Dec 31, 2010

Other Perspektif Last Post of 2010

Buku Rujukan
Sudah cukup setahun 2010 iaitu 365 hari tahun ini. Cerita politik pada tahun ni cukup menarik. Bila dimana 'tide' mula berubah arah drpd PR kepada BN. Meskipun begitu pada cek ini adalah keadaan yg tidak boleh dibanggakan. Terdapat banyak ruang yg perlu dilihat, diteliti & digunakan.


Pada cek, perubahan 'tide' bukan bermakna BN ditunjangi UMNO makin kuat. Ia cuma kerana PR semakin lemah. Caca marba dipihak sana memberi kelebihan kepada BN. Terdapat lebih kurang 4 PRK sepanjang tahun ini. Dimulai dgn PRK di Hulu Selangor, PRK Sibu Sarawak, PRK Batu Sapi & PRK Galas. Kebanyakan memberi signal yg berbeza-beza. Apa yg nyata pola pengundian menampakkan Undi melayu & bumiputera ternyata kembali kepada BN. Undi kaum Cina berbeza-beza mengikut tempat. Dimana di Hulu Selangor & Sibu menunjukkan undi ke arah PR. Undi India juga tidak consisten.

Apa-apapun kalau dilihat dari segi tarikh & waktu PRK menampakkan peningkatan kepada undi terhadap BN. Jika diteliti pola yg berubah ke arah BN bukan dek disebabkan oleh BN makin kuat. Tetapi disebabkan oleh kelemahan PR itu sendiri. Dalam usia dekat 3 tahun PR memulakan gelombang reformasi politik negara, masih tiada kata sepakat antara 'coalition' utk menubuhkan satu entiti politik yg kuat iaitu bagi menyaingi Barisan Nasional. Coalition hanya berteraskan utk melawan Barisan National & tiada 'commend ground' dalam kesepakatan ini. Ketidak sepakatan ini menjadikan rakyat utk berfikir sejenak adakah mereka mahukan entiti @ 'coalition' yg bergabung atas dasar mahu menentang BN utk memerintah negara. Is it worth taking that Risk?

Ini merupakan antara cabaran bagi PR kerana akan menjadi 'bullet' bagi BN utk menembak mereka dalam angan-angan ke Putrajaya. Dalam pada itu persepsi majoriti Melayu yg mengatakan PAS & PKR ditunggang oleh DAP makin menusup ke jiwa rakyat. Ini boleh diterjemahkan oleh peti-peti undi semasa PRK.

BN tidak boleh terus gah & menarik lafaz lega kerana pola pengundian boleh berubah sekelip mata jika Anwar berjaya menaikkan sentiman rakyat pada akhir2 menjelang PRU-13. Jangan dipandang ringan art of war DSAI. Bukan susah sebenarnya nak menarik undi Melayu/ Islam. Janjikan mereka kerajaan yg dekat kepada Islam & rasanya undi kembali kepada PR. Tetapi satu persoalan ? adakah DAP sanggup tunduk kepada 'idea' tersebut? Jawapannya tidak. Sebab DAP ada agenda lain iaitu cukup utk memerintah Pulau Pinang & next target adalah Negeri Sembilan.

Keputusan PRU-2008 Negeri Sembilan
Jika dilihat di negeri ini DAP cukup kuat & majoriti yg diterima cukup besar. Di negeri sembilan BN hanya mempunyai kelebihan 5 kerusi. Jadi kalau lah strategi PR cukup bagus. Mereka hanya perlu menangkan  4 sahaja kerusi utk memerintah & perlu kekalkan kerusi yg sedia ada. Jadi kalaulah BN cerdik, mereka patut letakkan 'priority' di negeri ini yg merupakan kritikal bagi BN. Terutama kawasan yg akan ditandingi oleh PAS. Jika mereka berjaya menumbusi kawasan ini tak mustahil Perak yg kedua akan berulang ditunjangi oleh DAP.

Apa-apapun cerita politik 2011 akan lebih menarik. Dimulai dgn PRK di Tenang Johor kubu kuat BN & teka teki PRU-13. Kalau tengok dari segi strategik PRU seelok-eloknya diadakan pada tahun depan utk kemenangan BN. Tapi sebagai rakyat marhaen yg empati terhadap perbelanjaan Negara, janganlah dibuat tahun depan. Membazir sahaja. Biarlah Pilhanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak selesai dahulu. Kaji keputusan disana & rancang strategi berikutnya baik dipihak BN mahupun PR.

Seelok-eloknya buatlah pada tahun awal tahun 2012. Apa-apapun..  

Selamat Tahun Baru kepada semua & tingkatkan kematangan kita bila berpolitik. comments

No comments:

Post a Comment