Sep 1, 2009

Merdeka ! Merdeka ! Selamat Ulangtahun Kemerdekaan ke-52


Sedangkan Nelayan mengibarkan bendera. Kita bagaimana?

Tahun ini genap 52 tahun kemerdekaan Negara. Pada julung kalinya ia diadakan di Parlimen iaitu di tempat yg jarang2 diadakan. Cepat, marak & penuh dgn mesej yg jelas. Tanpa perpaduan kaum apalah kita. Rasa-rasanya sejak akhir2 ini kita telah merasakan yg keharmonian diantara kita kian terjejas.

Seperti mana yg diucap oleh PM kita iaitu Dato Seri Najib. Sepatutnya semakin lama semakin erat hubungan kita, tapi entah kenapa sejak bbrp tahun yg lepas keadaan seperti terbalik. Diburukkan lagi bila bbrp manusia yg gila kuasa mendapat mandat rakyat utk menjadi barisan pembangkang yg paling berkuasa dalam sejarah. Kita merasakan ketidak tentuan negara lebih teruk sejak habisnya PRU-12.

Kita sibuk bercakap tentang perbezaan kita. Baik dr segi pegangan politik, kaum @pun agama. Pada hakikatnya kita sama. Jika terhiris jari tiada warna lain darah yg keluar kecuali merah. Semua bangsa kita berjuang atas satu iaitu mendapat kemerdekaan negara. Maka marilah kita sama2 mencari titik pertemuan kita baik dr segi asal negeri kita, makanan kegemaran kita, sukan kegemaran kita (EPL), hobi kita & juga byk persamaan kita.

Barulah kita dapat menghayati semangat Kemerdekaan Negara & semangat Jiwa Merdeka..

Salam Kemerdekaan Kepada Semua.. 1Malaysia..
comments

4 comments:

  1. Merdeka haper kalau masih dok dihadiahkan dengan kenaikan harga minyak. Tak buleh tunggu lepaih raya posa ka? Raya bangsa lain tak der plak kenaikan.

    BN = Barang Naik?
    BN = Bila Naik?
    BN = Baru Naik...
    BN = Berapa Naik?
    BN = Banyakkk Naik.

    Kalau 1Malaysia dibangangkan, "peminat" umno lagi lagi laaa bangang, dok kena tipu dari Dulu, Kini dan Selamanya...

    Wow! WAKE-UP CALL is just awainya

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  2. Minyak naik?
    mana da naik.. dulu beli minyak pun 1.85 sen.. Ron97
    lani 1.80 sen.. Ron95

    tak effect pun utk cek.. sbb cek punya kereta pakai Ron95.. lainla OT pakai keta besaq..

    ReplyDelete
  3. Sah, anak langkawi tak leh nak pikiaq, naik ker tidak ngan ketandusan maklumat.

    Dulu RON97 harga $1.80/liter. Kemudian dinaikkan taraf menjadi premium tapi kualiti tak berubah masih RON97 dgn harga $2.05/liter.

    RON95 kualiti dia rendah skit dari RON97 tapi kenapa berada ditahap harga RON97 dulu iaitu $1.80? Kalau quality rendah, sepatutnya harga RON95 rendah dari $1.80 iaitu harga RON97 dulu yg hanya dinaik taraf premium, bukan dinaikkan kualiti.

    Dan yg paling utama adalah RON95 telah dijual di sekitar Lembah Kelang dengan harga $1.75/liter. Malangnya, ramai org yg dok gah konon selalu pi KL padahal tak tau maklumat ni dah nak basi pun. Sebab tu org dok kata harga minyak naik.

    Nak bukti black and white? Hang cari sendiri lor. Mmg anak langkawi ni spesis kakak tua jugak sbb menteri kata tak naik harga, dia pun kata tak naik.

    Tak effect cek? Dok kena tipu dari Dulu, Kini dan Selamanya pun hang kata tak effect? Betui la hampa ni brain drain, dok pikiaq tak keta pakai minyak RON95 ajer, tang kena muhong hampa tak sedaq? Hidup org umnooo...

    Satu lagi, hang tau ka RON tu apadia?

    Wow! ROmahNajib is just liar

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  4. Nampak sgt OT tak tau beza Ron95 & RON97.. itula pasal saya keluaqkan artikel pasal RON..
    baca jelah OT..

    maleh nak komen..

    ReplyDelete