelum ia melarat menjadi barah yg tak boleh diubati. comments

Dec 6, 2010

Adakah Kenaikan Subsidi ada Kaitan dgn PRU-13?

Melihat kepada beberapa trend yg berlaku sejak sebulan ini memberikan semacam petanda yg PRU-13 semakin hampir. Kemungkinan adalah seawal tahun depan samaada sebelum bulan June 2011 @ selepas Budget 2012.

Kenapa idaknya, sebab Pilihanraya Sarawak pun belum diadakan lagi. Mandat utk BN akan luput pada bulan June 2010. Tidak mungkin Pilihanraya akan diadakan pada bulan ini mahupun bulan Januari @ Februari kerana dekat dgn Gong Xi Fa Cai. Satu lagi dgn kenaikan harga minyak & penghapusan subsidi sekarang menunjukkan yg kenaikan dilakukan sekarang bukan tahun depan.

Jika dilakukan tahun depan lagi parah rasanya kerajaan BN. Kerana selalunya rakyat akan reda @ redo dgn kenaikan harga dalam lingkungan 3~6 bulan. Maka jika PRU diadakan pada bulan 6 tahun depan maka sempatlah Kerajaan umumkan insentif yg bakal menjadikan rakyat gembira.

'Approach' yg digunakan adalah lebih kurang macam 'stail' Tun Mahathir bila waktu beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun. Tapi ia tak mengejutkan sbb beliau merupakan mentor kepada Dato Seri Najib. Antara tanda-tanda yg menguatkan akan adanya PRU-13 adalah :-

~ Presiden MIC bertukar tangan - Utk menguatkan support kepada BN
~ UMNO menangguhkan pemilihan cawangan & bahagian
~ Kenaikan subsidi sekarang & bukan tahun depan - Utk kurangkan effect sentimen rakyat. comments

Dec 4, 2010

Ron 95 Increase 5 cent.. Thank you Govertment..

What can i say, despite all the oath & janji to the rakyat not to increase the fuel tariff for Ron 95 this year yet they still increase it. Very dissapointed on the recent development. Well, i still remember the governess this year make an oath not to increase the price. But yet they still increase it.

So what's the different between the government lead by BN compared to PR.

The one thing i cannot tolerate is people lying.. This is not what i expected from the government. Maybe for opposition government is a norm but not this..

* This is among the 'janji' by the government not to increase price of Ron 95
* When people start lying the credibility of the government start to tarnish.

p/s: Please don't bull shit about what will be saved by cutting subsidy cause its not the people on the street who will received it but someone else.. Anyway please show the rakyat what has been spend for the saved money by increasing ron97 middle of this year? Terima kasih Kerajaan BN~~ comments